Khamis, 9 April 2026

PAGI INI


PAGI INI


PAGI INI

KHAMIS 9  APRIL   2026

RAYA HARI KE 20

PERANG HARI KE 41

GENCATAN SENJATA HARI 1

GENCATAN SENJATA
Esok Jumaat delegasi Amerika – wakil Trump  akan berjumpa dengan wakil kerajaan Islamik Republik Iran di Islamabad PAKISTAN. 

PAKISTAN menjadi TUAN RUMAH.

Sapa wakil masih belum di umum oleh Amerika atau Iran.  Ibu kota Pakistan ini akan di penuhi oleh wartawan seluruh dunia – juga agen dari Mossad, CIA, KGB, CHINA & MI6.

Gencatan senjata ini akan membincangkan 10 fasal yang diajukan oleh Iran. Ini akan menjadi asas perbincangan.

Pada KETIKA ini GENCATAN SENJATA ini masih goyah. Israel membedil Lebanon. Iran membedil Bahrain dan UAE. 

APA YANG JELAS – media dunia dan PEMERHATI POLITIK SEDUNIA semua menganggap ini KEMENANGAN BESAR UNTUK ISLAMIK REPUBLIK IRAN.
 
Amerika – Trump – Zionis Israel – Netanyahu – dilihat gagal.

IRAN MENANG kerana lepas ini SELAT HORMUZ ada TOL – yang kutip Tol Iran dan Oman.

Iran MENANG kerana soldadu Amerika tidak lagi pasang kemah di wilayah ini.

Iran MENANG kerana projek NUKLEAR IRAN boleh di teruskan .

Iran Memang kerana SEKATAN EKONOMI  ke atas Iran di mansuh.

Iran MENANG kerana semua harta Iran yang dibekukan akan kembali ke Iran.

Iran MENANG kerana  RESOLUSI PBB YANG SEKAT IRAN akan di mansuh!!!

JENG JENG JENG
Ngit Ngit tali gasing
Teram lengit keluar kencing
KAH KAH KAH
KHALAS

HOKKIEN
Pagi ini cerah sejuk segar – petang kemarin hujan lebat. Pagi ini matahari bersinar indah. Langit dah mula biru berawan putih. KL & KL Sental dilihat cerah

Gua berjalan tanpa gua sedar Keluarga Siti dah datang mengekor – ha ha – Hokkien dah kembali seperti sedia kala. Hanya ada beberapa keluarga  yang datang sembahyang pagi ini.

Tapi pagi ini gua TAK ADA BAWA BEKAL NASI – gua ada Friskies – lalu gua tabur. Bila gua berjalan ke Wakaf Tiga semua nak mengekor.  Hari ini gua akan mula kembali memasak nasi tulang dan rangka untuk Siti dan keluarga.

Berjalan pulang gua berhenti di Wakaf Pertama -  Siti tak kelihatan. Yang lain muncul. Tak Tak menjalar relak melihat gua tabur Friskies. 

Berjalan pulang di Hutan Pagar Murai berkicau. Pagi jadi indah. Gumbira ialah melihat Warga Hokkien makan dan mendengar Murai bersiul. Amin.

Hari ini akan panas. Jika petang hujan, malam akan sejuk santai. Khalas

BRO
SENYUM
SENYM UNTUK
SAMBUT KHAMIS

BRO
Lu berjaya dalam perang bila lu kalahkan musuh lu tanpa bertempur

BRO
Untuk lu menang perang lu cari yang lemah dulu  – jangan serang yang kuat.

BRO
Dalam perang – Musuh kepada musuh lu adalah kawan lu. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: