SALAH SATU
MUDARAT WARGA
CHINA MERAH
DAN WARGA INDIA
MASUK KE TANAH
MELAYU TANPA VISA
KHALAS
Pusat operasi scammer Myanmar, Thailand dan Laos kini dipercayai berpindah ke Malaysia
KUALA LUMPUR: Sindiket jenayah penipuan yang selama ini dikenal pasti aktif di Thailand, Laos, Myanmar dan Kemboja kini dikesan memindahkan pangkalan dan operasi di negara ini berikutan penguatkuasaan yang semakin ketat di negara berkenaan.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Hishamuddin Hashim, pihaknya mendapati sindiket penipuan sama yang berasal dari China itu beroperasi di dua lokasi rahsia di negara ini lebih enam bulan lalu.
Katanya, sindiket berkenaan memindahkan operasi mereka berikutan penguatkuasaan undang-undang yang semakin ketat dan susulan beberapa operasi serbuan yang dilakukan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
"Disebabkan itu, mereka datang ke Malaysia bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa. Kami tidak akan mendedahkan lokasi itu sebaliknya maklumat ini akan disalurkan kepada pihak polis.
"Satu perkara yang amat memalukan apabila Malaysia pula yang kini dijadikan sarang 'scammer' selepas sekian lama kita berjuang menyelamatkan mangsa di Myanmar dan Kemboja.
"Sebelum pihak luar atau agensi antarabangsa membongkar perkara ini dan memburukkan nama negara, adalah lebih baik kita sendiri yang membongkarnya terlebih dahulu," katanya.
Hishamuddin berkata demikian pada sidang media di sini, pada hari ini yang turut dihadiri ahli keluarga dan bekas pekerja sindiket penipuan di Thailand. Laos, Myanmar, kemboja dan Dubai.
Sementara itu, Hishamuddin menyeru kepada rakyat negara ini yang mempunyai maklumat penempatan atau premis mencurigakan atau aktiviti pengambilan pekerja asing atau tempatan yang meragukan, supaya segera tampil memberikan maklumat.
Katanya, pihaknya memberi jaminan penuh keselamatan dan kerahsiaan kepada mana-mana pemberi maklumat berkenaan.
Februari lalu, polis menyerbu sebuah premis dan menahan lapan individu di Taman Sungai Abong, Muar yang disyaki beroperasi sebagai pusat panggilan menawarkan pinjaman peribadi tidak wujud.
Siasatan polis mendapati, sindiket terbabit menggunakan skrip penipuan dengan menyamar sebagai wakil institusi kewangan serta syarikat pinjaman bagi memperdaya mangsa melalui panggilan telefon dan juga media sosial.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar turut membuat tangkapan susulan ke atas 12 individu di beberapa negeri kerana disyaki terbabit dalam kes penipuan.
Semua mereka yang ditahan turut terbabit dalam kes 'phone scam', pembelian barangan melalui platform e-dagang dan penyalahgunaan akaun bank dengan keseluruhan kerugian melebihi RM190,000.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan