Selasa, 21 Julai 2026

NAK MENANG JADI YB GUNA DUKUN


MELAYU NAK JADI YB

CARI DUKUN

AMIN

CHINA CARI APA?

PAKAI SAMI KE?

KAH KAH KAH

AMIN

KJ KUTUK TIBAI MADAFAKA


SAPA SAJA

YANG LAWAN

TIBAI KUTUK

ANWAR BIN

IBRAHIM AKAN

DIANGGAP WIRA

KHALAS


KJ turut sama tibai Anwar bin Ibrahim

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), k Fahmi Fadzil, membidas bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang didakwa menggunakan isu Melayu dan Islam bagi menghidupkan pengaruh politiknya selepas kembali ke pangkuan UMNO.

Kenyataan Khairy atau KJ, katanya, yang mengaitkan persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai isyarat supaya PH lebih peka terhadap sensitiviti orang Melayu dianggap tidak mengejutkan.

"Kita biarkanlah KJ nak bertapak semula. Dia keluar (UMNO) agak lama dan nak mulakan balik asas politiknya.

"Jadi dia akan mengeluarkan apa sahaja kenyataan yang dirasa perlu supaya keberadaan dia dapat dilihat oleh orang ramai," katanya


Mengulas dakwaan Khairy bahawa Kerajaan Persekutuan kurang peka terhadap isu membabitkan Melayu,.

Sehubungan itu, Fahmi mengingatkan Khairy supaya tidak membina naratif yang menggambarkan seolah-olah Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai pemimpin Melayu Islam.

"Anwar  bin Ibrahim bukan Melayu Islam ke? Jangan kita main bontot.

"Hentikanlah cerita main bontot dengan kepalsuan ini. Ingat, sebagai seorang Muslim, setiap yang kita kata sekiranya dusta maka ada balasan di akhirat.

"Pesanan saya kepada Khairy, berpada-padalah. Jangan keterlaluan sehingga seolah-olah menidakkan kewujudan pemimpin Melayu Islam dalam Pakatan Harapan semata-mata untuk meraih sokongan politik," katanya.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata, persefahaman BN-PN pada PRN Negeri Sembilan memberi mesej kepada PH supaya lebih peka terhadap sensitiviti orang Melayu serta menunaikan beberapa janji yang dibuat sebelum ini.



UCAPAN BERLAPIK


CAKAP 

BANGSA DAN AGAMA

CARA BERLAPIK

SEBENARNYA NAK

TERAJANG ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS

HUKUM GANTUNG UNTUK RASUAH


MAT PET

TAHU POLIS

KAKI  PAU

AMIN

MAT BANGLA

MAT MYANMAR

TAHU POLIS

KAKI PAU

AMIN

APAKAH JIKA

HUKUM GANTUNG

DIKENAKAN PADA

POLIS YG RASUAH

AKAN SELESAI

MASAALAH INI ?

KHALAS

Ketua Polis Kelantan dedah anggota jadikan penagih sebagai ATM


KOTA BHARU: Polis Kelantan mendedahkan segelintir anggotanya dikesan menjadikan penagih dadah sebagai mesin juruwang automatik (ATM) dengan mengugut sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan.

Ketua Polis Kelantan,  Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awam, jumlah wang yang diminta sehingga RM1,000 dan pihaknya sudah memberi amaran berhubung perkara ini dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat bukti yang jelas.

"Kita mendapat maklumat perbuatan itu dilakukan ketika mereka menjalankan tugasan di lapangan. Mereka pegang penagih dadah dan sekiranya mahu lepas dan tidak diheret ke lokap, perlu bayar sejumlah wang.

"Selain penagih dadah, mereka juga mensasarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk memeras ugut.

"Kita tunggu dan lihat, jika dapat kepada saya memang saya tidak akan lepas dan tindakan tegas akan diambil. Walaupun kes seperti ini hanya terpencil namun kita memandang serius," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kebanyakan ibu bapa sanggup membayar sejumlah wang berkenaan kerana sayangkan kepada anak-anak.

"Perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana memberi dan menerima rasuah itu satu kesalahan. Apabila ditangkap dan menjalani hukuman, penagih akan menjalani pemulihan sekali gus dapat memberi kesedaran kepada mereka untuk mengharungi masa depan," katanya.


RASUAH IALAH ANAI-ANAI


RASUAH IALAH

ANAI-ANAI BAWA

RUNTUH NEGARA

KHALAS

Unknown commented on
 "TUAN PUNYA KILANG 
WAJIB DI DAKWA"

Yang mengambil pendatang haram bekerja susah diambil tindakan, bukan kerana tiada peruntukan undang-undang tetapi mereka akan bayar penguatkuasa bayar pendakwaan bayar semua agensi agar mereka dilepaskan, tiada tindakan, hanya pekerja digari dipakaikan baju lokap ditarik rantai ke mahkamah sebagai penjenayah terpaling hebat, boleh nampak dalam TV,

penjenayah berkelas, dikelilingi pegawai tidak bergari masih berpakaian biasa malah handsome makeup 💄 kah kah kah kah, orang kita masih meraung keadilan kesaksamaan tetapi setiap hari nampak perbezaan kelas kah kah kah kah

JANGAN KENA TIPU LAGI


AGAR JANGAN

KENA TIPU LAGI

HUMBANKAN

MADAFAKA

KHALAS

Unknown commented on "
SAPA REMBAT DUIT PROJEK INI ?"

"Dia turut memberi jaminan kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya siasatan menemukan bukti penyelewengan atau salah laku."

malaon seekor ini cakap bagi pihak kerajaan nak bagi jaminan? jaminan apa?
jaminan yang dia sendiri tak kena siasat?
takda siapa boleh sentuh dia?
atau heret dia masuk soa jawab dalam court of law?

sudah berapa banyak kali jaminan kerajaan selama salah laku pecah amanah berbillion duit hasil negara. semuanya haprak takda akauntabiliti.

tak layak memerintah tak layak pegang jawatan tetapi gila ke semua.

PAGI INI



PAGI INI





PAGI INI

SELASA 21  JULAI  2026

PERANG  DITERUSKAN

SERANG MENYERANG HARI KE 10 


AMERIKA SERANG IRAN
IRAN SERANG BARUA AMERIKA
Dah masuk hari ke 10
Dah  ramai soldadu Amerika tewas
Beratus soldadu cedera – ada di  bawa ke hospital Amman Jordan atau di terbangkan ke German.

BERITA AMAT BAIK
HOUTHI AKAN TUTUP BAB AL MANDAP
Kah kah kah
Maka dunia makin kacau
5 juta tong sehari minyak lalu di sini – manjoriti dari Saudi.

HARGA MINYAK MENTAH dah naik 90++ dolar satu tong – akan NAIK  lagi.

TEMBERANG Teram minyak jadi murah  menjadi  lawak – kah kah kah

MADAFAKA MAKIN DI TEKAN
UNITED FRONT HUMBAN ANWAR BIN IBRAHIM BERJALAN LANCAR

Madafaka minta maaf PADA PENJAWAT AWAM  kerana cakap kasar – cakap tak tentu hala – di laporkan Hampir 90% penjawat awam mahu Madafaka berambus.

BUKTI amat mudah – PRN JOHOR – semua pengundi awal – Polis, Askar dan Pegawai Kerajaan – semua undi BN dan tolak Madafaka.

Ramalan telah di buat  PRN N9 – PKR akan bungkus lagi.

Di lapor dari belakang tabir walau pun KANCIL tak  masuk tapi calon di pilih oleh PKR semua calon Kancil – kah kah kah – MEREKA SENGAJA BERTANDING UNTUK KALAH – kah kah kah

BUKTI : X-MB sengaja lari dari Sikamat  ke Linggi – pasal apa? Sikamat dah menang  selama  3 penggal – lari ke Linggi yang susah nak menang – wat is de bekos ? kah kah kah.

HOKKIEN
Pagi ini cerah – mata hari dah keluar  - langit indah berawan biru bersama awan putih -awan hitam semua dah turun – KL & KL Sentral berkabus nipis.

Dari Lorong Masuk gua nampak semua datang ke arah gua – pagi ini ramai datang makan – gua gumbira.

Gua dengar suara Gagak – ada dua kumpulan – yang dekat suara kuat yang jauh suara mendayu.

Bila sampai ke Wakaf Pertama  - ramai dah menunggu – Tiong berlabuh solo  - yang lain mencari Friskies  di atas jalan.

Berjalan pulang – Siti dan Geng ikut – gua masih ada makanan -semua gumbira.

Hari ini akan panas – bila nak sampai  ke lif – gua dengar Murai berkicau – Pagi menjadi indah.  Gua harap panas sepanjang hari  - malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SAMBUT SELASA
SEPERTI BIASA

BRO
Bila lu ingat – ianya jadi pengalaman. Dari pengalaman lu cipta kejayaan.

BRO
Pengalaman dulu jadi pelajaran. Hari ini  bila lu ragu – maka lu wajib berhati-hati.

BRO
Masa lalu yang lu wajib ingat  ialah masa lu buat lawak tak ada sapa ketawa – Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Isnin, 20 Julai 2026

SINGKIR SAPA ENGGAN IKUT ADAT


IKUT CARA N9

YAM TUAN TAK IKUT

ADAT TAM TUAN

DIPECAT

KHALAS

YB PKR TIBAI MADAFAKA


MAKIN RAMI

YB PKR BERANI

TIBAI MADAFAKA

AMIN

INI TANDA

MADAFAKA AKAN

KEN HUMBAN

KHALAS


Semangat reformasi mati dalam PH, Lee beri bayangan sertai Bersama
Anggota parlimen PKR, Lee Chean Chung meluahkan kecaman penuh kekecewaan terhadap kegagalan PH yang didakwa gagal mempertahankan semangat "reformasi", sambil memberi bayangan bahawa Parti Bersama mungkin menjadi gagasan baharu bagi cita-cita berkenaan.

Menyampaikan pemikirannya mengenai perkara itu menerusi hantaran di media sosial malam tadi, Lee turut berkongsi beberapa keping gambar dia menghadiri majlis penghargaan sukarelawan pilihan raya negeri Johor di ibu pejabat Bersama di Puchong, semalam.

“Roh perubahan yang lahir daripada perjuangan rakyat lebih dua dekad lalu kini semakin nazak.

“Ia sedang dicekik oleh mereka yang terlalu selesa dengan kuasa, sehingga sanggup mengorbankan cita-cita reformasi demi kepentingan politik jangka pendek,” katanya.

Dalam hantaran di Facebook, Lee turut mengesahkan dia menghadiri majlis itu kerana tidak lagi melihat semangat "reformasi" hidup dalam PH, walaupun ia pernah menjadi mesej teras gabungan berkenaan sebelum ini.

“Namun saya percaya, semangat yang lahir daripada rakyat tidak akan mati. Ia akan terus mencari wadah baharu, pentas baharu, dan kepimpinan yang benar-benar berani memperjuangkannya.

“Dan saya hadir hari ini untuk mencari, bertemu, dan bersama-sama mereka yang masih percaya bahawa reformasi bukan sekadar slogan pilihan raya, tetapi satu amanah yang mesti ditunaikan,” kata anggota parlimen Petaling Jaya itu.


Bulan lalu, Lee menyerahkan peletakan jawatannya sebagai ahli majlis pimpinan pusat PKR selepas menjadi anggota parlimen PKR kedua yang hilang akses kepada portal dalam talian MyKhas, yang digunakan antara lain untuk menguruskan peruntukan pembangunan kawasan parlimen.

Lee dan rakan anggota parlimen PKR, Wong Chen mendakwa sekatan itu mungkin mempunyai kaitan dengan penjajaran politik mereka dengan bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli, yang memimpin Bersama bersama bekas naib presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Meskipun Jabatan Perdana Menteri mengambil maklum aduan Lee dan Wong berhubung sekatan akses ke portal MyKhas, kedua-dua anggota parlimen berkenaan turut dikenakan surat tunjuk sebab daripada jawatankuasa disiplin PKR ekoran kehadiran mereka pada majlis Bersama sebelum sekatan itu dikenakan.

Dalam hantaran terbaharunya, Lee mengemukakan cabaran serupa seperti yang dinyatakan Wong sebelum ini, yang mencabar PKR supaya mengambil tindakan disiplin lebih tegas terhadapnya, termasuk pemecatan daripada parti.

“Saya memilih untuk terus berdisiplin dan menghormati keputusan parti. Namun balasannya ialah peruntukan untuk rakyat disekat. Tiada siasatan. Tiada peluang untuk didengar. Tiada proses yang adil.

“Hukuman dijatuhkan tanpa bicara. Jika itulah standard yang mahu dijadikan amalan, maka mengikut logik yang sama, esok lusa saya juga boleh dipecat.

“Tidak perlu siasatan. Tidak perlu pendengaran. Tidak perlu peluang mempertahankan diri.Silakan,” katanya.

Lee turut menyenaraikan beberapa isu yang mencetuskan kekecewaannya terhadap pentadbiran semasa pimpinan presiden PKR dan Perdana Menteri Anwar  bin Ibrahim, termasuk penangguhan di Dewan Rakyat membabitkan beberapa perubahaan yang dijanjikan.

“Had tempoh jawatan Perdana Menteri masih belum dilaksanakan. Pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya masih tertangguh.

“Akta Kebebasan Maklumat yang membolehkan rakyat mengakses maklumat kerajaan secara telus juga masih tidak menjadi kenyataan.

“Lebih mengecewakan, Akta Pembiayaan Politik yang sekian lama dijanjikan terus dibiarkan sepi,” kata Lee dengan nada kesal.

Mengulas mengenai Rang Undang-Undang Perubahan Iklim yang masih belum dibentangkan di Dewan Rakyat, dia memberi amaran kebajikan rakyat mungkin terancam jika cadangan undang-undang berkenaan terus diketepikan.

“Tidak lama lagi, Kesatuan Eropah akan mula mengenakan mekanisme pelarasan karbon ke atas import tertentu. Jika kita terus berlengah, hasil yang sepatutnya boleh dipungut dan digunakan di dalam negara akhirnya akan mengalir ke luar negara.

“Dana itu sepatutnya dimanfaatkan untuk membantu rakyat menghadapi kesan perubahan iklim — mengurangkan risiko banjir, melindungi sektor pertanian, menangani hakisan pantai, meningkatkan daya tahan negara, dan mempercepat peralihan kepada ekonomi rendah karbon,” kata Lee.

Katanya, dakwaan rangka kerja itu ditangguhkan kononnya demi mengelakkan beban kepada rakyat hanyalah alasan sambil menjelaskan dengan reka bentuk dasar yang betul, “pencemar terbesar” akan menanggung kos manakala hasilnya boleh dipulangkan kepada rakyat dan digunakan untuk memperkukuh daya tahan negara.

Dia juga menegaskan walaupun PH sebelum ini lantang mengkritik penentangnya seperti Najib Razak, Muhyiddin Yassin, dan Ismail Sabri berhubung skandal yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri berkenaan, namun tiada langkah konkrit diambil untuk mencegah isu sedemikian PH memegang kuasa Persekutuan.

“Kita sengaja mengabaikan punca yang melahirkan skandal-skandal ini sejak sekian lama — sistem pembiayaan politik yang tidak telus, tidak terkawal, dan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa serta rasuah.

“Selagi akar masalah ini tidak diselesaikan, skandal baharu akan terus berulang, tidak kira siapa yang memerintah,” kata Lee.

SAPA REMBAT DUIT PROJEK INI ?


NAJAB  REMBAT

DUIT MELALUI 1MDB

AMIN

SAPA REMBAT DANA

EFISHERY ?

AMIN

NAJIB ADA JOLO

SAPA TUAN GIBRAN

JENG JENG JENG

KHALAS


MCA tuntut penjelasan terperinci pelaburan eFishery KWAP
MCA menggesa Kementerian Kewangan (MOF) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menjelaskan perbezaan angka yang dikaitkan dengan pelaburan dana persaraan itu dalam syarikat pemula akuakultur Indonesia, eFishery.

Ketua Penerangan MCA Chan Quin Er berkata penjelasan terperinci diperlukan berhubung jumlah pelaburan, kerugian sebenar serta proses kelulusannya kerana isu itu menimbulkan persoalan mengenai tadbir urus, pemantauan dan pengurusan dana awam.

Menurutnya, laporan media sebelum ini menyebut nilai hampir RM200 juta, manakala KWAP kemudian mengumumkan jumlah pelaburan rasminya sebanyak RM163.4 juta.

"Bagaimanapun, KWAP pula memaklumkan pendedahan sebenar dana itu ialah RM163.4 juta bagi pegangan sebanyak 2.51 peratus dalam eFishery.

"Percanggahan angka ini memerlukan penjelasan dan ketelusan daripada kerajaan kerana akauntabiliti tidak boleh bergantung kepada angka yang masih belum diselaraskan," katanya pada kenyataan hari ini.

KWAP melalui kenyataan menyebut jumlah keseluruhan pelaburan dalam eFishery ialah RM163.4 juta, mewakili kira-kira 2.51 peratus pegangan saham syarikat berkenaan.

Dana itu turut memaklumkan ia sedang menggunakan semua saluran yang sesuai bagi memaksimumkan pemulihan pelaburan tersebut.

Perdana Menteri Anwar  bin Ibrahim pada penjelasan di Dewan Negara hari ini, pula merujuk nilai pelaburan yang terjejas itu sebagai kira-kira RM160 juta.

Anwar bin Ibrahim berkata keputusan pelaburan dibuat golongan profesional selepas melalui proses penilaian, kajian kebolehlaksanaan serta kelulusan Panel Pelaburan dan lembaga KWAP tanpa campur tangan politik.

Bagaimanapun, Chan berkata penjelasan kerajaan bahawa KWAP menjadi mangsa penipuan tidak menamatkan persoalan mengenai akauntabiliti dan keberkesanan kawalan risiko yang digunakan ketika pelaburan dibuat.

Kementerian Kewangan sebelum ini memaklumkan menerusi jawapan bertulis di Parlimen bahawa KWAP menjadi mangsa penipuan terancang susulan manipulasi laporan kewangan oleh pengurusan eFishery.

"Jika proses usaha wajar (due diligence) benar-benar dipatuhi, persoalan yang perlu dijawab ialah bagaimana laporan kewangan yang dimanipulasi boleh melepasi semakan tanpa dikesan.

"Menjadi mangsa penipuan mungkin menjelaskan punca kerugian, tetapi ia tidak menjelaskan mengapa mekanisme perlindungan dana gagal mengesannya," katanya.

Pengasas bersama dan bekas ketua pegawai eksekutif eFishery, Gibran Huzaifah, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh mahkamah di Bandung pada 29 April lalu selepas disabitkan atas kesalahan penggelapan dan pengubahan wang haram.

Chan turut menegaskan kedudukan Anwar bin Ibrahim sebagai perdana menteri dan menteri kewangan menuntut penjelasan kerajaan mengenai pengawasan terhadap KWAP.

"Sebagai Perdana Menteri, Anwar  bin Ibrahim mempertahankan proses pelaburan itu. Sebagai Menteri Kewangan, dia juga bertanggungjawab terhadap KWAP.

"Dia tidak boleh mengesahkan proses itu berjalan dengan baik, kemudian melepaskan tanggungjawab apabila KWAP menjadi mangsa penipuan," dakwanya.

Bagaimanapun, Anwar bin Ibrahim menegaskan keputusan pelaburan khusus KWAP dibuat secara bebas oleh pasukan profesional serta tidak memerlukan kelulusan langsung Kementerian Kewangan.

Dia turut memberi jaminan kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya siasatan menemukan bukti penyelewengan atau salah laku.

Menurut Chan, lembaga pengarah KWAP, Panel Pelaburan dan pengurusan kanannya perlu memperincikan proses kelulusan pelaburan serta kawalan yang diguna pakai ketika keputusan dibuat.

Katanya, tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau semakan pihak berkuasa lain menemukan bukti kecuaian, salah laku atau pelanggaran tanggungjawab fidusiari.

SPRM sudah membuka siasatan berhubung pelaburan itu, tetapi setakat ini belum mengumumkan sebarang dapatan salah laku terhadap lembaga, Panel Pelaburan atau pengurusan KWAP.

Dalam pada itu, MCA menggesa Kementerian Kewangan membentangkan pelan pembaharuan rangka kerja pelaburan KWAP di Parlimen dalam tempoh yang ditetapkan.

Antara cadangan dikemukakan termasuk menetapkan had pendedahan dan penumpuan bagi pelaburan modal teroka luar negara berisiko tinggi serta mewajibkan pengesahan bebas terhadap penyata kewangan syarikat sebelum pelaburan dibuat.

MCA turut mencadangkan supaya pelaburan bersama hanya dibuat dengan pengurus dana yang disahkan, selain mewajibkan risiko tertentu dilaporkan kepada lembaga pengarah menerusi sistem pemantauan berasaskan pencetus risiko.

Menurutnya, mandat pelaburan KWAP juga perlu memberikan keutamaan yang jelas terhadap pemeliharaan modal dana persaraan.

Selain itu, MCA menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membuka prosiding bagi meneliti pelaburan KWAP dalam eFishery, termasuk proses kelulusan dan keberkesanan rangka kerja tadbir urusnya.

"Apabila berlaku kegagalan, tadbir urus yang baik diukur melalui tahap ketelusan dan akauntabiliti.

"Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jujur, siasatan yang telus dan tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati gagal menjalankan tanggungjawab," kata Chan.

PAC sebelum ini berkata jawatankuasa itu akan membincangkan sama ada prosiding perlu dibuka berhubung pelaburan tersebut. Setakat ini, PAC belum mengumumkan keputusan untuk memulakan prosiding rasmi.

Sebelum KWAP mengumumkan jumlah pelaburan rasmi RM163.4 juta, beberapa laporan dan pemimpin politik merujuk nilai pelaburan berkenaan sebagai kira-kira RM200 juta.

Antaranya, Naib Presiden Parti Wawasan Negara Omar Mustapha yang menggesa kerajaan membentangkan laporan menyeluruh kepada Parlimen mengenai proses kelulusan, penilaian risiko, semakan dalaman dan usaha mendapatkan semula pelaburan eFishery.

Omar ketika itu berkata isu berkenaan tidak sekadar membabitkan angka dalam laporan kewangan, tetapi menyentuh dana yang diurus bagi memenuhi tanggungan persaraan penjawat awam.

MATI PERANG ATAU MATI KATAK ?


MATI PERANG

ATAU

MATI KATAK?

AMIN

DAH HAMPIR

SATU TAHUN

BARU NAK SIASAT

AMIN

BERAT AMAT

BERAT

KHALAS


Jabatan Peguam Negara arah inkues kes tembakan tiga individu di Durian Tunggal


KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan prosiding inkues dilakukan bagi menyiasat kes kematian tiga individu dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November tahun lalu.

AGC dalam satu kenyataan berkata, inkues diadakan mengikut Seksyen 339(1) Kanun Acara Jenayah selepas mempertimbangkan keseluruhan keterangan dan dapatan siasatan polis.

Katanya, prosiding inkues itu bertujuan menentukan punca dan sebab kematian serta meneliti fakta dan keadaan yang membawa kepada kematian berkenaan.

"Ini termasuk mengenal pasti sama ada wujud atau tidak sebarang unsur jenayah berhubung kematian tiga individu akibat insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November 2025," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu juga menegaskan, AGC memandang serius setiap insiden membabitkan kehilangan nyawa dan keputusan untuk mengadakan inkues ini mencerminkan komitmen jabatan itu bagi memastikan segala fakta dan keadaan diperiksa secara menyeluruh, telus dan bebas.

"Jabatan ini kekal komited untuk memastikan setiap tindakan dan proses perundangan dilaksanakan dengan adil, profesional serta berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang," katanya.

Pada 26 Mei lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata, polis sudah menyerahkan semula kertas siasatan insiden tembakan maut itu kepada AGC selepas melengkapkan beberapa arahan tambahan.

Media sebelum ini melaporkan, tiga lelaki berusia antara 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka melibas parang terhadap seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.

Akibat serangan pada November 2025, sekitar jam 4.30 pagi itu, anggota polis berpangkat koperal berusia awal 30-an parah pada lengan kiri.