Jumaat, 12 September 2008

ANAK SEMUA BANGSA - NASIONALIS, RASISMA DAN PERKAUMAN

Selalu kita tersalah faham antara – nasionalis, rasisma dan perkauman.

Semangat nasionalis muncul apabila kita mula bertemu dengan kuasa kolonial. Semangat ini bukan hanya dirasakan oleh orang Melayu – malah semangat ini di rasakan oleh semua orang - sama ada di Asia, Afrika atau di Latin Amerika.

Konsep nasionalis ini adalah satu pembentukan fikrah. Ianya bukan sesuatu yang dapat kita pegang. Ianya di bentuk dan di beri takrifan mengikut pola dan ciri-ciri tempatan.

Kita jadi Melayu atau jadi Cina atau jadi Kadazan muncul dari satu proses pembentukan yang berjalan lama. KeMelayuan, keCinaan atau keKadaznan ini wujud dalam fikrah kita. Jasad lahiriah yang kita lihat itu tidak akan berjaya memberikan seratus peratus pemahaman seseorang tentang apa itu Melayu atau Cina atau Kadazan.

Nasionalisma Melayu terbentuk apabila munculnya kesedaran politik. Kalau kita membaca buku Sejarah Melayu kita akan dapat melihat bahawa 500 tahun dahulu tidak wujud konsep Bangsa Melayu. Apa yang tertera dalam Sejarah Melayu ialah konsep Orang Melaka, Orang Kedah, Orang Bintan dan dan dan.

Pertembungan kita dengan Portugis, Belanda tidak juga melahirkan nasionalisma Melayu. Ini kerana Portugis dan Belanda hanya ‘mengeledah’ di sekitar apa yang kita fahami sebagai Melaka. Ini pun bukan Melaka yang kita fahami hari ini. Portugis dan Belanda tidak memasuki ke pendalaman. Justeru Tanah Melayu yang telah di jajah oleh Belanda dan Portugis ini boleh di ‘ baca’ sebagai ‘mitos’. Pertembungan hanya pertembungan Orang Melaka dengan Benggali Putih.

Apabila British datang barulah kita lihat sistem penjajahan yang di rancang. Singapura, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sasaran kedatangan awal British. Kaum kolonial datang untuk mencari harta kekayaan. Tiga kota ini adalah kota perlabuhan yang menjadi pusat perniagaan.

Kesedaran Melayu yang dibawa oleh Tok Janggut, Tok Bahaman, Maharaja Lela adalah benih-benih awal yang telah memunculkan semangat nasionalisma. Semangat nasionalis Melayu moden dilahirkan oleh pemikiran baru yang di bawa dari Timur Tengah. Ini kerana kawasan Timur Tengah telah bertembung dengan Orang Putih lebih awal lagi.

Pemikiran konsep nasionalisma ini kemudian di kembangkan oleh pemikiran kiri Ibrahiam Yaacob, Ahamad Boestaman, Burhanuddin Helmi. Harus disedari, gerombolan United Malays National Organisation tidak wujud dan tidak memainkan apa-apa peranan ketika Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf, Hisbul Muslimin atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya bergerak untuk menaikkan semangat nasionalisma kebangsaan Melayu.

Nasionalisma Melayu bukan benci kepada orang asing. Yang di benci, dilawan dan di tentang oleh semua gerakan nasionalis sama ada di Asia, Afrika dan Latin Amerika – ialah penjajahan terhadap tanah air dan kawasan bumi mereka. Kaum penjajah ini datang bukan dengan niat yang baik tetapi datang untuk menaklok kawasan dan mengambil harta kekayaan negara itu.

Kalau kita melihat sejarah Perlembagaan Rakyat Putera- Amcaja (1947) kita akan memahami bagaimana terbukanya nasionalisma Melayu. Dalam Perlembagaan Rakyat yang telah dipersetujui oleh semua bangsa-bangsa – sesiapa sahaja yang ingin tinggal tetap di Persekutuan Tanah Melayu akan ditakrifkam dan dinobatkan sebagai Melayu.

Bayangkan bertapa radikal, progresif dan terbukanya sikap falsafah nasionalis Melayu yang sanggup menerima ‘bangsa yang datang mencari makan di Tanah Melayu atau yang di bawa oleh British’ – sebagai warga negara bangsa yang baru. Mereka juga menerima takrifan – Melayu.




Melayu dalam pemahaman para nasionalis pada ketika itu bukan biologi tetapi sikap cintakan bumi tempat kelahiran. Dengan mengambil sikap anti-penjajahan Perlembagaan Rakyat kaum nasionalis Putera-Amcaja adalah satu konstruk sosial yang berjangka panjang dan memandang luas ke hadapan.

Ini amat berbeza dengan nilai perkauman yang hanya melihat dari segi ciri-ciri biologi, budaya dan warna kulit. Sifat perkauman bentuk ini amat sempit. Ianya hanya mementingkan dan hanya ingin membela satu-satu kaum atau satu-satu budaya sahaja. Perkauman gagal membuka nilai kemanusiaan sejagat yang luas terbuka. Sifat dan nilai perkauman tidak berupaya untuk mencanai dan melakar nadi baik manusia sebagai insan. Insan yang yakin dengan falsafah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Didalam konteks Persekutuan Tanah Melayu, penjajah British yang pada ketika itu sedang menghadapi perang rakyat – tidak dapat tidak dalam usaha mematahkan pengaruh nasionalis Melayu dan menghancurkan gerakan nasionalis kiri – British telah memunculkan sikap dan konsep perkauman Melayu.

Sikap perkauman Melayu ini adalah taktik ‘pecah dan perintah’. Warga Tanah Melayu yang sedang bersatu mengangkat senjata melawan British kini telah ditanamkan sikap keMelayuan, keCinaan atau keIndianan yang sempit. Pergaduhan antara kaum ini adalah taktik yang paling mujrab untuk menumpaskan gerakan nasionalis dan membolihkan British terus berkuasa. Adu dumba yang bersadur perkauman adalah taktik yang terus dimainkan hingga ke hari ini.

Sampai ke hari ini sikap perkauman Melayu ini telah menjadi teras, dasar dan tiang seri gerombolan United Malays National Organisation. Sikap perkauman Melayu - pecah dan perintah - ini membolihkan gerombolan ini berkuasa dan mengekalkan kuasa. Sikap perkauman ini akhirnya akan melahirkan rasisma.

Rasisma ialah satu pandangan dunia dimana satu bangsa sahaja yang dianggap ‘betul dan berhak’ manakala yang lain bukan sahaja dipinggir malah perlu ditumpaskan. Rasisma ini amat jelas rupa hodohnya ketika Perang Dunia Kedua dahulu. Sikap dan pandangan dunia rasis telah melahirkan Hitler dan fasisma. Hasilnya ialah pembantaian berjuta bangsa Yahudi yang dianggap musuh. Idealoji rasis ini telah mengkemudikan pembunuhan beramai-ramai sesiapa sahaja yang bukan berdarah German.

Di Malaysia manifestasi perkauman ini dapat dilihat jelas dalam konsep Ketuanan Melayu. Dasar Ketuanan Melayu ada rasis kerana ada satu kaum atau satu bangsa yang akan jadi tuan. Jika ada yang jadi tuan maka ada yang akan jadi hamba. Kaum dan bangsa mana yang akan jadi hamba dalam Ketuanan Melayu?

Setelah 50 tahun British mengundur diri, negara Bangsa Malaysia masih terlalu jauh. Kesedaran dan pandangan dunia warga negara kita semuanya berlandaskan – kaum apa, bahasa apa dan agama apa. Ini tidak sihat kerana anak semua bangsa di Malaysia masih belum dapat menerima dan membulatkan kesatuan cita-cita, kesatuan harapan dan kesatuan mimpi mereka dalam satu nasion yang dipanggil Malaysia.

Babak-babak politik akhir-akhir ini sedang ‘memperlihatkan’ kembali unsur-unsur ajenda Perlembagaan Rakyat 1947 dahulu. Dalam masa yang sama, gerombolan United Malays National Organisation sedang menggunakan ajenda perkauman dan rasisma sebagai senjata untuk terus mengekalkan kuasa dan mematah Ketuanan Rakyat.

Warga anak semua bangsa dalam negara kita sudah bersedia untuk melahirkan Bangsa Malaysia. Batu halangan utama hanyalah gerombolan United Malays National Organisation.

16 ulasan:

hafiz berkata...

bro! aku antara manusia yang akan berghairah membaca tulisan2mu. aku tidak sanggup lagi menjadi mangsa ketuanan melayu. ini kerana, dalam sibuk2 slogan ketuanan melayu dilaungkan, tidak ada orang melayu atau orang umno pun datang untuk memberiku barang sepuluh-dua untuk membeli nasi bungkus tatkala berbuka puasa semasa perbelanjaanku habis. aku rupanya adalah mangsa ketuanan melayu.

aku telah lama menyadari bahawa tiada wujud ketuanan melayu, cina maupun india melainkan hanyasanya ketuanan perut semata-mata. ya...setiap individu perlulah mencari makan untuk perut dan untuk hidup. inilah antara hakikat pencerahan yang telah ku alami ketika dulu.

harapan aku amat kuat sekali agar saat ini dan saat2 seterusnya, pembentukan negara "bangsa Malaysia" dapat ditegakkan!

ohhh...rupanya aku telah murtad melayuku....minta maaf buat umno...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana menyedarkan anak anak Melayu siapa sebenarnya aning-anjing Inggeris yang hanya mahu ke London saja.

MATAKAJI berkata...

Satu kupasan yang simple tapi amat berkesan bagi topik rasisma dan perkauman bagi rakyat Malaysia. Saya kira tiada sejarawan di IPTA kita dapat memberi analisis yang berkaitan dengan sejarah negara mengenai topik ini. Sdr berjaya meyakinkan setidak-tidaknya kpd saya akan evolusigejala rasisma di negara kita. Syabas

widya berkata...

wow bro...terima kasih kerna menerangkan fakta-fakta yg padat ttg apa itu nasionalis, rasisma dan perkauman...bertambah lg informasi gua.akan gua simpan baik-baik ttg ini..caya la lu..nanti kalu kami anjurkan lagi 'malam pesta jiwa' part 2..lu mesti hadir lagi bro..gua tak puas lagi tgk satira politik lu...he3

Tanpa Nama berkata...

pernah satu ketika aku keje kat kedai makan kat Bukit Aman. Aku yang memakai t-shirt ug berslogan "destroy racism" telah ditegur oleh polis2 di sana. Mereka yang rata2nya berbangsa melayu berkata, racism is good. Depan mereka jugalah aku ketawa besar sebagai tanda membantah. Aku dijeling sinis. Patut la ramai org Cina tak suka polis Melayu.

AKUOKU berkata...

ya betul! Tuhan pun takkan tanya adakah kamu berjuang menegakkan bangsamu?

yang Dia tanya........... kena tanya Tantawi!

hafiz berkata...

bro. aku tak sabar nak dengar dato bukit bendera tu dibuang ke pulau jerejak!!!hahahaha

Tanpa Nama berkata...

500 tahun dahulu tidak wujud konsep Bangsa Melayu? Aku bukan feudal Melayu tapi aku rasa kau silap, nasionalisme Melayu mula muncul apabila Singhasari berkomplot dengan Raja Chola dari India pada tahun 1025 untuk menyerang Srivijaya di Palembang dan Semenanjung. Ini politik nasionalis Jawa-Hindu. Ekspedisi tersebut dipanggil Pamalayu. Bila ada aksi maka akan ada reaksi. Dari situ mula muncul politik nasionalisme Melayu yang anti-Jawa dan Hindu. Singhasari kemudian menjadi Majapahit manakala Srivijaya yang runtuh bangkit menjadi Kerajaan Melaka.

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

Tahniah bro atas ulasan menarik dan terangkat punggung aku baca..

Anak muda ini menolak perkauman..

Melayu, Cina dan India = Bangsa Malaysia..

Mr ROMPERS berkata...

alo bro...lu ni cakap macam syok sendiri jek...lu cakap pasal ketuanan melayu...ketuanan melayu berpaksi kepada raja dan sultan bukan pemimpin kerajaan...oleh sbb orang2 macam lu ni la yang menyebabkan tanah melayu jatuh ke tangan penjajah zaman dulu...lu baca sejarah sekerat pastu buat kesimpulan ikut pemikiran lu sendiri..sedarlah...melayu mcm lu ni memang lupe daratan. lu duduk kat luar negara lama sangat bro...

ALI MAIDIN berkata...

Pertahan kejahatan atas nama bangsa ke, negara ke, ugama ke, orang kampong kau ke, orang negeri kau ke, parti kau ke, kawan seopis kau ke, anak beranak kau ke, adik beradi kaku ke; itulah nasionalis sesat.

Tanpa Nama berkata...

Sudah-sudahlah dengan ketuanan meLayu... mak dah letih Nyah!!!

melahirkan plak orang bodoh macam rompers kat bawah ni...

Tegakkan Islam di bumi Malaysia...

lanterajiwa berkata...

salam... bro... artikel ini adalah total dan tepat mengenai sejarah Tanah Melayu... sememangnya pemimpin-pemimpin dahulu (kecuali UMNO) telah menerima Takrifan Melayu sebegitu...

Tetapi yang menjadi persoalannya, adakah bangsa lain PADA MASA KINI menerima dengan hati terbuka tentang Takrifan Melayu seperti tok moyang mereka yang terdahulu?

Ini yang gua pening nih....

MILLENNIUM2U berkata...

Bersabarlah, semoga di bulan ramadhan ini Tuhan memberkati kita semua dan memberikan kita "jalan" lain, entah jadi entah tidak yang penting sebagai rakyat Malaysia kita perlu junjung keAMANAN, yang penting perut kita kenyang dan esok kita boleh pergi kerja lagi

Unknown berkata...

orang yg baca sejarah, akan terus membaca selagi ada bahan sejarah dan mengambil kesemua fakta sebagai kesimpulan. org yg fanatik sahaja akan berpegang kepada satu fakta sejarah, dan mengata org lain tak baca sejarah.

Tanpa Nama berkata...

malaysia itu kan IBU pertiwi, raja pulak BAPA yang mula buka tempat tanah tumpah darah korang.melayu kan ABANG yg diamanah menjaga nasib ADIK-ADIK(yakni bangsa yang terkemudian).jadi cintailah IBU,taatilah BAPA,hormatilah ABANG dan sayangilah ADIK-ADIK barulah keluarga hidup aman bahagia.kalo nak lebih marilah kita bersama berusaha lebih!
**tapi point aku adalah, korang pergi cari lagi cebisan sejarah yang korang terlepas pandang kerana,untuk mengenal sesuatu kita lihatlah pada sejarah kejadiannya,barulah korang jelas dan faham akan afaalnya ,yang dulu didulukan umpama meletak sesuatu di tempat yng sepatutnya barulah ADIL DAN SAKSAMA.orang yang memakai kasut dikepala bukan sahaja zalim malah dipanggil sewel...bersyukurlah sikit korang ni,dulu masa zaman british tok nenek korang jadi hamba dibumi sendiri,sekarang korang dah boleh beli rumah kat malaysia ni dan jadi lah tuan di rumah sendiri.itu hak korang! kembalilah bersatu wahai koarang korang atas nama sejahtera......