Jumaat, 12 September 2008

Terkini: Teresa Kok ditahan ISA

Ahli Parlimen Seputeh merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor telah ditahan ISA.

Operasi lalang 2 telah bermula?

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mata kail telah dilabuhkan, umpan telah ditaburkan..INGAT!! jangan termakan..Mungkin percaturan TDM telah dimulakan, siapa tahu??

Tanpa Nama berkata...

salam abang isham...

apa khabar,,,, ini hari posa apa istimewa juadah berbuka..

kita tak pernah berjumpa.. cuma tengok gambo jer...

aku mintak maaf lah ngan ko bang isham... kot kot ada terkasar bahasa ... tau lah suasana sekarang nih.. pernah baca artikal ko. ada yang aku tak stuju... tapi pendapat ko.. ikut persepsi semasa. aku pun komen gak tulisan ko tu ...kot kot ko terasa aku mintak maaf lah sempena ramadhan nih.

salam

sekaran berkata...

hey...ini memang dak tau..kan,..tapi...gang in memang kala.....

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah.....
BN buat lawak raya pulak.
Nok dekat nok mampus pun nok cari nyawa.

Tanpa Nama berkata...

aku harap rakyat malaysia akan dapat hidup aman suatu hari nanti.
hmmm.

Tanpa Nama berkata...

aku bukanlah penyokong teresa kok... tapi tak patut dia di tahan... tak patut... abis bukit bendera nape bebas....

Ya Allah kau berilah kami jalan yang terbaik pada bulan mulia ini... Jatuhkanlah BN dan tegakkan lah PR demi Islam dan kebenaran...

Tanpa Nama berkata...

knp dia plak kena tahan?apa salah?

Tanpa Nama berkata...

Saudara Isham

Putih itu hitam
Hitam itu putih

Putra IJ80 berkata...

Lain makan Nangka,lain pula yg.kena getahnya.

Edyes berkata...

Artikel untuk direnungkan...

Kerajaan Penjajah !

Tanpa Nama berkata...

Sajak Buat Depa

Hangpa..
awat bertindak sebegini rupa
dah terdesak sgt nampak gayanya
tidoq malam pun dah tak lena
dok menghitung hari yg bakal tiba
gelabah beruk dan juga ungka
memang hangpa ni ce**ka

Hangpa..
manusia jenis apa
tangkap kurung org suka-suka
rompak samun cekau harta sini sana
buat negara mcm bapak atuk punya
anggap diri dah sgt berkuasa
angkuh sombong bongkak tunjuk kat dunia

Hangpa..
memalukan negara saja
udah melayu mengaku Islam pula
tapi perangai lebih teruk dari ramsis kedua
bila diamanah akan sedikit kuasa
dah nak buat apa-apa saja
ikut suka hati anak menantu belaka

Hangpa..
ingat !! hidup ini x lama
80++ pun dah dikira ekstra
mati nnt ditelan bumi jua
so jgn angkuh sgt tunjuk berkuasa
bala malapetaka akan menimpa
tiap kerja akan dibalas-Nya
tunggulah..Surga atau NERAKA
yang PASti akan dapat ganjaran dan balasan Nya...

Salam Reformasi.

coalminecanary berkata...

Wallawey, best la tgk en isham dalam al jazeera, stylo maaa...english the very berabuk and passionate like al pacino...pergh! saludd

Puan Ainon Mohd. berkata...

Saya tonton lakonan saudara dalam Aljzeera. Sungguh menghiburkan!

Apabila saya kenang, saya gelak sendiri.

Unknown berkata...

Tahun 2004 adalah tahun kemuncak Pak Lah, dia menang besar dalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun tersebut. Tapi sayang, kerana terlalu yakin dengan kemenangan besar yang diperolehi pada masa itu membuatkan beliau tidak lagi peka sebaliknya menjadi pekak kepada masalah rakyat.

Beliau lebih suka mendengar masalah rakyat dan mengatur strategi pentadbiran Negara melalui penasihat-penasihatnya yang salah.

Keresahan kaum India yang dirupakan melalui Hindraf tidak ditangani dengan betul, malah beliau mengambil langkah berkonfrantasi dengan Hindraf dengan menangkap beberapa pemimpin mereka di bawah ISA. Langkah Pak Lah ini dianggap oleh kaum India sebagai keterlaluan kerana Hindraf seperti juga MIC, antara pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak kaum India sekalipun tidak berdaftar.

Memusuhi Hindraf samalah juga seperti memusuhi kaum India. Keadaan ini tidak sama seperti menangkap pemimpin-pemimpin kaum India yang mewakili parti DAP atau parti Keadilan Rakyat.

Kemarahan kaum India dan rasa tidak puashati orang-orang Cina kepada kepimpinan Pak Lah telah banyak menyumbang kepada merosotnya undi BN pada pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac 2008.

Boleh dikatakan kemenangan BN pada piliharaya umum ke 12 itu banyak bergantung kepada undi orang-orang Melayu saja. Sejak itu orang ramai banyak menyalahkan Pak Lah di atas kemerosotan undi kepada BN itu. Malah ramai pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad bekas Perdana Menteri turut menyalahkan Pak Lah.

Sebelum itu Dr. Mahathir memang tidak puashati dengan pentadbiran Pak Lah. Keputusan pilihanraya itu telah diambil kesempatan untuk dijadikan alasan yang kuat oleh Dr. Mahathir dan penyokong-penyokong beliau untuk menolak kepimpinan Pak Lah.

Kerana desakan kuat dari pelbagai pihak dalam UMNO, Pak Lah telah cuba meredakan keadaan dengan mengemukakan rancangan peralihan kuasa. Dalam rancangan peralihan kuasa itu Pak Lah telah bersetuju untuk menyerahkan kepimpinannya kepada timbalan pada bulan Jun 2010.

Semasa Pak Lah mengumumkan rancangannya untuk meletak jawatan dan akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya, tidak ada pula kejadian ‘histeria’ berlaku pada pemimpin-pemimpin UMNO. Tidak sama seperti semasa Dr. Mahathir mengumumkan beliau hendak meletak jawatan pada satu masa dulu, di mana Rafidah Aziz, Hishamudin Hussein, Isa Samad bagaikan terkena histeria meluru ke depan untuk menghalang Dr. Mahathir meneruskan hasratnya itu.

Walaupun rancangan peralihan kuasa yang dikemukakan oleh Pak Lah itu dapat meredakan desakan pelbagai pihak untuk beliau meletakkan jawatan, tetapi kesan darinya menyebabkan kepimpinan Pak Lah bertambah lemah. Keadaannya samalah seperti seseorang yang telah dikenakan hukum gantung yang telah diketahui tarikh kematiannya.

Makin ramai pemimpin UMNO yang lebih rapat dengan Pak Lah sebelum ini seperti Mahyudin Yasin telah mula berani membodek Najib supaya tarikh peralihan kuasa itu dibuat lebih awal dari Jun 2010.

Sesiapa pun di waktu ini tidak takut lagi kepada Pak Lah, kerana hayat kuasa Pak Lah hanya tinggal tidak sampai dua tahun lagi. Kalaupun Pak Lah singkir dan pecat orang-orang yang menentangnya, pasti dalam dua tahun lagi mereka akan diambil dan diangkat semula oleh Najib dengan pangkat dan jawatan yang mungkin lebih tinggi.

Kepada mereka yang inginkan pangkat dan jawatan yang lebih tinggi pada masa akan datang, maka sekarang adalah masa yang baik untuk membodek Najib bukan Pak Lah.

Sekarang mungkin Pak Lah sudah dapat tahu siapakah kawan yang sebenar di masa susah. Dalam politik kawan boleh menjadi lawan dan lawan boleh menjadi kawan.

Jangan sekali kita lupa bahawa yang menaikkan diri kita dalam politik hingga ke jawatan Perdana Menteri ialah undi rakyat, oleh itu jangan sekali kita lupa kepada mereka.

Pak Lah telah dijadikan ‘kambing korban’ untuk disembelih bagi menyelamatkan BN, tetapi betulkah BN akan selamat selepas Pak Lah dikorbankan?

hafiz berkata...

bro. aku sedang gian menunggu update tukartiub.

Tanpa Nama berkata...

cuti ker abang???

addicted to your blog la...

Tanpa Nama berkata...

ro isham....mana lama menyepi? tak kan merajuk kot. hope, bro x apa2. rindu akan khabar berita yg bro tuliskan. x lalu nk baca utusan melayau dan berita hairan. teruslah menulis...


p/slama x dengar perkembangan berita pakatan rakyat gelak bro tu