Khamis, 25 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Tadi hujan
Sekarang sejuk renyai, kabus dan basah
Jajan semakin laris
Sewa untuk dbkl dah lama selesai
Modal beli barang pun dah selesai
Jumaat sabtu ahad menuai untung

Raya lagi 6 hari

Statistik maut meningkat lagi
15 saudara kita gugur
Tak sempat berhari raya
Tak sempat jumpa sanak saudara

di finland sepuluh anak muda tewas di muncung senapang
lalu mereka memikirkan senapang wajib di haramkan
di amerika setiap saat warga tewas dimuncung senapang
tapi pemodal senjata enggan
pelobi senjata memiliki kuasa

15 saudara kita tewas di jalan raya
Siapa saudara kita  ini
Anak siapa mereka ini
Kekasih siapa mereka ini
Di mana rumah nya
Dia bersekolah dimana

Sesekali kita terbaca kesah mereka
Sedih untuk seketika
Akhirnya kita lupa
Masa meneggelam ingatan
Lagi pun bukan anak kita
Perlu apa ambil berita
Yang lain jadi stastik dan angka

Kalau di finland senapang membunuh dianggap musuh
Hairan di malaysia kereta membunuh 15 tidak dianggap musuh
Apakah ada pelobi kereta sama seperti pelobi senjata
Yang berkuasa lebih hebat dari Yang Maha Esa
Boleh mencabut nyawa sesuka suka

Marilah kita fikir tentang kereta
Musuh utama pembunuh diraja
Kenapa kita menyembah pembunuh
Kita terlupa: seperti bani isreal menyembah lembu
Wal hal musa datang membawa janji
Sekarang kita berpesta menyembah kereta

Mari kita fikir apakah ada jalan lain
Dari kota ke bandar
Dari bandar ke pekan
Dari pekan ke kampung
Dari kampung ke kampung

Manusia ialah haiwan yang berfikir
Manusia adalah haiwan penyelesai masaalah
Jadikan kembali jalan dan lorong
Denai dan pematang
Tempat kita jalan berlenggang
Melihat dunia dan alam semesta
Tanpa takut dari pembunuh bernama kereta



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham,
Memandangkan ramai insan melaysia penyokong pembangkan, penyokong kerajaan, dan tak sokong apa apa mula mati, eloklah kau letak kan statistik harian kat blog lu ni. kurang kurang kami sedar jugak berapa yang telah gugur sampai habis raye. maklumlah, berita rtm, tv3suku, utusan meloya, berita hairan dan new shit times kami semua dah jarang baca. sian jugak kami kan kalau takde berita tepat, nak juga share simpati dan jadi peringatan bila tekan pedal minyak

Navy pencen

Tanpa Nama berkata...

Kereta atau manusia itu yang sepatutnya disalahkan. Kereta bergerak mengikut hukum sains, seperti apabila dipecut ia melaju terus tanpa mengira siapa ada didepannya. Ia tidak terikat pada hukum wahyu. Manusia yang membawa kereta. Ada peraturan tidak boleh dipecut melebihi hadnya, enjin, brek, lampu, tayar dan banyak lagi harus dijaga dalam keadaan berfungsi sementara keadaan jalan rayapun harus dibina mengikut standard yang baik. Apabila manusia tidak peduli itu semua, tambah lagi dia mabuk, letih, tertekan, berpenyakit seperti sawan atau mempunyai sikap dan mentaliti mat rempit maka besar kemungkinan dia akan menyumbang terus kepada kecelakaan yang bukan saja membawa pemandu lain yang cermat turut mati katak. Dreber Malaysia dan keadaan jalan raya kita terkenal bertaraf buruk, kebanyakannya dapat lesen kopi-o. Tanpa nama rasa bukan salah sepenuhnya kereta tapi sikap dan keadaan dreber semasa kereta dipandu serta cuaca boleh menyumbang kecelakaan kenderaan. Ada banyak negara yang banyak kereta tapi dengan dreber yang berbudaya kurang terjadi kecelakaan.

Danielle_Corleone berkata...

Nafkah!

Kita kerja
Siang dan kadangkala
Malam!

Kita tidur
Malam dan kadangkala
Siang!

Kita makan
Siang dan Malam!

Hujungnya hari
saku dan uncang berisi...
Seketika!

Perut pula bila mahu terisi?
Aku, kau dan semua
Tidak pernah mahu
merancang jadi kurus
dan langsung mati!

Saku dan uncang bocor
langsung hilang sedar!

Binatang kaki dua
Gergasi kaki empat!

Hari-hari perlu diberi makan
dan perlu diberi minum!

Mahu tak mahu
mereka waris kita
nafkah mereka
jadi beban berat
seksa dan sarat!

Kita berdosa
jika curang!

Aku rela mati
dari lihat engkau
lumpuh tak bernyawa!

-DC-

Tanpa Nama berkata...

Awas !!!
Malaikatmaut menunggu di jalan raya dan di lebuh raya.


Thamby Kecik.

RY berkata...

balik kampung naik bas la...huhu..tiket pulak tak de! takyah balik la...huhu

penin...

Tanpa Nama berkata...

Berani mati, mati.
Takut mati juga mati.
Namun demikian biarlah kita mati di dalam keadaan meninggalkan jasa kepada manusia dan kemanusiaan. Sebesar-besar jihad ialah menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim.

hafiz berkata...

menyentuh hati apa yang dikatamu bro. yang amat ku pasti. bukan kerja BN yang menyuruh bawak laju. kerja mereka cuma menghadkan sistem pengangkutan awam. apakah kita mau dengar malaikat maut tafsiran moden adalah jalan raya?

shahrizalisme berkata...

Salut monsieur,

Saya doakan semuanya yang berkenderaan selamat pergi dan pulang berhari raya. Jangan sesekali sembah 'une voiture' kalian.

Suivez le panneau, s'il vous plait! Bonne journee!