Khamis, 25 September 2008

KENAPA PERLU PANGGIL AFP? – MOHAMAD HASAN – U.Melayau

SEREMBAN 24 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menyelar tindakan pakatan pembangkang yang tidak habis-habis membuat kenyataan kepada media asing berhubung usaha untuk menubuhkan kerajaan baru.

Menurutnya, tindakan itu jelas menunjukkan pembangkang khususnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan agensi berita asing untuk menggembar-gemburkan 'kejayaan' memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti.


kah kah kah…. tak kan nak panggil rtm, tv3, berita hairan, utusan melayau bila nak buat press conference…. mat san oooi…. kao ingat PKR ni parti politik bodoh ko…. mesti media kao tak kan lapor…kah kah kah…. media ni kao yang punyo…. bukan PKR tak tahu… lagi pun orang tak cayo media kao… kah kah kah… media luar negara lapor betul… mereka lapor berita….kenduri-kenduri press, makan-makan, resmi-resmi mereka tak layan….kah kah kah…..dapat datuk-datuk jadi mak mak datin buka kerja mereka…mereka pro… kerja lapor berita…. kah kah kah bodek-bodek bukan kerja mereka….kah kah kah

Kalau tidak pecaya sila angkat talipon dan cuba panggil wartawan AFP dan katakan: Saya MB Negeri Sembilan, tolong  jangan lapor berita buruk tenatang abang saya…’

Wartawan AFP akan menjawab : Kao kontut ko jang… berangin tolo den…... kah kah kah





4 ulasan:

Harris Nasril berkata...

wakakakkakaka ini betul2 lawak tahap dewa hahahhahah

kenduri panggil AFP apa tuuurrrrrrrrr hahahha

Tanpa Nama berkata...

Sdra Isham,

Dah nampak dan dah sah bukan ?...Mat hasan pun tengok berita kat AFP. Dia pun tak berapa nak yakin dengan sampah sarap perdana parti mereka yg dinamakan Berita Hairan dan Utusan Meloya itu.

sebenarnya
Sampah Sarap perdana milik parti purba itu telah pun menyiarkan komen pembangkang tapi kesemuanya pembangkang dari Kelantan, PP, Selangor, Perak dan Kedah. Parti mereka kan pembangkang kat situ.
Pembangkang dari NS ke, Melaka ke atau terengganu ke..kecut akbar tu..

Sampah sarap perdana itu juga sentiasa menyiarkan berita pembangkang selain dari negeri PR yg saya nyatakan tadi.

Tahu tak pembangkang di mana?
Saya jawab sendiri. Semua berita pembangkang dari luar negara.
Pembangkang di negara sendiri di anak tirikan. Mereka mana ada etika. Cara lantik ketua pengarang pun tak ada etika. Tikar mengkuang ada lahhhh.

Wassalam.
Adnan M

Tanpa Nama berkata...

kentut bau telur rebus..kakaka

Tanpa Nama berkata...

Bengong btol Mat Hasan ni, kalau dah media tempatan asyik bersekongkol dgn kerajaan, mestilah pembangkang pegi cari AFP.

Kalau anak tak diberi makan oleh mak bapak sendiri, salah ke kalau anak tu mintak makanan kat rumah jiran?