Hari ini ekonomi kapitalis sedang menghadapi satu krisis yang amat besar. Kemungkinan dunia kita hari ini di bawa kembali ke zaman meleset sama seperti tahun 1929 dahulu cukup cerah.
Ahli-ahli Dewan Congress Amerika telah meluluskan dana negara sebanyak 700 bilion dolar untuk membantu lembaga-lembaga bank yang berkemungkinan jatuh muflis. Di Britain Gordon Brown telah juga meluluskan 500 bilion sterling pound untuk tujuan yang sama. Sebuah lembaga penyimpan/peminjam dana – Northern Rocks – telah di hak miliknegarakan oleh kerajaan Parti Buruh Gordon Brown.
Dari mana asal usul krisis yang menghimpit ekonomi kapitalis ini ?
Semua ini berpunca dari asas ekonomi kapitalis yang mengajukan dasar neoliberalisma. Ertinya ekonomi kapitalis yang mengenepikan peranan daulah/state dan membuka pasaran bebas. Amerika Syarikat negara kapitalis terunggul di dunia telah mengenepikan sistem wang yang bersandarkan emas. Ini berlaku pada tahun 1971 apabila Presiden Nixon memansuhkan Bretton Woods Agreements.
Perjanjian ini dimansuhkan ketika kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial terhadap Vietnam, Laos dan Kamboja. Perang Indo-China ini telah membocorkan dan mengkoyak rabakkan ekonomi Amerika. Berbilion dolar telah digunakan dalam usaha sia-sia untuk mengalahkan gerakan nasionalis di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Perang memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi – nyawa dan harta benda.
Yang menjadi ganti Bretton Woods Agreements ialah Dolar Amerika. Negara-negara kapitalis terutamanya negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika telah di paksa menerima pakai ‘fiat money’ yang hanya bersandarkan kepada kekuatan ekonomi Amerika. Justeru semua jual beli diantara negara-negara kapitalis terutama jual beli bahan bakar petrolium wajib menggunakan dolar Amerika.
Hasil awal dari tindakan dasar ekonomi ini telah menyelamat ekonomi Amerika yang mula merundum pada tahun-tahun 70’an. Ekonomi kapitalis Amerika dapat bernafas semula dan berkembang.
Rupa-rupa langkah Presiden Nixon itu hanya untuk membeli masa. Tiga puluh tahun kemudian semuanya berulang kembali. Amerika kini sedang melancarkan perang kolonial terhadap Iraq dan Afgahnistan. Kalau pada tahun 1971 Perang Vietnam melimpah ke Laos dan Kamboja, kini tahun 2008 Perang Iraq/Afghanistan telah melimpah ke Iran dan Pakistan.
Sebelum serangan ke atas Iraq bermula, Rumah Putih secara ‘romantik ‘ telah memberi anggaran 50 bilion dolar sebagai belanja perang. Hari ini angka resminya telah mencecah hampir 600 bilion dolar. Perang di Iraq memerlukan 300 juta dolar sehari. Ada yang menganggarkan diantara 1 hingga 2 bilion dolar seminggu akan digunakan di Iraq.
Seorang pakar ekonomi Linda Bilmes dari Kennedy School of Government di Harvard, dan Joseph Stiglitz pemenang hadiah Nobel laureate Ekonomi yang juga bekas penasihat ekonomi Bill Clinton telah meletakkrer44+++aaaan harga 2 trilion dolar sebagai belanja perang di Iraq hingga ke hari ini.
Justeru peperangan di Iraq dan Afghanistan ini sedang mengancam ekonomi Amerika dan ekonomi dunia kapitalis – sama seperti ancaman di zaman Perang Vietnam dahulu.
Dalam masa yang sama dasar neoliberal juga telah memberi ancaman yang sama. Banyak peraturan jual beli, peraturan urus niaga yang menjaga kepentingan negara-negara kecil telah di lupuskan atas paksaan perjanjian World Trade Organisation ((WTO ) atau atas nasihat Bank Dunia.
WTO dan Bank Dunia adalah dua lembaga yang di wujudkan oleh kuasa imperial Amerika untuk memastikan kepentingan ekonomi Amerika berjalan lancar tanpa ganguan. Dua lembaga ini mengajukan dasar-dasar neoliberal dan memastikan pasaran dibuka seluas mungkin untuk kaum pemodal.
Peraturan dan perjanjian yang dilihat tidak menguntungkan kaum pemodal akan dihapuskan. Negara-negara Dunia Ketiga tidak dapat bertahan dari serangan dasar PENSWASTAAN yang dipaksakan ke atas mereka oleh WTO dan Bank Dunia.
Selain dari belanja perang dan dasar neoliberal ini - ekonomi kapitalis juga sedang berhadapan dengan masaalah struktur sistem kapitalis ini sendiri. Di zaman meleset tahun 1929 dahulu, Amerika tidak berperang tetapi berhadapan dengan masaalah keyakinan terhadap lembaga-lembaga bank.
Kali ini keyakinan terhadap lembaga bank datang kembali bersama bencana perang – dua-dua datang sekali harung. Memang betul jika diperhatikan ekonomi kapitalis ini ada putaran jatuh/bangun setiap sepuluh tahun – 1974 – 1988, 1997, 2008 - tetapi kali ini bebeza. Ini bukan pusingan krisis sepuluh tahun sekali lagi. Ianya lebih dari itu.
Dunia kapitalis bukan sahaja berhadapan dengan pengeluaran yang berlebihan (surplus production) malah strukturnya telah hampir hancur. Rakyat dunia tidak lagi mahu menerima dolar sebagai wang tukaran. Apabila dolar tidak lagi di yakini, maka nilai dolar jatuh.
Dalam suasana nilai dolar jatuh, Federal Reserve – badan swasta yang berhak mengeluarkan dolar – mengambil jalan pintas. Federal Reserve terus mencetak dolar untuk dijadikan bahan export utama Amerika. Hasilnya ada lambakan dolar di pasaran dunia. Bila dolar melambak maka nilainya semakin merosot. Ini samalah seperti apa yang pernah terjadi kepada ibu dan ayah kita dengan Duit Batang Pisang di zaman Jepun menjajah Tanah Melayu pada tahun 1941-1945 dahulu.
Untuk memastikan dolar terus di terima pakai, kuasa imperial telah menggunakan ancaman kekuatan tentera untuk memastikan jual beli terutama bahan bakar petrol akan terus dinilai dengan dolar. Harus dingati salah satu sebab kenapa Saddam Hussein dijatuhkan ialah kerana Saddam telah meninggalkan dolar dalam hal jual beli minyak. Iran, yang kini dianggap musuh, telah juga meninggalkan dolar dan beralih kepada Euro dalam hal jual beli minyak petrol. Langkah yang sama juga sedang diambil oleh Russia. Langkah meninggalkan dolar negara-negara ini terus membantu penurunan nilai dolar.
Satu lagi musibah yang sedang menyerang sistem ekonomi kapitalis ialah munculnya – perniagaan bentuk baru. Perniagaan ini bukan membuat sesuatu atau menghasilkan sesuatu barangan. Kalau kita memotong getah, hasilnya ialah getah. Kalau kita memburuh menanam padi hasilnya ialah beras.
Perniagaan bentuk baru- tidak membuat apa-apa barangan - ianya hanya membuat spekulasi tentang tentang harga barangan masa depan dan nilai mata wang dari sebuah negara ke sebuah negara. George Soros, nama yang dikenali di Malaysia hanya salah seorang dari beratus-ratus peniaga bentuk ini.
Perniagaan ini lebih tepat kalau kita kenali sebagai – berjudi/betting. Berniaga mata wang ini tidak produktif. Ianya tidak menghasilkan apa-apa barangan/products. Jenis perniagaan ini muncul hasil dari dasar neoliberalisma. Perniaga jenis ini akan berbondong ke hulu ke hilir dalam dunia global mencari pasaran untuk berjudi.
Kita tidak nampak mereka kerana mereka semuanya bersarang di Wall Street New York dan di City of London. Mereka bebondong-bondong tetapi tidak bergerak. Mereka hanya mengalihkan angka dana mereka melalui internet. Tidak ada wang ringgit yang masuk, tetapi jika mereka menang ‘judi’ maka harta dan titik peluh kita ke kantung mereka. Inilah yang berlaku pada tahun 1997 dahulu.
Dalam masa kurang lebih 6 bulan krisis ekonomi kapitalis ini akan sampai kepada kita. Di Amerika dan Eropah pada masa ini sedang berhadapan dengan zaman meleset. Rakan niaga kita di Amerika Utara dan di Eropah akan mengurangkan permintaan. Apabila ini berlaku maka banyak pabrik dan kilang akan ditutup. Banyak yang akan hilang pekerjaan.
Inilah hakikat krisis ekonomi global kapitalisma.
Sekarang para pemimpin kita wajib membuat satu dasar ekonomi baru yang bersandarkan kepada ekonomi pertanian. Bumi Hijau seharusnya dijadikan dasar oleh Pakatan Rakyat. Bumi Hijau bermakna kita mengajukan penanaman bahan-bahan makanan dan bukan pembuatan barangan. Apabila zaman meleset sampai kita memiliki beras yang cukup. Kita memiliki sayuran, ikan, daging, bijirin dan buah-buahan yang cukup.
Kita pasti tidak dapat makan Proton. Kita tidak dapat makan komputer chips kerana ianya bukan potato chips. Dengan asas ekonomi pertanian yang kukuh pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu orang ramai dari dilanggar zaman meleset yang akan sampai tidal lama lagi.
Rabu, 15 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
25 ulasan:
Thanks alot for this informative article.
Should be reading requirement budak2 1st year.Intro to Global Issues.
I wish more people like you around in all campuses.
Rencana ilmiah yang menarik dan lebih baik dari kajian-kajian ilmiah dari universiti tempatan(kalau ada)..
JD 1015
Salam abang isham,
Cis,Mahathir !
Apakah cukup Gabenor Bank Negara meminta maaf dan meletakkan jawatan?
Beban dipikul oleh rakyat ?
Kau tunggu di pintu...
Melayu tidak pernah lupa !
Haha,apa lagi selepas ini yang engkau akan bail-out ?
TELEKOM,TNB,KWSP,POS,TABUNG PENCEN,TABUNG HAJI,......jaga-jaga samseng MAHAFIRAUN,FIRAUN kecil dan polong-polong sedang berkeliaran !
Ngah.
Soviet Union porak poranda dan runtuh kerana membiayai perang di Afghanistan. Sekarang USA pula menuju keruntuhannya kerana membiayai perang di Iraq.
Ini semua perancangan Tuhan juga.
Analisa yang menarik.
Seperti ulas saudara, kita tidak boleh "makan" wang.
Ingin saya juga tambah bahawa adalah mustahak agar rakyat dijamin asas-asas yang penting untuk memastikan kesejahteraan rakyat, iaitu makanan dan sumber tenaga yang secukupnya ("self-sufficiency in food and energy sources"). Ini harus menjadi polisi dasar kerajaan mana-mana.
Pergantungan kepada negara-negara lain untuk sumber-sumber asas (strategik) seperti ini melalui saluran globalisasi adalah kurang waras. Perkara ini telah juga diulas oleh John Maynard Keynes, seorang ahli ekonomis yang masyhur, seperti berikut:
"I sympathize therefore, with those who would minimize rather than those who would maximize, economic entanglement between nations. Ideas, knowledge, art, hospitality, travel-these are the things which should of their nature be international. But let good be homespun whenever it is reasonably and conveniently possible; and, above all, let finance be primarily national."
Sekian.
adui..sokong sangat makanan digandakan sekarang ini...angkatlah para petani/penternak/pelaut bukan kayubolly
Tapi penyelamat kapitalisme juga sudah suntik bertrilion untuk menyelamatkan keruntuhannya. Ada lagi satu pusingan samada 'crunch pinjaman kad kredit' atau sub-prime pusingan ke dua akan meletup. itupun kalau mereka boleh pump lagi bertrilion-trilion dolar kapitalisme dapat kembali bernafas. Kapitalisme tak serik-serik, ia tetap akan meronta dan menjadi sistem ekonomi yang boleh memberi warga dunia mabuk, enjoy dan khayal dengan keduniawi tanpa had. Kapitalisme tidak sempurna sama juga sosialisme atau islam, tapi warga dunia akan memilih kapitalisme atau bentuk-bentuknya daripada dua pilihan lain tadi. Ini satu ironi dunia.Manusia nak syok hidup, kapitalisme boleh memberi aneka macam hiburan sebelum mereka mati.
nice writings ...
omak eii... panjangnyo.. tak sompek den bacoo. bukan tak sompek..malehh!! monyomakkan minda yo! jgn marah jang!
kih!kih!kih!
So what?
suatu tulisan yang membuka minda. kami juga ada menulis tentang sistem ekonomi di blog kami.
ada debat yang agak panjang tentang ekonomi tanpa campurtangan negara dan ekonomi melalui campurtangan negara boleh anda ikuti di:
http://diskopi.wordpress.com
di bawah tajuk artikel "manchester united, english premier league and free markets".
All Capitalis Are Bastard
A.C.A.B.
Bring them down, smack them all!!!
tkpah bro bgi depa tu janji ekonomi depa, saudara n kwn depa trus maju
hohohohoho...
hebat la brader gua ni...
artikel yang menarik..
gua memang suka tulisan lu brader..
dasar kapitalis yang sememangnya tidak relevan dengan kehidupan umat manusia..
dasar penindasan..
dasar penghinaan..
dasar haram jadah..
tq brader isham..
Anak Emas
Gold has held its value over very long periods of time, unlike any former or present fiat currency. Gold and gold stocks can be more volatile than any asset class; particularly at a time when fiat currencies are on their last legs. Gold is the enemy of fiat currencies because it eventually reveals the truth, the fraud behind the fiat currency. As it emerges in a primary bull market, gold will have to weather the attack of the proponents of the fiat currency, as they cling to its withering life. If you look at history, you will understand which will win, and you should move to protect yourself as the mountains of credit and paper money, gravitate to their true value.
Ref: http://www.gold-eagle.com/editorials_04/greene032104.html
Jemput baca
# Sistem Ekonomi Kapitalis, Soasialis, Islam. Eh Mana Sistem Ekonomi Melayu?
AnakEmas
Bila tak cukup duit, cetak sahajalah wang kertas. Itulah cara dia orang.
Akibatnya, kita orang yang terlalu bergantung pada 'the mighty dollar' jadi mangsa.
Kita yang kena 'songlap'; kita yang kena dia orang perli 'In God We Trust'
ReformedCapitalist
Capitalism Redefined:
When you default on your payments, the bank will proceed with actions till you are a bankrupt.
When the bank default, the govt will step in to the rescue with your money.
Talk of a 'double whammy' !!! Either way we are 'scrxwxd'
That's the way the system goes !!!
rlek la en.sham...
kn pm kta ckp ekonomi mlysia xkan mleset....huk3..
terima kasih...-sangat2 mnarik..-bleh mnambahkn ilmu...walopn sy xamik bisnes..-ttap rsa berminat..
kalau orang2 sintok tak tau benda2 macam ni,betul tak?
baca paper kosmo hari ni,universiti sintok nak buat bursa saham pertama universiti,USM Apek university nak buat parlimen siswa.
ape komen kawan2?
tq for the great explaination.
Why the government rescue the company? Because these company owe government big time.. If the companies colapse, the government can collapse also...
I think the key factor is greed... If greed triumph over economic senses, then it will be a doomed senario....
Maybe the most glaring evident is the pyramid and get rich scheme,, where grred overcome the simple logic of fundamental economics, and thus many suffer due to the quest of riches....
greeed bloody greed - yes u are right -
Hisham,
Mungkin para pembaca saudara berminat mengetahui mengenai gagasan forum yang akan diadakan bulan depan yang bertajuk 'Socialism Malaysia 2008'.
Sila layari http://socialismmalaysia08.blogspot.com/
Sekian.
Assalamualaikum uncle isham (xpe ke panggil uncle?)
kalau ikutkan tarikh comment ni mmg dah ketinggalan sgt tp saya tetap nak komen jugak. blog ni terlalu best utk x dibaca jadi saya terus jejak balik dari post yg pertama dulu.x publish comment ni pon x apa.
terima kasih untuk article2 dan karya2 yang sangat bernas dan best dari uncle. budak hingusan macam saya ni ada jugak cuba2 baca buku ekonomi tapi memang berbelit urat otak nak paham. terima kasih kerana dapat menulis sesuatu yang susah kepada senang untuk difahami.
karya uncle selalu saya jadikan rujukan untuk beri penerangan pada kwn2 yang masih lagi beku otaknya asek nak suruh saya bersyukur ada kerajaan ameno yg baik hati buat jalan utk saya senang pegi kelas.
maaf juga jika bahasa saya di sini kelam kabut campur rojak buat uncle serabut kepala. saya suka bahasa yg uncle guna. jarang nak jumpa orang tulis cam uncle.
teruskan buat lawak.saya dan mak saya sentiasa tunggu nak gelak guling2 baca lawak uncle.
terima kasih juga sebab bangkitkan isu sejarah negara kita.arwah tok wan saya pasti senang hati kalau dia masih ada. dah lama saya saya x puas hati bila buka buku teks sejarah sekolah ada macam2 yg x kena tp oleh kerana ilmu masih cetek sy ingatkan saya yg salah.. rupanya tidak.
tak lupa juga terima kasih sebab banyak tulis pasal sejarah2 hitam pemimpin2 tu.kisah ziana zain etc. orang muda macam saya x tau, orang tua dah lupa. anda ingatkan kami semua.
teruskan perjuangan!
teruskan menulis =)
teruskan ber kah kah kah!
(maaf tulis kat sini saje, nak bukak email internet lembap pulak pagi ni)
Catat Ulasan