Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 15 Oktober 2008

HUJAN TURUN LAGI

La la napa ni tiap petang dia datang lagi
Naik bosan tak henti-henti
Pak warung susah hati
Mak warung lagi susah hati
Ujang ujan dan ujan lagi

Gelap dan suram mengingatkan kembali
Zaman zaman muda kesaorangan
Dari kota ke kota
Dari lantai ke lantai
Dari bilik sewa ke bilik sewa
Dari penjara ke penjara

Musim daun gugur
Musim patah cinta
Musim daun gugur
Sebelum salju turun

Musim daun gugur
Mengigil sejuk
Terpaksa mengucap selamat tinggal
Pada panas yang telah pergi

Lalu bermimpi bumi tropikal yang panas
Jelebu yang berbukit bukau
Jelebu yang bergunung ganang

La la ni tiap petang dia datang lagi
Guruh dan petir
Tak henti henti
Kampung di sebelah kubur
Hutan gelap berkabus ngeri

Punya susah nak berjalan kaki
Payung koyak kasut bocor
Seluar basah stokin busuk

Lalu teringat kembali
Mandi air hujan
Tak puas puas mandi
Berbogel tak sedar diri
Dari sawah turun ke perigi
Dari paya turun ke sungai
Batang dah besar
Dah tumbuh bulu ari
Tapi belum ngerti kucupan brahi
Tak tahu apa yang tegak keras
Apa yang tegak mati

Lah ni dia datang lagi
Kalau ke sawah
Ia datang bawa rezeki
Tapi semua sudah kering
Dah jadi kubang babi

Bumi tropikal ini hujan tak berhenti-henti
Jelebu yang kering
Kini basah sepanjang hari
Kain di ampaian berkulat berdaki
Musim tengkujuh tak tahu bila berhenti

Semua ini perbuatan kita sendiri



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sdra Isham,

Pusii Indah ini mengingtakan saya kepada keseronokan mandi hujan sambil berlari riang sekeliling rumah dari cucur atap rumah yang mencurah airnya hingga ke sawah tatkal masih kecil sekitar tahun 60han dahulu.

Lagi lebat hujan lagilah bagus, lagi dalam air sungai lagi enjoy dapat menyelam dan berenang beramai-ramai sampai buaya pula yang lari lintang pukang.

Sesekali bila banjir besar, hebatnya bukan kepalang dapat berenang dalam sawah pula.

Bila kolam ikan Tong seng pecah kami berpesta pula memungut ikan tongsan yang `bertaburan` dalam sawah. Hampir sebulam tak habis-habis makan ikan.

Hanya Tong seng satu-satunya orang Tionghua di kampung saya yang terletak di Rembau itu. Amoinya bukan main cantik. Teringatkan Tong Nyuk Lan itu terasa rugi betul saya...

kini, Ken Nyuk Lan sudah berpindah, sawah sudah rata dan sungai pula berairkan bahan kimia dari kilang di Chembung.

Tebat tempat saya mengail dan berdating dengan Fatimah dulu pun entah di mana tapaknya. Semuanya sudah di tumbuhi batu kini..menyedihkan.

Wassalam.
Adnan M

Ngah berkata...

Salam abang isham,

Janganlah tuan gundah-gulana.
Kerananya ZUN NUN bersyair :

Kita telah hilang akal,
Saking bertimbunnya dosa.
Kita tuju kejujuran,
Rumah tampak jalan tak nyata.

Seruan nafsu yang merayu,
Ringan saja memenuhinya.
Tetapi melawan hawa-nafsu
Seberat bumi dan langit rasanya !


Ngah.

hyde berkata...

Bro..sentimental la..

amanlegend berkata...

Salam..

Dalam maknanya..untuk mereka yang berfikir..
pengalaman mengatasi segalanya.
Damainya Desa..
Memori desa dalam kedamaian..
Berhujan,berkubang disungai dan disawah..
Memori desa dalam kedamaian..
Kesudahannya tidak akan berulang kedua kali dan mungkin juga lenyap untuk jenerasi akan datang.

Selamat..

cucupakkasim berkata...

ahhh...tersangat indah..

fikiranlicin berkata...

Hujan Turun menyucikan bumi kita yang tak lagi suci ni bro...

Tukar Tiub berkata...

bukan sentimental - ujan buat aku susah jalan kaki dan ka tunggu bas - lah tu orang ada kereta selalu langgar air bertakung - basah seluar - tak pakai seluar dalam semua jadi kecut - kah kkah kah

padelkopak berkata...

memang sempoi la lu punya puisi!!!

gua mmg ske bace...ade feel!!

Anasir berkata...

best-best..
sangat suka..
hujan memang best untuk di jadikan subjek puisi, lagu atau nama band kumpulan melayu..erkkkkk

orang tua kata hujan boleh buat orang demam..

budak-budak kata time hujan paling best kalau nak berendam..

budak-budak yang nak jadi orang tua kata, waktu hujan paling sesuai ringan-ringan!