Rabu, 24 Disember 2008

JAM 3 PAGI - SELAMAT TINGGAL DHAKA


Esok saya akan meninggalkan kota ini. Lapan jam perjalanan ke Selatan menuju ke Berisal. Inilah wilayah yang harus saya pantau. Kursus telah dilalui. Perterjemah telah diwawancara. Hotel, pemandu dan kereta telah dilanggan. Saya akan pergi dengan seorang anak gadis dari Siam.

Tadi si penterjemah telah menalipon hotel – berita kurang baik – tidak ada talian internet.

Semua yang perlu disediakan telah di sediakan – malah perjalanan pulang dari Berisal juga telah dilanggan – pulang nanti dengan pesawat Biman untuk memastikan laporan siap segera.

Jika esok tidak ada tulisan maka ertinnya talian internet masih belum dapat di selesaikan.

Hati cukup senang kerana akan ke kampung pendalaman. Tadi kami minum-minum dengan kawan pemantau yang lain. Kami dihantar ke pelbagai daerah. Apa yang akan ditemui saya pun tidak tahu.

Apakah ini perjalaan demokrasi – saya pun tidak bagitu yakin. Tetapi apa yang jelas keberahian mata sedang melonjak-lonjak.

Kota Dhaka masih kabus – sejuk seperti musim daun gugur di kota London. Berisal di selatan bersempadan dengan Chitagong pastilah kawasan subur sawah padi yang munkin lebih panas cuacanya.

Ketika menulis ini seorang lelaki dari London sedang ingin memesan hotel untuk bercuti di Singapura. Ayahnya dari Chitagong . Dia dilahirkan di London, kini menjalankan perniagaan ajensi perjalanan. Dia menyumpah marah dengan segala kemiskinan yang dilihat di tanah air tempat kelahiran ayahnya.

Biar saya tuliskan kata-katanya ...‘ saya tidak faham dengan orang kaya di negara ini. Mereka kaya raya... memiliki banyak rumah hingga ke London. Di mana zakat mereka? Dan sebanyak mana duit ringgit yang mereka perlukan? Inilah hasil rasuah di sebuah negara Islam...’




3 ulasan:

hafiz berkata...

betol! orang kaya tak bayor zakat! hahahaha sama je macam kat malaysia! kalau bayor pun kena tapau! hahahahahaha cuma seronok bila pusat zakat kumpul banyak wang. Ramai manusia ni takda wang diaorang tak pandang kot. Hidup negara islam melayu!

Rohani Mamat berkata...

MELAKA 23 Dis. - Malaysia sedia untuk membantu bangsa Melayu dan Islam yang menjadi kumpulan minoriti di negara-negara lain selagi mereka bersikap realistik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak - utusan

Tanpa Nama berkata...

tuan isham..
cadangkan kepada pemuda tersebut agar menukar destinasi percutiannya dari singapura ke malaysia..selain daripada dapat membantu pengaliran wang masuk ke malaysia,dia juga berpeluang untuk melihat suasana di malaysia yang tidak banyak bezanya dengan bangladesh dalam konteks pengurusan wang zakat..

PS-Rasulullah SAW pesan - 15 perkara yang jika dilakukan maka wajarlah azab diturunkan kepada masyakaratnya dan salah satunya ialah APABILA WANG ZAKAT DIPERNIAGAKAN...