Khamis, 24 Disember 2009

SELAMAT BERGEMBIRA



UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT MAULUDUL RASUL NABI ISA




nota:
pemberita, editor, pereka
dan semua tim tukar tiub
mengucapkan selamat menyambut
mauludul rasul nabi isa.

jaga diri ketika berpesta dan berkenduri.
jaga diri ketika memandu.
jaga diri ketika minum air anggur
jaga diri ketika minum air tapai




24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kemudahan sukan terbiar

Oleh TAUFEK RAZAK
sukan@utusan.com.my


KERAJAAN disaran supaya membina stadium dan kemudahan sukan sama seperti Sapporo Dome bagi membolehkan ia digunakan untuk pelbagai acara tanpa membiarkannya menjadi gajah putih dan merugikan.

KUALA LUMPUR – Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 semalam mendedahkan terdapat banyak kemudahan sukan di negara ini menjadi ‘gajah putih’ dan dibina secara membazir.

Perkara ini didedahkan Pengarah Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mejar (B) Md. Bahar Abd. Hamid (gambar) ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Prasarana dan Kemudahan Dalam Membantu Menjana Pembangunan Sukan Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Katanya, Malaysia memiliki terlalu banyak kemudahan sukan seperti stadium, kompleks sukan, lapang sasar dan sebagainya tetapi dalam waktu sama penggunaannya tidak seberapa.

Md. Bahar Abd. Hamid

“Ini menyebabkan banyak kemudahan-kemudahan tersebut terbiar sama ada tidak diuruskan dengan betul atau terus menjadi ‘gajah putih’.

“Antara yang paling teruk boleh saya sebutkan di sini adalah Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (LISRAM) yang sebelum ini dibina dengan kos jutaan ringgit,” katanya.

Selain itu jelasnya adalah Stadium Batu Kawan (Pulau Pinang) yang boleh dianggap seperti hidup segan mati tidak mahu, Kompleks Sukan Tertutup Nilai (Negeri Sembilan), Pusat Akuatik Gunung Keriang, Alor Setar (RM37 juta), beberapa gelanggang boling padang dan banyak lagi.

Menurut beliau, ini tidak termasuk pembinaan stadium atau dewan yang boleh dianggap membazir kerana tidak ramai yang menggunakannya.

“Semua ini disebabkan ketiadaan dasar kemudahan sukan, maka pembinaan stadium dan dewan ini agak kucar-kacir dari aspek lokasi, kapasiti tempat duduk dan material. Akhirnya menjadi ‘over capacity’, purata kehadiran penonton tidak mencapai sasaran dan kemudahan menjadi ‘gajah putih’ yang sakit tidak mendapat rawatan.

“Manakala ada yang ‘dikebumikan tanpa ditalkinkan’ seperti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya membina kemudahan sukan selepas ini berdasarkan keperluan semasa.

“Ada stadium yang jaraknya tidak jauh antara satu sama lain tetapi dibina dengan kapasiti tempat duduk yang terlalu besar dan ini merugikan,” tegasnya merujuk Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau turut mencadangkan agar sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan untuk membina stadium pelbagai guna seperti Sapporo Dome di Jepun bagi memaksimumkan penggunaannya dan menjimatkan.

Sapporo Dome merupakan stadium pelbagai guna mudah ubah yang terletak di Toyohira-ku, Sapporo, Jepun.

Ia digunakan untuk perlawanan tempat sendiri pasukan besbol, Hokkaido Nippon Ham Fighters dan skuad bola sepak Consadole Sapporo.
Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

Stadium yang mampu memuatkan 41,580 tempat duduk itu juga pernah digunakan sebagai venue kejohanan luncur salji dunia, Olimpik Musim Sejuk, persembahan seni dan peringkat khas rali Jepun.

Cob Nobbler berkata...

Menunggu Tuan Guru Nicholas di cerobong asap memberi hadiah enjin kapal terbang..

cheers!

Tanpa Nama berkata...

Kurafat dan kafir betul kau ni kan isap gay mudin?

Tanpa Nama berkata...

bila masa 25 disember jadi tarikh kelahiran ISA al-masih???

mosabit berkata...

eh aku lupa lah....itu rasul melayu bila birday dia ha?....

serentak dengan birday ayah pin ker...


hahahahahah.....

azhar berkata...

bro, tolong ulas isu panas terbaru kat sini

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/12/terbaru-seorang-lagi-ulamak-besar-dunia.html

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah mari kita rayakan kehidupan..cheers!

refresh balik tulisan ni: http://ricecooker.kerbau.com/2006/12/25/hishamuddin-rais-selamat-menyambut-maulududl-rasul-nabi-isa/

berdasarkan tulisan recycle tu,sape:

1 Siapakah Lelaki Dunia Tahun 2009
2 Siapakah Wanita Dunia Tahun 2009
3 Apakah petikan kata bual untuk tahun 2009
4 Siapa Wanita dan Lelaki untuk tahun hadapan
5 Siapakah Penjahat tahun 2009

bro,sedap gak kalau lu leh namakn pilihan lu utk kelima2 tu..

p.s abislah entri lu ni nanti penuh komen2 dr para fascists agama..

Tanpa Nama berkata...

saya amat menghormati saudara dan saya selalu membaca posting saudara.. tapi untuk post ini saya amat2 tidak setuju dengan tajuknya... kerana dari segi sejarah sendiri pun 25 desember bukanlah hari kelahiran nabi isa tetapi tuhan matahari.. harap saudara kaji balik dengan takut itu..TQ

Tanpa Nama berkata...

Bolehkah kita bergembira pada hari Krismas memandangkan kos hidup semakin tinggi dan hubungan antara manusia sudah semakin hilang dimensi kemesraan dan persaudaraannya. Hari Krismas mungkin sama seperti Aidifitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina sedang dek dirasuk materialsme dan konsumerisme, dua unsur atau gejalan ini boleh merobekan kemesraan antara manusia. Kita boleh berpura-pura yang kita menikmati ras istimewa pada hari-hari besar itu, namun tetap merasakan setelah nak rak membuat persiapannya terasa hambar dan mungkin kosong pada awal pagi itu. Mungkin beribu-ribu ucapan 'selamat' melalui ICT tidak juga memberi kita rasa seronok khas oada hari raya itu walaupun betapa banyak kita minum air anggur atau tapai. Hubungan mesra antara kita sudah rosak lalu bagaimana nak enjoy?. Yang terlalu percaya akan air tapai justeru mabuk dan berlakon konon dia sudah menikmati kesakralan hari Krismas, yang dia sendiri tak tau asal-usul Hari Krismas.
Tapi oleh kerana manusia terikat dengan tradisi maka kena atau terpaksa berpura-pura enjoy hari besar walupun kos hidup sedang menghimpit mereka. Apo nak buat inilah hidup, Nabi Isa pun tak boleh mengubahnya.Adenpun mengikut tradisi turut mengucap Selamat Berkrimas pada yang menganut agama Kristian.

Kucing Hitam berkata...

minum2 pastikan x kene sebat. haha..

Tanpa Nama berkata...

memang betul tarikh 25 disember bukan hari tarikh krismas. namun bagi orang kristian, tarikh itu sebenarnya tidak penting, apa yang penting ialah ajaran asal Isa itu sendiri iaitu cinta kasih dan menghormati sesama manusia. Apa yang dirayakan oleh umat kristian bukan la tarikh 25 disember itu atau merayakan santa klaus itu. mereka sebenarnya merayakan apa yang tersirat iaitu cinta kasih sesama manusia.

ingat.. tarikh itu tidak penting. umat kristan mungkin boleh merayakan nya pada 26, 1 mei .. atau bermacam-macam tarikh. tetapi apa yang penting ialah mereka merayakan ajaran kristus itu.

marry krismas.

Tanpa Nama berkata...

krismas yang terindah bukan di sambut dengan hadiah-hadiah atau dengan duit.

sambut la ia dengan hati anda.
cintai lah sesama manusia.

merry krismas malaysia.

ha ha ha berkata...

Isham..aku tak kisah ..tapi tajuk kali ni boleh menyesatkan mereka yang jahil dan mereka yang tak mampu berfikir dan sentiasa mencari ilmu....ha ha ha ha.

Ada ilmu sampaikan..ada duit belanjakan..ada makanan kita makan ...Ada Otak selalulah gunakan..Wassalammmmmmm..

Salahuddin Hj. Ibrahim berkata...

Saya tak pernah ketinggalan ikuti tulisan lu bro. Walaupun hati ini membantah beberapa imej tak elok sebelum ini yang lu paparkan. Generally, I support your cause! Tapi wording tajuk posting ini boleh cemar akidah, bro. Careful next time.

Tanpa Nama berkata...

Sham, kau biar betul!!! Nak ucap merry christmas, ucap ajerlah...Aper punya turrrr lah kau nih!. Kau dah jadi ikon ketuanan rakyat... merangkumi semua bangsa dan agama, jgn salah guna ayat utk buat ucapan...Peghakkk lahhhh lu mat....Aku betul2 tak setuju cara kau nih!!! Boleh kena dakwa nih!!! Kau nak pegi mahkamah syariah atau mahkamah antarabangsa? Hahahahah!!! Sham, tolong jaga hati-hati sahabat2 Islam yg yg menyokong lu... Cool bro!!!. pegangan lu gua tak nak campur...kubur masing2 tapi kalo kena balun, jangan lupa tutup mulut yer, takut2 menganggu ketenteram org lain. Hahahahaha


siber labukau

Tanpa Nama berkata...

Manala dia tau bab akidah dan sebagainya!!!!!!Janji PR menang!!!!!

digger berkata...

jgn lupa sangkut stokin kat katil...

Tanpa Nama berkata...

woi!Woi!Woi!
Umuq dah 60an oiii!Bab agama jangan hang dok main-main!!!Nak tarik pengundipun,pi minta nasihat orang agama yang rapat dengan hang,sebelum hang publish tajukni!!!! Sedaq sikit dah senja oiii!!!!Bab lain tak pa,bab agamani hang pikiaq sikit!!!Tunjukkan bahawa hang bukan budak DEB jugak!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

ikutilah contoh TGNA,tak pa layan jela sham ni, cam TGNA layan DAP,tak pa tak sesatnyer wahai salahudin HJ Ibrahim kui...kui...kui...isk...

Tanpa Nama berkata...

biarlah kat dia,tgh mabuk tu...

Tanpa Nama berkata...

johan 23.1.84

hahaha, betullah cakap kau, byk fasis agama cepat melatah dgn entri ni...

Tanpa Nama berkata...

Kalau rasa boleh pakai, pakai je la
Kalau tak boleh pakai... abaikan. tak luak pun duit dlm akaun ASB kalau kita tak kacau. LAgi nak naik ada la...nak masuk dividen n bonus... tak berapa lagi nei, nak masuk 2010.. dgr kata turun sket dari tahun lepas. Jgn lupa keluarkan zakat sendiri.

Sabahan berkata...

...nampaknya.. Malaysia ini utk satu kaum sahaja dan satu agama saja.. ketara betul.. jika tau begini.. menyesal org Sabah masuk Malaysia.. tapi tahniah utk org Islam Sabahan.. anda lebih cool.. lebih memahami.. dan lebih bertoleransi berbanding org dari Semenanjung.. mereka kurang menghormati bangsa lain yang berlainan agama..

SABAHAN berkata...

..nampaknya ramai org Melayu Islam dari Semenanjung masih tidak boleh menerima bangsa lain agama lain dalam negara Malaysia ini. tapi tahniah utk org ISLAM SABAH yang lebih bertoleransi.. lebih cool dan lebih memahami berbanding mereka yang ada di Semenanjung..