Rabu, 29 Jun 2011

APA DIA NEGARA KABAJIKAN




BERSIHKAN KOTOR




KABAJIKAN UNTUK SEMUA


Saya meneruskan tulisan minggu ini dalam usaha saya untuk menerangkan kosep dan falsafah Negara Kebajikan. Saya berharap tulisan ini dapat memberi sadikit pencerahan kepada pembaca yang budiman tentang ekonomi dan politik Negara Kebajikan

Saban hari kita semua ada membaca, ada mendengar dan mungkin melihat di kaca Tv bagaimana parti-parti politik bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia cuba mengajukan dasar ekonomi kepada warga. Justeru perjuangan politik adalah pejuangan untuk merebut peluang ekonomi. Perjuangan politik ialah perjuangan agihan punca-puca ekonomi. Khalas.

Ada dua sistem ekonomi telah diwujudkan dalam dunia ini – sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis. Dua bentuk sistem ekonomi ini bertentangan antara satu sama lain. Akidah sistem ekonomi kapitalis ialah: keuntungan maksima sebagai pemandu. Manakala akidah sistem ekonomi sosialis ialah : kebajikan ramai menjadi kemudi.

Sistem ekonomi inilah yang melahirkan budaya, yang melahirkan nilai dan mewujudkan lembaga-lembaga daulah. Di hadapan mata kita sekarang – yang berlaku disekeliling kita, budaya kehidupan dalam negara kita ini – semuanya diwujudkan dari sistem ekonomi kapitalis.

Sistem ekonomi adalah injin ketamadunan negara bangsa. Di zaman Firaun – sistem ekonomi feudal telah memaksa warga Mesir untuk menjadi hamba abdi mendirikan Pyramid. Di Tanah Melayu sistem feudal telah membenarkan Raja memungut cukai atau mengambil anak dara yang cun untuk dijadikan gundek.

Sistem ekonomi kapitalislah yang melahirkan budaya konsumer yang kita lihat di Amerika, di negara Arab, di Eropah, di Jepun dan diikuti di Kuala Lumpur. Tidak ada budaya bangsa atau sosok individu yang akan terlepas bebas dari hegemoni sistem ekonomi. Sistem ekonomi merangkumi semua sudut cabang kehidupan manusia moden.

Di Malaysia kita tidak ada peluang memahami agar dapat menilai apakah dia sistem ekonomi sosialis yang dikatakan ada potensi untuk melahirkan Negara Kebajikan. Kekurangan pemahaman kita terhadap sistem elternatif kepada sistem kapitalis ini memiliki sebab-sebab sejarah. Di zaman Perang Dingin, kuasa Anglo-Amerika terutama Amerika Syarikat negara imperial yang unggul telah menaburkan propaganda untuk memburuk dan menakut-nakutkan rakyat dunia tentang sistem ekonomi sosialis.

Propaganda buah catur mereka licik dan menarik. Propaganda berjalan secara tersusun dan dirancang. Untuk umat Islam telah dikatakan bahawa sistem ekonomi sosialis ini ‘tidak bertuhan’. Kepada kaum tani, pesawah dan peladang dihujahkan jika mereka menyokong kelahiran ekonomi sosialis maka satu ketika nanti bukan sahaja mereka kehilangan tanah ladang malah bajak, kerbau dan isteri mereka juga wajib di kongsi.

Untuk pekedai kecil atau tuan tanah yang memiliki saekar dua kebun getah – mereka ditakut-takutkan dengan kehilangan mata pencarian. Tanah sekangkang kera atau kedai runcit mereka akan dimilik negarakan jika ekonomi sosialis ingin diwujudkan.

Kepada kaum buruh pula mereka ditakut-takutkan yang mereka akan hilang pekerjaan dan hanya akan menjadi ‘kuli batak’. Tenaga kerja mereka akan hilang dan hanya memburuh uintuk memboncitkan perut para birokrat daulah yang tidak melakukan apa-apa pekerjaan.

Propaganda , fitnah dan pembohongan ini dijalan dengan perancangan media yang tersusun. Dengan wujudnya jaringan pendakwah kapitalis yang diberi upah lumayan. Dengan para kang kong di universiti yang terus besedia untuk menerima upah bersuara. Maka propaganda anti-Negara Kabajikan ini meluas dan melebar.

Dalam negara kita ini – sebut sahaja satu sistem alternatif kepada sistem yang ada sekarang ianya akan menjemput pelbagai tuduhan dan momokan. Warga akan ditakut-takutkan, warga akan diancam dengan pelbagai ancaman jika warga berani memikirkan tentang satu sistem ekonomi yang berkemungkinan melahirkan Negara Kebajikan.

Sistem ekonomi kapitalis yang sedia wujud hari ini telah dan sedang sama-sama kita rasai. Kita juka melihat bagaimana hegemoni sistem kapitalis ini bergerak dan memperngaruhi seluruh kehidupan kita. Pembohongan demi pembohongan telah diwujudkan untuk mengkaburi mata kita. Kita dilalaikan dengan pelbagai bentuk budaya konsumer – dari kasut Prada hingga ke program Imam Muda. Semua dilahirkan agar kita semua akan tunduk menyembah sistem ekonomi kapitalis ini.

Bagaimana agaknya sistem alternatif kepada sistem kapitalis ini?

Awal wahid – sistem yang akan melahirkan Negara Kebajikan ini adalah sistem ekonomi dimana semua punca-punca pengeluaran akan dimilik negarakan. Punca-penca pengeluaran ini bukan tanah Felda sepuluh ekar, bukan kedai runcit Ah Lek di Bongek. Bukan tanah sawah Lebai Kassim di Kuala Kedah. Bukan sangkar ikan patin Ripin Ali di Temerloh. Juga bukan teksi Maniam dari Cheras.

Kalau semua ini bukan jadi apa dia punca punca pengeluaran ekonomi ?

Apa yang dimaksudkan punca-punca pengeluaran ini adalah aktiviti ekonomi yang menjadi tulang belakang ekonomi negara kita. Tulang belakang ekonomi membawa maksud apa sahaja aktiviti ekonomi yang asas mata pencarian majoriti penduduk negara ini. Mata pencarian dimana majoriti warga bergantung. Punca-punca pengeluaran yang dianggap tulang belakang ekonomi ini akan melahirkan aktiviti ekonomi yang mempengaruhi kepentingan majoriti dan keseluruhan negara.

Untuk memahami dengan jelas biar saya beri contoh apakah dia punca-punca ekonomi yang mempengaruhi kehidupan majoriti warga negara ini. Contoh terbaik ialah kuasa tenaga api leterik, jalan raya, jalan udara, hospital, sistem pengangkutan, telaga minyak dan lombong gas, bank dan lembaga kewangan, lombong galian, hutan dara, danau dan paya. Semua ini adalah punca-punca ekonomi.

Untuk melahirkan sebuah Negara Kebajikan semua punca-punca pengeluaran ini wajib dimilik negarakan. Lalu timbul persoalan – bukankah ini harta persendirian?

Memang betul dan tepat ladang sawit Lebai Sudin 10 ekar di Senaling adalah contoh harta persendirian. Lebai Sudin mengerjakan tanah sawit ini anak beranak. Tetapi Ladang Sawit Hock Leng 30 ribu hektar di Kuala Selangor mustahil di kerjakan oleh Hock Leng dan kaum keluarganya. Ladang ini ditakrif sebagai aktiviti ekonomi punca pengeluaran kerana beratus-ratus pekerja ladang dan keluarga mereka bergantung hidup dengan ladang ini.

Dalam Negara Kebajikan amat jelas tujuan asasnya ialah menobatkan dan merajakan kebajikan ramai bukan kebajikan individu. Dalam Negara Kebajikan yang ditentang bukannya harta persendirian tetapi yang akan dilawan ialah hidup diatas titik peloh dan tenaga kerja orang lain.

Justeru, jika Hock Leng anak beranak boleh menebas menebang dan menanam sawit ditanah seluas 30 ribu hektar tanpa menggunakan tenaga kerja orang lain maka ahlan wasahlan – silakan buka tanah sebanyak itu. Itu adalah hak persendirian.

Bagitu juga dengan kilang-kilang dan pabrik-pabrik. Dalam Negara Kebajikan kilang didirikan untuk mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh orang ramai. Sebuah kilang memilik ratusan pekerja. Bukan sahaja kaum buru yang bergantung hidup dengan kilang ini malah negara juga bergantung pendapatan melalui barangan yang dikeluarkan dari kilang ini. Justeru kilang-kilang yang besar dan stratejik seperti kilang, gula, beras, minyak dan gandum wajib di milik negarakan.

Paling wajib untuk dimilik negarakan ialah bahan-bahan asas punca-punca ekonomi dimana semua warga bergantung hidup dengannya. Contoh terbaik ialah punca air dan punca tenaga leterik. Air dan api ini tidak boleh dimiliki oleh individu atau syarikat individu. Ianya wajib dimilik negarakan untuk kebajikan dan kepentingan orang ramai.

Lalu timbul persoalan – apa sebenarnya makna memilik negarakan?

Disini saya akan cuba terangkan sejelas mungkin. Mari kita kembali melihat akidah sistem ekonomi kapitalis yang berpandukan keuntungan maksima. Kita lihat contohnya di ladang Hock Leng di Kuala Selangor. Saban tahun ladang ini akan membuat untung. Wajib kita semua sedar bahawa keuntungan ini wujud hasil dari tenaga pekerja ladang ini. Dalam sistem ekonomi kapitalis keuntungan ini akan masuk ke dalam akoun bank Hong Leng anak beranak.

Bagitu juga dalam kes jual beli beras dan gula yang dimonopoli oleh Syed Mukhatar. Jual beli ini pasti membawa keuntungan besar. Keuntungan ini pasti dimasukkan ke dalam bank akoun Tuan Haji Syed Mukhtar.

Jelas , kebajikan Hock Leng dan Syed Mokhtar anak beranak akan dijaga dengan baik. Persekolahan, tempat tinggal, makan minum – semuanya ‘the best money can buy’. Tetapi yang melahirkan kekayaan ini adalah tenaga dan titik peloh kaum buruh dan kaum pekerja yang kebajikannya compang camping.

Kaum buruh dan peladang ini tinggal dikawasan perumahan yang sempit, sesak dan padat. Anak anak buruh dan peladang ini tinggal dalam iklim budaya yang kasar dan lucah. Budaya kasar dan lucah ini akhirnya hanya akan berjaya melahirkan jenerasi baru tenaga buruh murah untuk Syed Mokhtar dan Hock Leng.

Inilah lingkaran syaitan yang hanya dapat dimusnahkan dalam Negara Kebajikan. Lingkaran syaitan hari ini jelas menunjukkan kaum pemodal, tuan empunya kilang dan syarikat mendapat kebajikan yang terbaik. Manakala yang memburuh melahirkan harta kekayaan itu hidup menjadi kuli batak.

Di dalam sistem ekonomi Negara Kebajikan pernigaan jual beli berjalan sperti biasa. Harta-harta yang dimilik negarakan seperti , kilang, ladang yang menajdi punca ekonomi ini akan diuruskan sama seperti hari ini. Keuntungan hasil dari jualan sawit, jualan minyak, jualan leterik, beras, gula – tidak masuk ke dalam akoun Syed Mokhtar atau Hock Leng tetapi masuk ke dalam dana persatuan pekerja kilang atau persatuan ladang sawit itu. .

Duit ini adalah hasil dari titik peluh kaum pekerja. Duit ini digunakan untuk kebajikan mereka sendiri bukan untuk Syed Mokhtar menunjuk-nunjuk bahawa dia alim dan boleh menderma untuk buat masjid. Wal hal, duit yang didermakan oleh Syed Mokhtar asalnya ialah duit untung dari tenaga keja kaum buruh dan ladang.

Memilik negarakan ini maknanya dikembalikan harta kekayaan dan punca punca ekonomi itu kepada daulah. Daulah itu ialah kita. Kita ialah oranag ramai. Justeru harta persendirin atau harta kaum pemodal itu kita pulang kepada diri kita sendiri. Keuntungan dari usus niaga dan dari tenaga anak semua bangsa dalam negara ini bukan untuk individu tetapi untuk kebajikan ramai. Kebaikan ramai adalah akidah Negara Kebajikan.(TT)

nota:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila
pukul talipon : 03-22-72-40-45

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jgn menindak kan peranan loteri kebajikan mesyarakat

Sifu Mirza berkata...

bravo bro hisham...bravo...

bersih.2.0 berkata...

aku percaya masih ramai yg tak paham pencerahan kau TT.. masih ada dan yg tak paham tu semua ultra melayu kah kah kah.. dah laa melayu .. bodoh laa pulak! kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Tulisan yang sangat bagus dibaca tapi malangnya orang orang gomen skang ni takkan nampak sampai bila bila kebenarannya. Dalam otaknya cuma satu ; ketuanan melayu. Menyedihkan.

cicit ngah layor berkata...

TT...
satu bender yg teman tak ndak tengok apabiler tertubuhnyer negara kebajikan nanti:Aperbiler semuer syarikat yg besor2 jadi hak kerajaan,jgn pulak dihabihkan berbillion-billion setahun utk bagi pader org yg tak buat keghojer.Yg teman maksudkan,tuan punyer banglo tepi sungai,haghi2 pakai baju kunin dan haghi2 nanguuut jer.Tiap2 bulan dapat duit.Aper kesudahannyer kalau mcm tu.Tentukan demer buat keghojer,jadi jaga mcm teman pon tak aper.

kahkahkah......Kahirul Anuar kener tangkap pakai baju kunin.kahkahkah....polih tak beghani panjat pagor banglo tepi sungai utk nangkap org pakai baju kunin 365 haghi setahun.....takut kener sumpah jadi batu.kahkahkah...

Tanpa Nama berkata...

Apo ler bala m'sia nie....pakai baju kuning tu pun jadi haram....pelik ler menteri sekarang...byk benda boleh buat tp benda mcm nie dia dok kecoh....kalau diaorg nak berarak/berhimpun boleh lak...sure undi pembangkang next PRU...

Tanpa Nama berkata...

Buat le negara kebajikan. mula mula tiru UMNO. lepas tu perangai cam UMNO. lama lama seropa la PR ngan UMNO. baik le aku pangkah dahi engkau. kekurang dahi engkau luas. melayu sial cam PR ngan UMNO ni boleh le buat cerita nur kasih.

alonso berkata...

aku ni lemah sikit bab ekonomi.. so kalau boleh pas ni TT terangkan kenapa sku selalu dengar orang kata sistem kapitalis akan menyebabkan persaingan jadi bagus la untuk pengguna manakala sistem sosialis yg memilik negarakan akan menjadi kurang produktif.. betoi ka??

komensikit berkata...

terima kasih isham. tapi boleh dikupas dengan lebih mendalam lagi? bagaimana pula dengan orang-orang yang menguruskan kewangan sesebuah negara? juga yang menguruskan dasar-dasar negara kebajikan itu? boleh kah diletakkan seratus peratus kepercayaan? apa yang sebenarnya terjadi di negara kesatuan soviet? korea utara? apa pendapat isham dengan idea anarcho-syndicalist? tiada kerajaan. tiada yang menyuruh, dan disuruh. sebab yang menyuruh dan disuruh adalah pihak yang sama.

Tanpa Nama berkata...

terbaik sekali dan barulah saya faham makna sosialis. maaf selama ini saya kurang faham walaupun saya tidak menyokong sistem kapitalis, tuan teruskan kerja murni tuan, saya amat terharu dengan setiap tulisan tuan

lipan bara berkata...

sistem ekonomi yang manfaat dan keuntungan tidak hanya menjadi milik mutlak kepada pemodal sebaliknya dipulangkan kepada rakyat ... bagi yang memilik harta persendirian tidak akan ditindas dan 'jika mahu mengerjakan sendiri tanpa menggunakan tenaga buruh silakan ....' - saya setuju ... segala yang sepatutnya milik negara (i.e bekalan tenaga, bekalan air, hospital, pendidikan) tidak seharusnya dimiliki oleh orang-orang atau kumpulan-kumpulan tertentu ... saya setuju lagi ... dan yang paling utama semua perjanjian-perjanjian yang bodoh (saya ulangi perjanjian-perjanjian bodoh) perlu dilupuskan serta merta ... jelas tak de la pandai sangat kerajaan dulu dan kerajaan sekarang ... perjanjian bodoh begitu pun terus nak dipertahankan ... jadi apa yang dibanggakan kerajaan yang telus, bijak dan menjaga kepentingan rakyat (?) kepentingan rakyat mana yang di jaga ...? harga barang keperluan semakin meningkat (kami rakyat yang berpendapatan kecil langsung semakin sukar untuk membeli ikan kembung dan ikan selar jauh sekali nak beli ayam yang harganya kadangkala mencecah antara RM7 - RM8 sekilo)... mana slogan menjaga kebajikan rakyat berpendapatan rendah ... semakin diselaras ekonomi semakin mencekik leher rakyat ... inikah kebajikan rakyat yang di war warkan terlau dijaga oleh kerajaan ?

Kazuka00 berkata...

eh eh.. sial cakap org2 gomen x nmpak ko cakap??.. aku ni gomen yg paling CHICCC. pepagi sebelum buat keje, aku bukak TT dulu tau!

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya ada contoh negara bangsa yang guna sistem sosialis yang telah hidup dengan penuh kebajikan.Kalau negara Arab, Libya lah yang pakai sistem ini.Kenapa TT masih menafikan wujudnya sistem Islam pernah memberi kabajikan hidup kepada rakyatnya. Pernah berlaku dlm khilafah Islamiah baitulmal mencari anak-anak muda untuk dibiayai perkahwinan mereka. Kita setuju sistem kapitalis perlu ditukar, tetapi adakah ia digantikan dengan sistem sosialis?. Tepuk dada, tanya aqidah apa yang kita miliki perjuangkan? aqidah sosialis, Islam atau kapitalis

perigibuta berkata...

bro.mintak izin copy utk disebarkan kepada rakan2 lain

Tanpa Nama berkata...

mintak tlg kartunis translatekn dlm bentuk kartun baru ramai yg bleh paham... maklumlah bkn semue yg rajin bace...heh3.

rafisolleh berkata...

hanya sistem ekonomi Islam yang sempurna. Sistem sosialis juga tidak sempurna.

Tok Jebat berkata...

Setuju. Pandi Kutty persendiriankan hak negara mcm TNB TELEKOM MAS BERNAS JOHOR PORT PERWAJA IPP PLUS JAMBATAN PULAU PINANG ALAM FLORA SWM SYABAS SPLASH dll sebab dia nak lahirkan Kapitalis Lintah Darat Mee Segera. Contohnya Tajudin Ramli Ananda Vincent Abu Shahid Syed Mokhtar dan beribu ribu lagi. Semua lintah itu adalah belaan Kutty yg dijadikan Hantu Polong hisap darah rakyat kaum buruh. Buruh sekarang adalah abdi moden.Tuan hamba abdi adalah Pandi Kutty. Kalau sykt rugi dia miliknegarakan semula macam MAS. Pandy Kutty Mahadey bapak kapitalist yg sesat lagi kapir laknat. Buruh kerja setengah mati dpt duit ciput makanan makin mahal hutang bank kena bayar.Anak kutty mokhzani di kenchana petroleum dapat RM400 000 sehari. kalau 10 tahun dah berapa duit dia? Ini sistem kapitalis ala mahadey pukimak!!!

Unknown berkata...

wah sepurna hidop dgn penjelasan TT...ni klau ctr kt kawan kilang ak..mau mininggal diarang dgr kabar berita mcm ni..silap2 diarang murtadkn ak..so pd budak kilang ak yg mals menbace''truskn kerjaya anda sebagai ahli anggok utk rajegopal..

Ramasamy berkata...

TNB.. tahun lepas punya untuk untung bersih: 6 billion.. tahun ni terus naik taarif.. lancau segala lancau kapitalis kat melesia ni..

Tanpa Nama berkata...

Sesat

Tanpa Nama berkata...

bro alonso,

yg menentukan produktivi sesebuah organisassi bukan soal hak milik.

sesebuah organisasi tidak efisien bukan disebabkan ia dimiliki oleh kerajaan(public) atau swasta(private)

tetapi lebih kepada soal PENGURUSAN. organisasi yg dimiliki kerajaan juga mampu efisien kalau diurus dgn baik.

sheikhalfarisi berkata...

as salam, sebenagnya ada satu sistem lagi yg tt x sebut iaitu sistem ekonomi islam. memang zaman skrg kebanyakkan negara x pakai sistem ekonomi islam termasuk malaya dan negara islam lain

sistem ekonomi kapitalis n sistem ekonomi sosialis adalah hasil cedokan dr sistem ekonomi islam.

sistem ekonomi kapitalis mamaksimumkan keuntungan. d dlm islam tidak salah berniaga n ambil keuntungan. tetapi dlm islam keuntungan sykt/org islam yg kaya itu wajib d kenakan zakat utk membantu golongan miskin

sistem ekonomi sosialis memberi hak samarata dr pemodal/tauke kpd kaum buruh/petani. dlm islam x ambil hak pemodal/org kaya tetapi mereka di wajibkan membayar zakat utk membantu golongan miskin.

ketiga2 sistem di atas ada persamaan tetapi sistem islam terlebih kehadapan dgn adanya sistem zakat, muamalah,perbankan islam,hukum2 syariah dll. dlm islam setiap transaksi/pergerakan kehidupan d dunia akan bersangkut paut d akhirat kelak. cuma yg mjadi masaalah org islam sendiri x ambik sistem ekonomi islam dan tidak mahu mengkaji/mengaplikasi sistem dan kehidupan islam

cth.yg terbaik pd zaman khalifah umar abdul aziz, memerintah x sampai 3 th. nak bg zakat pd org miskin x da yg nak.ini menunjukkan kehidupan pd masa tu walaupun ada yg miskin, tp keperluan hidup mereka mencukupi

yg muthakir afghanistan mengamal sistem kehidupan/ekonomi islam. tp mereka d hancurkan oleh puak barat,rusia dan amerika

***sistem ekonomi islam ni telah berlaku sejak zaman nabi adam as sehinggalah ke zaman nabi muhammad saw.sahabat2 n thabiin thabiin WALLAHUALAM

Tanpa Nama berkata...

rafisolleh

sistem ekomoni islam (islamic economic) itu ialah aktiviti ekonomi yg selari dgn hukum syarak!


dari segi apa sosialisme itu bercanggah dgn hukum syarak? sosialis memperjuangkan kesamarataan, kebajikan rakyat, kekayaan negara dikongsi bersama, etc

bagi aku ekonomi islam itu bukan sistem ekonomi, tapi lebih kepada prinsip yg diguna pakai dlm sesebuah sistem ekonomi.

perbankan islam(islamic banking), takaful (islamic insurance, sukuk(bon), etc.

semua itu boleh wujud dalam negara yg mengamalkan sistem kapitalis atau sosialis.

bagi aku sistem ekonomi sosialis ini lah yg paling islamic!

sulalatus berkata...

maaf! aku tak setuju kalau ada yg kata org gomen tak nampak kebenaran. aku ada ramai kawan kerja gomen dan majoriti yg aku kenal tu tak pangkah BN masa PRU! bila pengundi cina lari ke pakatan.. ada statistik dan boleh diramal. tapi org gomen undi pakatan, takde sapa boleh tau. bagi aku diorang ni silent killer, tolong jgn pandang rendah kat orang gomen diorang cuma cari makan.

Tanpa Nama berkata...

aku xstuju. klu hidup semua orang sama, apa guna berusaha utk pencapaian diri? apa guna bersaing?

mmg sistem kapitalis extreme pada persaingan dan kuasa atas yg lemah, dan kontrast, sistem sosialis pulak atas dasar kesamarataan.

tapi kan ada sistem terbaik dari Allah, sistem Islam? Dalam sistem ni, kita boleh bersaing, tapi kita pun xlupa yang miskin dan yg tak mampu dengan wujudnya sistem zakaat.

Amacam?

-de foreste-

fbaqia berkata...

Terima kasih atas penerangan ini dan ianya telah melunturkan fahaman kapitalis yg ada dalam diri selama ini....

Tanpa Nama berkata...

rafisolleh berkata...
hanya sistem ekonomi Islam yang sempurna. Sistem sosialis juga tidak sempurna.




Sekiranya sistem ekonomi islam yang digunakan apakah makna nya semua rakyat Malaysia perlu beragama islam?
Sila terangkan bagaimanakah sistem ekonomi islam selain dari zakat yang selalu diwar-warkan?

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham..

Sekarang ini ramai yang keliru antara Sosialis dan Komunis...harap Bro Isham dapat kupaskan dengan lebih lanjut..kerana Ekonomi Komunis menyebabkan USSR jatuh..ini berbeza dengan Sosialis...ha ha ha

Selain itu Bro Isham patut ceritakan Negara Eropah yang system ekonominya hampir sama dengan Sosialis dan mereka sangat berjaya...Ha ha ha..

Tanpa Nama berkata...

jangan bicara tentang ekonomi Islam selagi dunia masih guna duit fiat.

Silap Kona berkata...

Aku setuju dgn ko Non-Governmental Individual. Kapitalis ni dia menyusup kpd setiap benda. Kalau nak Islam dia akan buat jadi nampak macam Islam (sehingga perkataan riba ditukarkan kepada keuntungan bank! kah kah kah mudah rebah la katakan)

contoh: Hong Leong Islamic Bank. Bila dia mengucap haaaaa????

kah kah kah
sekali lagi
kah kah kah

Mana yang sembang deras pasal ekonomi islam tu? Terangkan dengan jelas. Kalau jelas, aku sebagai org islam takkan nak tolak. Kalau setakat bubuh nama bank islam tapi dibelakangnya adalah kapitalis apa kebendeeenyerrr

http://www.youtube.com/watch?v=95vui9vsZ2E

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni habih ladang getah,ladang sawit(aset negara) ditebang buat rumah.then pemaju jual pada pembeli melalui bank secara hutang sampai 40thn pun ada.bila byk rumah byk hutang,bank cetak duit baru.so jadilah inflasi.bila inflasi org anggap harga brg dah naik walhal sebenarnya nilai duit yg menyusut sbb byk org hutang dgn bank dan org bayar pada bank utk nilai yg tidak wujud(interest=riba).so pembeli makin miskin yg kaya bank dan pemaju jer.kalau nak buat negara kebajikan pastikan rakyat tidak dibebani hutang dan secara x sedar mengamalkan riba!.

Tanpa Nama berkata...

perbankan islamik mcm yg bank rakyat buat?dari segi akadnya mmg islamik tapi dari segi penindasan sama saja dgn konvesional.cthnya kita buat personal loan dgn B.rakyat.dia x panggil pinjaman tapi dia sebut pembiayaan peribadi.isi akadnya b.rakyat jual asetnya(saham) dlm tempoh tertangguh selama 10thn sbb bank terpaksa tanggung risiko .nilai saham RM54,000.dan bank beli balik saham bagi pihak penghutang sebanyak RM35000.(maksudnya disini kita buat loan 35k tapi kena byr 54k).nampak mcm islamik tapi interest=riba itu yg menyesakkan penghutang.so mana islamiknya?islam tidak membenarkan penindasan.so mana2 kerajaan yg nak buat negara kebajikan pastikan rakyat tak dibebankan dgn riba?mana pergi hasil2 negara kalau tidak digunakan utk menolong rakyat?kenapa menindas org yg dlm kesempitan?kalau hutang 1000 byr 1000 jugalah.interest semua ni sytem zionist...

pak yeh berkata...

Sistem Sosialis pun akan korupsi jika duit kertas boleh di cetak sesuka hati tanpa sandaran emas.

http://warongpakyeh.blogspot.com/2010/03/hidup-yang-merdeka-dari-kafirnomiks.html