Isnin, 20 Februari 2012
SURAT DARI SEORANG GAGALIST
SUCI KUDUS HATI DAN JIWA
SURAT KEPADA PENGARANG TUKAR TIUB
Kehadapan saudara TT – hyang tua tetapi nakal dan berjiwa seperti orang muda – hyang kool dan hyang berjaya. Semoga dalam keadaan baik-baik belaka.
Pada awalnya, saya tidak langsung ingin melayan catatan-catatan remeh dan ‘gagal’ oleh TT mengenai hari Velentine . Hal ini dengan tidak mengkesampingkan sebahagian besar catatan blog TT adalah catatan yang berjaya membawa kesedaran politik baru, cara analisa media dan pencerahan fikiran kepada umat manusia di Malaysia. Tetapi disebabkan datang pertanyaan bertalu-talu kepada saya, bertanya apakah saya gagal lagi pada Valentine tahun ini, saya terpaksa menulis surat ini.
Saudara TT hyang kool dan hyang berjaya,
Ketahuilah bahawa saya memang setiap tahun tidak melupakan untuk merayakan kedatangan hari bahagia Valentine. Setiap kedatangan bulan Februari, dada berdebar menanti, hati begitu pasti dan semakin dekat hari ketibaan, semakin kuat degupan jantung. Tahun ini, seperti tahun-tahun yang lalu, matahari pagi 14 Februari memancarkan sinar heningnya pada aliran air mata saya, yang dengan syahdunya mensyukuri, satu lagi Hari Valentine telah sampai, satu lagi tahun telah berlalu, dan saya masih tetap menyambut hari Valentine – pasti dengan cara yang tersendiri.
Saudara TT hyang kool dan hyang berjaya,
Ia sebagai memperingati lagenda kekejaman Maharaja Rom, Claudius II. Kerana keinginan melampau Claudius membangunkan ketenteraan Rom, maka orang-orang lelaki tidak dibenarkan berkahwin. Ini disebabkan jika mereka berkahwin, tumpuan untuk berkhidmat dalam tentera akan terganggu. Segala pertunangan dan perkahwinan dibatalkan. Lelaki dan perempuan dipisahkan.
Paderi Saint Valentine, secara senyap-senyap menikahkan para pasangan bercinta yang sedang meluap-luap berahi asmara mereka untuk bersama (bersenggama dan berkeluarga). Usaha murni paderi Valentinus ini dibantu oleh seorang lagi paderi iaitu Saint Marius. Kegiatan mereka ketahuan. Claudius menjatuhkan hukuman bunuh. Maka pada tanggal 14 Februari tahun 270, kira-kira tiga abad setelah kelahiran Isa Al Masih, kepala Saint Valentinus dipancung. Itulah harga yang perlu dibayar kerana menikahkan pasangan Rom.
Saudara TT hyang kool dan hyang berjaya,
Saya mengambil semangatnya, kisah lagenda seorang agamawan membantu perjuangan cinta anak-anak muda, sehingga terkorban dirinya – demi kesucian cinta, demi melawan kezaliman. Dari segi semangat ini saya merayakan hari Valentine. Tidak dengan keluar bertemu janji-makan malam dengan jambakan ros, cokelat dan lilin di meja. Malah pada suatu ketika dahulu, ketika saya pernah bercinta, hasrat saya untuk menghadiahkan sebiji bawang sempena hari Valentine telah mengakibatkan pertengkaran dengan bekas kekasih saya itu. Pertengkaran yang membantu mendorong perpisahan kami. Untuk saya bawang merupakan metafora cukup indah, melambangkan intipati sebahagian besar resepi masakan sedunia. Juga sewaktu memotong dan menghirisnya, ia perlukan kemahiran tertentu, kerana jika tidak rembesan jusnya boleh memedihkan mata, membuatkan kita menangis.
Saya akui saya 'gagal'. Tapi saya tidak kisah. Saya tidak peduli. Gagal lagi dan lagi dan lagi dan gagalika.
Setiap hari adalah 14 Februari, mana-mana adalah kota Roma!
Rahmat Haron
JANGAN LUPA TUNTUTAN INI
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 ulasan:
Sapa ler mamat nie...kalau bukan melayu islam takper ler...maybe pandangan dia, kalau melayu islam...no comment.
hahaha...
I like when Rahmat Haron said ' TT yang tua tetapi nakal dan berjiwa seperti orang muda'
Memang tepat description tu.
And Rahmat, your letter memang cool...
Sampah Seni ! Pernah jumpa Rahmat masa Freedom Film Fest di Penang tahun 2009 dulu di sabuah sekolah Cina.
Penulis Rahmat Haron memberi satu intipati sejarah jelas siapa paderi Valentino yang wujud sebelum Rasulullah SAW lahir di kota Mekah.
Paderi ini berjaya mengelakkan kejadian zina dan rogol yang menjadi amalan biasa di kalangan tentera Rom terutama ketika Rom membunuh ribuan pengikut Nabi Isa.
Semua pengkaji sejarah Rom juga faham bahawa aliran pengikut Nabi Isa sendiri berpecah berbagai mazhab dan falsafah. Yang paling ketara adalah antara yang pengikut Nabi ISa sebagai AlMasih seorang lelaki tanpa bapa dan AlMasih anak Tuhan yang menjadi asa triniti.
Apa pun pembunuhan paderi ini menjadi satu perayaan bagi mengingati seorang tokoh pejuang ikatan suami isteri yang sah.
Ini bererti Paderi Valentino ini sendiri menentang aktiviti seks bebas dan perzinaan yang menular pada masa ini dengan menggunakan nama beliau.
Bro Isham;
aku suka pd keterangan ni:
"Ia sebagai memperingati lagenda kekejaman Maharaja Rom, Claudius II. Kerana keinginan melampau Claudius membangunkan ketenteraan Rom, maka orang-orang lelaki tidak dibenarkan berkahwin. Ini disebabkan jika mereka berkahwin, tumpuan untuk berkhidmat dalam tentera akan terganggu. Segala pertunangan dan perkahwinan dibatalkan. Lelaki dan perempuan dipisahkan.
Paderi Saint Valentine, secara senyap-senyap menikahkan para pasangan bercinta yang sedang meluap-luap berahi asmara mereka untuk bersama (bersenggama dan berkeluarga). Usaha murni paderi Valentinus ini dibantu oleh seorang lagi paderi iaitu Saint Marius. Kegiatan mereka ketahuan. Claudius menjatuhkan hukuman bunuh. Maka pada tanggal 14 Februari tahun 270, kira-kira tiga abad setelah kelahiran Isa Al Masih, kepala Saint Valentinus dipancung. Itulah harga yang perlu dibayar kerana menikahkan pasangan Rom."
Islam sebenarnya menggalakkan umatnya berfikir secara luas, mengkaji kebenaran, kekurangan dan sesuatu kejadia supaya tidak sesat atau membuat andaian palsu.
Kerana dalam syarat2 menjadi seorang Muslim antaranya adalah MERDEKA...merdeka dr perhambaan, merdeka akal fikiran n jiwa, merdeka drpd ketaksuban luar tauhid, merdeka drpd kebobrokan hidup angkara aturan ciptaan manusia!
pada aku,tidak ada masalah hal valentine Day ini..sekiranya penjelasan melalui kenyataan sejarah tersebut diFAHAMI dan DIHAYATI...bukan terus menghukum tanpa mengetahui usul n pangkal sesuatu hal...mereka2 yg begitu adalah berjiwa ekstrim atau totok kerana ketakutan melampau dalam jiwa melebihi drpd keteguhan tauhid!
kalau fikir logika hidup & kelakuan normal manusia, KALAU NAK BEROMEN, BUKAN HANYA 14 FEB JE...HARI2 BOLEH BUAT, HARI2 BOLEH TONJOL,SONDOL, SONTOT!
Maaflah buat yg agak 'alim tak berpaksi'...aku tak setuju hanya kerana 14 feb valentine day, habis semua jabatan agama nak dikerah tangkap budak2 muda...
yg penting perkasakan kaedah mendidik n terapkan nilai2 'friendly' dlm mengajar tauhid...jgn bentak semacam je...ketegasan perlu tp tiap2 jiwa yg keras perlu dilentur dgn sabar...sbb engkau org yg 'alim tak berpaksi' ni kurang sabar, berlagak mcm babi,megah dgn serban n janggut panjang sampai lupa org lain pun ada yg lebih arif drpd kau org tu...buka minda, pandang diri sedalamnya, cari nikmat usia, n fahami matlamat hidup!
sekali lagi....
melayu udah siap untuk memilih agama yg mereka mau anuti...
la ikrahi fiddin- there is no complusion in religion-
keluar lah melayu dari melayu... jgn merusakkan lagi agama islam ini..
demi jiwaku yg berada di genggamannya, islam adalah deen yg Haqq!
pakatan rakyat harus sepakat utk menggubal undang2 ttg agama utk org melayu...
i_refused
A dilemma indeed.
Cerita pasal St Velentino ni tak payah lah nak lebih lebih, apa yang dia buat tu memang baik tapi cukuplah sebagai teladan saja bukan jadi pujaan sampai nak sambut birtday dia, banyak lagi hari dalam islam kita boleh sambut, kalau dah kahwin boleh sambut hari kekasih tiap malam jumaat, dapat pahala lagi.
surat ni mmg cool...
Pendapat saya :
Bukan ker paderi tu tak boleh kahwin??? kalau salah mintak maaf... persoalannya betapa cantiknya Islam yg beri umatnya berkahwin pun kekadang umat islam tak hargai...kita hargai perkara lain... Anggap jer lah 14 feb tu mcm ladies night ker atau pergi ke club ker or ker SPA, tak payah ler sampai kita memuja2 sgt...P/s : Saya nakal, penulis pun nakal...tp nakal biar biar bertempat.
rahmat,
merayakan intipati semangat dan perjuangan st valentino itu adalah suatu yang harus saya hormati.
tapi tidak salah untuk saudara mandi pagi.
atau habiskan 2 papers kat UM tu utk saudara graduate.
nanti aku balik KL aku belanja hang makan non-vegetarian food.
"Seek always for the answer within Be not influenced by those around you,by their thought or their words."
alahhhhh...
cakap pasal valentine bedegar2..
dah solat asar ke belom??
under bear,
apa yg 'sejuk'nya, sila jelaskan, mampu?
xpyhla nk puja tokoh agama lain..maulud nabi kita pn korang xsmbut inikan nk smbt prjuangan tokoh agama lain plk...sedarla kpd sesiapa yg sdh termakan dgn dakyah2 yahudi n kristian tu..kaji agama islam dl biar dlm barula korang blh sibuk nk kaji agama orang lain..memangla kalau kita tgk mcm xde salah je smbut valentine ni..tp kebanyakannya orang smbut valentine ni buat bnda2 maksiat masa tu..berzina..beromenla..merabala..mengorekla..benda2 maksiat mcm ni la yg pak2 ustaz marah ni..banyak negatif drpd positif baik xpyh smbut..baik diharamkan terus..pikir tu bia dlm skit..nilah orang ckp pemikiran sekular ni..sosialis pn anti agama jgk..insafla rakan2 dunia skrg adalah dunia akhir zaman..
BUANG JE ULAMA TU SEMUA kalau dh semua nk tetapkan hukum sndiri..
manusia mcm iblis, iblis mcm manusia..sirah nabi dn sahabat pon haram xtau sirah paderi pulak korang pg mentelaah! ni la nama dia haram jadah! aku mohon ampun dpd Allah swt.
Catat Ulasan