Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 6 Julai 2012

CUKONG DAN GEROMBOLAN KERJASAMA MEROMPAK HARTA NEGARA




SAHEH ADA BUKTI CUKONG DAN MALAON




KENYATAAN TERBUKA
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA
4 JULAI 2012



Pada 1 Julai 2012 yang lalu dalam Satu Ceramah Perdana di Pantai Irama, Bachok, di hadapan lebih 8,000 orang che'GuBard bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah memanjangkan cabaran dan pendedahan YB Saifuddin Nasution Ismail (ahli Parlimen Machang) yang mencabar Senator Dr. Awang Adek agar tampil menjelaskan beberapa persoalan mengenai hubungan beliau dengan seorang ahli peniagaan bernama Chung Hon Cheong.

Di hadapan lebih 8,000 orang pengundi Bachok termasuk ada dikenal pasti pimpinan Umno setempat cabaran telah disampaikan dalam bentuk tayangan slaid yang turut mengandungi gambar dan dokumen berkaitan. Program Ceramah tersebut turut dihadiri oleh selebriti Abby Abadi, YDP PAS Bachok, YB Hj Omar Othman dan Tokoh Ulama Muda Kelantan 2011, Ust A.Mazukh Shaary dan program berterusan sehingga awal pagi dengan menonton beramai - ramai perlawanan akhir Euro 2012.

Pendedahan dan cabaran secara terperinci menggunakan skrin besar telah benar memberikan kesan kepada yang hadir. Selain pendedahan itu ditunjukkan juga bukti penipuan pilihanraya seperti kewujudan kad pengenalan yang punya tarikh luput (milik warga asing) yang boleh mengundi, senarai pengundi yang tidak dapat dikesan nama mereka dalam database JPN dan banyak lagi.

Merujuk mengenai pendedahan dan cabaran kepada Awang, Chung Hon Cheong ialah pemilik syarikat Sun Prestige Sdn Bhd yang telah mendapat hak mencetak wang kertas RM 2 sebanyak 100 juta keping ketika Awang menjadi salah seorang teraju Bank Negara Malaysia. Hon Cheong juga merupakan pemilik syarikat Vertex United Sdn Bhd juga tidak mungkin secara kebetulan membeli rumah Awang di Damansara dengan harga agak tinggi iaitu RM550,000. Adakah ini semua ada kaitan dengan 'anugerah' projek mencetak nota matawang negara ?

Awang juga dicabar menjelaskan benar atau tidak Hon Cheong melalui syarikat Ultimate Holidays Sdn Bhd telah membuat bayaran untuk Awang keluar Jepun pada 28 Jun - 1 Julai.

Setelah diteliti mengenai Honda Civic 1.6 yang digunakan isteri Awang wujud keraguan dan turut dikaitkan dengan ahli perniagaan yang sama. Awang perlu menjawab benarkah kereta tersebut diuruskan pembayaran bulananya sebanyak RM2122 sebulan oleh Hon Cheong. Didapati Hon Cheong juga banyak menyumbang ke pertubuhan - pertubuhan berkaitan Awang.

Itu hanya sebahagian dari dokumen lain. Banyak dokumen lain seperti pembayaran road tax, insurans, kelab golf, bil - bil seperti telefon yang atas nama Awang diuruskan oleh ahli perniagaan tersebut.

Semua didedahkan dalam 'slaid' depan ribuaan orang di Bachok. Kini SAMM mencabar agar Awang tampil untuk menjawab persoalan ini jika berani kerana difahamkan semua butiran, dokumen lengkap masih banyak lagi di tangan Saifuddin. Masa 3 minggu diberikan semakin berlalu. Jika Awang hanya mengambil sikap mendiam diri maka SAMM akan sekali lagi berada di bumi Kelantan dan ole-ole pendedahan bercetak dan lengkap akan berada di tangan ribuan pengundi Bachok selepas eidulFitri.

Sekian dan terima kasih.


HASUTAN MALAM INI



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adek penyamun besar?
kah...kah...kah....

Tanpa Nama berkata...

Oi, takde sekor pun kera yg bersih ke?! Patutlah kera anti sangat dengan ambiga dan fobia sangat dengan kuning!

Tanpa Nama berkata...

Honda civic 1.6 pun ansuran 2122 ke bro sebulan? Honda Type R 2.0 aku pun 1800 je sebulan.. Kot ye pun nak kelentong, gi kelentong orang dalam hutan la .. HAHAHAHA