Jumaat, 6 Julai 2012
MEMAHAMI APA DIA ZIONISMA DAN NEW WORLD ORDER
RACANGAN LICIK DAN TERSUSUN
ZIONIS DAN NEW WORLD ORDER
Minggu lalu saya telah menulis tentang bagaimana kuasa imperialis Anglo-Amerika sedang mengepong Syria dalam strateji untuk menyerang Iran. Saya juga telah menulis bagaimana Turkey, Qatar dan Saudi Arabia telah menjadi budak suruhan Amerika yang setia di Timur Tengah.
Saya telah cuba menerangkan bahawa krisis di Syria bukan perbalahan antara Sunni dengan Shiah. Tetapi satu strateji besar kaum pemodal antarabangsa untuk menaklok wilayah Timur Tengah yang kaya dengan telaga minyak dan telaga gas.
Pada 1 Julai ini sekatan ekonomi terhadap Iran berkuat kuasa. Enam bulan dahulu negara-negara pembeli minyak telah diberi masa 6 bulan untuk menamatkan segala bentuk kontrek jual-beli minyak dengan Iran. Malaysia dibawah Najib amat takut dengan Amerika. Malaysia - awal-awal lagi - tak sampai satu bulan sesudah Amerika membuat saranan telah berhenti membeli minyak dari Iran. Amerika baru nak terkentut Najib sudah terbarai terberak dalam seluar.
Maka timbul persoalan - apakah Iran akan di serang? Apa akan terjadi dengan Syria dibawah pimpian Presiden Bashar?
Untuk menjawab persoalan ini mari kita kembali melihat sejarah Iran. Pada tahun 1951 parlimen Iran telah melantik Mohammad Mosaddegh sebagai Perdana Menteri yang baru. Intelektual undang-undang yang mendapat didikan dari Switzerland ini adalah saorang nasionalis. Sebagai PM Mosaddegh telah memilik negarakan syarikat minyak Anglo Iranian Oil Company( AIOC).
Langkah yang diambil oleh Mosaddegh mendapat sokongan teguh dari warga Iran. Harta kekayaan negara kini bukan lagi milik warga asing. Tetapi langkah ini telah menjadikan kaum pemodal antarabangsa takut. Langkah nasionalisma Iran ini memungkinkan negara-negara dunia ketiga yang baru merdeka sesudah perang dunia mengikut langkah Mosaddegh. Justeru AIOC telah bekerjasama dengan CIA untuk melakukan rampasan kuasa pada tahun 1953.
Mosaddegh dipenjara. Ahmad Reza Pahlevi kini memiliki kuasa mutlak sebagai raja. Semua kepentingan AIOC dipulangkan kembali. Ahmad Reza Pahlevi menjadi barua yang paling setia kepada kuasa imperial Anglo-Amerika. Di zaman Perang Dingin Ahmad Reza Pahlevi telah menjadi Tok Sarjan Amerika untuk mengawal Telok Parsi dan negara-negara Telok.
Savak – polis rahsia Shah yang terkenal ganas telah dilatih oleh CIA. Melalui Savak, kepentingan syarikat minyak antarabangsa terjaga. Savak memastikan tidak ada siapa yang berani menentang Ahamd Reza yang memanggil dirinya Shan Shah - Raja Dari Segala Raja. Savak dan CIA memastikan semua seteru dan musuh politik Shah akan ke tali gantung atau berakhir di Penjara Evin – kem Kamunting untuk Iran.
Di zaman Shah kerjasama antara Iran dengan zionis Isreal cukup intim – macam kerjasama Mahathir dengan Vincent Tan. Mossad - polis rahsia Israel bukan hanya bekerja sama dengan Savak malah Mossad membuka cawangan di Iran. Di zaman Shah tidak diketahui di mana Mossad berakhir dan dimana pula Savak bermula.
Iran dibawah Reza Paklevi, sama saperti keluarga Saud telah menjadi pembeli senjata yang paling banyak dari Amerika. Kuasa imperial Anglo-Amerika cukup gumbira dengan barua barunya. Untuk pengetahuan para pembaca ketika inilah Amerika telah membangunkan jana kuasa nuklear untuk Iran. Amerika adalah pembekal dan penjual peralatan nuklear untuk Iran.
Semua ini berubah sesudah Revolusi Iran 1979. Iran yang dulunya barua setia Amerika kini menjadi negara penentang kuasa imperial Amerika. Di bawan pemerintahan Ayatollah Khomenei Amerika dianggap kuasa Syaitan. Amerika pula mentakrifkan Iran sebagai negara musuh.Penjualan kelengkapan untuk loji penjana nukelar Iran dihentikan. Dengan tertiba Iran dituduh ingin membuat senjata nuklear walhal Amerika sendiri yang pada awalnya pembekal semua kelengkapan yang dibeli oleh Iran untuk mendirikan loji penjana kuasa tenaga nuklear ini.
Tok Dalang dibelakang tabir yang menyuruh arah Amerika ini ialah kuasa zionis Isreal. Mungkin ramai yang tidak percaya bagaimana negara kecil ini memiliki kuasa yang bagitu besar. Jawapan ialah realpolitik. Dalam politik yang berkuasa ialah modal. Kaum zionia antarabamngsa adalah juga pemodal gergasi dalam dunia ini. Kaum zionis mengawal dan menguasi Wall Street sarang dan tempat kaum pemodal antarbangsa berkubang untuk membuat duit dan harta kekayaan.
Dengan duit dan harta kekayan kaum zionist telah menggunakan AIPAC – American Isreal Public Affairas Comiteee dan FCR – Council For Foreign Relations. Melalui dua badan NGO ini kaum zionis telah bejaya mengarahkan kesemua presiden di Rumah Puteh sesudah John F Keneddy, ahli Dewan Kongress dan ahli Dewan Senate Amerika untuk mengambil dasar pro Israel.
Sesiapa yang ingin bertanding untuk menang kerusi Presiden, Senate atau Kongres wajib menyembah kepada dua badan zionis ini. Tidak ada sesiapa yang akan berjaya dalam politik Amerika jika tidak tunduk kepada kepentingan Isreal.
Lihat apa terjadi kepada Presiden Kennedy yang menentang Israel dari memiliki bom nukelar. Hingga ke hari ini desas desus masih kedengaran bahawa salah satu sebab mengapa John wajib dilupuskan ialah kerana penentangan beliau terhadap cita-cita Isreal yang ingin memiliki senjata nuklear. Ini berlaku pada tahun 1961 apabila Kennedy mengadakan perbincangan dengan Ben Gurion perdana menteri Isreal. Pada bulan November 1963 John F Kennedy ditembak mati.
Hari ini warga dunia sedar dan mengetahui bahawa Israel memiliki bom nukelar tetapi TIDAK ada politikus Timur atau Barat yang berani menyuarakan tentangan mereka terhadap bom nuklear Isreal. Malah tidak ada media arus perdana saperti CNN, BBC, New York Times, Washington Post - termasuk Utusan Malaysia, Berita Hairan atau Astro yang berani membuat expose mendalam , mengkritik, mempersoal dan mempertikaikan senjata nukelar Israel ini. Semua takut dan tunduk kepada zionis Israel. Malah Mahathir sendiri pun tidak berani bersuara tentang bom nuklear Israel ini.
Pasti para pembaca akan merasa hairan bagaimana zionis Isreal ini bagitu berkuasa? Apakah mungkin negara yang hanya memiliki penduduk tidak lebih dari 6 juta orang dapat mempengaruhi seluruh dunia.
Sekali lagi jawapan saya ialah realpolitik. Politik ialah kuasa. Kuasa datang dari harta kekayaan. Harta kekayaan akan dapat pula membeli politik dan sekali gus dapat membeli kuasa. Contoh yang amat senang ialah melihat para cukong Lim Goh Tong, Vincent Tan atau Ananda Krishan bergerak. Walau pun kerajaan United Malays National Organisation ini mendabik dada sebagai ‘kerajaan ketuanan Melayu’ tetapi dibelakang ketuanan Melayu ini ialah harta kekayaan para cukong yang bukan Melayu.
Bagitu juga di Amerika. Untuk menjadi President di Amerika memerlukan modal berbilion dolar. Bakal calon wajib mendapat sokongan dana dari kaum pemodal. Tanpa sokongan dana dari kaum pemodal mustahil akan dapat menjadi Presiden. Ini realpolitik. Inilah yang berlaku sekarang.
Hakikatnya – kaum pemodal yang terkaya dalam dunia hari ini ialah kaum zionis. Justeru para politikus yang ingin mencari nama dan glamour dalam dunia hari ini tidak dapat tidak akan tunduk kepada kepentingan kaum zionis dan Israel.
Bagaimana semua ini bersangkut paut pula dengan Syria dan Iran. Untuk ini kita wajib kembali ke tahun 1981. Pada bulan Jun 1981 Osirak pusat kajian nuklear Iraq telah dibom oleh Isreal. Pada ketika itu Iraq dibawah Saddam Hussein sedang merancang untuk membuat senjata nukelar. Pada September 2007 kapal terbang Isreal telah mengebom Dil – al-Zur, kawasan padang pasir tempat pusat nuklear Syria. Jika Iraq atau Syria berjaya memiliki bom nukelar maknanya hegemoni kekuatan bala tentera Isreal telah pecah. Israel tidak lagi memonopoli senjata nuklear di Timur Tengah.
Jelas pada hemat saya bahawa di belakang pentabiran Rumah Puteh ialah kuasa zionis Isreal. Siapa pula di belakang Isreal? Di belakang Isreal ialah kaum pemodal dan tua empunya gedung-gedung perniagaan antarabangsa saperti Rothschild atau Rockeffeler. Pemodal-pemodal ini telah menaburkan dana kepada lembaga pemikir saperti AIPAC, Rand Coperation, CFR atau PNAC. Para pemikir yang dibayar akan berkumpul untuk merancang dasar-dasar luar Amerika. Semua dasar yang telah dirumuskan akan diajukan kepada pentabiran di Rumah Puteh yang sileh berganti. Dasar-dasar yang diajukan ini semuanya akan membawa keuntungan kepad kaum kapitalis antrabangsa dan zionis Isreal.
Contohnya , Project For New American Century (PNAC) telah digarap oleh pemikir saperti Paul Wolffowitz, James Woolsely, Elliot Abram yang telah bekerjasama dengan Benjamin Nethanyahu Perdana Menteri Israel sekarang. Pada tahun 1997 lagi PNAC telah mengajukan agar Iraq diserang dan Saddam Hussein digantikan.
Apa yang saya cuba terangkan disini ialah politik dunia hari ini sedang diatur untuk memastikan kepentingan kaum pemodal dan sistem ekonomi kapitalis ini terus berkembang. Dasar-dasar yang diajukan oleh para pemikir ini bertujuan untuk membuka pasaran seluas mungkin. Ini untuk memastikan kaum pemodal dapat meraih keuntungan dan akhirnya menaklok dunia ini.
Contoh terbaik untuk rakyat Malaysia fahami ialah kes penyenaraian tanah Felda. Tanah Felda yang tidak disenaraikan bermakna tanah ini adalah milik rakyat Malaysia. Tetapi apabila Felda Global Ventures diapungkan di bursa saham maka tanah milik kerajaan – milik orang ramai ini – boleh dibeli hak milik sahamnya oleh individu atau syarikat luar negara. Satu hari nanti saham Felda ini akan dimiliki oleh kaum kapitalis luar negara. Maka tergadailah tanah Mak Cik Felda.
Untuk membuktikan hujah saya ini saya meminta para pembaca mengingatkan kembali lawatan Najib ke London awal Mei lalu. Najib telah menjadi tamu dan menanda tangani perjanjian dengan Louis Dreyfus Commodities Asia Pte ( LDCA) di London. LDCA ini adalah syarikat Yahudi yang menyokong zionis Isreal. Najib terpaksa menggadaikan tanah Felda untuk membuktikan kepada kaum permodal antarabangsa bahawa dialah yang wajib terus disokong untuk menjadi Perdana Menteri kerana dia membuka peluang untuk kapitalis antarabangsa berkenduri kendara diatas kepala para peneroka Felda.
Hari ini masih ada lagi beberapa buah negara dalam dunia ini yang berani bersuara menentang kepentingan kaum kapitalis antrabangsa. Kalau dulu ada Muaamar Gadaffy dan Saddam. Kini di Timur Tengah yang tinggal hanya Bashar dan Ahmadinejad. Pemimpin dua negara ini sedang mengagalkan projek New World Order. Projek besar dimana seluruh dunia wajib tunduk kepada Amerika dan Israel. Justeru mereka akan diserang.(TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
TT patut ulas jugak pasal perebutan kuasa ekonomi barat dengan kuasa baru ekonomi china dalam kes syria, libya, iran dan lain2 negeri
gajah sama gajah bergaduh pelanduk mati di tengah
yang peliknya biasanya yang kena maki hamun dan segala bahana hanya orang politik je pemodal kaya raya "master of puppet" macam takde kesan apa2 walau apa pun yang berlaku
kenapa ek?
itulah aku kata, bila kita bicara pasal fgvh, rata2 kita fokus kepada makcik pakcik peneroka, samada kita:
1)meluahkan simpati pada mereka kerana terlalu lurusbendul atau kurang sumber lalu mudah diambil kesempatan dan ditonggang oleh penyangak2 kera dan kroni, atau
2)menghamburkan cacicerca pada mereka kerana terlalu degil atau dungu lalu mudah dibeli oleh kata2 manis dan janji2 besar yg ditabur sang kera (besar pada tahap pencapaian pemikiran pakcik makcik tu saja la, 15ribu bukan sebesar mana, jauh lebih kecil berbanding ratusribu malah jutaan yg dikaut oleh gerombolan penyangak2 dan golongan pemodal sedangkan titispeluh dan otot2 pakcik makcik peneroka yg dikerah atas ladang2 felda jauh lebih besar isipadunya dari sebarang usaha 2 golongan tersebut!) sedangkan kata2 peringatan berwajah suram berselangseli angka2 yg menyesakkan dada pakcik makcik tetapi ikhlas datang dari mulut dan hati insan2 yg prihatin termasuk dari kalangan keluarga/saudara/kenalan sendiri, ditolak mentah oleh pakcik makcik, malah insan2 ini diabai atau dihambat akibat dah terlalu ghairah dengan beberapa ribu yg belumpun semua dah dalam genggaman/poket pakcik makcik...
dalam pada itu kita lupa bicara tentang 1 sudut lain yg sama besar sama penting:
kejayaan sang kera mengkudakan pakcik makcik hingga berjayanya penyenaraian fgvh bermaksud: sang kera kini sudah lengkap dengan senjata mereka yg paling hebat paling ampuh untuk mereka memerangi pakatan di pru13: wang besar!
jadi sekarang apakah langkah yg perlu diambil oleh pakatan untuk melawan gelombang duit yg bakal ditabur sewenang2 oleh sang kera yg masih tersengeh2 bergayut bukan saja pada pokok2 sawit felda tapi juga pada bangunan2 di putrajaya dan kebanyakan ibunegeri?
-average joe-
klakka-la.blogspot: HOW ADVANCED! Part 1 (MAJU LAH SANGAT! Bhgn 1)
isham,aku setuju bab new world order, kapitalis dan bukan krisis sunni syiah, akan tetapi, bagi aku disini, kita harus berlaku adil, kebangkitan rakyat syria adalah kebangkitan rakyat yang 'genuine' tidak adil jika kita menidak kan hal itu. Rakyat syria sudah jelak dengan bashar sama seperti rakyat mesir jelak dengan mubarak. Mengatakan projek menendang keluar Bashar dari Syria di dukung oleh Amarika dan Israel adalah tidak adil bagi rakyat Syria yg benar benar mahu kan reform. mereka bukan mahu new world order atau susuk baru tetapi rakyat Syria pada hemat aku mahukan reform oelh itu Bashar dilihat tidak lagi berkeupayaan justeru itu rakyat syria bangkit keluar ke jalan raya. Bapak Bashar sendiri pro amarika sewaktu dia berkuasa masakan sekarang anaknya anti amarika? Aku tidak rasa yang bahsar begitu menggerunkan Amarika, bagi aku bashar ini hanya anak kecil di mata amarika. Dan aku hairan jika benar bahsar ini menjadi penghalang kepada new world order, mengapa tidak ada campur tangan NATO seperti di Libya? Nato awal2 lagi sudah membauat kenyataan tidak akan campur tangan dlm isu ini. mengapa? bukankah nato itu anjing belaan amarika sendiri, dan dgn menggunakan khidmat nato lebih cepat proses menendang keluar bahsar seperti yg diharapkan..
pokoknya disini, dlm isu syria ini kita tidak boleh menghentam amarika israel 100% (walaupun aku percaya bahawa amarika dan israel adalah musuh utama umat manusia) aku juga percaya bahawa amarika dan israel sendiri terkejut dgn penentangan rakyat syria keatas bahsar. Bagi aku Reform yang di mahukan oleh rakyat syria adalah sangat 'genuine' dan utk itu jika kita menuduh krisis di syria sebagai campur tangan amarika adalah sgt tidak adil bgai mereka di sana.
Harapan aku semoga syria dapat menemui jalan damai dan bashar harus disiasat keatas jenyah perang (mass killing di homs dan lain2 tempat. Jalan reform masih lagi jauh utk syria dan jalan raya masih lagi 'legit' utk di guna oakai utk masa ini.
Sekian.
tuan tt
garapan yang jujur dan benar.nyata bahwa zionisme - yuhudi dibelakang realpolitik hari ini.termasuk juga di malaysia,para cukong malaysia adalah rantaian kepada cukong antarabangsa, mereka membeli dan menjual kuasa politik diseluruh dunia.dibawah umno para cukung inilah yang benar politik,mereka menaja dan memodal ahli politik umno dan tukaranya adalah kuasa ekonomi tunduk kepada cukong ini,
perkara ini berjalan sekian lama,umno adalah lubuknya.
sekian
yang aku tahu, new world order adalah peralihan kuasa dari Amerika kepada Israel. Selamat datang kepada era Israel. Tak sedar2 lagi?????
Aku cadangkan kita kena mengamuk dan hapuskan kerajaan yang ada dan tubuhkan kerajaan baru yang tidak tunduk kepada kapitalis-kapitalis ni. Tubuhkan kerajaan rakyat dari rakyat untuk rakyat. Mengamuk macam warga perancis mengamuk semasa revolusi perancis kurun ke-18. Hidup revolusi dan amuk !
TT dan peminat-peminat TT...
http://www.youtube.com/watch?v=JXt1cayx0hs
bagi saya, PNAC adalah masalah kecil... dan PNAC adalah daripada ini...
Boleh baca buku To start a nation. Sebuah buku yang ditulis oleh israel sendiri. Membaca buku ini buat aku tersedar bahawa apa yang ada dalam buku itu adalah mengenai pelaksanaan pelan strategik israel tentang masa depan. APa nak buat lagi pemimpin israel sangat bijak, jujur (kepada orang sendiri), berpandangan jauh. Pemimpin kita opposite pemimpin israel.
"Give me control of a nation's money and I care not who makes her laws."
Cuba teka ungkapan diatas sering dikaitkan dengan siapa? Kalau tidak tahu, sila tanya tuan TT yang serba tahu kah, kah, kah...
aku hanya percaya sosok tubuh yang bernama Muhammad Bin Abdullah yang akan meruntuhkan dominasi nwo zionis..kita sekarang hidup pada zaman ke4 dari lima zaman sebelum datangnya kiamat..pada zaman ke4 ini..syaitan berjaya mengumpul pengikutnya paling ramai..zzaman skg adalah zaman syaitan menguasai dunia..zaman nwo..zaman pbb..zaman demokrasi..zaman kapitalis..kita semua secara langsung atau tidak langsung adalah hamba kepada sistem nwo..dari segi politik atau ekonomi..selagi kita berpaut kepada sistem yang ada..selagi itu kita adalah hamba..konsep pecah dan perintah sudah lama di terapkan dalam kehidupan kita..pecah dan perintah dalam agama..pecah dan perintah dalam politik sesebuah negara...pecah dan perintah dalam politik dunia..
jadi untuk melawan nwo zionis..bukan demokrasi tulen jawapannya..bukan demonstrasi jalanan jawapannya..bukan hantar memorandum jawapannya..hanya islam..ini sahaja jawapannya...namun masalah yang paling besar apabila demokrasi itu sudah berjaya meracuni semua pemikiran umat islam tidak kira ulama,umara atau rakyat biasa..skg tanyalah kepada sesiapa sahaja didunia..bagaimana untuk meruntuhkan kerajaan zalim,korup..mereka akan berkata demokrasi tulen dan demonstrasi adalah jawapan..bagi aku...jika ini jawapannya sah lah anda masih terperangkap dengan penjajahan minda golongan zionis nwo.. kerana salah satu cara paling jimat untuk menguasai dunia adalah penjajahan minda.!!!
woi babi sosialis,,,,yg ni aku x percaya,,ngko tu berlagak semua tau tp bodoh,,aku lama dok syria,,aku lebih tau dari ngko,,,bashar babi tu jahat cam ayah dia hafez,,ngko sokong dia sbb sosialis kan,,,,,sakit ati btul aku,,saudara islam sana dibunuh oleh syiah alawite,,,dan mereka berjuang tanpa pertolongan sesiapa tp ngko selamba babi jer sokong celaka sosialis kau tu,,,woi bab lwn umno aku stuju ngan ngko,,,tp cuba2 lah cari kebenaran islam,,sampai bila kau nk pegang kepercayaan athies kau tu
Catat Ulasan