PERLEMBAGAAN RAKYAT 1947
Saya
selalu memikir dan cuba merungkai tentang persoalan Bangsa Bangsa
dan Negara Bangsa. Saya sering menilai dan membuat ukuran dengan
melihat bagaimana Indonesia telah berjaya mendirikan negara bangsa
yang kukuh. Saya juga membuat perbandingan antara kita dengan dia.
Ini berlaku kerana saya sering, malah dari zaman saya anak mahasiswa
tahun 70'an lagi - saya telah wajib berhadapan dengan persoalan
bangsa-persoalan nasion. Saya berhadapan dengan sentimen Melayu
benci Cina atau Cina benci Melayu
Saya
berani merumuskan bahawa persolaan Bangsa-Bangsa masih menghantui
Malaysia. Pembinaan negara bangsa masih goyah. Saya semakin yakin
melihat projek Bangsa Malaysia itu sendiri telah gagal. Malah projek
mendirikan negara yang bernama Malaysia itu adalah projek gagal.
Projek yang telah dipaksakan keatas warga Sabah dan Sarawak.
Manifestasi
kegagalan persoalan Bangsa-Bangsa dan kegagalan projek Malaysia
sedang kita lihat hari ini. Malaysia diwujudkan oleh British pada
tahun 1963. Satelah kurang lebih 50 tahun kita sedang menyaksikan
dengan jelas kemungkinan Malaysia menuju ke arah DAULAH GAGAL atau
Failed State. Dari hari ke hari manifestasi dan bahan bukti
kegagalan ini semakin terkumpul dan menyerlah.
Kenyataan-kenyatan
rasis – projek ajenda perkauman terus kedengaran. Ianya bukan
hanya datang dari mereka yang mengakui diri mereka Melayu, malah
suara rasis yang sama juga kedengaran dari Orang Cina dan Orang Idia.
Sikap rasis ini tidak hanya dimonopoli hanya oleh Melayu. Benci
terhadap Orang Lain/The Others ini bukan milik ekslusif Melayu.
Minggu lalu saya telah memberi hujah tentang bagaimana kedatangan Orang Cina dan Orang India yang dibawa oleh British ke Tanah Melayu ini dilihat sebagai ' pencelah' dalam naratif induk Tamadun Melayu. Kitab-kitab Melayu kuno telah merakamkan permulaan Tamadun Melayu dari zaman Langkasuka ke Ganga Negara hinggalah ke zaman kegemilangan dan keruntuhan Empire Melaka.
Dirakamkan
juga bagaimana Manusia Melayu ini sebelum menjadi penganut Hindu
adalah penganut Agama Anamisma. Sesudah Hindu Manusia Melayu menganut
Islam. Hingga ke hari ini kita dapat melihat Orang Asal -
Proto-Melayu masih lagi kekal dengan Agama Anamisma. Malah dalakm
banyak budaya dan jati diri Melayu sendiri pegangan Anamisma dan
Hindu itu masih wujud walau pun telah dibasuh oleh Islam.
Dalam
naratif induk tamadun Melayu telah dituliskan – dalam Hukum Kanun
Melaka, Hukum Kanun Pahang, Hikayat Raja-Raja Pasai - tentang konsep
dan struktur negara bangsa. Telah disisipkan ajaran salah benar dan
adat istiadat Melayu. Ada undang-udang peraturan istana, pelabuhan
atau peraturan berjual beli. Kalau di Negeri Sembilan hukum Adat
Pepatih dan Adat Temenggong disebarkan dengan jelas melalui pepatah
petitih. Kesemua adalah naratif kebudayaan Melayu. Kesemua ini wujud
dari ekonomi pertanian yang menjadi asas Tamadun Feudal Melayu.
Apa
yang menarik dari membaca bahan sejarah ini ialah telah wujud satu
kumpulan manusia yang tinggal dalam satu kawasan yang jelas, bertutur
dan berhubung dengan mengunakan satu bahasa dan memiliki satu
kepecayaan yang dikongsi bersama. Kumpulan manusia ini pula dibalut
dalam satu mimpi dan satu harapan. Ini dinamakan identiti Melayu.
Justeru
identiti Melayu itu telah wujud lama – berhujan berpanas - di
Tanah Melayu sebelum Orang Cina atau Orang India sampai. Alam bumi
Melayu inilah yang melahirkan Melayu. Gunung, bukit, sungai, lurah
dan rajau dari alam inilah yang membina tamadun Melayu. Manusia
Melayu minum air Sungai Pahang dan Sungai Perak.Manakala indentiti
Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu telah tumbuh dan subur di
tebing Yang Tze dan Hwang Ho di Tanah Besar China. Bagitu juga
dengan Orang India. Tamadun India lahir di Sungai Ganges dan Indus di
Bharat.
Apakah yang saya fikirkan ini tidak difikirkan oleh Burhanuddin Helmy? Tidak difikirkan oleh Ahmad Boestamam? Oleh Rashid Mydin. Tidak difikirkan oleh Mokhtaruddin Lasso , atau oleh Ibrahim Yacob. Jawabnya mustahil nasionalis bangsa ini tidak memikir pekara yang sama.
Apakah yang saya fikirkan ini tidak difikirkan oleh Burhanuddin Helmy? Tidak difikirkan oleh Ahmad Boestamam? Oleh Rashid Mydin. Tidak difikirkan oleh Mokhtaruddin Lasso , atau oleh Ibrahim Yacob. Jawabnya mustahil nasionalis bangsa ini tidak memikir pekara yang sama.
Datuk
Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan Maharaja Lela TIDAK
akan memikirkan pekara ini. Ketika mereka mengakat senjata melawan
penjajah ' pencelah' – Orang Cina dan India belum dibawa masuk lagi
oleh British. Justeru pahlawan Melayu lama tidak perlu memikirkan apa
itu bangsa-bangsa dan apa itu pembinaan negara bangsa. Tun Fatimah
hanya perlu menajamkan keris dan lembing untuk menikam Portugis.
Saya
akan membuktikan bahawa pekara nasion - Melayu, Cina dan India ini
telah difikirkan oleh orang yang terdahulu dari kita. Pekara ini
pasti telah menjadi agenda penting untuk mereka yang terdahulu dari
kita. Saya membuktikannya dengan mengajukan bahan bukti
Perlembagaan Rakyat 1947.
Ketika
Perlembagaan Rakyat diajukan kepada penduduk Tanah Melayu – Jepun
telah mengundur. Ketika ini Orang Cina dan Orang India telah dibawa
masuk oleh penjajah British ke Tanah Melayu. Jumlah 'pencelah' dari
India dan China ini bukan datang sikit anak. Ratusan ribu telah
sampai. Mereka telah menduduki pusat-pusat bandar. Justeru mereka
menguasi perniagaan. Mereka menguasi bidang dagangan. Mereka
menjadi 'orang tengah' antara kuasa kolonial Inggeris dengan penduduk
tempatan.
Pada
tahun 1947 – semangat nasionalisma , semangat anti penjajah telah
merebak di Asia , Afrika dan Amerika Latin. Sesudah Perang Dunia
Kedua mood warga dunia ialah bangun menghalau penjajah dan
mendirikan kerajan sendiri. Gerakan nasionalisma di negara tanah
jajahan ini menerima sokongan yang kuat dari Rusia yang telah
berjaya mengembangkan pengaruh Sosialisma ke Eropah Timur. Sesudah
Perang Dunia Kedua pengaruh Revolusi Boshevik telah meluas.
Semangat
nasionalisma ini telah lama berkembang dan bukan hanya bermula pada
tahun 1947. Kesatuan Melayu Muda yang dipimpin oleh Ibrahim Yacob
telah lama menyusun semenjak 1938 dan telah berjaya mempengaruhi
Orang Melayu untuk bangun menuntut Merdeka. Dalam masa yang sama KMM
memiliki jaringan Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar.
Parti Komunis Malaya juga telah lama ditubuhkan.Parti Komunis
memiliki pengaruh yang amat luas dalam kesatuan buruh dan kaum
sekerja. PKM juga memiliki hubungan antarabangsa yang kuat dan intim
dengan Parti Komunis di negara luar.
Semua perkembangan ini diperhatikan oleh kuasa Britsih sebagi musuh yang akan mengahalu mereka dari Tanah Melayu. Penjajah British bukan sahaja menjajah - mereka juga merancang jangka panjang untuk memastikan pengaruh mereka akan berkekalan.
Semua perkembangan ini diperhatikan oleh kuasa Britsih sebagi musuh yang akan mengahalu mereka dari Tanah Melayu. Penjajah British bukan sahaja menjajah - mereka juga merancang jangka panjang untuk memastikan pengaruh mereka akan berkekalan.
British
secara licik telah mengajukan apa yang dinamakan Malayan Union. Ini
adalah bara api yang disediakn oleh British untuk membakar semangat
KeMelayuan Orang Melayu. Mari kita lihat bagaimana rancangan licik
ini dijalankan.
Secara
terancang sebelum diajukan konsep Malayan Union – British telah
terlebih dahulu menubuhkan apa yang kini dikenali sebagai United
Malays National Organisation. Parti politik arus kanan ini disediakan
oleh British sebagai jawapan kepada kaum nasionalis yang sedang mara
menuntut Merdeka.
United
Malays National Organisation yang baru dutubuh (1946) pastilah
TIDAK banyak pengaruh berbanding dengan KMM dan PKM yang telah lama
bertapak. Justeru Malayan Union telah digunakan sebagai wadah untuk
United Malays National Organisation berkempen dan mencari pengaruh.
Malayan Union sengaja ditelorkan denbgan 'gula-gula' untuk
menghapuskan kuasa Raja. Ini dilakukan dengan penuh kesedaran oleh
British. Penghapusan Raja ini pasti akan menimbulkan tentangan hebat
dari Orang Melayu yang masih feudal.
Melalui
Malayan Union - Orang Cina dan Orang India akan diberi kerakyatan.
Ini satu lagi yang bara yang pasti akan membakar hati sanubari
Melayu. Semua ini dirancang sebagai bola tanggung untuk United
Malays National Organisation berkempen mencari pengaruh.
Dalam
suasana inilah para nasionalis saperti Ibrahim Yacob, Ahmad
Boestaman, Burhanuddin Helmi, Tan Cheng Lock, John Eber –
berbincang untuk menyelesaikan agenda Bangsa Bangsa – agenda
nasion. Kaum nasionalis ini pastilah sedar bahawa tanpa pembinaan
bangsa-bangsa yang kukuh perjuangan kemerdekaan mereka akan gagal.
Tanpa setia kawan anak semua bangsa mustahil dapat penjajah British
dikalahkan
PKMM
kini telah memiliki jaringan dengan organisasi sehati sejiwa saperti
API, AWAS, GERAM, Hisbul Muslimin. Diakhir tahun 1946 semua lembaga
Melayu ini telah bergabung untuk menjadi PUTERA. Manakala Orang
Bukan Melayu telah menubuhkan Pan Malayan Council Joint Action
(PMCJA) pada tahun 1946. Ini bertukar menjadi AMCJA pada tahun 1947.
Saya
dapat merasakan bahawa pada ketika itu Tanah Melayu dalam politik
yang amat hangat. United Malays National Organisation berkempen untuk
mempertahan Melayu, Raja dan Islam – dengan slogan Hidup Melayu
Manalaka PUTERA dan AMCJA sedang membincangkan agenda negara bangsa.
Sedang membincangkan bagaimana untuk menyelesaikan kemasukan Orang
Cina dan India ke dalam politik dunia Melayu. Dalam masa yang sama
melaungkan semboyan Merdeka!
Niat
dan cita-cita kaum nasionalis ini terbukti jujur dan berjangka
panjang. Ini dibuktikan apabila dua lembaga – Melayu- Bukan Melayu
ini bersatu untuk menjadi AMCJA-PUTERA pada 22 Febuari 1947.
Lembaga
AMCJA-PUTERA inilah yang menggarap Perlembagan Rakyat 1947. Dokumen
Perlembagaan Rakyat ini ialah jawapan rakyat Tanah Melayu terhadap
Malayan Union. Dalam Perlembagaan Rakyat sesiapa yang ingin menjadi
warga negara Tanah
Melayu harus dipanggil Melayu.
Apakah para pembaca gagal melihat apa yang telah berlaku pada tahun 1947 sedang berulang hari ini. United Malays National Organisation dan anak-anak syarikatnya sedang berkempen untuk Melayu, Raja dan Islam? Manakala 52% warga Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Kita lihat saterusnya. (TT)
Melayu harus dipanggil Melayu.
Apakah para pembaca gagal melihat apa yang telah berlaku pada tahun 1947 sedang berulang hari ini. United Malays National Organisation dan anak-anak syarikatnya sedang berkempen untuk Melayu, Raja dan Islam? Manakala 52% warga Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Kita lihat saterusnya. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
SUARA KEADILAN
---------
4 ulasan:
Dalam catatan sejarah Malaysia tiada apa pun berkaitan dengan pukida, perkosa,isma dan lain yang seangakatan,cuma jadi barua-barua tajaan umnongok.
'Dalam Perlembagaan Rakyat sesiapa yang ingin menjadi warga negara Tanah Melayu harus dipanggil Melayu'.
tulisan jawi.
'Manakala 52% warga Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Kita lihat saterusnya'
melayu & jawi tak sentuh pun!
VIVA LA REVOLUCION..!!!
Perkara mengenai Bangsa ini betul betul mula menhjengkelkan ramai anak muda...
Apa yang hendak diriuhkan pasal bangsa nie?
Bangsa mana yang ditindas di Malaysia? xda satu bangsa pun yang tertindas kan Malaysia..
Kita rasa tertindas bukan kerana bangsa tapi parti politik yang menyorok disebalik bangsa.
Tidak ada agama yang lebih mulia dari agama lain, tidak ada bangsa yang lebih mulia dari bangsa lain, tidak ada manusia yang lebih mulia dari manusia yang lain.
Yang membezakan seorang tue itu adalah dari segi kelakukan kita terhadap sesuatu.
Ambilah contoh dari kes KIKI
-Rebelious Monkey-
Catat Ulasan