DOKUMEN DAH ADA
SKANDAL BANK RAKYAT:
BUKTI MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI & KEPENGGUNAAN BERI ARAHAN SELAMATKAN DEEPAK
Dua minggu lalu, National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) telah mendapat beberapa dokumen penting yang menjadi bukti campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam hal ehwal pentadbiran Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan seorang niagawan yang dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri dan isterinya, iaitu Deepak Jaikishen.
Kesemua 13 dokumen yang diserahkan kepada NOW melibatkan surat menyurat rasmi di antara Bank Rakyat dan Menteri terbabit, kertas-kertas Lembaga Pengarah, memo dalaman dan lain-lain.
Setelah meneliti dokumen-dokumen ini, saya berpendapat bahawa ia bukan sahaja menjadi bukti campur tangan Menteri di dalam pengurusan Bank Rakyat, malah memberi gambaran betapa besarnya jumlah hutang Deepak Jaikishin dengan Bank Rakyat dan bagaimana dia telah mendapat layanan istimewa dari Bank Rakyat selama ini.
Bermula dari hari ini, NOW akan mendedahkan dokumen ini satu persatu untuk menjadi bukti terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Datuk Mustafha Razak, Pengarah Urusan Bank Rakyat kerana saya percaya ada asas yang kukuh telah berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.
Bersama-sama ini saya sertakan surat dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Datuk Mustafha Razak yang mengarahkan Bank Rakyat memberi layanan istimewa yang bertentangan dengan amalan biasa pentadbiran pinjaman Bank Rakyat setelah satu pertemuan diadakan di antara menteri, wakil Bank Rakyat dan Deepak Jaikishen pada 30 Januari 2014.
NOW juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menteri terbabit pada hari Jumaat 18 Julai 2014 jam 11 pagi di ibu pejabat SPRM Putrajaya. Satu laporan terhadap Pengarah Urusan Bank Rakyat pula akan dibuat dengan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) pada hari Jumaat, 18 Julai 2014 jam 3 petang di ibu pejabat PDRM, Bukit Aman.
NOW akan mendedahkan dokumen-dokumen ini sepanjang bulan ini sehinggalah tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap kedua-dua mereka.
RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Eksekutif NOW
16 Julai 2014
---------
5 ulasan:
Pukimak punya menteri...kita nak pinjam 30 k untuk ASB pun tengok umur dan kelayakan..senang senang je babi sekor ni dapat 200 juta...lepas ni rafizi mesti kena panggil sebab dedahkan maklumat sulit under sosma....sial ada perdqna menteri mcm ni..mdan cukup cukup sial ada kabinet CADBURY macam ni....GILA CADBURY PUNYA jemaah menteri al sunnah wal rasuah hassan malik ....sialllllllll........
Integriti lah sangat,konon benteras rasuah ,manager minyak glc ko tangkap...ha tangkap lah cap ayam tu
HASIL DARI PEMERINTAH BANGSAT...!!! SELAMATKAN MALAYSIA..!!!
kah kah kah syabas rafizi.
anda bekerja lebih baik berbanding azmin kah kah kah
ps: balaci2 azmin sila main jauh-jauh. pergi tolong tuan kamu kira duit.
apsal hassan malek ni hassan malek sangat sampai bagi arahan bertulis? kalu ya pun rosmah suruh bagi aja arahan lisan...sekarang dah kantoi..harap menyorok dalam kain rosmah lah
Catat Ulasan