Rabu, 16 Julai 2014

SELAMAT BERBUKA




SELAMAT 

BERBUKA

hari ini awalnya redup
kemudian berbahang

sebelah petang hujan turun
lebat tapi tidak lama
kemudian berbahang kembali
hingga sekarang

Photo: Saya di kdn persint 1. Blok D8. Dlm lobby. Jual kerongsang, pandora dan butang baju melayu..

KELMARIN
berbuka di hulu langat
beli makan tempat yang sama
kali ini pajeri nenas
yang minngu lepas cukup baik
telah gagal

aku amat yakin
pajeri ini telah diulang masak

gulai labu dengan pucuk paku
juga gagal
ada dicampur ikan masin
lalu agak termasin


KE KAJANG
pertama kalinya
bulan puasa ke kajang
melawat rona dan sham
membuka kedai menjual
baju kerosang dan dan dan
untuk berharai raya

sedang disana terserempak
mamat pembaca tukar tiub
si mamat ini dengan isteri
dan anak lalu bergambar

bila aku tanya bagaimana tahun ini
agak pilu kerana mak cik kakak
belum turun berbelanja
hujung minggu okay
tapi malam kelmarin lengang

aku juga difahamkan
keadaan sama sedang melanda
mak cik dan kakak sedang
takut takut nak berbelanja
hantu gst akan sampai tahun depan

KEROSANG
lalu aku buka cerita
satu ketika dahulu
aku juga pernah menjual kerosang
kerosang dan barang kemas ini
datag dari bangkok
ini emas tiruan
anak petani yang bawa

jauh datang nya
dari bangkok
ke karachi
ke kabul

ketika itu belum wujud
lambakan barangan
dari ccl
atau
ccp
cheap chinese labour
dan
cheap chinese products

bila aku berkelana
 dari karachi
 ke kabul
aku juga membawa emas tiruan ini
untuk dijual
ha ha
cukup untuk aku bercuti di kabul

PETANG INI
jemputan berbuka
pejabat dap
di jalan pudu

SELAMAT BERBUKA

--------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahun bila tu TT jual keronsang?
90-an ke?

pandai meniaga tapi tak habaq. kahkahkah