.

Selasa, 20 September 2016

HUTANG PTPTN






JAWABNYA

HANYA SATU

TURUN 1JUTA

KE DATARAN

MERDEKA

NEGARA BERDEPAN DENGAN KRISIS PENDIDIKAN TINGGI: PTPTN TIDAK LAGI MAMPU MENANGGUNG KEPERLUAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN TINGGI

Saya mula mencadangkan dan berkempen agar Malaysia memperkenalkan pendidikan tinggi percuma sejak 2012 lagi. Walaupun ramai yang menuduh bahawa cadangan pendidikan percuma adalah helah murahan untuk meraih sokongan undi, saya sebenarnya lebih bimbangkan kelangsungan kemudahan pendidikan tinggi negara yang menggunakan model pinjaman PTPTN kerana saya yakin dalam beberapa tahun (dari 2012) PTPTN akan mengalami krisis kewangan yang meruncing.

Baru-baru ini (17 September 2016), saya membentangkan cadangan reformasi pendidikan tinggi negara yang antara lainnya meliputi penghapusan biasiswa ke luar negara untuk ijazah pertama. Sekali lagi saya dituduh sebagai bodoh, tidak berfikir dan bermacam-macam lagi tanpa mereka yang mengkritik meneliti angka-angka yang saya bentangkan.

Cadangan menghapuskan biasiswa ke luar negara untuk ijazah pertama secara berperingkat menjelang 2030 adalah sebahagian dari cadangan reformasi pendidikan tinggi yang berpunca dari krisis pendidikan tinggi negara yang tidak diwar-warkan.

Saya akan terus fokus kepada isu ini terutamanya kegagalan PTPTN membiayai pendidikan rakyat seperti yang sewajarnya sehinggalah masalah ini selesai.

Di antara tahun 2010 hingga 2015, jumlah pembiayaan yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada peminjam telah jatuh mendadak.

Saya merujuk kepada buku Info PTPTN 2011 dan sumber-sumber lain untuk melengkapkan senarai pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN dari penubuhannya (1997) hingga 2010 mengikut pecahan IPTA dan IPTS, seperti berikut:


Oleh kerana PTPTN tidak lagi menerbitkan jumlah pinjaman yang diberikan mengikut tahun dan perincian seperti sebelum ini, saya terpaksa menyemak jawapan-jawapan di Parlimen untuk menganggarkan berapa pembiayaan terkini yang telah dikeluarkan.


Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap pada 19 November 2015 menunjukkan pembiayaan baru (diluluskan dan diagihkan) bagi 9 bulan pertama 2015 hanyalah RM2.08 bilion. Walaupun saya belum mendapat jawapan bagi pembiayaan sepanjang 2015, oleh kerana semester pengajian bermula sebelum September, saya merasakan bahawa pembiayaan setakat September adalah anggaran yang baik bagi pembiayaan baru yang diluluskan bagi setiap tahun.

Berdasarkan angka-angka ini, saya boleh timbulkan perkara-perkara berikut:

1.    Jumlah pembiayaan pendidikan baru yang diluluskan oleh PTPTN bagi 2015 (sekitar RM2 bilion) adalah satu pertiga dari jumlah pembiayaan baru yang diluluskan oleh PTPTN bagi 2010 (sekitar RM6 bilion);

2.    Jika ini benar, ia bermakna bahawa jumlah pelajar yang tidak mendapat pembiayaan pendidikan sama ada di IPTA atau IPTS bagi tahun 2015 dan sehingga kini naik mendadak kerana jika pada 2010 jumlah yang diperlukan untuk membiayai pinjaman baru adalah RM6 bilion, sudah tentu bagi 2015 jumlahnya lebih tinggi dari itu.

Malah, beberapa tindakan drastik oleh PTPTN seperti menyenarai hitam peminjam, memotong gaji secara automatik sehingga baki yang kecil tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan bulanan, menghadkan pembiayaan penuh kepada peminjam dari keluarga penerima BR1M sahaja menunjukkan bahawa ada krisis aliran tunai yang dihadapi PTPTN.

Oleh kerana sistem pendidikan tinggi di negara ini (IPTA dan IPTS) bergantung sebahagian besarnya kepada PTPTN untuk membiayai pelajar, kegagalan PTPTN membiayai pelajar pada jumlah yang drastik (anggaran satu pertiga dalam 2015 berbanding 2010) bermakna sistem pendidikan tinggi yang ada sekarang sedang berdepan krisis yang runcing.

Saya akan membentangkan analisa saya mengenai aliran tunai PTPTN dalam masa terdekat untuk memastikan perkara ini tidak dipendamkan dan satu penyelesaian dicari segera bagi membantu keluarga yang terbeban akibat kelemahan kewangan PTPTN ini.
                      

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN







------------------

5 ulasan:

Nazrio Dond DoLLa berkata...

Saya bukan tak nak pergi demo
Day Saya takut amat sama pak jamaL Pak tongkoL, aLi tinju saya kurang Takut
tapi pak JamaL ikan bakar Saya tengOk Hidungnya kemut kemit
Kerana mengupayakan oxygen
yang masih kurang di jantung
Oxygen hanya berkisar dan
bergelut di perut tidaK
Bergerak ke otaK...
LaLu dahinya mengerut
Kening merapat mata puLak dan
Mengernyit mengerikan. LaLu MuLutnya tidaK dapat berbicara
Tentang haL ahwaL mentaL. ..
Apa yg di Tutur hanya
Berkisar pada perut
Daging tidaK bertuLang
BawaH Puser Perut
TesticaL, cocK Ker apa kontoL
EngLish sound Like that
if Aim not mistaken
iLmu semiotik
Oxygen kurang

PerLambangan
Yang di Lahirkan oLeh
Bahasa Badan..
Di rumus sebagai
iLmu semiotik

Hidungnya kemut kemit
Kerana mengupayakan oxygen

Tanpa Nama berkata...

BUNGA 1 MDB SAJA 2.7 BILION SE TAHUN

Hancur bangsa bila LAHANAT jadi Ketua

Bodoh saja

Melayu rata rata nya pulak

Semua pasal DEDAK

Tanpa Nama berkata...

woit apa tak faham faham ini...semua cadangan baik baik ini tak terima...selagi uno berkuasa memang golongan dedak saja diperlukan...yang bising yang teriak yang demo yang cakap banyak semua boleh pindah ke tempat lain...kah kah kah... mana ada benda free...semua nak free...banyak senanglah...kah kah kah makan tanggung berak cangkung kah....

Tanpa Nama berkata...

PTPTN telah kurangkan jumlah pinjaman bukan kurangkan bilangan peminjam..kalo bagi banyak pun budak2 ni guna pinjaman untuk beli handfone lepas tu liat nak bayar balik..Pinjaman dibagi untuk bayaran yuran pengajian sahaja dah kira ok tu..ibu bapak tanggong kos sara hidup..

Tanpa Nama berkata...

yuran anak aku di uni swasta rm18000 setahun. ptptn lulus rm5000 SAHAJA.

mana aku nak cekau rm13000?

sultan melayu!
perdana menteri melayu!
mufti melayu!
ketua polis melayu!
ketua tentera melayu!

KENAPA TAK TOLONG MELAYU?