KONSPIRASI
satu konspirasi licik
yang amat terancang
telah dijalankan untuk
memalukan datin seri rosmah
untuk memalukan malaysia
untuk memalukan melayu
untuk memalukan islam
sabtu lalu UNESCO telah
secara resmi mengumumkan
datin seri rosmah mansor
akan dinobat sebagai insan contoh
untuk jadi ikutan kanak-kanak
datin seri rosmah akan menerima hadiah
tertinggi bertaraf HADIAH NOBEL
dalam kerangka pembelajaran unesco
datin seri rosmah akan ke new york
untuk menerima hadiah tersebut
ketika persidangan PBB ke 71 berlangsung
tetiba pagi ini
ada pengumuam baru
nama datin seri rosmah
telah digugurkan dari senarai
penerima hadiah
datin seri tidak dijemput
datang ke new york
siapa punya kerja?
siapa punya konspirasi?
siapa buat jahat?
ini mesti kerja geng anwar
ini mesti kerja geng mahathir
ini mesti kerja geng radio bangsar
ini mesti kerja geng pak man telo
yang bersubahat dengan yahudi
yang bersubahat dengan WSJ
yang bersubahat dengan amerika
yang bersubahat dengan loretta lynch
yang bersubahat dengan FBI
yang bersubahat dengan israel
yang bersubahat untuk memalukan
datin seri rosmah
bayangkan:
datin seri telah siap sedia
michelle obama telah ditalipon
baju telah diukur
beg birkin baru telah sampai
cawat XXXXLLLL telah dijahit
5000 botol botox baru telah sampai
kapalterbang telah dibasuh
gigi telah diasah
kuku telah dianyam
bulu ketiak telah dicukur
semua program telah diatur
di paris
di london
di dubai
malah datin seri telah beri arahan
agar 35,653 orang wajib datang
menyambut di lapangan terbang subang
bila datin seri kembali dari new york
20 ribu banner - WIRA NEGARA
telah dicetak untuk sambutan kepulangan
kerana kerja jahat geng anwar
kerana kerja jahat geng mat sabu
datin seri rosmah telah dimalukan
mana datin seri nak sorokkan muka
apa datin seri nak cakap
pada michelle obama
ini mesti kerja jahat ziana zain
hidup melayu!
7 ulasan:
Tayar kapal terbang pancit , sebenar nya
Bukan nak bagi malu sesiapa
Tayar kapal terbang tu buatan FUNGKEONG
Kilang tayar tu dah tutup ,
Nak tampal tayar kapal terbang pakai GAM GAJAH tak jadi
GAJAH pulak KIOK dalam bekas lombong
UNESCO baca pasal GAJAH KIOK terus naik angin
OMPUTEH UNESCO ingat GAJAH Malaysia pergi sekolah
HIPPO saja yang ke sekolah
Tu sebab GAM GAJAH habis
Macam mana nak terbang kalau tayar pancit ????!?
Semua EMOSI sebab GAJI LAMBAT
OMPUTEH makan Gaji jugak
Agak2 ko la... adakah x cukup dedak punco eh...
Apa le kau orang ni..kutuk kak mah aku!!!
- Dia tak hadir sebab abang ajib tau mau pergi US...nak mampus!!!!
- Pergi sana tak boleh shopping...kad kredit dah kena beku
- Dalam banyak2 hadiah...dia orang hadiah contoh kanak2 pulak pada kak mah!!!
Mentang-mentang le kak mah tak cukup 5 kaki...dia orang perli pulak kak mah.
- Orang US nak pancing abang ajib supaya datang US dan boleh tangkap dia...dia
orang ingat abang ajib tu bodoh ke????
memalukan ziana zain..memalukan ipar MADU nya..anwar zain dan memalukan anak tiri dii yg di mongolia tu...puik....kacao daun
takut digari kot...ni gari antarobangso..ni...bahayo....den
Tak pe anugerah utk suami Najib telah ditarik balik .. pasti tiada kemaluan drp pihak Suami Najib, beliau dah lali menerima kemaluan. Berdasarkan foto diatas, Suami Najib ini mungkin dah layak untuk menerima anugerah gelaran HELLBOI .. tenok dikepala nya lebih panjang, jika Hellboi punya tangan besar sebelah, Kak Ros kedua belah tanganya lebih besar .. kah kah kah .. tahniah .. malam ni ada beritanya di TVtigo .. kah kah kah.
Ini sumo konspirasi nak memalukan wakden ratu Minang,wak ang jangan manghino wakden...wakden tak heran, wakden enggak *membutohkan anugerah itu(memerlukan versi Indo)Bang Ajib aja yang membutuhkan wakden
Catat Ulasan