TERJEJAS ATU
TIDAK MUDAH
DIBUKTI
AMIN
TAK PERLU
BANYAK SONGEL
AMIN
BAWA RAKYAT
KE JALAN RAYA
AMIN
KHALAS
Wan Fayhsal Cabar Kerajaan Buktikan Dakwaan “90% Tidak Terjejas”
KUALA LUMPUR | 28 Mac 26 — Kerajaan digesa tampil dengan penjelasan terperinci berhubung pelaksanaan penyasaran subsidi RON95, khususnya berkaitan dakwaan bahawa 90 peratus rakyat tidak terkesan dengan had baharu penggunaan.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perutusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dasar itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat, dengan reaksi umum yang dilihat tidak meyakinkan.
Menurut beliau, kerajaan perlu mengemukakan bukti berasaskan data bagi menyokong keputusan menurunkan had kelayakan subsidi daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, selain menjelaskan jumlah sebenar subsidi yang ditanggung negara serta anggaran penjimatan fiskal yang dijangka dicapai.
“Rakyat berhak mengetahui asas pengiraan yang digunakan, termasuk kaedah yang membawa kepada kesimpulan bahawa 90 peratus pengguna tidak terjejas,” katanya dalam satu kenyataan.
Wan Fayhsal turut menuntut kerajaan mendedahkan pecahan data pengguna bahan api, termasuk perbezaan penggunaan antara pemilik motosikal dan kereta, serta analisis mengikut lokasi dan jenis pekerjaan.
Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan dasar yang dilaksanakan benar-benar bersasar dan tidak menjejaskan golongan berpendapatan rendah dan sederhana secara tidak langsung.
Selain itu, beliau membangkitkan kebimbangan terhadap impak sosial, khususnya kepada individu yang perlu berulang-alik jarak jauh dan isi rumah dengan keperluan mobiliti tinggi yang berpotensi melebihi had baharu.
Dalam masa sama, Wan Fayhsal mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan mekanisme alternatif seperti kuota tambahan kepada kumpulan sasar tertentu, berbanding pelaksanaan had seragam kepada semua pengguna.
Beliau juga mempersoalkan indikator yang akan digunakan kerajaan untuk menilai semula dasar tersebut pada masa hadapan.
Kenyataan itu turut menyentuh keperluan akauntabiliti lebih tinggi daripada kepimpinan semasa, dengan mengingatkan bahawa Perdana Menteri sebelum ini sering mengemukakan pelbagai cadangan penyelesaian ketika berada di blok pembangkang. @politiko.my


Tiada ulasan:
Catat Ulasan