Sabtu, 28 Mac 2026

PAGI INI


PAGI INI





PAGI INI

SABTU 28 MAC  2026

RAYA HARI KE 8

PERANG HARI KE 29

LAGI 2 HARI NAMA MP PKR AKAN DIUMUM


TRUMP  BUAT LAWAK LAGI
Mula  DULU TRUMP beri amaran 48 jam. Dalam masa 48 jam jika Iran tak buka Selat Hormuz maka bala tentera  Amerika akan bom dan serang semua loji jana kuasa leterik Iran.

IRAN JAWAB :  SILAKAN !!!

IRAN JAWAB : Kami akan tibai semua negara Arab yang jadi barua Amerika. Loji leterik – kilang penapis  air Tok Arab Barua akan di basmi musnah kah kah kah.

TRUMP TERRKINCIT TAKUT lalu buat temberang : IRAN NAK BERUNDINAG maka serangan loji jana kuasa leterik  tangguh 10 hari – kah kah kah.

TRUMP sekarang hantar lebih dari 5000 soldadu untuk mendarat – KUNUN nak ambil Pulau Kharg – kunun  nak ambil Pulau Abu Musa.

IRAN KATA : Kami dah lama tunggu –bila lu nak datang ... gua dah lama tunggu sama lu... mailaaa sekilang ... kah kah  kah

SELAT HORMUZ dah jadi milik Iran. Iran kata tutup maka akan di tutup. Iran kata BUKA maka akan di buka – Ini kuasa Iran.

BILA PERANG TAMAT? Perang hanya akan tamat bila Iran kata Perang Tamat kah kah  kah.

MIMPI TRUMP nak musnahkan  ISLAMIK REPUBLIK IRAN gagal meleset – kah kah kah

Tapi paling lawak bila  Trump buat cerita Iran nak berunding kah kah kah. BERUNDING ini labun Trump kerana dah tak tahan. Hari hari Trump klim menang tapi Israel tetap kena bom kah kah kah.

Kita juga wajib suka hati kerana Israel terus menyerang ... kah kah  kah.. Ini memberi peluang besar untuk Bom Bom Tel Aviv – kah kah kah

HIZBULLAH dari Lebanon terus membantai Israel – puluhan kereta kebal Zionis hancur – jeng jeng . Amin

HOKKIEN
Pagi ini bising dengan ledakan mercun. Matahari belum muncul. Langit kelam. KL & KL Sentral berkabus dan berjerebu tebal. Hokkien berasap.

Pagi ini makin ramai keluarga datang sembahyang. Pembakaran disana sini.

Gua bersama Tak Tak mendaki bukit ikut jalan tepi hutan pagar – agak kurang orang.  Warga Hokkien tidak kelihatan pasti menyorok lari dari bunyi mercun.

Hari ini akan panas. Musim panas dah sampai. Kemarin panas terik kemudian hujan petang -  malam juga hujan sampai kemudian berhenti  - malam jadi sejuk santai.

Jap lagi gua ada jemputan raya – ha ha ha -  gua wajib kontrol makan – jika tidak 3 kilo yang hilang akan datang kembali. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SABTU

Pergi  sekolah di Gajah Berang
Gerimis pagi jalan berlumpur
Trump akan kalah perang
Zionis Israel akan lebur

Angkat  sepatu terasa berat
Sepatu disimpan dalam peti
Askar Amerika bila  mendarat
Satu per satu di tembak mati

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

SELAMAT BERAYA

Tiada ulasan: