Sabtu, 28 Mac 2026

BAHAYA ZIONIS TEMPATAN


BAHAYA !!!

BILA ZIONIS

TEMPATAN 

BERKUASA

AMIN

APAKAH MEREKA

AJEN MOSSAD?

KHALAS

Kontroversi NexG bukan sekadar korporat, libat keselamatan negara – RasuahBusters
KUALA LUMPUR – RasuahBusters memandang serius pendedahan berkaitan kontroversi melibatkan NexG Berhad yang mengendalikan infrastruktur identiti nasional, termasuk kontrak melebihi RM2.5 bilion bagi sistem pasport dan kad pengenalan.

RasuahBusters memberi amaran isu ketelusan perolehan dan keselamatan data rakyat tidak boleh dipandang ringan walaupun dakwaan masih belum disahkan pihak berkuasa.

Menurutnya, penglibatan NexG secara langsung dalam ekosistem identiti nasional seperti pasport, MyKad dan sistem sempadan menjadikan sebarang ketidaktentuan dalam syarikat itu sebagai isu berkepentingan keselamatan negara.

“Antara kebimbangan utama yang dibangkitkan ialah ketidaktentuan pegangan saham, perubahan mendadak dalam lembaga pengarah serta persoalan mengenai pihak sebenar yang mengawal syarikat tersebut, sekali gus menimbulkan risiko terhadap kawalan infrastruktur kritikal negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RasuahBusters berkata, keadaan itu boleh membuka ruang kepada manipulasi data, ugutan operasi dan campur tangan asing sekiranya kawalan ke atas syarikat yang memegang data sensitif tidak jelas, sekali gus mengancam integriti data negara.

Pada masa sama, RasuahBusters turut mempersoalkan kaedah penganugerahan kontrak yang hanya diumumkan melalui ‘letter of award’ tanpa penjelasan sama ada ia melalui tender terbuka, tender terhad atau rundingan terus.

“Ketelusan proses perolehan bagi kontrak berimpak tinggi terhadap keselamatan negara adalah satu kewajipan. Infrastruktur keselamatan negara tidak boleh dilabel sebagai projek khas yang terselindung daripada pengawasan awam,” tegasnya.

Tambahnya, walaupun sistem yang digunakan dilaporkan berasaskan teknologi biometrik canggih dan piawaian antarabangsa, kelemahan tadbir urus boleh menjadikan sistem tersebut terdedah kepada risiko keselamatan serius.

Sehubungan itu, RasuahBusters menggesa beberapa tindakan segera termasuk penggantungan kontrak atau pelan peralihan untuk kerajaan mengambil alih sistem sepenuhnya, pembekuan sebarang perubahan struktur atau pemindahan hak milik intelektual, pelaksanaan audit keselamatan bebas serta siasatan menyeluruh terhadap proses perolehan.

Tegasnya, kerajaan tidak boleh berkompromi dalam isu melibatkan keselamatan data dan identiti rakyat dan menuntut ketelusan penuh serta tindakan tegas diambil segera.

Langkah itu perlu bagi mengelakkan risiko yang boleh menjejaskan integriti sistem negara dan kepercayaan rakyat, katanya. – 

Tiada ulasan: