TAK PERLU ALIH
ISU DENGAN
BUAT PENGUMUMAN
HAL MINYAK
AMIN
TAK PERLU BUAT
CERITA
SELAT HORMUZ
AMIN
RAKYAT NAK
TAHU APA PERANAAN
AZAM BIN BAKI
FARHASH SALBADOR
VICTOR CHIN
DAN
ANWAR BIN
IBRAHIM DALAM
KES
MAFIA KORPORAT
KHALAS
Jangan diam, Wan Saiful desak kerajaan jawab isu ‘mafia korporat’
KUALA LUMPUR – Semua kontrak kerajaan dengan syarikat yang didakwa terlibat dengan skandal `mafia korporat’ perlu digantung serta-merta sehingga siasatan penuh dan telus selesai dijalankan.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu penting bagi memastikan tiada sebarang konflik kepentingan atau salah laku yang terus berlarutan.
Selain itu, ujar beliau, pendedahan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung individu yang disyaki terlibat dalam skandal ‘mafia korporat’ juga perlu diambil serius.
“Dakwaan tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana ia menyentuh integriti dan tadbir urus kerajaan,” ujarnya dalam hantaran menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Menurutnya, dakwaan yang mengaitkan individu mempunyai hubungan rapat dengan Anwar bin Ibrahim menimbulkan persoalan besar dalam kalangan rakyat.
“Namun, sehingga kini, Anwar bin Ibrahim masih diam seribu bahasa.
“Dalam isu sebesar ini, kegagalan untuk memberikan penjelasan segera adalah sesuatu yang pelik dan sukar difahami,” katanya.
Dalam masa sama, ujar beliau, individu bernama Victor Chin dilihat sebagai watak penting dalam isu tersebut yang mana Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini memaklumkan bahawa pihak berkuasa mengetahui lokasi beliau.
“Jika benar pihak berkuasa tahu di mana beliau berada, mengapa tiada tindakan segera diambil untuk membawa beliau pulang ke tanah air bagi membantu siasatan?
“Kenyataan sekadar mengetahui lokasi tanpa tindakan susulan tidak akan menyelesaikan persoalan yang sedang berlegar,” katanya lagi.
Beliau turut menggesa agar individu yang dikenali sebagai ‘Mr R’ yang disebut dalam pendedahan sebelum ini disiasat bagi menentukan kesahihan dakwaan penglibatannya.
“Jika siasatan menjumpai bukti yang sahih, kita juga mahu tahu sudah berapa banyak syarikat atau individu menjadi mangsa sebelum ini?
“Rakyat berhak mendapat jawapan yang jelas dan tindakan yang tegas,” ujarnya.
Wan Saiful berkata, kerajaan tidak boleh terus berdiam diri dalam isu yang melibatkan kepentingan awam dan kepercayaan terhadap institusi negara. –


Tiada ulasan:
Catat Ulasan