Sabtu, 28 Mac 2026

TAK PERLU CAKAP BANYAK - AKSI SEKARANG


JIKA TAKDA

AKSI DI JALAN

RAYA ERTINYA

PEMBANGKANG

SUDAH MANDUL

AMIN

CAKAP  BANYAK

KOMEN BANYAK

TAKDA MAKNA

AMIN

AKSI  DIJALAN RAYA

TANDA BUKTI

KHALAS

Pembangkang dakwa kepimpinan negara hilang arah

KUALA LUMPUR – Kenaikan mendadak harga diesel sehingga RM5.52 seliter serta pengurangan kuota subsidi RON95 kepada 200 liter sebulan dalam tempoh 24 jam disifatkan sebagai bukti kepimpinan negara kini hilang arah dalam menguruskan krisis tenaga.

Pengerusi Portfolio Pertanian dan Keterjaminan Makanan Pembangkang, Dr. Ronald Kiandee berkata, meskipun konflik di rantau Teluk telah berlarutan hampir sebulan, kerajaan masih gagal mengemukakan Pelan Kontijensi Nasional yang menyeluruh bagi menangani situasi tersebut.

Sebaliknya beliau berkata, tindakan yang diambil dilihat bersifat reaktif termasuk membenarkan kenaikan harga minyak secara mendadak sehingga ke paras tertinggi dalam sejarah negara.

“Kesan daripada situasi itu mula dirasai pelbagai sektor apabila rakyat menjadi mangsa tekanan kos. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) makanan kini bergelut untuk bertahan, pengusaha bas ekspres berdepan risiko gulung tikar manakala pemilik restoran melaporkan peningkatan kos operasi sehingga 30 peratus.

“Dalam pada itu, pesawah dilihat sebagai kumpulan paling terkesan apabila kos membajak dan menuai meningkat berkali ganda susulan kenaikan harga diesel.

“Keadaan bertambah sukar apabila mereka perlu menggunakan diesel tambahan untuk mengepam air akibat kemarau selain tidak lagi menerima Insentif Tunai RM600 sejak dua musim lalu,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Ronald berkata, beberapa kawasan yang sepatutnya memulakan tanaman padi musim baharu pada awal Mac masih belum berbuat demikian sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan bekalan makanan negara seperti yang dibangkitkan Ketua Pembangkang.

“Namun, Perdana Menteri masih mendakwa 90 peratus rakyat tidak terjejas, satu kenyataan yang jelas terpisah daripada realiti kehidupan sebenar rakyat,” katanya.

Tambahnya, amaran daripada pengeluar makanan mereka tidak mampu bertahan lama serta ketidaktentuan nasib pesawah menunjukkan krisis tenaga yang berlaku kini berpotensi berkembang menjadi krisis bekalan makanan khususnya apabila kesan kenaikan diesel menjalar ke seluruh rantaian bekalan.

Sehubungan itu, beliau berkata, cadangan pembangkang untuk menubuhkan Majlis Perundingan dan Intervensi Ekonomi Negara, membentangkan Pelan Kontijensi Nasional serta mengadakan Sidang Khas Parlimen wajar dipertimbangkan kerajaan demi mencari penyelesaian terbaik untuk rakyat dan negara. – 

Tiada ulasan: