TRUMP PUTAR
LAGI
KAH KAH KAH
AWAL DULU UGUT
48 JAM
AMIN
TAK BUKA
SELAT HORMUZ
LOJI LETERIK IRAN
AKAN DIMUSNAH
KAH KAH KAH
SEKARANG TANGGUH
LAGI 10 HARI
KAH KAH KAH
AMIN
TRUMP TAK BERANI
SERANG KERANA
IRAN AKAN TIBAI
SEMUA ARAB
BARUA AMERIKA
KHALAS
Trump tangguh serang loji tenaga Iran
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menangguhkan tarikh akhir yang ditetapkannya sendiri untuk menyerang grid tenaga Iran kepada 6 April ini, dengan alasan terdapat kemajuan dalam rundingan untuk menamatkan perang di Asia Barat.
Pengumuman itu dibuat semalam ketika Trump terus memberi tekanan kepada Iran untuk membuka semula Selat Hormuz iaitu laluan penting untuk penghantaran minyak.
"Berdasarkan permintaan kerajaan Iran, anggap kenyataan ini sebagai pengumuman bahawa saya menangguhkan tempoh pemusnahan loji tenaga selama 10 hari sehingga Isnin, 6 April 2026, jam 8 malam waktu timur.
"Rundingan sedang berlangsung dan walaupun ada kenyataan salah oleh media berita palsu dan pihak lain, rundingan ini berjalan dengan baik," tulis Trump dalam satu hantaran di Truth Social.
Trump sejak beliau pertama kali mengugut untuk menyerang sistem tenaga Iran.
Pada Ahad lalu, Trump mengugut untuk menyerang grid tenaga Iran jika Selat Hormuz tidak dibuka dalam masa 48 jam dengan menyatakan beliau akan menyerang loji tenaga.
Kemudian, pada Isnin lalu, Trump menangguhkan serangan itu lagi selama lima hari berdasarkan "perbincangan baik dan produktif" namun perkara itu dinafikan Iran.
Pentadbiran Trump kerap mengeluarkan kenyataan bercanggah mengenai arah perang yang bermula apabila AS dan Israel menyerang Iran hampir sebulan lalu, pada 28 Februari. Namun, mensasarkan bekalan tenaga Iran secara sengaja boleh meningkatkan kritikan terhadap keseluruhan kempen ketenteraan.
Penganalisis pula menekankan trend dalam peperangan moden yang semakin menyerang struktur secara dua hala akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak ketenteraan dan awam.
Contohnya, di Ukraine, Presiden Russia, Vladimir Putin, mempertahankan serangan ke atas infrastruktur tenaga dengan alasan ia akan menjejaskan kompleks industri ketenteraan negara itu.
Bagaimanapun, Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap ke atas serangan Russia tersebut.
Amnesty International antara kumpulan hak asasi yang mengecam rancangan Trump untuk membom loji tenaga Iran sebagai "ancaman untuk melakukan jenayah perang."
Walaupun Rumah Putih yakin kemenangan di Iran hampir tercapai, perang itu menunjukkan sedikit tanda akan berakhir.
Sementara itu, cengkaman Iran ke atas Selat Hormuz menggoncang ekonomi global. Lebih satu per lima bekalan minyak dunia melalui laluan sempit di sepanjang pesisir Iran itu.
Dalam mesyuarat kabinet semalam, Trump menegaskan bahawa Iran sedang "memohon" rundingan untuk mengakhiri perang, walaupun serangan terhadap pangkalan AS dan sekutu masih diteruskan di rantau ini.
Beliau juga mengecam laporan media bahawa Iran menolak 15 pelan yang dikemukakan AS untuk mencapai gencatan senjata.
"Mereka akan kata, kami tidak berunding. Kami tidak akan berunding. Sudah tentu mereka berunding. Mereka telah hancur. Siapa yang tidak mahu berunding?.
Jika mereka membuat perjanjian yang betul, maka selat itu akan dibuka," kata Trump.
Laporan media AS memaklumkan bahawa Rumah Putih sedang mempertimbangkan operasi darat ke atas Iran, langkah yang menurut penganalisis boleh membawa kepada peningkatan ketegangan di rantau itu.
Sehingga kini, dianggarkan 1,937 orang sudah terbunuh di Iran, manakala 13 anggota tentera AS turut terkorban. Puluhan lagi dilaporkan maut di seluruh Asia Barat.
Iran pula menafikan rundingan sedang berlaku dan mengugut akan meningkatkan serangan di rantau ini sekiranya AS atau Israel menyasarkan grid tenaga negara itu. - AGENSI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan