SENTIASA
BERSAMA
BOTOL AIR
AMIN
Tujuh kawasan di Semenanjung rekod tahap gelombang haba
KUALA LUMPUR: Tujuh kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 2 atau gelombang haba setakat pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, kawasan berkenaan adalah Perlis; Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling, Kedah serta Hulu Perak, Perak.
Selain itu, kemas kini status cuaca panas sehingga jam 6 pagi tadi itu juga menunjukkan, sebanyak 13 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga).
Kawasan berkenaan adalah Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Kulim-Bandar Baharu, Kedah; Timur Laut dan Utara Pulau Pinang; Selama, Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah, Perak serta Jerantut, Pahang.
Status Tahap 2 atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum berada dalam lingkungan 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Sementara itu, status Tahap 1 pula merujuk kepada suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan