Sabtu, 28 Mac 2026

HASUT UNTUK TURUN TURUN TURUN


GUNAKAN 

SUASANA

TERBAIK INI

UNTUK

 HASUT RAKYAT

AMIN

TURUN

TURUN TURUN

KHALAS



Harga bahan api tanpa subsidi naik lagi, kerajaan tanggung beban RM3 bilion sebulan

KUALA LUMPUR – Konflik Asia Barat yang berlarutan menyebabkan harga minyak mentah global melonjak lebih 40 peratus hingga melepasi AS$100 setong, sekali gus meningkatkan risiko gangguan bekalan minyak dunia, kata Kementerian Kewangan.

Selaras dengan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026 menyaksikan harga RON95 tanpa subsidi naik kepada RM3.87 seliter berbanding RM3.27 hari ini.

Manakala RON97 naik kepada RM5.15 manakala diesel bagi semenanjung naik kepada RM5.52.

Harga BUDI95 dan diesel Sabah dan Sarawak kekal masing-masing pada kadar RM1.99 seliter dan RM2.15 seliter.

“Kerajaan MADANI kekal komited untuk melindungi kesejahteraan rakyat dalam keadaan pasaran minyak global yang tidak menentu.

“Walaupun Malaysia ialah negara pengeluar minyak, harga bahan api domestik tetap dipengaruhi oleh pasaran global kerana sebahagian besar bekalan diperoleh dari pasaran antarabangsa.

“Seiring dengan aspirasi Ekonomi MADANI, Kerajaan akan terus memastikan manfaat dikembalikan kepada rakyat dengan melindungi mereka daripada tekanan kenaikan kos bahan api,” kata MOF dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, antara langkah yang diambil kerajaan untuk melindungi rakyat adalah meneruskan program BUDI95 pada harga RM1.99 seliter

Antara langkah yang diambil bagi melindungi rakyat adalah seperti berikut manakala diesel bagi pengangkutan awam dan logistik darat kekal pada dengan beban subsidi Kerajaan melebihi RM3 bilion sebulan.

Sementara itu, bantuan diesel individu dipertingkatkan apabila kadar BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi dinaikkan kepada RM300 pada bulan Mac 2026, berbanding RM200 sebulan sebelum ini.

Pemantauan dan penguatkuasaan diperkukuh bagi memastikan bekalan bahan api kekal stabil serta membendung ketirisan dan penyalahgunaan subsidi, termasuk di kawasan sempadan.

Kawalan penjualan turut diperketat, dengan larangan penjualan RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing terus berkuat kuasa, manakala pembelian bahan api melebihi 20 liter di luar tangki tanpa permit khas juga tidak

Melangkah ke hadapan, Kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan kawalan ke atas pembelian diesel, terutamanya di Sabah, Sarawak dan Labuan, bagi menangani risiko ketirisan.

Kerajaan MADANI akan terus mengimbangi keperluan fiskal dengan perlindungan rakyat bagi memastikan kesejahteraan ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat terus terpelihara. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: