Khamis, 23 Oktober 2008

TASIK UTARA- PLENTONG 1974 - 2008


KAMI PEMBELI TIDAK BOLEH BERSABAR LAGI - PEMBELI

TAK PUAS HATI... Pembeli rumah La Cottage Putra Perdana, Puchong menyuarakan rasa marah kepada pemaju menerusi kain rentang baru-baru ini.

PUCHONG 20 Okt. - "Bukan mahu melancarkan perang dengan pemaju tetapi kami sudah tidak mampu bersabar lagi. Sudah lima tahun kami tunggu rumah kami siap," luah pembeli La Cottage Putra Perdana ketika ditemui.

Mereka amat berharap pemaju dapat menunaikan permintaan mereka supaya menyiapkan projek pembinaan rumah dua tingkat dan dua setengah tingkat tersebut seperti yang telah dijanjikan.

PEMBELI HILANG SABAR

PUCHONG 20 Okt. - Masalah rumah terbengkalai bukan lagi satu isu baru, malah ia tidak lagi menjadi isu yang dikejar- kejar sama ada media cetak mahupun media elektronik.

Namun, jalan penyelesaian muktamad kepada isu tersebut tidak pernah dapat dicapai menyebabkan banyak projek terbengkalai terus terbengkalai sehingga bertahun-tahun lamanya.

Bagi pihak pembeli pula, kesabaran mereka akhirnya sampai ke kemuncaknya dan mereka mula membentuk jawatankuasa untuk menuntut hak mereka. – UTUSAN MALAYSIA


TASIK UTARA- PLENTONG 1974 - 2008

PUTAR KEBELAKANG - Pada September 1974 lebih kurang satu bulan sesudah Barisan Nasional mendapat kemenangan besar maka Kampung Barisan Nasional di Tasik Utara pun diruntuhkan. Ini berlaku dalam bulan puasa. Ramai di tangkap. Para peneroka bandar ( ketika itu hanya dipanggil setinggan dan penduduk rumah haram ), mahasiswa dari Universiti Malaya dan University Singapura telah juga di tangkap. Saya di tahan remand satu minggu. Berpuasa di penjara Air Molek.

MAJU KE HADAPAN – Pada bulan Oktober 2008 – Kg. Baru Plentong di robohkan. Ini berlaku sesudah hari raya. Penangkapan berlaku. Seramai 27 penerok bandar telah di tahan. Kali ini Akta Keselamatan Dalam Negeri/ISA telah di gunakan.

Hampir 35 tahun kes Tasik Utara masih TIDAK dapat diselesaikan. Pada tahun 1997 saya ada melawat Tasik Utara – kawasan tempur anak-anak muda, setinggan dan mahasiswa. Kawasan ini telah menjadi padang golf dan sebahagian menjadi tempat stesen radio dan sebahagian menjadi kawasan perumahan mewah.

Dimana perginya penduduk asal Tasik Utara? Ketika saya menulis ini mereka masih lagi tinggal di RUMAH PANJANG. Tiga puluh lima tahun tidak dapat diselesaikan. Hairan. Jangan Hairan. Ini hakikat dasar perumahan gerombolan United Malays National Organisation.

Perumahan masih dilihat sebagai satu masalaah yang tidak selesai-selesai. Sebenarnya bukan susah untuk menyelesaikan hal perumahan warga negara. Banyak negara dalam dunia ini, yang warganya lebih ramai dari kita telah dapat menyelesaikan agenda perumahan untuk warga mereka.

Singapura 40 tahun dahulu penuh dengan peneroka bandar. Hari ini semua warga Singapura telah mendapat tempat tinggal. Apa telah dilakukan ialah – kerajaan sendiri menjadi pemaju perumahan. Singapore Housing Development Board (HDB) telah membeli tanah-tanah dan mendirikan rumah-rumah untuk disewa. HDB menjadi tuan rumah yang terbesar – pemilik dan pemungut sewa rumah.

Pengalaman Singapura ini bukan unik dan asing. Di Belanda, di United Kingdom dan di banyak negara-negara Eropah syarikat yang dimiliki kerajaan telah menjadi pembina dan pemilik rumah-rumah. Malah di Belanda hampir setengah dari warga adalah penyewa rumah-rumah yang dimiliki kerajaan.

Kalau di United Kingdom - dalam pusat kota London itu sendiri kebanyakan rumah- rumah adalah milik majlis tempatan. Majlis tempatan bertanggung jawab mendirikan rumah-rumah dan menyewakan rumah-rumah ini untuk kediaman warga di kawasan majlis bandaran. Sebagai contoh – Majlis Perbandaran Petaling Jaya akan membangunkan kawasan-kawan perumahan di wilayah Petaling Jaya. Sesiapa yang menduduki wilayah PJ akan dapat menyewa rumah-rumah ini dari MPPJ.

Dengan dasar - RUMAH UNTUK YANG TIDAK BERUMAH - masalah perumahan dapat diselesaikan. Tanggung jawab kerajaan yang dilantik ialah untuk merumahkan warga dan bukan mencari keuntungan dengan menyusahkan rakyat dengan tangkapan kalau mereka tidak berumah.

Dasar Rumah Untuk Yang Tidak Berumah adalah satu dasar kebajikan. Ini tidak dijalan oleh Barisan Nasional. Semenjak di zaman kerajaan Perikatan hingga ke hari ini, Barisan Nasional - parti yang memerintah - telah tidak meletakkan kebajikan ramai sebagai pedoman induk. Kebajikan ramai bukan dasar Barisan Nasional. Dasar gerombolan ini ialah keuntungan untuk pemaju.

Dasar perumahan Barisan Nasional bukan untuk kebajikan rakyat tetapi untuk membantu syarikat pemaju perumahan. Tanah-tanah yang telah di teroka rakyat semenjak belum wujud Malaya/Malaysia lagi kini di rampas. Kes yang amat jelas berlaku di Berembang. Penduduk-penduduk telah tinggal di sini lebih dari 40 tahun. Mereka adalah peneroka asal kawasan ini.

Lihat apa yang terjadi. Gerombolan United Malays National Organisation telah bersekongkol dengan pemaju untuk merampas dan menghalau penduduk kampong Berembang. Kes seperti ini bukan satu yang baru. Kalau tahun 1974 dahulu berlaku di Tasik Utara, hingga ke hari ini ianya terus menerus berlaku- di Berembang, di Chu Badak, di Kampung Pasir. Ini hanyalah nama-nama kampung yang dirobohkan yang kita ketahui kerana di sekitar Kuala Lumpur. Bagaimana di Ipoh,di Pulau Pinang, di Seremban dan sebagainya yang jauh dari rada mata kepala para aktivis dan Ngo. Berapa banyak agaknya?

Barisan Nasional dan gerombolan United Malays National Organisation TIDAK memiliki dasar perumahan yang tepat. Dasar yang di ajukan bertujuan untuk memperkaya kaum pemodal dan kaum pemaju. Lihat apa yang terjadi dengan rumah flet di Jalan Pekeliling. Kawasan perumahan rakyat ini di ambil kembali kerana ada towkay besar yang inginkan tapak perumahan ini.

Cara rompakan ini cukup senang: Seorang Towkay telah kowtim dengan seorang gedebe gerombolan United Malays National Organisation. Mereka membuat apa yang mereka panggil ‘joint-venture’. Towkay Cina mengeluarkan wang. Gedebe Melayu tidak ada modal kecuali air liur basinya. Lalu tuan punya air liur basi ini akan jumpa menteri itu dan menteri ini.

Mungkin saham di janjikan. Mungkin kondo akan di janjikan. Mungkin betina akan di janjikan. Duit jangan kiralaaa….semua masyuuk. Si menteri akan mendapat habuan. Untuk meluluskan perampasan tanah ini si Menteri pula akan mengatakan bahawa sebahagian dari duit ‘ soru ‘ ini akan dimasukan kepada dana parti gerombolan United Malays National Organisation.

Jika tidak yakin mondus operandi yang saya tulis ini sila perhatikan dengan rapi siapa di belakang syarikat-syarikat yang merompak harta rakyat ini. Pasti ada nama towkay Cina dan mesti ada nama Melayu. Pasti ada nama Datuk atau Tan Sri. Dan yang lebih afdal lagi kalau ada nama pengarah syarikat yang bermula dengan Haji. ( Jangan lupa bagaimana Tabung Haji telah bersama-sama campur tangan untuk merompak tanah rakyat di Pusing Ipoh? Rompakan ini dilawan rakyat kerana bahaya radio active? Lupa? Jangan jadi Melayu mudah lupa tetapi jadilah Melayu yang perkasa.)

Lihat pula berapa banyak projek perumahan swasta yang TERBENGKALAI. Dimana-mana kita akan ternampak rumah-rumah yang tidak siap. Berapa ramai rakyat yang telah ditipu. Berapa banyak orang ramai yang terhutang. Warga yang tertipu ini buat laporan polis – sampai kiamat pun tidak ada siasatan diambil. Kerana apa ? Kerana ada kerjasama pemaju dengan pihak polis dan gerombolan United Malays National Organisation.

Akhirnya kerajaan terpaksa datang menyelamatkan projek perumahan tebengkalai. Ini satu kerja yang bodoh. Kenapa dari awal lagi rancangan perumahan ini tidak dijalankan oleh kerajaan sendiri. Kerajaan seharuasnya menjadi pemaju, pemilik dan tuan memberi sewa.

Masalah perumahan dalam negara ini akan terus berlanjutan selagi Barisan Nasional tidak digantikan. Justeru, Pakatan Rakyat perlu besedia dengan DASAR PERUMAHAN RAKYAT yang jelas. Dasar buat/jual/beli rumah untuk buat untung wajib di tinggalkan. Membuat rumah adalah untuk kebajikan bukan untuk mengaut untung.

Kalau Pakatan Rakyat menentang ISA kerana ini hak asasi maka RUMAH juga adalah HAK ASASI. SATU KELUARGA SATU RUMAH WAJIB DIJADIKAN DASAR. Tinggal dengan selesa wajib di jadikan dasar. Bukan hidup berasak-asak seperti di Pantai Dalam. Ini bukan hidup selesa. Itu samalah seperti hidup dalam kandang kerbau. Kerbau sendiri pun akan marah kalau kandang terlalu kecil.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan tidak lama nanti wajib mendirikan syarikat pemaju perumahan. Cara pengurusan dan pembangunan rumah-rumah DBKL yang hidup segan mati tak mahu ini wajib dihentikan. Ini amat senang untuk dilakukan kerana tanah adalah milik kerajaan. Kerajaan ialah orang ramai. Ertinya tanah adalah milik kita semua. Maka di atas tanah kita dirikan rumah untuk kita semua.

Pasti ada yang akan berhujah bahawa kerajaan TIDAK ADA MODAL. Sesiapa yang berani berkata demikian wajib kena penampar. Biasanya mamat-mamat yang berhujah demikian adalah mereka yang memiliki kepentingan untuk membuat duit menjual rumah. Atau mereka adalah barua pemaju dan pemodal syarikat perumahan. Mereka ini adalah tukang cari kontrek.

Untuk mereka ini hanya satu jawapan : Kenapa beli kapal selam bukankah baik membuat rumah untuk rakyat? Kenapa naik ke angkasa bukankah lebih baik buat rumah di bumi. Kenapa beli kapal terbang Sukhoi bukan kah lebih baik buat rumah untuk rakyat. Kenapa beli Eruocopter bukan kah lebih baik buat rumah untuk orang ramai. Berbilion-bilion duit ini adalah duit rakyat.

Duit rakyat ini lebih baik untuk mendirikan rumah dari membeli intan berlian untuk Rosmah Mansor. Duit ini lebih baik membuat rumah untuk rakyat dari dijadikan duit komisen untuk Razak Baginda yang akan bercuti makan angin di Paris.




33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pmaju bnyak wat projek,pastu dah dapat sen, cover projek lain..bank pun satu hal gak..
akta menjaga pembeli..ade ? $$$!!

radenjowo berkata...

Artikel menarik
Kalau rakyat tak sedar .. mampus !!!

Tanpa Nama berkata...

Gerombolan Uniten Malay Nation Organisation ni memang sial, banjingan.. Ni lah melayu-melayu bodoh nak mampos tahan tenuk, babi jokot, kudakayu, biawak..haram jadah...dan sewaktu dengannya...

Orang melayu ramai yang bangsat (Orang UMNO) tapi tak sedar diri.. Bodoh..lah..Kepala hotak macam cibai,langsung tak boleh nampak akan kebenaran...

Pemimpin korang macam cilanat pun masih nak sokong, memang babi buta betui la korang Melayu..

Sampai mampos la korang akan jadi cilanat dan bangsat kalau sokong
parti KORDI camni...sama macam pemikiran Nordin Kordi...
Apa punya kangkung daa ini professor..otak lembu..

Woi ingat la korang selagi korang sokong UMNO selagi tu lah korang jadi macam lembu yang dicucuk hidung dan babi tonyok yang disumbat ramai-ramai dalam lori...

Kah..kah...kah..
Apa punya tur..lah..
parti dah senget nak karam pun korang sokong..pemimpin pulak isap sengal...

"Bro Hisham" nanti kalau pakatan rakyat memerintah kau cadangkan pada Anwar Berahim supaya benarkan ganja di jual secara sah...baru masyuk skit income kerajaan..
rakyat pun senang dapat stok...
Baru la malaysia ni ramai umat skit...
kaum-kaum bapak boleh layan sebalut dua lepas tu layan kaum ibu.. (buat anak daa...)
kepala atas kebas kepala bawak pun kebas.. konkek pun sodap...
kah..kah..kah...kah..
baru la ketuan rakyat...

Dah dapat ke puteri untuk Entot-entot.. Amacam KL Hujan ke,..?

Tanpa Nama berkata...

SOKONG BARISAN NASIONAL UNTUK MASA DEPAN ANDA!!!!!
ANDA DIJAMIN DUDUK DALAM BANGSAL MACAM PELARIAN DAN PENDATANG ASING.
KERANA TANAH ANDA ADALAH UNTUK GOLONGAN BORGEOIS DAN PENGHISAP DARAH.
JANGAN RISAU BILA BULAN PUASA KITA DAKAN SENDIKIT KENDURI UNTUK ANAK YATIM DAN HARI RAYA KITA BUAT OPEN HOUSE BESAR-BSARAN. INILAH DUIT HASIL SEMBELIH RAKYAT YANG DAN DIHANTAR KE BANGSAL-BANGSAL. SETAHUN SEKALI KITA JAMULAH MEREKA.
MACAM MAHATHIR KATA:
MALAYSIA BOLEH!!!!!

Tanpa Nama berkata...

meow!!

kucingsiam nak mengganas sikit lepas membaca artikel ini ...

ya, hisham, memang celaka punya United Malays National Organization ini. Yang sedihnya, masih ada insan yang tak sedar- sedar menyokong malah mempertahankan (dengan nyawa,kata mereka!)organisasi haram ini.

Lebih menyedihkan lagi, penyokong-penyokong ini tak sedar bahawa nasib yang sama bakal menimpa anak cucunya oleh generasi UMNO yang baru (baca: anak cucu Tuan Besar Mamak Kutty, Tuan Besar Badawi dll)

Undi parti pun boleh dijualbeli maka jangan cakap lagi tentang apa tuh kepentingan bangsa agama negara blah blah blah semuanya dusta. Bila goyang sikit, cari saja cina DAP / melayu PAS / india HINDRAF (baca: sosialis) untuk tibai. Alasannya ketuanan Melayu tercabar hakikatnya mangkuk nasi mereka saja yang terancam.

Tanpa Nama berkata...

gua amat setuju sekali. kerajaan yang rasa negara ni mak bapak dia punya, patutnya dari zaman dulu dah kita tukar. sedih tgk org miskin...sob sob

Tanpa Nama berkata...

hat off bro isham ...

Tanpa Nama berkata...

Salam bro isham,

apa kata bro amat tepat....kerajaan banyak duit tapi rakyat tertindas. ramai orang masih tidak mampu memiliki rumah berbanding dgn kereta. sedangkan rumah lebih penting berbanding dengan kenderaan. sudahlah syarikat perbankan mengaut keuntungan berlipat kali ganda bila pinjaman dibuat. di mana peranan jabatan kebajikan masyarakat membantu org miskin? mana baitulmal atau pusat zakat dalam membantu ekonomi orang islam...proses menerima wang mudah tapi pengagihan lembab.... sebenarnya manusia memerlukan kediaman yang selesa tapi sekarang kita terhimpit dengan hutang dan kenaikan harga barang yang tinggi.... apa kerajaan lakukan? bila sediakan rumah murah, kouta kroni mst ada....org yang patut tak dapat....kita mesti ubah kerajaan dan kita mesti ubah sistem lapuk ini....

Farid Abu Talib berkata...

kah kah kah. isham, tulisan kamu mcm ganja. aku ketagih. kahkahkah.

Tanpa Nama berkata...

YAHUDI menindas bangsa lain tetapi melindungi bangsanya sendiri..

UMNO melindungi bangsa lain tetapi menindas bangsa sendiri..

maka SIAPA yang lebih JAHAT?
jawapannya=UMNO..

selain UMNO, siapakan yang lebih JAHAT dari YAHUDI?
jawapannya=SYAITAN..

berdasarkan teori itu maka dapatlah disimpulkan bahawa UMNO=SYAITAN..

Tanpa Nama berkata...

Konsep menyediakan rumah bagi rakyat tidak ada dalam kelompong otak pemimpin UMNO/BN. Cukup hairan kerana konsep membela rakyat sudah tidak ada lagi dalam kepala mereka. Mereka cuma tahu membuat projek itu adalah untuk mencari keuntungan mudah bagi mereka. Sungguh miskin dan teruk sekali pemikiran pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO atau 'warlord'nya akan memantapkan lagi jentera bagaimana nak mencari keuntungan dan mengguna kaedah ketuanan melayu, untuk bangsa dan agama untuk menjustifikasikan projek merompak wang rakyat.
Apa halnya PR? Bila nak ambil alih? Den dah tak sabar lagi membicara korapsi pemimpin UMNO.Madey yang memperkasakan budaya korapsi, Pak Lah tak terdaya membanterasnya, Najis akan lebih sakan lagi memperkasakan budaya korap UMNO dan NGO, individu yang prihatin akan tak habis-habis mengangkatkan isu korap UMNO. Bila semua boleh berubah ni? PR , bila lagi? Sebulan, setahun lagi? jangan marah eh?

azhar berkata...

Dari dulu dasar kerajaan BN secara tersirat adalah MENGKOPERATKAN EKONOMI.Golongan koperat diberi segala macam bantuan kononnya INSENTIF.Rakyat dipaksa membayar.Hanya sedikit SUBSIDI dinikmati rakyat.Taukeh2 kenyang.Segala macam Perjanjian antara kerajaan & Taukeh2 pincang.Projek Lebuhraya & IPP contoh jelas.Lepas ni ntah apa pulak.

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro Hisham,nape kita kuar duit kwsp utk bayar utang kat bank.sedangkan kalau kita boleh buat loan dgn kwsp dgn kadar faedah yg rendah lebih membantu rakyat terutama pekerja swasta.rumah 150 ribu jadik 300 ribu.masa tua duit kwsp dah kering,rumah dah nk roboh.tu pula ambil duit kita lagi bagi valuecap.apa punya turr punya gomen

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,

Amat tertarik dengan artikal anda... perlu dibukukan sebelum anda dibekukan..

Saya yang asalnya tinggal di Butterworth juga menghadapi masalah yang serupa dimana tanah-tanah orang melayu di rompak dan ditipu oleh agent2 tanah atas dasar pembangunan..

Sebagai contoh - Kes study
Harga pasaran tanah jika dinilai di pejabat tanah berharga RM400 ribu, Broker tanah dengan tipu daya menipu tuan milik tanah yang rata-rata telah tua ingin membelinya dengan harga RM200 Ribu.. atas alasan.. jika tak jual nanti kerajaan ambil lagi murah sekitar Rm100 ribu..maka jual lah tanah mereka ini kepada broker tanah tersebut.. dan diminta keluar serta merta setelah menjualnya..penjual juga wajib membeli rumah flat atau di panggil rumah pangsa dengan harga RM60 ribu.. harga asal RM40 ribu..atas syarat perjanjian tersebut...

Perkara ini jelas berlaku, tapi tiada penguatkuasaan dibuat.. entah nak cakap macam mana..kesian orang kampung ditipu... oleh broker tanah ni... nasib.. nasib... dah lah terpaksa menjual dengan harga murah..ditipu pulak membeli rumah flat.. nak ambil lawyer lawan. tak mampu.. kosnya mahal..so maka tertipulah... macam tipah tertipu...

Tanpa Nama berkata...

salam kepada tuan punya tukar tiub...
memang bonar belako nie...tak ado yang tak bonar. ..kalau ese nie ado cengkorang..dah lamo ese masukkan kepalo ese dalam cengkorang..betapo org melayu menjual bangso sendiri...yang duduk diatas memang sonang lenang...yang pakir terus miskin...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana maklumat generasi tahun 70an.
Maklumat ini perlu dibukukan agar ianya akan menjadi satu inspirasi untuk generasi masakini yang terlupa sejarah penipuan dan penyelewengan suku sakat Osman Saat dulu.

Tanpa Nama berkata...

setiap kali pilihanraya TV UNMO/BN ni akan kata - RAKYAT LA YG BERKUASA

tapi bila UMNO/BN bernasib baik memerintah semula - INI SEMUA UNTUK KEPENTINGAN PARTI DAN ORG MELAYU.

aku malu dgn jiran cina dan india aku..nampak sangat org melayu ni mcm pembuli.

woi gerombolan United Malays Organisation..jangan jual nama melayu dan islam untuk kepentingan engkorang semua...aku melayu anak malaysia..semua anak malaysia tak perlu Barang Naik (BN)..anak malaysia mahu kesaksamaan sama rata dan KeAdilan untuk semua anak malaysia.

Tanpa Nama berkata...

What a fabulous and eye opening, mind probing article! I am filled with great disgust with the facts you've presented and impressed with how other fairly governed countries manage the same matter. I can only draw a conclusion that Malaysia is so filled with corrupted politicians with no conscience towards the rakyat that they pledge to serve and ptotect...my a#s!!
These expose' should be highlighted by the MSM instead of a#s-licking politicians, no wonder I now use newspapers to wrap my cat's shit, putting it where it belongs!!
I LOVE your finale'...bantai dia cukup-cukup!

Tanpa Nama berkata...

x kira lah nasionalis kiri atau kanan yg memperjuangkan kemerdekaan negara kita Malaysia..
tp sistem yg rosak atau pn akan rosak nih adalah tinggalan penjajah british...
so...
MAMPUKAH PAKATAN RAKYAT MENGUBAH SISTEM INI?

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

Hang nih.. Bedal habis-habisan dah nih..

Kesian kat geng2 nun oit, depa dah tercirit.. kah kah..

Bantai lembut2 sikit tak bleh ke? hahaha..

Yeay yeay..

Satu lagi kena tambah, pasal Madey.. Ang try pi tanya orang2 Kedah, suruh depa pi tunjuk rumah2 kroni dia kat Kedah.. Suruh depa pi tunjuk rumah suku sakat Madey yang duk BALAS duit rakyat..

Geng2 Mamak Madey nih kena bantai habis-habisan, dia ingat dia ada TUN dia dah cukup best.. Tan Tin Tun pun tak heran habag kat dia..

hahahahha ;)

Tanpa Nama berkata...

Salam abang isham

( Jangan lupa bagaimana Tabung Haji telah bersama-sama campur tangan untuk merompak tanah rakyat di Pusing Ipoh? Rompakan ini dilawan rakyat kerana bahaya radio active?

Kalau tak salah saya kejadian ini masih lagi saya ingat.

Penghasilan Radio active oleh kilang MAREC(ARE) di Bukit Merah,Mengelembu,Ipoh.
Kilang MAREC kepunyaan syarikat dari Jepun.Penduduk sekitar majoriti kaum cina membantah setelah berlaku kebocoran.Hasil buangan radio active diangkut dan ditanam di kawasan PAPAN PUSING berdekatan kawasan tadahan air.Tidak pasti kilang ini masih beroperasi atau tidak.Tapak buangan sisa radio active masih kekal hingga hari ini di PAPAN PUSING.
Cadangan tapak asal pembuangan sisa radio active itu ialah berdekatan dengan penempatan majoritinya kaum cina di Bukit Merah,Mengelembu,Ipoh.
Penduduk sekitar membuat demonstrasi besar-besaran ketika itu.

Dalam isu tanah diseluruh negara dari dulu hingga sekarang berpunca dari kelemahan akta kanun tanah negara.
Juga perbezaan kanun tanah negeri masing-masing.
Orang melayu rata-rata langsung tidak tahu hak mereka sebagai anak negeri yang terdapat dalam kanun tanah negeri.
Hasil buta akan pengetahuan hal tanah telah diambil kesempatan oleh UMNO dan towkay-towkay cina.
Pernah satu ketika YB Mahfuz Omar dengan keras menentang cubaan UMNO(Rahim Tambi Cik,Ghafar Baba,Daim,Mahathir....)mengubah dasar kanun tanah negara(Tanah Naning dan.........)namun tak berjaya.Parlimen dengan majoriti yang ada ditangan BN meluluskan pindaan itu.
Hasil daripada itu rompakan berlaku terus-terusan hingga kehari ini.
Pindaan itu yang jelas akhirnya orang melayu tak akan ada negeri lagi(proses berterusan jika tak disekat)



Ngah.

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham..

Aku sokong kenyataan Tok Moh pasal Ganja tu..Skarang ni satu KL putus... angkara Hameed Jilbab kepala botak...Nak berdengung skit pon susah....


Tokaji...

Tanpa Nama berkata...

saya pernah membincangkan hal ini dengan kawan saya diawal tahun.

sebab saya sendiri tidak berumah.

Unknown berkata...

Sdra Hisham
Saya abadikan tragedi ini dalam cerpen 10 tahun lalu
http://dotkomania.blogspot.com/2006/11/30.html

hafiz berkata...

pasal rumah ni. bro. aku sedih. manusia kaya... beli sebijik rumah... beli lagi... dan lagi...

orang kurang berduit...orang susah... nak beli macam harapan jer.... kos makin tinggi... negara kononnya makin maju.... ekonomi negara kononnya stbil.... oleh kerana semua yang konon ini... maka orang kurang berduit....cuma mengharap duit turun dari langit.

ini semua kerje puak2 BeEnd. ajal mereka dah sampai lama dah... cuma dek sebab bela hantu raya, masih lagi nampak hidup... mereka bodoh. tak reti tadbir. ya. bodoh adalah perkataan buat mereka. sial adalah sebaik-baiknya.

Tanpa Nama berkata...

ARTICLE OF THE YEAR!!HATS OFF DUDE!
btw,bkn satu kl putus,satu malaysia putus,wa balik johor pun putus,kepala wa beku siakkk
lu xde ke sham?sket jd la...sangap siot..kalo dpt sket,nk maki UMNO pun sedap!!

Tanpa Nama berkata...

isyam,

wa dah xtau la nk cakap ape supaya org Msia nih nk bukak mata,bukak otak luas2.lu ckp betol bro...

wa xkesah kalau rakyat memilih mereka2(uMNo).
sokonglah semahu2nya gov kita klu apa yg lu ckp nih diorang laksanakan...kalau...kalau..kalau...

xpayah nk cakap kita dah merdeka,dah maju,dah senang la klu org2 melayu sendiri duk umah flat,sesak,padat,sempit,busuk,hanyir....tuh blom yg dok kat2 setinggan lagi!!

Mmg sepatutnya setiap kerajaan yg memerintah kat bumi nih,mendirikan sebuah penempatan,rumah,kediaman yang selesa utk rakyat2,umat2nya...xkiralah mereka2 tuh ber'ideologi',party politik apa pon...

SATU KELUARGA SATU RUMAH YANG SELESA harus direalisasikan...Masih nak bg peluang pada mereka2 yang sejak pertama kali lagi diberikan peluang??

Try the PAKATAN la plak...xda ruginya derr...!!!

Bodohhh sialll!!!!

mejoel berkata...

i'm totally agree with this article, the government first and foremost responsibilities is to ensure all the rakyat have the access to the most basic neccessities like home to stay (not just setinggan), food (not just 'kais pagi mkn pagi'), good infrastructures, water, electricity that not cost like a bomb everytime we receive our utility bills and whatsnot!

Tanpa Nama berkata...

UMNO haram jadah..
UMNO bela nasib melayu konon..
perkataan UMNO pun datang dari bahasa inggeris..
apa cerita..
pastu dok sembang ketuanan Melayu..
kepala bapak hampa...

Tanpa Nama berkata...

Tepukan gemuruh untuk Hishamuddin Rais. Bravo. Tepat dan padat.

Tanpa Nama berkata...

Kalau EPF gunakan RM 5 billion,utk bena rumah bagi keselesaan rakyat yg tak berumah,tentu lebih berfaedah dari memberi pinjaman kpd Valuecap.EPF boleh buat untung dari sewanya atu pun keuntungan dari jualan rumah tersebut.Tapi biasanya EPF lebih suka beri pinjam pada pemaju dan biarkan pemaju buat untung.

nasa berkata...

Bro Hisyam, ni lah artikel u yang tak ada kah kah kah kah!
Power! Pengalaman lalu u tu jangan lah simpan2 saja. Curahkan lagi. Hati teringin nak jumpa bro. Ada kesudian?

Khun Pana aka johanssm berkata...

Ada banyak lagi yang sokong umno bulat bulat tanpa sedar diri.
Sokong macam sotong tak sedar diri di potong.
Dah lama di tipu tapi masih tak nak sedar.
kata umno nak perkasa melayu , rupa rupa nya perkosa melayu.
Nama umno pun bukan nya bahasa melayu.
"United Malay National Organisation" ni dalam bahasa apa?
Yang jadi perdana menteri pun bukan nya orang melayu.
Mintak orang Melayu yang masih sokong umno ni duduk dan fikir sekejap.
Sedar sikit lah.