Jumaat, 10 April 2009
SATU PENILAIAN KEMBALI
PEMUDA BUNUH JURUTERA AUSTRALIA KE TALI GANTUNG
PUTRAJAYA: Harapan seorang pemuda berusia 24 untuk dibebaskan tahun depan selepas mengakhiri hukuman penjara 10 tahun kerana membunuh jurutera warga Australia, Hans Herzog, berkecai semalam apabila hukuman itu digantikan dengan hukuman mati.
RAKYAT MALAYSIA DIHUKUM MATI DI CHINA MAHU TEMUI KELUARGA
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat Malaysia yang menunggu hukuman mati kerana kesalahan mengedar dadah di Xiamen, China memohon bantuan rakyat negara ini untuk mencari keluarganya sebelum menjalani hukuman itu dalam masa terdekat.
SAYA TIDAK MAHU JADI TUHAN
Iris kesorangan. Selama 45 tahun dia berjuang untuk menyatakan kepada dunia bahawa adiknya Derek Bentley tidak bersalah tetapi telah digantung pada tahun 1952 atas tuduhan membunuh.
Ketika di London saya sering terbaca tentang kesah Iris Bentley yang tidak putus putus menulis surat, berkempen dan menerangkan kepada umum bahawa adiknya bukan pembunuh. Satu kesilapan telah berlaku menurut si Kakak ini.
Menurut si Kakak, adiknya Derek tidak mungkin membunuh walau pun dia berumur 18 tahun tetapi dia bukan anak biasa – biolojinya 18 tahun – akalnya terencat berperangai seperti anak 11 tahun. Juga Derek menghidap sawan babi.
Akhirnya penat lelah - setia kakak kepada adik menjadi satu ombak.
Sebenarnya pada ada dua kes besar – tersalah gantung – telah berlaku di Britain. Ini menjadikan masyarakat yang bertamadun jijik terhadap hukuman gantung. Pada tahun 1969 hukum gantung dihapuskan sama sekali di United Kingdom.
Si Kakak tidak putus asa walau pun hukum gantung telah dihapuskan. Apa yang diingini oleh Iris ialah Derek diakui sebagai tidak bersalah. Penggantungan adiknya adalah satu kesilapan.
Pada tahun 1991 Peter Medek membuat sebuah filem tentang Derek – Let Him Have It. Bila filem ini di buka di kota London, pada minggu pertama saya telah menntonnya. Filem ini menjerut hati dan telah membawa kesedaran yang lebih meluas betapa satu kesilapan telah dilakukan ke atas Derek – anak muda terencat akal.
Akhirnya pada 29 July 1993 Derek Bentley telah diampunkan. Di pagi itu apabila saya membaca akhbar The Guardian saya telihat gambar Iris. Inilah kesetiaan seorang kakak yang sepanjang hidupnya ingin membuktikan bahawa adiknya tidak bersalah. Di pagi itu saya menghadiah sebuah doa kepada roh Derek agar tiada ada lagi sesiapa pun yang akan di gantung.
Saya adalah insan yang telah melaporkan diri untuk menolak hukuman gantung.
Saya tidak mahu jadi tuhan.
Saya seorang manusia yang banyak melakukan kesilapan. Saya tidak memiliki kudrat untuk mengundi agar si anu hidup atau si anu mati. Saya merasa bahawa manusia tidak memiliki keupayaan untuk mengadili satu insan hingga melucutkan hayatnya.
Betul pembunuhan berlaku. Betul ada kecelakaan. Betul ada mayat yang bergelempangan. Semuanya dibukti betul. Tetapi saya tidak sanggup menjadi tuhan untuk melupuskan hayat sesiapa sahaja.
Apa yang berlaku sekiranya kita tersilap. Apa yang terjadi jika kita tersalah tangkap. Apa yang terjadi apabila kita tersalah temu bukti. Apakah kita dapat mengembalikan Derek kepada kakaknya? Tidak mungkin. Kita manusia yang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan.
Hari ini China, Iran, Saudi Arabia, Pakistan, Amerika dan Iraq adalah diantara negara yang terus meneruskan mengamalkan hukuman mati.
Sebanyak 93 buah negara telah meghapuskan hukuman mati. Sebanyak 32 negara masih ada hukuman mati tetapi selama 10 tahun kebelakangan ini hukuman ini tidak dijalankan. Sebanyak 64 buah negara masih memiliki hukuman mati didalam perundangan negara.
Undang undang di dalam negara ini - kitalah sebagai warga yang membuatnya. Apa sahaja yang berlaku dalam negara ini kita sebagai warga adalah bertanggung jawab. Salah benar hukum hakam dalam negara ini kita sama sama bertanggung jawab. Kita tidak boleh melarikan diri dari tanggung jawab ini.
Tanyalah diri kita sendiri apakah kita telah melintasi nilai dendam dan benci sehingga kita sanggup mencabut nyawa. Apakah kita tidak dapat memenuhi nilai kemanusiaan kita untuk melihat bahawa nyawa itu amat berharga.
Saya menolak niat membalas dendam diatas satu satu kes pembunuhan. Saya rasa membalas dendam bukan nilai yang positif. Jika kita mengakui bahawa kita bertamadun maka marilah kita buktikan dengan menolak hukuman mati. Pastilah kita sebagai insan memiliki akaliah untuk mencari hukuman lain sebagai jawapan.
Saya tidak sanggup menjadi tuhan untuk mengundi siapa hidup dan siapa mati. Saya hanylah seorang manusia yang penuh dengan kesilapan.(TT)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
46 ulasan:
Kita mencipta undang-undang untuk mengelakkan kekalutan.Tapi masalahnya,kadang-kadang undang-undang ini yang mencipta kekalutan.
Hukuman mati wajar ditolak,sebab apakah kita mahu kerajaan kita juga menjadi pembunuh?
Yang pembunuh sudah membunuh,tapi kenapa kita,rakyat hanya membiarkan kerajaan,yang mewakili kita sebagai pembunuh?Bermakna,kalau kita biarkan,kita juga disabitkan membunuh juga.
Apapun,kadang-kala,jenayah sadistik seperti Nurin Jazirin dan pelbagai lagi kes rogol-bunuh ini membuatkan rakyat kita jadi emosional.
Nyawa Nurin takkan kembali jika pembunuhnya ditemui dan dihukum bunuh.Tapi kalau penjara,sesetengah rakyat mengatakan adalah membazir duit rakyat memberi makan kepada sang pembunuh ini.
Ini telah menjadi satu dilemma dalam masyarakat kita sebenarnya.
Menolak hukum bunuh itu boleh,tapi kalau memenjarakan,dianggap membazir wang rakyat.Jadi jalan apakah yang kita harus lakukan?
p/s:kesimpulan,jangan jadi pembunuh.
minta maaf encik hisham.. bukan membijak tp kurang bersetuju dengan ideologi yg encik bicarakan ini.. bukankah hukuman mati merupakan hukuman qisas didalam islam yg wajib dilaksanakan.. namun dimalaysia perbedaan kaedah sahaja yang tidak menepati hukuman qisas yang pernah dilaksanakan pemerintah islam dahulu..
Mendalam maksud artikel ini bro,sungguh tersirat...perli erk? kekekeke
memang menyentap seluruh jiwa dan raga..
tahniah saudara hishamuddin. perjuangan dan prinsip anda memang hebat!
Dan saya juga tidak sanggup..Saya KD bukan KJ :9
Tapi kalau ikut hukum hudud ada hukuman mati.. apa pulak pendapat abang Hisyam? Sorry jika soalan ini melampau.. hanya mahu penjelasan jelas.
satu persoalan.adakah dengan menghapuskan hukuman mati akan menyelesaikan segalanya?bagaimana dgn hukuman lain?penjara,denda,sebat.adakah kerana kesalahan manusia yg mengaturnya,kita akan biarkan pesalah tidak dikenakan apa2?yg salah manusia yg tidak cekap mengatur hukuman itu.ya keluarga yg dihukum merasa sgt sedih kerana ahlinya digantung.tp cuba pula tanya keluarga mangsa?sebab itu dalam Islam ad hukuman bunuh,namun syaratnya sgt2 ketat sehingga seboleh2 hukuman itu tak sampai bunuh.malah kalau ada keraguan sedikit pun pada kes hukuman tak boleh dijatuhkan atau diringankan.namun kalau keluarga mangsa memaafkan dan diganti dengan diat itu lebih aula dan mulia.sekadar pandangan
Bukan hukuman gantung sahaja, hukuman penjara pun patut dikaji semula ..
Sdr,
Hukuman mati tidak salah. Nyawa memang balasannya nyawa. Bukan semua pembalasan nyawa berpunca daripada dendam tetapi adalah jaminan kepada kesejahteraan orang lain. "Di dalam hukuman qisas itu ada jaminan kehidupan", demikian nukilan kitab suci kita.
Apa yang perlu, proses keadilan hingga membawa kepada hukuman mati wajib dikukuhkan dan didaulatkan.
Kalau tidak akan ada yang mati teraniaya.
pagi ini pagi yang cukup sedih.
sedih mengenangkan satu nolstalgia derek bentley.
walaupun ketika derek dihukom saya masih belum lahir ke dunia.
tetapi kesah ini menjadi tauladan kehidupan selepas kehidupan derek.
Kepada azilah dan sirul
kesah kalian berdua akan menjadi sekarah yang akan dicheritakan olih generasi anak cucu puluhan tahun mendatang.
cuma saya tidak dapat memastikan bahawa kamu juga mempunyai IRIS - si kakak yang cukup setia!
Akhirnya hukun Islam juga yang benar...Yang baik buat manusia. Sang Pencipta tahu apa yang baik untuk makhluk yang diciptanya, untuk apa kita mahu menentang lagi? Apakah kita lebih baik dari Yang Maha Pencipta?
Biarkan pengedar dadah yang dengan selambalandnya menjadikan wang sebagai matlamat walaupun ianya membunuh beribu manusia...memisahkan kasih sayang.Hang kena pi mengaji tentang Islam Isham oooiii...jangan dok baca Das Kapital saja(Kassim Ahmad yang lam mencari pun dah insaf kembali-Sosialis cuma ideologi dan teori manusia buikannya datang dari maha Esa)...Dalam Islam ada hukuman bunuh tapi atas pertimbangan yang telah digariskan...Pi mengaji sayanggg nooo...(ramai ahli politik PKR dan PAS pandai bab ni..Anwar pun tau)..jangan tersesat dalam menyesatkan....(aku pun kena mengaji jugak la..)wallahualam
Hi Tukartiub...
betul masih ada yg mengekalkan hukuman mati di negara masing....
tp dlm konteks spt iran & negara2 Islam yg lain...saya mungkin setuju sekiranya hukuman mati adalah berlandaskan hukum Al-Quran & Sunnah...jgn kita terlalu mengikut akal yg x mungkin dpt mengawal emosi sekiranya kes2 yg membawa hukuman mati terpaksa jua dilaksanakan...disinilah pentingnya umat manusia ini mempunyai satu bentuk fahaman keagamaan yg tertanam dlm hati atau lebih tepatnya dlm Islam ia dipanggil Aqidah....Aqidah yg sempurna akan membolehkan manusia menjalankan hukum Allah dgn penuh rasa Tawadhu' serta rendah diri akan kekuasaan Maha Pencipta...memahami yg Allah SWT sahaja yg Maha Mengetahui akan setiap bentuk hukuman di atas sesuatu kesalahan manusia di atas muka bumi ini...
Wallahua'lam...
saya agak setuju dengan pandangan saudara.tapi bagi sesetengah kes ekstrim genocide seperti yang pernah dilakukan oleh rejim pol pot di kemboja, karadzic-milosevic-mladic di bosnia dan di praktikkan secara terbuka sekarang oleh zionislahanat di palestin,tiada hukuman lain yang setimpal selain mati.
Ikutlah hukum Islam.
Hukuman hudud kepada sipembunuh.
Sekiranya keluarga simati memaafkan maka selamatlah orang yang bersalah. Allah itu adil.
Bang... dalam hukum tuhan pun ada hukuman mati.., camana pulak tu?
kita bukannya Tuhan untuk menentukan hidup dan mati seseorang... tapi bagaimana dengan Si Aminah? kenapa dia mati? Kenapa dia tak hidup? Maybe dia berkeinginan untuk hidup? tetapi kenapa jembalang bermisai putih tu hidup? kenapa si perut boncet rambut mcm sarang tebuan tu boleh hidup? PERSOALANNYA? kenapa mereka semua hidup?...hahaha.
Sebagai seorang Islam saya tak setuju utk hapus hukum mati.
sistem juri seperti di US barangkali dapat mengurangkan bilangan tersalah hukum oleh hakim..
apa pendapat tuan TT?
Hukum kepada aturan kehidupan makhluk Tuhan bernama insan wajib ada. Tetapi insan yg melaksanakan dan mengamalkannya menurut kehendak Tuhan atau sebaliknya. Kerana seluruh anggota jasad insan ada penciptanya dari setitik air mani sehingga menjadi segumpal darah. Maka pencipta mesti memberi kaedah dan cara untuk insan ini menjaga keselamatan dan kesejahteraan sesama insan.
Ala kulihal semua insan akan menemui kematian. Di alam arwah samada ruh insan tu pi Syurga ka Neraka. Tetapi sebelum tu ada seksa kubur dan titian Sirat. Sebab tu apabila setiap insan yg bernama Islam di talkinkan dengan pertanyaan Siapa Imam kamu? Jika kita di dunia ni tidak ambil peduli untuk mengenali Imam bagaimana mungkin untuk mendapat syafaat Imam di alam arwah kelak. Fikir2 lah. Kubur memanggil kita.
Ja'far Ahmadi, Bukit Bintang14
tanpa nama 10:13, sila justifikasikan kenapa sebagai seorang islam kamu tak mahu hukuman mati dihapuskan. kamu letak nama islam kat situ tanpa justifikasi. nanti orang lain boleh keliru terhadap islam.
atas artikel tadi, sebab itulah kita tidak boleh mencipta undang-undang dengan akal. kita harus kembali pada undang-undang panduan wahyu. kita menghukum mati bukan kerana kita tuhan, tetapi kerana ada panduan dari tuhan yang memperuntukkan hukuman itu bagi kesalahan tertentu, bunuh misalnya. sekadar pandangan.
Isham
Pengalaman bang masa lalu membentuk pemikiran bang hari ni. Tapi tak semua pengalaman tu semestinya membentuk pemikiran yang betul dan benar.Bang kena tengok jugak keluarga mangsa siperogol kejam, sipembunuh yang tidak berhati perut dan sikejam yang lain. Kita akan tertanya-tanya patutkah seorang manusia yang mempunyai kemanusiaan melakukan sedemikian rupa. manusia mana yang tidak melakukan kesilapan tetapi manusia yang membunuh ciptaan tuhan yang teragung yang sanggup melakukan kekejaman itu tidak seharusnya dimaafkan sebegitu saja. Kita bukan cuba menjadi tuhan tetapi menjaga ciptaan tuhan yang lain.
Cuma kena teliti dalam pengadilan, pelaksanaan hukuman tersebut.
Tolong jangan bagi pendapat seperti orang yang bodoh dan tak ada agama yek En Hisham..Elok2 nampak macam orang berilmu,karang dicop sebagai manusia berotak anjing..Dalam Islam pun ada hukuman mati..Taulah liberal,tapi kalau dah sampai nak menyesatkan sangat elok jer kalau kau nie....
Ras
Saya setuju dgn cik tanpa nama. Hukum qisas mmg wujud.bunuh hukumnya bunuh.tapi dalam konteks kes Allahyarhamah Aminah ni, i bet buktinya x cukup yg mengatakan these 2 kambing hitam ni adalah pembunuh sebenar dan patut terima hukuman. there must be a mastermind behind all these things
hukuman mati tetap kena ada,cuma reformasi di dalam institusi kehakiman itu perlu.Penyebab kenapa jadi kes tersilap gantung adalah kerana sistem pengadilan yang berat sebelah atau tak cekap.Di MALAYSIA mungkin penghakiman boleh di pertikaikan.
hukuman mati mmg betul...
tp cara pengadilan sebelum hukuman perlu dikaji semula...
apa akan jadi sekiranya org yang xbersalah dihukum..?
sedangkan penjenayah sebenar hanya memerhati sahaja sambil mengetawakan cara pengadilan..
dan tidak mustahil penjenayah sebenar akan melakukan lg perkara yang sama apabila melihatkan perkara2 ini..
melako :)
Britain adalah sebuah negara hipokrit besar dalam dunia ini. Baru baru ini ada Polis bunuh innocent by-stander gitu aje....kalau terjadi di luar, terutama di 3rd world,sure akhbar2 brits tuduh negara itu tidak bertamadun, by the way...tali gantung yang di gunapakai di negara ini di impot dari Britain!
Perak Dirampas Barisan Najib@Najis (BN) 1. Lepas ni. Raja akan dapat kontrek dari BN buat kaum kerabatnya. Teruslah kaya sekaya2nya.2. Rakyat tahu sebab rakyat ambil tahu..peduli. Ini ciri-ciri rakyat prihatin dan bijak. Adakah Raja Perak tak suka rakyatnya bijak? atau Raja suke rakyat negerinya bodoh2? Jika raja BN pastilah mahukan rakyatnya bodoh2 belaka. Raja suka rakyatnya sembah dia membuta tuli.Suapaya senang kelentong.3. Rakyat tak suke Rajanya..satu kesalahkah? Kalau tak suke atau benci..kena tangkapkah? masuk ISA? masuk neraka? Apakah rakyat wajib sayang pd Rajanya? Wajib 'sayang'? sembah? rakyat tak pernah lahir dari celah kelengkan Raja..4. Sultan tak boleh kena saman? kebal undang2? Sultan tu nabi ke?5. Hakim buat apa keputusan pun mesti betul ke? hakim maksum ke? So Raja konkek betina pun halal lah ye?6. Kenapa mesti hormat Sultan yg tak hormat rakyat? hormat lawannya hormat..biadap maka jawabnya biadap la. Jgn marah kalau rakyat kurang ajar. Sultan yg ajar.7.Buat sultan dan suku sakatnya. Kalau nak kontrek..daftarlah jd kontraktor kelas F ke J ke O ke..lepas tu kalau nak tender bole aply sama2 dgn rakyat..beratur kat kaunter dgn kita org..baru la adil. Inilah keadilan..kalau ini tak adil..namanya apa? Sultan sure xle jawab.8. Jika rakyat mahu Republik Malaya..sultan2 bole start buat resume la mintak kerja. jangan marah yeee...kalau betul Raja berjiwa rakyat..kenala usaha dan kerja macam rakyat. Ada fhm? Ni bukan zaman melayu bangang..9. Tiada apa yg lebih besar di dunia ini melainkan keadilan buat semua..keadilan buat sultan masuk senarai akhir. Bole blah. Bila hujan..payung sultan hanya utk dia. So..simpan la payung2 bongok ni..jgn guna la slogan2 angkat raja..raja xpernah nak ucap terima kasih pd rakyat atas kuasa dan makan yang kita beri..pernah? NOL.10. Ucapan buat raja perak...jika rakyat tak mahukan ko.KO jadilah Raja kepada Najib dan BN sahaja. Rakyat hanya perlukan keadilan dari TUhan maha Esa. hahahaha.
Al-Quran tidak menyatakan kita kena menjalankan hukuman bunuh. baca baik2 ayat al-quran. Tetapi Al-Quran berkata kita tidak boleh membunuh kecuali di atas nama keadilan. Faham betul2. Ini bermakna Islam membenarkan hukuman bunuh dan membenarkan juga penghapusan hukuman bunuh. islam menekankan keadilan, bukannya berkeras kepada bentuk hukuman. Kalau nak dikira, hukuman penjara pun tidak disebut di dalam Quran. Al-Quran mengajar manusia supaya menggunakan wisdom dan mempunyai ehsan (compassion). Apabila dua unsur ini wujud, maka makmurlah dunia ini. Tanpa ehsan, kita akan jadi seperti di kampung2 terpencil di afghanistan seperti kanak2 dipotong tangan kerana mencuri ayam.
PELIK SANGAT KNAPE SIRUL AZHAR DAN AZILAH HADRI TIDAKPERNAH DITUNJUKKAN MUKA MESKIPUN DALAM BAHAGIAN TAJUK DI DALAM AKHBAR.PELIK... SEJAK DAHULU MUKANYA DITUTUP.ANDAI DILEPASKANDAN DIBAYAR BERJUTA, PASTI ORG AWAMPUN TAKKAN KENAL. SYOR HUKUMAN GANTUNG DIJALANKAN MCM SADDAM DGN WAJAH DITUNJUKKAN
Aku sangat tidak setuju.
Manusia diberi panduan untuk hidup. Hukuman mati bukan untuk simati tapi untuk manusia yang masih hidup sebagai tauladan.
"Maybe dia berkeinginan untuk hidup? tetapi kenapa jembalang bermisai putih tu hidup? kenapa si perut boncet rambut mcm sarang tebuan tu boleh hidup?"
kalau bukan diorang?
:D
Kejahatan dan kebaikan manusia akan tamat sebaik sahaja roh meninggalkan badan. hukuman mungkin dapat mengingat dan menyedarkan seseorang manusia tetapi jika hukuman itu tidak lagi mampu mencegah kejahatan dan kejahilan, maka menamatkan riwayat seseorang mungkin dpt menyelamatkan banyak lagi nyawa yang tidak berdosa.
sebagai contoh, seorang penagih yang masuk keluar penjara sebanyak 3 kali. adakah hukuman yg diterimanya berbaloi untuk menyedarkannya? penjara? duit siapa yg menanggung pesalah ini? pusat serenti? mengapa orang yg tidak bersalah perlu memberi hidup percuma kepada yang malas dan tidak mahu mengikut peraturan?
benar kita tidak berkuasa menentukan hidup mati seseorang insan lain tetapi kita berhak memastikan insan lain berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk hidup dan beribadat.
Menolak hukum bunuh itu boleh,tapi kalau memenjarakan,dianggap membazir wang rakyat.Jadi jalan apakah yang kita harus lakukan?
hujah yg sangat tepat...
pusat2 pemulihan akhlak pon telah gagal..kenape sya ckp gagal..sebab semakin hari semakin ramai yg nk dimasukkan dlm tu.mksud nye,pusat2 pemulihan telah gagal nk capai matlamat.begitu juga tempat pemulihan dadah.telah gagal kerana semakin hari dadah semakin bnyak juga.yg mengaku bijak pandai dlm negara ni diharap berfikir lar jln yg paling baik nak mnyelesaikan masalah..bkn nk mnghukum org je!!sakit jiwa ke??
Tolong jangan bagi pendapat seperti orang yang bodoh dan tak ada agama yek En Hisham..Elok2 nampak macam orang berilmu,karang dicop sebagai manusia berotak anjing..Dalam Islam pun ada hukuman mati..Taulah liberal,tapi kalau dah sampai nak menyesatkan sangat elok jer kalau kau nie....
hehe..kelakar lar...ni blog dia pandangan dia lar..tak kira lar liberal ke,islam ke,hindu ke,buddha ke.atheist ke.kalo ko rasa btol ikut lar,tak btol tak payah ikut.mcm mane ko nk pegang prinsip demokrasi bila kau sndiri tak mmpu dgr pndangan yg berbeza dgn pandangan kau.kalo ko rasa dia slh..lawan lar pakai hujah kau,mangkok..
Al-Quran tidak menyatakan kita kena menjalankan hukuman bunuh. baca baik2 ayat al-quran. Tetapi Al-Quran berkata kita tidak boleh membunuh kecuali di atas nama keadilan. Faham betul2. Ini bermakna Islam membenarkan hukuman bunuh dan membenarkan juga penghapusan hukuman bunuh. islam menekankan keadilan, bukannya berkeras kepada bentuk hukuman. Kalau nak dikira, hukuman penjara pun tidak disebut di dalam Quran. Al-Quran mengajar manusia supaya menggunakan wisdom dan mempunyai ehsan (compassion). Apabila dua unsur ini wujud, maka makmurlah dunia ini. Tanpa ehsan, kita akan jadi seperti di kampung2 terpencil di afghanistan seperti kanak2 dipotong tangan kerana mencuri ayam.
kata2 yg berilmu dan harus diulang blk utk pembaca!
Kalau begitu cara pemikiran bang isham, hukuman2 lain sepeti penjara dan sebat juga dikira 'bermain tuhan' juga kerana kita rosakkan kulit yg tuhan jadikan cantik dan kurung manusia yg dilahirkan bebas.
Jadi semua hukuman perlu dikaji semula atau dilupuskan saja ke? Mungkin bang isham belum pernah bertemu penjenayah bersiri yg sudah merogol dan membunuh lebih 30 remaja untuk keseronokan. Kalau dibiarkan mereka terus hidup dan bebas, mahukah kita lihat 40 orang lagi menjadi mangsa?
Kalau difikirkan tiada hukuman yg benar2 sempurna, tetapi lebih baik tersalah hukum 1 orang daripada membiarkan 10 penjenayah terus membunuh beratus-ratus nyawa!!!
Maksud saya, kenapa 1 kesilapan sahaja yg menjadi fokus, bukan beratus-ratus kes lain yg telah berjaya memberkas para pembunuh ganas yang tiada masalah untuk membunuh insan kesayangan bang isham sekali?
Islam juga ada menjelaskan tentang hukuman sebegini, jadi kita boleh jadikan panduan.
Kalau sakit mental boleh dijadikan alasan, semua pembunuh akan mengaku dirinya gila supaya dilepaskan dari hukuman. Lagipun hanya kerana seseorang itu sakit mental, wajarkah kita berkata "Oh, orang yang bunuh isteri dah bayi 3 bulan saya itu sakit mental rupanya. Kesian dia. Jangan hukum dia kerana dia tidak memilih untuk menjadi gila sebegitu".
Sakit mental atau tidak, jika mereka membawa bahaya kepada nyawa orang lain yang BERHAK UNTUK HIDUP, kitalah yang dikira membunuh kerana kita yg berkudrat dan berkemampuan untuk mencegah, hanya membiarkan mereka terus-menerus membunuh ramai lagi manusia yg tidak berdosa.
Saya pasti dengan teori saya ini: SEMUA orang yang menentang hukuman bunuh akan serta-merta berubah pendapat bila anaknya dibunuh seperti Nurin Jazlin, atau isterinya diletupkan seperti Altantuya.
'Balas dendam' bukan sebabnya, 'mencegah' adalah sebab hukuman terus dilaksanakan supaya jenayah itu tidak terus-menerus berlaku.
Semuanya berbalik pada hukum yang ditetapkan Allah.
Sistem kehakiman dan perundangan yg perlu dipertikaikan. Kalau org2 yg menjlnkan perundangan ni terdiri drp mereka2 yg tidak takut pada Allah, beginilah jadinya. Pekerjaan bukan lg sebagai amanah tetapi semata2 utk mengumpul kekayaan. Akhirnya yg sepatutnya dihukum terlepas.
sedikit kemusykilan:
Tidak adakah sesiapa yg mengenali Sirul dan Azilah sehinggakan begitu sukar mengetahui wajah sebenar mereka?
Mustahil keluarga kedua2nya tdk merayu stlh mengetahui mereka akan digantung?
Sdgkan Najib yg dikatakan membunuh Canny Ong mendpt sokongan moral dr isterinya sendiri tetapi kedua2 mereka ni benarlah seperti yg dikata bagaikan kambing...sedara mara pun x peduli.
saya tak setuju
hujah dangkal puak komunis sosialis..berhujah berdasarkan emosi semata-mata kah kah kah kah bangang,,,
sejarah membuktikan puak ni lah paling banyak membunuh..kah kah kah kah..
kembalilah ke pada Islam...
nescaya selamat.
simpanlah komunis,sosialis,kapitalis atau apa-apa ism yg dicipta dgn akal di muzium...
p/s: pesanan ini ditujukan untuk diri sy sendiri... dan sekadar memberitahu kepada org lain.
Saja ja nak nyibuk kat sini...
Andaikata org yg kita sayang disihir secara halus hingga MATI. dan kita tau pulak, sapa yg sihirkan, memang terbukti sahih org tu jahat gila...
Soalan aku..
Bila geram punya pasal.Adakah hangpa akan turut sihir orang tu sampai MATI?
Sebenarnya kes MATI secara halus pun banyak dlm m'kat kita. Cuma MATI ditali gantung tu..mcm kecoh ja kan??
Hukuman mati perlu diteruskan. Orang-orang yang berpendapat bahawa hukuman mati adalah tidak perlu kerana mereka belum menjadi ahli keluarga atau sahabat handai mangsa yang terkorban akibat kekejaman yang dilakukan terhadapnya.
Bayangkanlah ahli keluarga anda telah mati kerana kes ragut, adakah anda masih meminta supaya peragut tersebut tidak dijalankan hukuman mati?
Jangan hipokritlah.
Memang dasar liberal, engko pikir ikut akal manusia yg x seberapa...aku rasa ko rasa dah terlebih pandai..sedarlah bro..
nak suruh mengucap pun...ape2 je la..
~mat jering~
Di Australia hukuman bunuh sudah lama dihapuskan. Hukuman yg paling berat hanyalah penjara seumur hidup.
Polemik terjadi ketika pengebom2 rakyat Indonesia yg membuhun beratus2 warga Australia di Bali telah dijatuhkan hukuman gantung. Media di Australia meminjau pandangan org ramai termasuk bapa kepada mangsa korban pengeboman tersebut.
Terjadi dilema di sini. Adakah rakyat Australia yg tidak menyetujui hukuman mati di negara mereka akan bersetuju dgn hukuman mati yg dijalankan di Indonesia ke atas pengbom yg telah mengorbankan beratus2 nyawa warganya?
Seperti berlaku conflict of principle, adakah prinsip harus ditegakkan untuk menidakkan hukuman mati ke atas pengebom sekalipun yg terkorban adalah warganya sendiri. Salah seorang bapa mangsa tetap dgn pendiriannya untuk 'tidak menjadi tuhan' dengan tidak bersetuju ke atas hukuman mati tersebut. Ini adalah prinsip yg cuba ditegakkan sekalipun kehilangan anak tersayang. Namun, kedaulatan undang2 Indonesia tidak boleh dicabar. Yang dibincangkan hanyalah polemik menegakkan prinsip
ketika ianya diuji.
Kepada sesiapa yg obses dgn hukuman bunuh dan mengaitkannya dgn hukum Islam:
Barang siapa menyelamatkan nyawa satu org, maka ia seolah menyelamatkan nyawa semua org.(Quran, 5:32)
Kamu telah mendengar firman: Mata ganti mata dan gigi ganti gigi. tetapi aku berkata padamu: janganlah kamu melawan org yg berbuat jahat kepadamu...(Matius, 5,6)
Tidak semestinya kita melihat sisi keras suatu hukuman tersebut dr kacamata agama, tidak semestinya mata ganti mata, gigi ganti gigi, darah ganti darah dan nyawa ganti nyawa untuk menghukum seseorang. Kemaafan dalam ertikata hukuman selain bunuh adalah sisi lembut yg lebih baik.
Hudud atau qisas hanyalah hukuman yg dijalankan berdasarkan konteks sosiologi masyarakat dalam ruang lingkup sejarah pada masa tersebut. Ia dibatasi oleh ruang dan waktu malah tidak kekal atau universal. Perkembangan tamadun dan kematangan manusia telah mecipatakan undang2 atau hukuman yg wajar pada zamannya. Dan ini juga boleh berubah jika manusia hidup 1000 tahun lagi. Tiada yg kekal dan tiada yg asli.
Tidak hilang islam seseorang kalau tidak menjalankan hudud, qisas apatah lagi hukuman bunuh. Yang penting undang2 yang dipakai mestilah adil, praktikal, rasional dan humanis.
Malahan, dalam sejarah islam yang dikenakan hukuman buhuh pun siapa? Nabi sendiri tidak pernah menjatuhkan hukuman bunuh di luar konteks perang.
Malahan hukuman rejam bagi penzina yg telah berkahwin, bunuh bagi org murtad tidak mempunyai asas dalam Al-Quran kecuali diambil dari Bible atau Taurat.
Bahkan Nabi Isa sendiri pernah mengingatkan bakal pelontar2 batu ke atas pesalah dlm hukuman rejam
'Siapa paling tidak berdosa, biarlah dia lontarkan batu yang pertama'! Adakah sesiapa yang sanggup melontarkan batu pertama? Anda berani? Saya malah Tukar Tiub tentu tidak!
Salam.
Catat Ulasan