Khamis, 24 September 2009
MANA LEBIH BAHAYA
OPS SIKAP : 21 KEMATIAN PADA HARI KE 10 - mstar
Angka maut dalam Ops Sikap ke-20 meningkat kepada 177 semalam dengan 21 lagi kematian pada hari ke-10 kempen itu.
Penunggang motosikal terus mendahului senarai dengan 14 kematian diikuti kereta (4), basikal (2) dan pejalan kaki (1).
Penguasa Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Supt Rasdi Ramli dalam satu kenyataan hari ini berkata jalan persekutuan mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi iaitu 384 kes diikuti jalan bandaran (271), jalan negeri (181), lebuh raya (81) dan jalan lain 53 kes.
"Secara keseluruhan 970 kes kemalangan dilaporkan di seluruh negara dan 7,927 saman dikeluarkan semalam," katanya.
Ops Sikap Ke-20 yang bermula 13 September lalu akan tamat Ahad ini bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri.
nota:
mana lebih bahaya kereta dan motosikal atau mercun?
mana lebih banyak membunuh ? mercun atau kereta dan motosikal?
berapa orang mati kerana main mercun ? sifar – zero – null – rien – kosong.
berapa mati kena langgar ? 117 orang.
kematian ini lebih banyak dari kematian di afghanistan dan iraq.
kematian ini lebih banyak dari arab yang dibunuh oleh zionis isreal.
adakah op sikap ini satu satunya cara untuk menghindarkan kematian dijalan raya?
adakah cara lain yang boleh difikirkan?
kalau mercun di haramkan kenapa kereta dan motosikal
yang banyak membunuh tidak diharamkan?
kenapa tidak diwujudkan sistem pengangkutan awam yang baik?
apakah kerana nak sokong industri kereta dan motosikal maka
anak anak muda bergelempangan dijalan raya?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
Aku dah cakap nie suma strategi nak kurangkan populasi ngan market strategi, maksud aku lagi banyak keta yg 'totally lost' atau 'unrepairable' lagi untung si penjual keta ngan motosikal, lagi untung sykt insurans...kan ker hukum kapitalisma mcm gitu..tak gitu bro?aku byk tau pun drpd ko ko...tq...
Kalau 21 orang mati sehari sebab accident, ini jauh lebih bahaya dari H1N1 tu... takat 2-3 orang mati sehari masa top dulu.
selagi apa benda pun boleh dibuat duit,ianya akan dihalalkan walau manusia mati sekalipun.
hukum kapitalisme pun iya juga.tapi saya rasa bang HR,kita gunakan alternatif yg ada.
punya akal,kita fikir yg terbaik utk diri kita.
:)
Haramkan kereta dan motosikal persedirian, tingatkan perkhidmatan pengankutan awam.
http://terjunkelangit.blogspot.com
Inilah hasil kerja mamak pencen tak guna satu sen. Kalau tak ada projek bangang Proton suatu ketika dulu harga kereta tak melambung tinggi. Bayangkan harga kereta honda civic baru 1800cc hanya berharga RM60,000 di luar negara. Tetapi di sini dengan RM60,000 kita hanya mampu membeli Proton Waja.
Orang bukan melayu pun kemalangan pada musim perayaan tetapi dengan kereta yang lebih baik kualiti, mereka tak mati ataupun cacat. Kereta seperti Toyota Camry jatuh gaung terbalik berkali2 pun pemandu dan penumpang hanya luka2 kecil.
Tetapi orang melayu yang bawak Proton atau Perodua bila kemalangan paling kurang cacat sampai mati. Tetapi ramai yang mati begitu sahaja.
Inilah kerja mamak pencen nak kurangkan orang melayu di 1 Malaysia Najib. Caranya begitu halus. Orang melayu masih tak sedar dan sayangkan TDM si pembunuh dan pengkhianat orang melayu no 1.
Kalau Proton/Perodua tutup, pekerja kilang tak perlu risau akan ada syarikat kereta lain yang akan mengambil anda bekerja. Orang bukan melayu tak suka buat kerja-kerja seperti operator kilang. Lagipun bila harga kereta murah, syarikat kereta lain akan berpusu datang melabur dan membuka kilang di Malaysia.
Bila kilang Proton/Perodua tutup, harga kereta akan turun. AP tak diperlukan lagi. Bila orang melayu kemalangan musim perayaan mungkin risiko kematian akan berkurangan. Memang betul ajal dan maut di tangan Allah tetapi kita sebagai hambanya harus berusaha sedaya upaya sebelum berserah kepada Allah sepenuhnya.
Bangunlah orang Melayu jangan sampai 1 Malaysia Najib jadi macam kerajaan Melaka yang dijatuhkan oleh tamil Islam Tun Mutahir ataupun kerajaan Melayu Johor yang dijatuhkan oleh golongan2 ini juga.
meow~
kadar kemalangan berkadar langsung dengan bilangan kreta yang berada di jalan raya - semakin banyak semakin tinggi kadar itu. Ini hukum asasnya.
Jadi kaedah terbaik menurunkan kadar ini ialah dengan mengurangkan bilangan kreta iaitu bertepatan dengan saranan bung hisham perbaik sistem pengangkutan awam.
saban hari kata kemalangan ini disebabkan sikap pemandu tak menyelesaikan masalah.
contohilah public transpot singapore...kereta bukan lagi 1 keperluan kat sana...buang yg keroh ambil la yg jernih...akai ada ka?!
Tengoklah negara macam Sweden, Denmark dan Switzerland. Kadar accident sangat rendah ... Public transport bagus. Kalau Scomi-Khairy nak buat banyak-banyak koc untuk LRT dan MRT pun takpe. Better than Proton Tun Dr M.
>90% beli keta guna sistem riba. sbb tulah bila pandu keta macam dirasuk setan....nak tunggu kerajaan PM 1malaysia hapuskan sistem riba? x yah mimpi le....
Untuk pertama kalinya aku setuju dengan kenyataan IGP expired tu semuanya "Berpunca Dari Kesilapan Pengguna"
Memang pengguna yang silap...silap beli kereta nasional...silap pangkah Barisan Nasional...kah..kah..kah..
KERETA NASIONAL = BARISAN NASIONAL
"Cannot Be Trusted"
aku sokong 300%..pengangkutan awam kena tip top.tu KTM bila nak berubah..lambat mengalahkan basikal.ada hati nak buat team F1.Oii pak menteri ..tolonglah..udah2 lah makan rasuah.buat ler keja.kami nak pengankutan awam yg baik...aku merayu ni..tolonglah..
Catat Ulasan