Khamis, 24 September 2009

DUA BERITA - MANA LEBIH BAHAYA ?




SERANGAN KE ATAS AFGHANISTAN - TIDAK BAHAYA?



ATAU INI BAHAYA ?


BEYONCE STIRS ISLAMIST IRE AGAIN – malaysian insider

PAS wants US pop star Beyonce (picture) to cancel a planned concert here, two years after it prevented the singer from performing, citing moral issues.

THUNDERBIRDS – UNITED STATES AIR FORCE – akan mengadakan pertunjukan di Kuala Lumpur .




25 ulasan:

Keliwontron berkata...

Beyonce tak bahaya dia tak terbang di udara ...kalau dia terbang habis semua ternampak kah kah kah

Suraya berkata...

The problem with PAS is that they're also politician and they politicize all.

I don't like politic coz my hubby in politic just to secure his biz. Crazy, real crazy he join umno becoz of money. I am a silence voter of pakatan rakyat. I support Anwar and I admire Pet (Petra).

PAS can't see or refuse to acknowledge that USA-THUNDERBIRDS are much much much more dangerous that Beyonce.

Lets Beyonce in and I will be there. I be there with you, YES! with you TT. (I admired you too TT). I guest you're much better that my hubby.

Tanpa Nama berkata...

PAS dan banyak yang menganut agama Islam yang diperkenalkan oleh pedagang Arab zaman kegemilangannya biasanya menerima aspek ritual agama lebih penting daripada mengambil konsep keadilan. Justeru mereka itu akan teruja dengan isu khalwat, tutup aurat, poligami, arak, nafsu atau ghairah seksual yang diumpan atau diiklankan oleh sesiapa saja. Kalu mereka di planet marikh sekalipun isu-isu itu akan dipengang teguh, kononnya itu adalah ikon Islam.hai nak buat macam mana.Mereka tak nampak bom yamg digugurkan ke atas negara Islam itu adalah maksiat mega kerana konsep agama mereka tak boleh nampak ke situ, nak buat macam mana.

amirul berkata...

Salam TT, candu dan wanita yang mengalahkan orang cina atau senjata peperangan yang canggih, bagi saya pencerobohan minda lebih berbahaya, bila minda sudah diceroboh, bawa 'telor' pun cukup untuk menakluk..

Tanpa Nama berkata...

hat jd ketua pemuda PAS pon bingai!!!
belagak angkoh begini laaa jadinya...

pemuda belagak PANDAI tp BODOH!!!

Tanpa Nama berkata...

Mana lebih bahaya ?

Beyonce? Thunderbirds? SURAYA ??
kah..kah..kah

Abis la ko TT. Ekau dalam bahaya..
kah..kah..kah

Selamat Hari Raya

Tanpa Nama berkata...

tetek dia tu yg bahaya tuu..

KEBENARAN berkata...

INI BUKAN KIRA BAHAYA..ATAU TAK BAHAYA

INI DIKIRA DOSA PAHALA...PERLU DIFAHAMKAN SIKIT

suraya pun bangang nak mampus

Tanpa Nama berkata...

akum suraya,tanpa nama 16.51, tanpa nama 17.15!

Yang haram tetap haram walau apapun alasan diberi. Jangan kerana taksub ameno, semua yang haram pun nak dihalalkan. Sedarlah, bawa masuk penyanyi Beyoncb tu satu cara nak melalaikan golongan remaja. Bila dah lalai senanglah dijajah minda mereka. Itu cara yang diperkenalkan oleh Yahudi dan bukan cara ajaran Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Syukur PAS dan Pemuda PAS ada kesedaran ke arah menentang perkara mungkar itu. Pada masa yang sama pertunjukan Thunderbirds juga perlu ditentang kerana benda itulah yang mengorbankan nyawa orang Islam di seluruh dunia.

Bagi kita, tidak ada pilihan mana yang lebih baik atau mana yang lebih buruk. Kedua-duanya perlu ditentang. Kedua-duanya memberi kesan negatif kepada umat Islam. Pas jangan cuma tumpukan satu perkara sahaja. Ameno pulak jangan cuma tahu membenarkan benda tu dibawa masuk saja tanpa ditapis. Pemuda Ameno pulak jangan senyap sunyi seribu bahasa.

Suraya pulak, tak tahulah apa kita nak kata. Janganlah hina suami sendiri dalam ruangan seperti ini. Baik buruk suami kita. Bapa anak kita. Kelemahan dia mungkin gambaran kelemahan dan kebodohan kita. Isteri yang baik ialah yang menjaga maruah suami dan bukan yang menjatuhkan maruah suami. Janganlah kata "orang lain lebih baik daripada suami kita". Sedarlah Suraya, halal haram bukan soal politik, tapi soal hukum hakam. Yang halal tetap halal, yang haram tetap haram walau dari sudut mana pun anda melihatnya. Islam bukan untuk sambutan hari raya dengan berbaju melayu atau kurung sahaja. Islam meliputi semua cara hidup.

Salam TT.

Usratuna berkata...

Bahaya atau kurang bahaya berita tersebut, bergantung kepada kefahaman, keyakinan kita kepada Islam itu sendiri. Jika rakyat Afghanistan di bom, dimana kebanyakannya adalah umat Islam, sepatutnya jiwa kita rasa terguris, sedih dan menggerakkan hati kita utk berdoa kepada Allah SWT agar umat Islam di Afghanistan dapat mengalahkan sekutu Iblis laknatullah itu. Bukankah orang-orang Islam itu bersaudara. Kedua, jika artis-artis barat , juga merupakan sekutu-sekutu Iblis Laknatullah datang ke negara ini, sepatutnya kita berasa gusar akan umat Islam kalangan remaja dan belia hari ini. Kedatangan mereka dengan satu tujuan, untuk melalaikan umat Islam negera ini dari ingat kepada kebesaran Allah SWT. Dengan itu Umat yang terlalai ini hilang jati diri mereka. Apa yang ditunjukkan oleh artis artis itu , akan di tiru dan dijadikan cara hidup mereka. Hilang pedoman agama mereka. Umat yagn terlalai ini ibarat seperti manusia yang kena bius. Mereka akan diperlakukan oleh musuh sesuka hati mereka tanpa sedar. Khayal dengan hiburan dunia. Jadi tidakkah itu juga merbahaya kepada umat Islam ? Marilah kita kembali kepada Islam yang sebenarnya. Marilah beriman dengan Allah SWT dengan sebenar-benar Iman. Bukan iman itu angan-angan , tapi iman itu dilafazkan di mulut, ditanam dalam hati dan disahkan dengan amalan. Marilah kembali kepada jalan yang benar. Dekatilah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 16.51,

Apa yang Islam kata tentang aurat adalah benar. "Digantung rambut sehingga mendidih otaknya". Soal arak, "meminum, menjual atau yang berkaitan dengannya" adalah haram. Soal nafsu dan seksual yang bertentangan dengan Islam akan "mendatangkan zina yang diharamkan oleh Allah", soal poligami "dibenarkan oleh Islam sehingga 4 jika berkemampuan serta boleh berlaku adil". Soal khalwat "haram lelaki berduaan dengan perempuan kerana pihak ketiga ialah syaitan". Bukankah itu yang diajar oleh guru agama kita.

Salahkah jika ada pihak mengajar kita tentang perkara tersebut? Salahkah ustaz dan ustazah kita yang mengajar kita tentang perkara itu. Salah pulakah jika PAS mengajar kita tentang perkara itu? Salah jugakah jika Mufti kita berkata begitu. Fikirlah supaya kita tidak tergelincir akidah. memberitahu manusia yang lalai atau jahil itu adalah satu dakwah. Salahkah jika ustaz, ustazah, mufti atau PAS berdakwah tentang perkara itu. Cubalah tanya PM kita, adakah beliau akan menolah perkara tersebut, tentang aurat, arak, zina, khalwat dan sebagainya yang saudara sebut tadi. Kita percaya PM pun akan memberi jawapan yang sama.

Tentang pembunuhan orang Islam di negara Islam. Siapa kata PAS tidak membantahnya? Sila buktikan! Atau mungkin saudara perlu bukti daripada saya bahawa PAS lebih banyak menentang pencerobohan ini berbanding parti politik lain di negara kita? PAS tidak pernah menyetujui USA menyerang Iraq. Parti lain bagaimana? Adakah mereka menentang pencerobohan ini. Janganlah baling batu sembunyi tangan!

TK TT

Johan berkata...

da agak da isu ni timbul balik..

ni soalan2 yang harus dijawab oleh "polis2 moral" ni:

-adakah mereka mengambilkira consensus rakyat?

-adakah mereka sedar bahawa terdapat berlainan interpretasi dan pendapat dalam konteks agama mengenai nilai2 yang dianggap ok dan tak ok?

-adkah diambilkira hak asasi seseorang untuk memilih dalam membuat keputusan?

-bukankah ini bercanggah dengan hak demokrasi?

-adakah langkah ini boleh menjamin seseorang itu akan menjadi alim dan warak?

-kerja ahli politik ni termasuk jadi polis moral ke?


ni link tulisan Isham bertajuk 'Tanyalah Pada Ortopedik Moral':
http://sajakkini.blogsome.com/2005/02/25/tanyalah-pada-ortopedik-moral/

Cetusan berkata...

sejuk mata bila cantik

Tanpa Nama berkata...

PAS parti Islam, bergerak atas landasan Islam. Mengapa pelik kalau parti itu menentang apa-apa yang bercanggah dengan ajaran Islam? Bahaya tak bahaya, Quran dah nyatakan dengan jelas hiburan yang melalaikan itu haram. konsert mempertontonkan wanita yang terdedah auratnya, menyanyi dengan suara yang haram dilagukan kepada bukan muhrim dan percampuran lelaki perempuan di dalamnya mengundang bahaya yang lebih parah. Berlakunya pergeseran kulit, membangkitkan nafsu berahi dan menggalakkan perzinaan! Semua itu berlaku, jangan nak nafi!

Kalau anda fikir dengan kepala otak yang hanya boleh pergi sejengkal memanglah tak nampak bahayanya. Allah maha tahu!

Tanpa Nama berkata...

takde isu cari isu sampai nak hentam pulak beyonce???? ape ke haram jadahnya pas ni???

Tanpa Nama berkata...

Zahida Rafik lagi bahaya bagi Bik Mama hahahahahhahaaa
Thunderbirds buat TUDM bodoh macam telor. Panglima Tentera Udara takut terbang dan Panglima Angkatan Tentera bongok dan bodoh.
Kalah perang la brader!!!!!

JOhan berkata...

nak tahu salah satu penyebab Islamophobia,kita baca komen2 pembaca fundamentalis kat sini..nilah jenis orang2 yang tgh buat 'disservice' kepada islam

orang yang tak setuju dengan fikiran dorang,dituduh sebagai penyokong umno..

Tanpa Nama berkata...

wooiit !!!! lu suraya bangang..lu tu cakap je sokong pakatan rakyat tapi jiwa ameno totok. lu suraya tak kenal dosa pahala nampaknya. lu tak pernah pergi ngaji kat surau atau masjid ke.

weber berkata...

sdra johan,

1. berkata yang benar di sisi agama Islam tidak perlu consensus sesiapa pun

2. nilai akhlak di dalam Islam tidak berubah. aurat tetap kena jaga dulu,kini,selamanya. lain cerita kalau sdra mengambil kira pandangan puak liberalis

3. tiada pilihan kepada orang Islam dalam perkara yang jelas hukumnya. tiada pilihan untuk tidak solat, tiada pilihan untuk tidak puasa Ramadan. tiada pilihan untuk tidak menutup aurat. kepada non-muslim,terpulang.

4. hak demokrasi tidak boleh melebihi apa yang digariskan di dalam agama Islam.kepada non-muslim,terpulang.

5. untuk menjadi alim dan warak, tidak boleh sekadar tidak pergi ke mana-mana konsert. perlu mendampingi orang alim, belajar dari mereka,dan amalkan apa yang dipelajari. setakat ni tiada lagi orang alim yang menyeru ke arah konsert.

6. politik siasah adalah sebahagian tuntutan agama. menjadi 'polis moral' pun adalah tuntutan agama. semoga beroleh redha Allah.

Tanpa Nama berkata...

To jOhan;

Buatlah banyak manapun consensus, tanyalah banyak manapun pakar demokrasi.(Kalau yang berpegang pada Al-Quran dan Hadis lah), jawapannya akan tetap sama.

Kalau arak hukumnya haram diminum dan wajib dijauhi. Kalau zina hukumnya haram dilakukan dan wajib dijauhi. Kalau khalwat haram hukumnya dilakukan, kena juga jauhi. Kalau poligami boleh tapi kena syaratnya.

Semua ada dalam Al-Quran. Nak bincang tentang hak demokrasi apa pasal benda haram halal ni? Kecualilah kalau untuk yang bukan Islam. Arak, zina, khalwat, poligami ni bukan benda baru. Ada dah sejak zaman nabi dulu. Tak kan sebab hak demokrasi, hukum ni pun kena tukar. Kena ikut suara demokrasi? Ini bukan soal umum. Ini soal haram halal. Tak payah mintak pendapat ulamak pun dah tahu halal haramnya.

Pasal Beyonce ni pulak, tengoklah sikit tentang hukum hiburan macam nih. Bukan susah. Tanya Prof Google. Jawapan ada. Tak perlu nak tanya pasal hak demokrasi ke apa? Tanya agama kita. Kalau boleh, bolehlah. Kalau dah kata tak boleh, tak bolehlah. Apa pulak nak konar baring. Dari tengok beyonce, pas tu tinggal sembahyang maghrib dan isyak, kan baik pergi surau ke masjid belajar agama. Dapat juga pahala. Jangan time puasa aje pergi masjid, lepas puasa pergi tengok beyonce. Bukan tak boleh tengok pasal hak demokrasi, tapi dalam hal yang berkaitan asas agama macam ni, rujukan terbaik ialah Al-Quran dan Hadis. Bukan pencacai demokrasi.

Kenapa time cerita pasal arak, zina, khalwat, poligami kena rujuk hak demokrasi. Tapi pasal keadilan, kebebasan bersuara, hak rakyat dan sebagainya hak demokrasi tak timbul? Demokrasi apa ni. Ikut demokrasi cara Islamlah kalau kita berpegang pada agama Islam! Ini bukan soal "polis moral" seperti yang didakwa. Ini soal asas halal haram. Soal syurga neraka. Soal akidah.(untuk yang beragama islam la)

Bukan jugak soal fundamentalist ke atau sedang disservice ke. Bukan! Ini soal pegangan orang Islam terhadap agamanya, kepercayaannya, cara hidupnya. Yang betul kita kena sokong, kena sebarkan. Yang tak betul atau kurang betul kita kena tegur. Nak disservice apa kalau pasal arak, zina ni? Lainlah jika kita JOhan Sammey Bullu A/L Alagapas atau J0han Chua Gun Dum atau J0han yang bukan islam!

Sila rujuk Prof Google tentang hiburan artis barat.

Terima kasih TT.

Keliwontron berkata...

Sapa yg kenal laki Suraya nie aku nak pukul kepala dia ..sungguh tak sayang bini tinggai sunyi sepi macam tu ..mai habaq kata aku ...jadik suami yg baik mcm aku nie kah kah kah ...

Tanpa Nama berkata...

Cuba tengok panduan tentang muzik dan nyanyian untuk orang islam.

i. Nyanyian dan hiburan tidak dilarang dalam islam jika untuk ketenangan dan dapat mengingatkan kita pada Allah dan rasulnya.

ii. Nyanyian boleh jika liriknya berkaitan dengan agama Islam.

iii. Tidak dilarang jika menggunakan muzik yang bukan ditiup atau dipetik.

iv. Lain-lain - oleh penyanyi lelaki(wanita boleh untuk wanita sahaja); tidak melalaikan atau melupakan kita pada tanggungjawab agama; penonton tidak bercampur lelaki dan perempuan dan banyak lagi la!

Ini yang haram pulak:
i. Penyanyinya perempuan dan penontonnya lelaki atau bercampur.

ii. Liriknya melalaikan, tentang cinta, tentang entah apa-apa!

iii. Muziknya ada yang ditiup atau dipetik. (gitar?/ seruling? - haram le tu)

iv. Penontonnya bercampur lelaki dan perempuan.

v. Melalaikan manusia sehingga umpamanya meninggalkan sembahyang atau sembahyang jadi tidak khusyuk.

vi. perlakuan penyanyi tidak senonoh, geleng2 kepala seperti orang mabuk, melompat dan terkinja2, aurat entah ke mana.

vii. Banyak lagilah sebelum kita boleh menontonnya. Umpamanya haram jika meniru cara Yahudi atau mempunyai agenda tersembunyi yang hendak memusnahkan Islam dari jiwa umat kita.

Apapun kesimpulannya, boleh mendengar nyanyian itu jika ia berunsur memuji Allah, membesarkan Allah, memuji Rasul dan sebagainya sehingga pegangan kita pada agama menjadi bertambah kukuh. Mungkin konsert Rabbani boleh dijadikan contoh jika penontonnya menyantuni masa dan tiada pergaulan bebas. Pasal Beyonce tuh, cubalah anda klasifikasikan sendiri, ia termasuk dalam golongan mana. Kalau masuk kumpulan haram, haramlah jadinya. Kalau masuk kumpulan dibenarkan, bolehlah tengok. Tapi rasanya .....Bijaklah memilih hiburan yang baik agar tidak terjebak ke lembah maksiat.

Untuk lebih lanjut, sila ke
http://cikguarif.blogspot.com/2009/08/hukum-berhibur-dan-nyanyian-menurut.html

tq

Tanpa Nama berkata...

Untuk tatapan tanpa nama 16.51 dan yang sekutu dengannya.

Ini bukti pas mendahului parti lain di Malaysia yang menentang serangan amerika ke atas afganistan.

http://www.tranungkite.net/lama/okt/detik139.htm

Epool Razak berkata...

banyak sangat polis moral daaa..

pasung berkata...

melompat2 orang pas dibuatnyaa..tergelak2 aku..ahahaha