Jumaat, 27 Ogos 2010
PECAH DAN PERINTAH
KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
26 OGOS 2010
Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno-BN untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat. Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan Umno-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.
Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.
Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.
Dasar Pakatan Rakyat menyatakan:
“Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama.”
Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka. Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.
Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno-Barisan Nasional terhadap rakyat. Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.
Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM 52 billion. Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.
YB Anwar Ibrahim
Ketua Umum
PKR
YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung
DAP
YB Ust Nasharuddin Mat Isa
Timbalan Presiden
PAS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
ilmu british memang dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh anak didik...
tubuh suruhanjaya diraja?.kalau keputusan suruhanjaya diraja setakat nak guna modal ceramah,baik tak payah.buang masa saja.nak dikata buang duit,memang duit telah berlambak dibuang begitu saja.
atau leih baik tubuh suruhanjaya diraja untuk siasat apa yang telah terjadi dengan beberapa keputusan suruhanjaya diraja yang lepas lepas...ah tak payah lah,buang masa saja.
PR mesti jelas bahawa selagi ada persepsi bahawa semua suku kaum tidak mendapat keadilan daripada agihan ekonomi negara secara adil dan saksama selagi itu akan timbul tuntutan dalam bentuk perkauman/agama/kelas, maka UMNO dah tak mampu melihatnya sejak 53 tahun lalu. Kembalikan keadilan tanpa mengira bangsa, kaum, agama, kontrak sosial/ peruntukan dalam Perlembagaan secara memadai dan saksama maka akan lahir sebuah bangsa yang harmoni, satu tugas berat kerana harus tendang keluar dulu amalan sistem yang mementingkan golongan elit keran kita sudah lahirkan sebuah sistem ada 22 bilioner dan yang lainnya bukan bilioner, atau ada jurang pendapatan antara si adikaya dan orang biasa yang amat luas.PR harus komited memecahkan sistem yang terlalu berat kepada golongan superkaya dan golongan suprkaya ini akan menggalakkan pemimpin-pemimpin barua bawahnya menyalakan sentimen agama/bangsa bagi menggekalkan kedudukan mereka, mereka boleh terus meraih peluang ekonomi dan rakyat majoriti hanya boleh gigit jari melihat Menara Petronas
mantap deklarasi macam nie...yang tak tahan tu sekali AMNO cucuk melompat juga....
cool..cool.. selalu..
yang pasti AMNO akan pening.
APCO pun dah tak tahu nak bagi idea macammana...susah katanya sebab orang Melayu suka makan belacan...
kahkahkah.....
Catat Ulasan