Jumaat, 27 Ogos 2010

SELAMAT BERBUKA PUASA




UBU MELAKAR SEJARAH BANGSA





SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI


selamat bertemu dengan anak anak muda
sepuluh tahun dahulu muda dan bergaya
sepuluh tahun dahulu kacak manis dan beriya

sepuluh tahun dahulu mengacung genggam tangan ke udara
sepuluh tahun dahulu membakar semangat membara
sepuluh tahun dahulu menjadi tombak maju mara
sepuluh tahun membara mendobrak untuk masa depan negara

sepuluh tahun kemudian
kini berbini bersuami dan beranak
tanggung jawab sebagai ayah ibu dan emak
menetek mengopek susu dan lampin
jadilah ayah dan ibu yang setia
untuk melakar sejarah anak anak semua bangsa

lalu ingatan itu datang kembali
bagai semalam berjabat tangan
bertanya nama
bertegur sapa
sebelum turun ke jalan

lalu ingatan datang lagi
bagaikan gambar di hadapan mata
anak anak muda yang berani nya tiupan sangka kala
anak anak muda meredah alam semesta
anak anak muda masa depan dunia

salut untuk anak anak muda
salut untuk yang berani
salut untuk ubu

6 ulasan:

Man Iblis berkata...

jangan lupa upload gmbar !

Tanpa Nama berkata...

salut untuk isham.

Tanpa Nama berkata...

ye lah tukar tiub..wa pun ingat balik kena kejar dgn fru dan sb dari jalan raja laut sampai ke medan mara, sampai tak tahu nak sorok kat mana lagi..dulu aura lain, la ni aura dah jauh lain, wa makin hari lebih ke arah sosialis yg mementingkan rakyat.

umno jika kita lihat, naik sahaja pm, maka naiklah anak pm jadi jutawan segera, jika macam tu umno kena naikkan 100 orang pm pada satu masa untuk jadikan 100 orang jutawan segera, la ni yg bertambah naik ialah suami pm, yg makin tembam.

wa pun dah bosan dgn pkr, wa pun sedang mencatatkan satu satu kesilapan pas yg selalu melaungkan al quran dan hadis, tapi wa fikir, jiwa wa terarah kpd sosialis yg meletakkan kepentingan rakyat di hadapan, sebab al quran dan hadis itu makamnya terletak pada akal, hati dan pelaksanaan, bukan berdasarkan ungkapan sahaja..la ni banyak org pandai cakap sahaja, pelaksanaan belum tentu lagi.

Unknown berkata...

selamat dijayakan tanpa kelibat infra biru yang merosakkan mata...hahaha....

dukun berkata...

tinggalkan kejahilan

jahil=x reti bahasa

tgk dengan mata hati, bukan mata kayu

ramai tak tahu rukun mandi wajib melalak pasal is-slame

Zahrin berkata...

barisan penempur tegar kembali bertemu..

salut pada pejuang - pejuang rakyat yang tidak takut untuk berkorban

Universiti Bangsar Utama harus hidup kembali.