Khamis, 23 September 2010
PROJEK MENIPU MELAYU LAGI
DAPAT LIMA EEEEE
DARI PEMBACA
http://expet.blogspot.com/
Sistem pendidikan sedang dicabul. Malap masa depan anak Melayu!
Petang tadi saya berkesempatan minum dan makan roti canai dengan beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru. Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah lulus (passing mark) untuk subjek Sains dan Matematik yang diubah-ubah untuk mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor hampir setiap tahun.
Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang seperti mendapat "A" di dalam semua subjek di dalam peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan pengiraan. Bayangkan, pelajar yang mendapat semua "A" dalam UPSR dinasihatkan keluar dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan keputusan UPSR mereka.
Menurut kawan-kawan guru ini, projek "menolong Melayu" (kononnya) ini bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek Sains dan Matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini. Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus (passing mark) dilakukan hanya sebagai 'quick fix' sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan dan kementerian pendidikan. Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat "A" di dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25% sahaja.
Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka.
Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun. Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis dan membaca. Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lepas, mereka senang untuk meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka. Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang tahun tiba-tiba mendapat "A" di dalam UPSR.
Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah. Saya tidak tahu samada polis juga bersubahat kerana kertas peperiksaan ini disimpan di balai polis.
Mampus lah kita macam ni...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
31 ulasan:
kata seorang bapak sambil tersenyum:
"hah duit belanja kt asrama nanti
belajar rajin2 eehh"
kata seorang ibu:
"nanti besar jadi orang baik2 yerr.
benda baik tuu, jauhkan lah man.."
dum dum dum,
"anak anda didapati bersalah
fire!!!!!!!!!!
tukar sekolahh"
korek korek korek
Tuan Tukar Tiub,
Cerita-cerita budak bodoh dapat A dalam peperiksaan selepas PPSMI adalah cerita lama yang setiap tahun berulang sampai sekarang.....
kalo nak go 4 quantity drpd quality, itu ler jadiknya.dpt byk "A" pon dlm exam kalo ia tak menggambarkan tahap intelektual seseorg pelajar, tak guna jugak...
Tak Penah Dpt A
Usaha menurunkan markah ini adalah untuk menunjukkan Kementerian Pelajaran dibawah naungan Umno-BN hebat di mata rakyat. Kerajaan Umno-BN hebat! Menteri-menterinya orang Umno hebat! Pegawai-pegawai tingginya pembodek Umno, hebat! Pegawai-pegawai rendahnya penyokong tegar Umno, hebat!
Yang hancurnya ialah anak-anak kita!!!
Ini lah dasar 'Ketuanan Malayu" yang diamalkan oleh amno yang masih diperjuangkan oleh Pak Katak Berahing Alo. Dasar ini tipu diri sendiri..menunjukkan kebodohan orang melayu..yang diagung agungkan sebagai 'Tuan'.
kalau sayangkan generasi yang akan datang dan supaya generasi sekarang tidak dicemuh, umno-bn-apco perlu ditendang pada pru13 nanti! kalau tidak generasi akan datang mungkin akan kencing diatas kubur kita.
bhai,jangan tuduh tanpa bukti.terengganu dapat soalan bocor.kami ibubapa di sini,telah hantar anak2 kami tuisyen dari darjah satu lagi.Aktiviti sekolah sepanjang tahun tidak kira cuti sekolah ataupun tidak.jangan tulis ikut cakap orang aje.siasat terlebih dahulu.itu dikatakan penulis cerdik.
Askm tuan, bagi kami guru-guru ini isu yang sudah lapuk. Bukan perkara baru. Inilah akibatnya bila pendidikan dipolitikkan. Keputusan peperiksaan awam meningkat setiap tahun kerana kemneterian dabn kerajaan BN hendak menjaga air muka. Untuk membuktikan bahawa kononnya dasar yang telah mereka perkenalkan berkesan. Segala pandangan guru-guru tidak pernah dihiraukan, sebab itulah banyak dalam kalangan guru yang menentang kerajaan secara terang-terang atau secara senyap-senyap. Kebajikan guru-guru juga tidak pernah dihiraukan. Beban tugas berlambak. Mungkin orang luar, yang bukan guru melihat guru tidak sibuk keran kami bekerja setengah hari sahaja, tetapi ramai juga yang tidak tahu bahawa kami bekerja tanpa mengira waktu pejabat. Malam kami memetriksa buku-buku latihan, ujian dan peperiksaan. Pada hujung minggu ada kalanya kami bertugas dari pagi hingga ke petang. Adakah kami pernah dibayar kerja lebih masa? Kerja-kerja perkeranian kami sendiri yang buat. Key-in maklumat murid dalam sisitem. Bayangkan kalau murid dalam kelas 40-50 orang. Katakan seorang murid mempunyai 30 maklumat yang perlu diisi dalam sistem yang diperkenalkan oleh kementerian. Berapa lama agaknya kami ambil masa memasukkan maklumat murid ini? Ini baru satu aspek sahaja. Lepas peperiksaan, masukkan pula pelbagai dalam headcount kementerian, jabatan, dan pengetua. Jadi kerja guru bertukar menjadi kerani, oleh kerana itu jangan salahkan guru jika guru suka berlakon. Ada lawatan nazir, pegawai dan sebagainya maka akan sempurnalah pengajaran dan pembelajaran. Penuh dengan alat bantu mengajar, jika tidak pasti ramai guru yang mengajar ala kadar sahaja. Asal mengajar. Persediaan mengajar tidak sempurna kerana banyak lagi tugas lain yang diberikan oleh pengetua, guru besar, atau jabatan untuk disiapkan. Kerajaan dari dulu hingga hari ini belum lagi berjaya meringankan beban guru. Saya harap tt dapat menyelidik dan menulis tentang perkara ini. TQ
Salam
projek menipu gred kelulusan ni sebenarnya dah lama berlaku iaitu sejak bermulanya kemunculan IPTS di zaman Mahathir. Demi mengisi IPTS2 ni dengan pelajar dan merembat duit rakyat maka pelajar2 yang cukup makan telah diluluskan dlm SPM tetapi kelulusan mereka tidak memenuhi kelayakan IPTA, maka pelajar2 ini di offer ke IPTS. Mak bapak pun dah anak dapat peluang sambung belajar takkan tak bagi pulak.......cukong juga yang kaya raya..
Ha ha ha..
Tu yang menyebabkan Tutor Unibersiti poning kepalo..tabung uji pun tak kenal boleh masuk Makmal Sains...ha ha ha...Result penuh dengan A...kalau jaman dulu..nak dapat satu A pun separuh mampus..la ni sonang aje ...ha ha ha...
Apa susah ..ko anjakan aje garisan lulus dalam statistik markah peperiksaan..garenti banyak A..pasal tu Mat Sembab nak mansuhkan peperiksaan..supaya lebih senang dia kelentong ...ha ha ha...
Yang jadi mangsa cik gu gak ..ha ha ha
bro TT..
amalan "passing mark" ni dah lama berlaku dlm UPSR, PMR & SPM..
malah pernah subjek spt Matematik Tambahan kadar lulus 9%...
ade jugak rakan2 yg kaum keluarga bekerja di bahagian peperiksaan mampu memujuk supaya dpt 7A, 8A...
sy rasa sistem pendidikan kita perlukan reformasi & jujur. kalau markah lulus 40%.. maka kekalkan 40%.. gred A pula kekalkanlah 80%..
KPM pun masih membiarkan benda ini berlaku. malah itu xmasuk lagi sekolah2 persendirian cina yg menggunakan silibus pendidikan berpandukan dari negara China & Taiwan..
sistem pendidikan kita teruk..
Bro Isham, kesian juga dengar keluhan Guru Tanpa Nama tu. Kerja perkeranian pun mereka kena buat. Saya cadangkan lantik kerani sekolah seramai bilangan guru dan beri juga mereka gred DG41 atau cuti sama dengan guru. Ini ada kerani 2-3 kerat, nak suruh layan semua kerenah guru. Kebanyakan guru-guru ni lepas sekolah atau 'U', terus mohon guru tanpa pengalaman kerja yang lain. Oleh itu mereka selalu rasakan kerja mereka lebih banyak tekanan dari kerja awam lain. Cubalah cuti seminggu dan join kerja kontrak binaan, perindustrian atau ikut pasukan polis untuk kutip mayat reput selama seminggu... boleh ke? Kebanyakan yang kerja kontrak binaan atau pasukan uniform lain adalah juga berkelulusan sekurang-kurangnya SPM sekarang ini. Mereka pun boleh mengajar jika diberi pendedahan. Kerjaya yang lain pun sebenarnya banyak tekanan dan arahan diluar bidang tugas, tetapi apa nak dibuat, hanya menurut perintah! Lainlah kalau kerja guru, meja atau kerusi yang ringan pun semua anak murid yang angkat, mereka hanya tunjuk dan arah sahaja, manakala tugas sampingan yang lain tu biasalah, kerjaya yang gaji agak lumayan sejak dari maktab lagi dibayar elaun, dan bila cukup tempoh naik gred, apa nak bising? Jangan tak habis-habis nak melalak, orang lain pun penat juga, tetapi mental mereka kental sebab selalu berpeluh.
Assalamualaikum,
Puan Ainon, sebagai orang yang berpengalaman dalam bidang pendidikan perkara ini benar-benar berlaku atau pun cuma khabar angin?
Kepada Tanpa nama 08:07 (23/9/10), memang benar. Isteri aku pun cikgu. Lebih banyak kerja perkeranian yang dia terpaksa buat berbanding dengan kerja mengajar. Inilah yang sebenarnya yang menjadi stress kepada kebanyakan cikgu. Mereka memohon bekerja sebagai seorang guru tetapi sistem yang teruk menyebabkan mereka bekerja sebagai kerani. Macam mana nak tumpukan kepada pendidikan murid?
Laki Cikgu
Memang ada rasional pada tulisan nie.
Masa aku belajar dulu awal 80an nak dapat A dalam UPSR sikit punya susah, rasanya sekolah aku takde pun pelajar dapat 5A.
Naik SRP pun macam tu jugak, nak dapat 10 agregat pun susah nak mampus, pulun study siang malam pun dapat la 20 agregat. Naik SPM pun sama takde sorang pun kat sekolah aku yang skor 10A, jenuh study pun dapata la belas-belas.
Tapi sekarang nie, berkoyan-koyan budak-budak dapat 15A, budak sekarang makin cerdik ke atau peratusan permarkahan makin turun?
Kalau betul nak bantu MELAYU pun berpada-pada la.
-wakleman
Gue cakap ini angkara guru tuisyen juga.
Aku setuju dengan bungkuih...bila makin banyak budak dapat AAAAAAAAAAAAA, maka makin bertambah la IPTS sebab IPTA takleh nak tampung...bila makin bertambah IPTS, maka makin banyak la projek untuk kroni2 dan makin ramai la "budak2 berkelulusan"...bila makin ramai "budak2berkelulusan",maka makin la diorang taknak jadi petani, penternak or operator kilang...akibatnya, makin banyak la mat indon,bangla,vetnam,nepal mai masuk malaysia...akhirnya,makin cerah la peluang gerombolan nak kekal kuasa...kesian kat orang melayu...so pathetic!
jangan ingat melayu sahaja nak bantu melayu dalam kementerian..pegawai-pegawai Cina juga bantu pelajar-pelajar Cina naikkan grade terutama pelajaran Bahasa Melayu.Budak tu cerita sendiri...dari tak A jadi A sebab dia nak biasiswa kerajaan.Tapi jadi begini sebab orang Melayu ajar dulu.
Bro TT
Usaha menurunkan markah lulus bermula sejak Najib jadi Menteri Pendidikan lg! Ingat tak tahun 1990-an dulu pelajar Gred 1 SPM lebih ramai dari pelajar Gred 3, zaman Najib lah timbulnya sistem pawah (frnacais) IPT. Kesudahannya backfire, ramai pelajar kandas di semester pertama lg walaupun dapat gred 1 SPM.Turun markah ni dah lama dah, bukan sekolah rendah saja, sekolah menengah pun sama. Saya tahu sebab saya juga guru di sek menengah! kalau TT nak tahu yg bocorkan soalan UPSR adalah juga guru yg mengawas peperiksaan!Lepas tu dia passing kat guru sekolah tu, guru berkenaan sediakan jawapan dan tunggu pelajar dalan TANDAS!Kalau pelajar tak blh jawab ,dia segera ke tandas kerana guru ada sedia jawapan di sana! Ini bukan mitos tapi realiti! Kenapa pengawas bersubahat? Senang cerita, pengawas semuanya dr sek rendah , kalau dia tak beri kerjasama, tahun depan sekolah dia akan jatuh kelulusannya kerana pengawas sek lain akan sabotaj sekolah pengawas tersebut. Jadi jalan penyelesaian ialah lantik semua pengawas UPRS dari sekolah menengah baru tak berlaku kebocoran!Kerana guru sek menengah tak kan bagi muka pd guru tempat ujian UPSR! Nak tahu kelulusan yg tulen ialah markah TOV atau OTI krn MRSM pernah buat ujian kemasukan dan ramai pelajar kantoi kerana prestasi yg palsu. Sekian harap maklum
ni bukan nak tolong melayu tapi menjahanamkan melayu...10 orang pemuda yg berkualiti boleh menggegarkan dunia berbanding 1000pemuda yang tidak berkualiti dari segi pendidikan akhirat dan duniawi.... fikir2kan lah..
Itulah dasar kebangsaan negara , Kalau tak tipu melayu nak tipu sapa lagi .
Biar dapat 5A , tapi bodoh , Senang kontrol . Kalau pandai macam Bro Hisyam kan susah nak diklentongkan ? .
Rakyat diperkuda
Guru diperkuda
Semua jabatan diperkuda
Yang bangang saja yang membela
Mereka sudah tahu rakyat ini semua kuda kayu .
Bila Pencen Baru berani menentang ( isi borang PAS )
Masa kerja tutup mulut . Takut kena buang kerja .
Bila pencen baru . menentang buat apa dah ?
Semua nak kena hantar pi kondem ( scrap )
Apa nak heran..anak aku pernah dapat 'jawapan bocor' bukan soalan bocor..lagi terrer cikgu depa.nasib baik budak2 yg pandai compare jawapan bocor dengan soalan sebenar x masuk akal..bila cikgu bagi jwp or soalan bocor maksudnya cikgu ajar budak2 meniru...habis tu x kan nak hafal soalan2 tu?mesti tulis kat mana2 kan..ada yg tulis kat mask la,tulis kat tudung la..ini kenyataan...
haha... cikgu kerja banyak? jangan nak tipulah.
cikgu, kerja key in data pelajar kena buat setiap bulan ker? bukan awal tahun jer kan. saya selalu tolong cikgu saya key in data pelajar, dari markah peperiksaan, maklumat pelajar dan kedatangan pelajar. pastu cikgu buat apa? pergi meniaga dalam bilik guru, cite pasal keluarga lah, cite pasal beli kereta barulah, rumah lah, g tempat menarik lah, dari dok berborak tu baik dia buat sendiri kerja key in data tu kan.
betul ker kerja cikgu byk giler sampai stresssss... haha
bukan ker cikgu selalu pesan kan anak murid urus masa dengan bijak. tapi cikgu lak yang tak reti nk urus masa kan...haha
saya dah lima tahun tinggalkan sekolah, dh saya tahu apa yang berlaku dlm bilik cikgu dan bilik dispilin. haha
semua bekerja ker?
borak-borak.
jual langsir lah,
jual gelang permata lah.
haha
nak carik duit lebih ker?
sedangkan cikgu2 saya semua lulusan u. dan grade 41 keatas.
gaji tak cukup ker?
kalo mengajar kelas belakang lagi teruk, ajar sambil lewa jer.
selamat saya, duduk kelas depan. cikgu takut dengan pelajar kelas depan..haha
tapi terima kasih byk2... cikgu yang mengajar dengan betul dan ikhlas.
ni kesah benar, masa saya tingkatan tiga. ada cikgu laki, ajar PJK. mana pernah masuk kelas.
yang di tahu mengulor jer.
bila time pjk jer...dia bagi bola sepak jer.haha
main lah kitorg pelajar2 ni sampai habis masa.
cikgu tu duduk kat kantin borak2 jer...haha
kalo nak gaji besar kerja kena lah byk.
ish3. apa punya cikgu lah.
silalah ajar anak murid dengan hati yang ikhlas, jangan sisihkan pelajar yang kurang cerdik. dan jangan hina pelajar yang mak ayah dorg miskin dan susah.
ada sorg cikgu kat sekolah saya. cikgu tu baru masuk.
dia punya belagak, dia kata saya dulu ajar budak sekolah pandai-pandai,mak ayah dorg semua pandai-pandai, dia kata dia mengajar kat hillcherst..haha
ciet... nak hina kitorg lak ...
pastu kitorg semua buat apa, mintak tukar cikgu tu..haha
dia tak dpt mengajar kitorg,serius dia mengajar sejarah tak best langsung.
itu nak jadi cikgu? mmg tak boleh bla.
sila-silalah lawat sekolah cheras jaya ye.haa
pasal keputusan upsr,pmr,spm, ako layak dpt apa yang ako layak.
tak rasa pun seperti dinaikkan grade atau turun grade.
yelah, setiap ujian bulan markah sama seperti ujian besar.
lagi satu aku akan cek balik, setiap jawapan yang ako buat tiap kali lepas perikse.
ako bukan takut pun berapa aku dpt, aku tahu ako layak dpt apa.
kenapa terengganu ialah yg paling awal dapat soalan bocor? sebab terengganu paling banyak pelajar cemerlang upsr ke?
kalo ikut alasan terengganu paling awal sebab ada pulau2, macam mana dengan pedalaman sabah & sarawak? tak ke kalo ikut teori kertas exam dtg awal, sepatutnya kertas exam akan tiba lagi awal di sabah & sarawak.
Salam Bro TT.
Blog lu adalah paper harian gua
tp x pernah gua komen apa2.
Gua hanya baca saje. Ada yg gua
stuju dan ada yg tidak tp blog
lu ni mmg best.
To Tanpa Nama 23 09:23
Dulu,
gua pernah kerja kilang,
gua pernah kerja menoreh getah,
gua pernah kerja mengait kelapa sawit,
gua pernah kerja buat bangunan...
kerja kilang ... gua penat,
menoreh getah dan mengait kelapa sawit...gua lebih penat,
buat bangunan ...kerja paling penat,
Kini, gua jadi cikgu...
gua pernah mengajar sekolah rendah
kebangsaan (sk),
gua pernah mengajar sekolah rendah
cina (sjkc),
gua pernah mengajar sekolah menengah (sm),
Kini, gua mengajar kelas OKU (mental dan sbg)...
mengajar sk ...gua stres,
mengajar sm ...gua lebih stres,
mengajar sjkc ... gua memang stres,
mengajar OKU ... gua palinggggg stres...
Antara penat dan stres, gua pilih penat...kenapa? Lu tanya la pakcik
google,nanti pasti ada jawapannya..
Kalau lu x dapat jg jawapan, lu doa
byk2 kpd Allah swt dan minta bagi lu anak OKU... Bila dah dapat anak
OKU tu, baru lu dpt tau apa itu penat dan apa itu stres...:)
Sistem pendidikan mmg dah lama dicabul. Bermula dengan impian nafsu nak jadi negara maju. maju dari segi kebendaan tapi dari segi ilmiah; mundur. maka disebabkan ingin maju artificially, maka perlulah dihasilkan jurutera2, doktor2, arkitek2, profesor2 dan segala macam profesinal dengan kadar segera. contohnya kalau dahulu utk mendapat ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan perlu mengambil masa 5-7 tahun, tapi sekarang hanya mengambil masa 3-5 tahun. dipendekkan masa - maka akal pun pendek.
penswastaan institusi pendidikan yg mementingkan wang ringgit sahaja dan bukan taraf pendidikan juga telah menyebabkan pengkhususan melulu - barbarism in specialisation. ini menyebabkan krisis nilai keilmuan.
kalau ini berterusan - akan bertambah byklah org2 bodoh yg akhirnya menjadi amir2, pemimpin2 - kita telah lihat sekarang masalah ini berada di mana2 sahaja, termasuklah negara2 maju.
maka benarlah apa yg dikatakan - apabila di akhir zaman, kuasa2 diberikan kepada org yg tidak layak dan ini menyebabkan terlalu byk kezaliman dan ketidak adilan.
Tahniah untuk 23 14:22, kerana dapat ceritakan hal Guru yang banyak kerja ni. Dia orang nak kelentong kat kita yang pernah menjadi murid sekolah? Pastinya murid lah lebih mengenali guru, kerana bilangan guru lebih sedikit dari murid. Untuk Guru TN 23 16:19, dari coretan anda dapat dipastikan, anda memang seorang yang serabut atau pemalas kerja (ponteng/mengular), tak tetap pendirian dan selalu bersungut yang orang lain tak betul sokmo. Lebih buruk lagi mungkin anda seorang pesakit mental yang tersilap pilih kerjaya sebagai seorang guru. Itu pasal lah semua yang anda buat hasilnya stress. Cucuk kad ATM untuk ambil gaji setiap bulan, stress juga ke...? Tahniah kerana pembohong anda tak menjadi, mungkin mabuk lemang semalam pun tak habis lagi. Kat Rumah Bahagia Tanjung Rambutan ada jawatan kosong lagi (guru Bahasa Melayu), cikgu serba serbi stress tak nak cuba mohon ke?
gila...sapa cakap budak melayu bodoh.Sedap-sedap mulut jer budak melayu dapat soalan bocor.
Budak melayu,siang malam tekun menelaah pelajaran. Cuba lu orang fikir, kalau budak melayu bodoh, tak kanlah malaysia ni maju.
kah kah kah...cilakak..
engineers banyak, tapi satu mende pun tak boleh buat...
dah diset dalam otak,hidup ini cuma,
belajar sampai masuk universiti, keluar universiti makan gaji,kahwin, pencen,mati,masuk neraka.
kah kah kah
from marjinal
Sebelum ni saya jarang bagi komen tapi hari ni saya memang bersetuju dengan artikel TT.
Ini kerana saya telah mendapat tahu tentang perkara ini daripada kenalan saya yang terlibat dalam bisnes tuisyen dan telah mendapat soalan bocor daripada cikgu yang telah membuka kertas ujian lebih awal.
Secara peribadi, saya sangat kecewa dengan tindakan cikgu ini. Jika dari sekolah rendah lagi murid didedahkan dengan soalan bocor, mereka akan sentiasa mencari 'soalan bocor' untuk setiap peringkat peperiksaan dan akan menjadi malas untuk berusaha.
Tidak mustihil mereka nanti akan menjadi 'kangkung' seperti yang selalu disebut-sebut oleh TT.
Assalamualaikum..
Aku dah tinggalkan sekolah 4 tahun lepas,apa yg ketara masa aku tingkatan 6..cikgu selalu tak masuk kelas,apa yg depa buat,susun kerusi meja kat dewan untuk event, masa pengetua baru masuk byk sgt event kt sekolah sampai aku sendiri tak tahu event apa.
Cikgu terlalu pentingkan gred mangabaikan intelektualiti.Ni satu hal,cikgu ni dia uruskan tingkatan 6.Dia langsung tak benarkan pelajar masuk apa2 persatuan,hanya belajar untuk dapat AAAAA.Akhir tahun bagi sijil presiden,naib presiden, bendahari dan segala jawatan walaupun haram x pernah buat kerja.Hasilnya,seorang saja dapat masuk u.
Pernah juga aku bertekak dgn cikgu ni, aku cakap "Khoo Khay Kim cakap universiti bukan kilang pengeluar tenaga kerja,belajar untuk pandai" marah betul cikgu tu.
Skarg cikgu tak macam dulu,jaga prestasi tak kena gaya.,jaga la prestasi pelajar dengan cara yang telus,kalau ikhlas secra x langsung prestasi naik.
senang jer..."kalau apa yg kita sampaikan itu ditambah tokok ceritanya akan menjadi umpatan dan seandainya cerita yang kita sampaikan itu tiada kebenaran maka akan menjadi fitnah dan dosa menfitnah itu adalah lebih besar dari membunuh"....renungkanlah apa yg sy kata....seandainya kita tak tahu letak duduk perkara sebenar jangan memandai nk berhujjah....(Melayu asyik menjatuhkan sesama melayu yang bersorak riang gembira adalah yg kulit itam ngan yg mata sepet....)...PIKIRKAN...nak tolong bangsa sendiri pon masalah ker????jangan pulak kera dihutan kita susukan...anak dirumah mati tak makan...ADA PAHAM???
orang malaysia terutamanya bangsa melayu memang tak ambil peduli semua ini....hakikatnya inilah yang terjadi saban tahun, baik dalam peperiksaan upsr, pmr spm mahupun stpm. dapat markah 10/100 pun dah boleh diberi lulus, bukan dalam matematik dan sains sahaja malah juga berlaku dalam matapelajaran bahasa baik bahasa melayu mahupun bahasa inggeris. orang malaysia (melayu) tak kisah semua pembohongan dan kepincangan dalam sistem pendidikan negara, yan penting ramai pelajar melayu lulus walaupun yg lulus itu hampeh tahap cikai langsung tak berkualiti
Catat Ulasan