Selasa, 29 Mac 2011

SURAT DARI PEMBACA




INI SATU INDUSTRI




SAMAN TRAFIK DI MALAYSIA BUKAN UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN

Oleh ExPet

Kenapakah polis Malaysia sanggup menyorok di dalam semak atau di atas pokok demi untuk memerangkap kesalahan trafik oleh pengguna jalanraya? Tujuannya ialah supaya pengguna jalanraya terus memandu laju supaya saman dapat dikeluarkan. Jika pengguna jalanraya mendapat maklumat di mana kamera diletakkan, pengguna jalanraya akan memperlahankan kenderaan mereka dan tiada kesalahan trafik dilakukan, maka tiada saman boleh dikeluarkan.

Sudah jelas lagi bersuluh bahawa penguatkuasaan undang-undang trafik ini tiada kena mengena tujuannya dengan keselamatan rakyat seperti untuk mengurangkan kemalangan. Sebaliknya tujuannya ialah untuk memerangkap kesalahan trafik yang dilakukan oleh rakyat.

Di kebanyakan negara, pengguna jalanraya tahu di mana kamera diletakkan dan pihak polis trafik tidak menyorok di dalam semak atau atas pokok. Malah, di negara seperti Britain, hampir separuh dari jumlah kamera ini dikatakan dummy sahaja. Walaupun bukan kamera yang benar-benar berfungsi, tetapi tujuannya sudah tercapai - iaitu untuk membuatkan pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati dan mengelakkan kemalangan.

Teknik sedemikian tidak akan dilakukan oleh kerajaan Malaysia kerana tujuan mereka melaksanakan undang-undang bukannya untuk memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada rakyat, tetapi untuk menambahkan hasil pendapatan mereka.

Apabila hari cuti persekolahan, polis trafik gemar memerangkap kesalahan trafik di atas jalanraya di depan sekolah. Ini kerana jalan di hadapan sekolah hadlajunya ialah 30km/jam sahaja.

Apabila sekolah ditutup, jalanraya menjadi lengang maka sudah semestinya pengguna jalanraya akan memandu kenderaan mereka melebihi 30km/jam. Jadi yang penting dan utama ialah memerangkap kesalahan trafik sebanyak yang mungkin, supaya banyak saman dapat dikeluarkan. Walaupun sekolah ditutup dan jalanraya lengang dan keadaan tidak merbahaya langsung, malah tidak logik langsung untuk memandu dengan 30km/jam dalam keadaan tersebut, ini semua tidak menjadi hal kepada kerajaan Malaysia.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang dasar sialan yang mem"pekenakan" rakyat dulu!! Ini salah satu dari banyak bukti menunjukkan k'jaan BN/UMNO sedia ada ini sangat mementingkan diri/kroni nya, rakyat hanya dipergunakan, diperbodohkan HANYA semata-mata untuk MENGEKALKAN kuasa & kekayaan puak UMNO/BN yang tak reti rasa puas dengan kuasa & kekayaan yg mereka milika. Ini adalah kerana REZKI yg mereka dpt secara haram & menindas ini tidak berkat & dengan itu datang nya rasa tamak haloba yg membuak-buak sehingga tidak rasa belas kepada rakyat yg ditindas. Oleh itu tukar kerajaan bagi peluang kat pembangkang memerintah pulak, supaya kesejahteraan rakyat terjamin. Anda & saya insyallah dapat mengubah keadaan!JANGAN membiarkan BN/UMNGOK ni membodohkan & mempergunakan kita lagi dgn retorik bangang mereka! Tukar kerajaan sekarang!

Tanpa Nama berkata...

salam,,,
yg nie saya sokong,,,

part yg terakhir 2 mmg sy sokong...

kpz:)

Stupid University berkata...

Sejak bila polis nak turunkan kadar kemalangan? Mereka hanya nak duit! Kita nie diperbodohkan supaya membayar saman ekor! Kalau betul-betul nak selesaikan masalah kadar kemalangan yang meningkat, sila tangkap samseng-samseng atas jalanraya tu ha! Atau samseng-samseng tu sebahagian besar adalah kaum kerabat polis sendiri? Kah! Kah! Kah! Cit!!! Podah!

Shh berkata...

bang.. pasal tu namanya PERANGKAP HALAJU! nampak sangat tujuannya nak mengenakan orang...

Raden berkata...

di singapura, kalau kawasan tu ada kamera had laju... pemandu akan nmpak signboard nyer...

Budak Baik berkata...

Bang Isham,

Tolong semak istilah "saman mendidik".
Kalau tak silap inilah istilah yang digunakan dahulu.
Klau selalu dgr radio atau tgk TV ada 1 inspektor sellau gunakan istilah ini. Saya rasa kalau istilah ni dipraktikkan maka tak wujud industri saman ni.

Saya rasa perlu dikaji sama ada saman itu untuk mendidik atau menghukum atau .....

terpulang kepada matlamat.

yes berkata...

Kamu bior bebenor Yeop, tak kan lah kerajaan buat tu untuk menambah pendapatan. Malaysia ni kan kaya Yeop, tak mungkin dia buat begitu. Bukan kah Selogan nya ........Rakyat di dahulukan. Tak pecaya tanya Najib

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN SEKARANG DAH TAK DA DUIT,KANTUNG DAH KERING., HUTANG KERAJAAN DAH CECAH RM400BIL.

FDI DAH KURANG, PELABUR DAH TAK MAHU MASUK SBB TAKUT, KEPUTUSAN MAHKAMAH SERING MEMIHAK KERAJAAN. PELABUR TAKUT.RASUAH MAKIN PARAH,

NAK BANGUN KAN NEGARA KENA ADA DUIT, NAK BERI PROJEK PADA KRONI, NAK BIAYA PROGRAM F.L.O.M PERLUKAN DUIT..BELI KAPAL SELAM, BELI SUKHOI.. BAYAR APCO.. SETAUN JE RM28 BIL KETIRISAN..

KORANG NI TAK FAHAM2... :)

Tanpa Nama berkata...

Nak bayar tiga ratus dekat mahkamah atau bayar saya lima puluh chia kopi kah kah kah. anggota traffik pakai kereta mewah, tidur hotel mewah, bercuti luar negara selalu sebab banyak 'masuk'. orang ramai terpaksa bagi kerana lebih mudah. semalam seorang ayah menegur anaknya membawa motosikal tanpa lesen. jawabnya mudah 'pak poket saya ada lima puluh ringgit' senang 'settle' dengan pak traffik tak ada masalah. ini punca kemalangan berlaku. sehingga budak budak sekolah bawa motosikal tidak ditahan dan diperiksa sebab pak traffik tahu puak puak sekolah selalu tak ada duit jadi buang masa tahan mereka. kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

aku baru je kena byr RM 400 sebab dah blacklist. nak hidup roadtax tak boleh. yg sialnya, semua saman tu saman ekor. entah betul entah tidak.ada RM300 lg aku belum byr. Cepatlah pilihanraya.. tak tahan betullah.. geram aku!

zoey berkata...

sya setuju ni semue...kan duit saman,duit 'settle' tu gaji deme...deme yg berkuase atas undang2...ape yg kite org blh lawan...yg blh kite wat hnyelh bersatu dn lawan blik ape yg patut je...

Zoey berkata...

saye setuju..kan saman ke duit 'dettle' tu semue gaji deme...lagipn deme yg berkuase atas menentukan kesalahan kite...kite tk wat salah pn deme ade cara wat kn tu salah kite juge...ape2 pn kite bersatu utk melawan ape yg patut dn bkn dibuli deme sbb deme berkuasa memakai uniform polis diraja mlysia...

Tanpa Nama berkata...

Yes TT, ur perfect! Nape Polis macam tikus sembunyi dalam longkang, dalam parit, belakang tiang macam cara macam pencuri! Mungkin ada yang sembunyi bawah tetek bik mama nak saman orang secara curi! Negara di ketua penyamun, perogol , perasuah ntah apa apa lagi! Bukan mencegah tapi mencuri! Sial punya U Melayu No Otak!

zahrul berkata...

hahahahahaha koi pon kena saman ekor babi ni di depan skolah...dah memang hari2 koi lalu jalan tu nak g skolah...mmg koi tak halal kan apa yg diaorg semua buat...koi pelik la puak2 ni makan duit haram mcm tak ingat mati

ijlal naim berkata...

betul macam celaka! aku bawak 90kmh je sebelum tol 50 sen cheras dah dua saman aku kena! apa lancau dia punya speed limit 80kmh??

JinChrist berkata...

Barua Barisan Najis...