Memaparkan catatan dengan label EKONOMI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EKONOMI. Papar semua catatan

Khamis, 26 Mei 2011

THE BATTLE OF THE BADUTS



BADUTS WAR PART TWO




nota:
ulat taik jamban hitam kata
ulat taik jamban kuning bodoh
ulat taik jamban kuning kata
ulat taik jamban biru duduk dalam taik

nah!

ini persolan falsafah yang amat payah
hendak dipecahkan dari zaman greek lagi
kenapa mereka ini jadi ulat taik
kah kah kah



JIHAD : PERKASA KECAM NAZRI AZIZ DAKWANYA PEMIMPIN HALF PAST SIX - minsider

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menegaskan pihaknya tidak akan melayan kritikan Nazri Aziz dalam isu “perang jihad”, sebaliknya menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai pemimpin “half past six.”

Syed Hassan dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya tiada masalah jika Nazri mahu menggelar Presiden Perkasa Ibrahim Ali sebagai “badut.”

“Perkasa tiada masalah dengan Nazri jika beliau mahu gelar apa pun ke atas Ibrahim atau pimpinan Perkasa yang lain, biarkanlah.

“Kami Perkasa tak hairan kerana beliau pun sanggup gelar orang yang banyak berjasa kepada negara seperti Mahathir dengan macam-macam gelaran,” katanya.

Oleh itu, katanya, “gelaran badut kepada Ibrahim tak jadi masalah.”

“Tak guna kita nak marah beliau pasal apa guna kita layan menteri ‘half past six’ macam Nazri ini, beliau keluarkan kenyataan macam itu, beliau fikir semua orang Melayu suka dan sokong kenyataan beliau dan beri banyak keuntungan kepada Umno,” katanya lagi.

Nazri dilaporkan melabel Ibrahim sebagai “badut” sambil berkata Putrajaya tidak akan memandang serius dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau juga berkata Ibrahim perlu ditangkap dan didakwa jika kenyataannya boleh mendatangkan rusuhan dalam negara.

“Pada saya, beliau Ibrahim adalah badut, saya tidak rasa rakyat akan memandang serius dengan apa yang beliau katakan.

“Sudah lebih 10 hari sejak beliau keluarkan kenyataan itu dan tiada rusuhan yang berlaku. Ini menunjukkan rakyat sudah matang,” kata Nazri lagi.

Dalam ceramahnya di sini dua minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…PEMBACA YANG BUDIMAN…. kah kah kah..

kah kah kah…SILA BACA DALAM LAPORAN INI…kah kah kah…

kah kah kah…INI KESAH PERTEMPURAN BADUT-BADUT…. kah kah kah..

kah kah kah...BUKAN PERTEMPURAN BANDIT BANDIT.... kah kah kah

kah kah kah…SILA TEKA ADA BERAPA EKOR BADUT…. kah kah kah..

NOTA:

woit - HALF PAST SIX NI APA?.... kah kah kah

KEPALA BADUT

Selasa, 29 Mac 2011

SURAT DARI PEMBACA




INI SATU INDUSTRI




SAMAN TRAFIK DI MALAYSIA BUKAN UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN

Oleh ExPet

Kenapakah polis Malaysia sanggup menyorok di dalam semak atau di atas pokok demi untuk memerangkap kesalahan trafik oleh pengguna jalanraya? Tujuannya ialah supaya pengguna jalanraya terus memandu laju supaya saman dapat dikeluarkan. Jika pengguna jalanraya mendapat maklumat di mana kamera diletakkan, pengguna jalanraya akan memperlahankan kenderaan mereka dan tiada kesalahan trafik dilakukan, maka tiada saman boleh dikeluarkan.

Sudah jelas lagi bersuluh bahawa penguatkuasaan undang-undang trafik ini tiada kena mengena tujuannya dengan keselamatan rakyat seperti untuk mengurangkan kemalangan. Sebaliknya tujuannya ialah untuk memerangkap kesalahan trafik yang dilakukan oleh rakyat.

Di kebanyakan negara, pengguna jalanraya tahu di mana kamera diletakkan dan pihak polis trafik tidak menyorok di dalam semak atau atas pokok. Malah, di negara seperti Britain, hampir separuh dari jumlah kamera ini dikatakan dummy sahaja. Walaupun bukan kamera yang benar-benar berfungsi, tetapi tujuannya sudah tercapai - iaitu untuk membuatkan pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati dan mengelakkan kemalangan.

Teknik sedemikian tidak akan dilakukan oleh kerajaan Malaysia kerana tujuan mereka melaksanakan undang-undang bukannya untuk memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada rakyat, tetapi untuk menambahkan hasil pendapatan mereka.

Apabila hari cuti persekolahan, polis trafik gemar memerangkap kesalahan trafik di atas jalanraya di depan sekolah. Ini kerana jalan di hadapan sekolah hadlajunya ialah 30km/jam sahaja.

Apabila sekolah ditutup, jalanraya menjadi lengang maka sudah semestinya pengguna jalanraya akan memandu kenderaan mereka melebihi 30km/jam. Jadi yang penting dan utama ialah memerangkap kesalahan trafik sebanyak yang mungkin, supaya banyak saman dapat dikeluarkan. Walaupun sekolah ditutup dan jalanraya lengang dan keadaan tidak merbahaya langsung, malah tidak logik langsung untuk memandu dengan 30km/jam dalam keadaan tersebut, ini semua tidak menjadi hal kepada kerajaan Malaysia.

Selasa, 2 November 2010

JANGAN KELENTONG PENGGUNA





BUKAN SUSAH NAK LETAK HARGA




RISALAH SKIM KAWALAN HARGA MULA DIEDAR
- melayau

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Para pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengedarkan Risalah mengenai Skim Kawalan Harga Musim Perayaan 2010 sempena Deepavali diedarkan kepada para peniaga bagi menyedarkan mereka tentang pelaksanaannya yang bermula semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu bagi mengelakkan peniaga memberi alasan 'tidak tahu' apabila penguatkuasaan dilakukan sehingga skim itu berakhir pada 9 November ini.

"Untuk dua tiga hari ini, tindakan masih belum diambil kerana kami faham bahawa masih ada peniaga yang terlupa untuk menukar tanda harga kepada warna merah jambu kerana skim kawalan harga untuk Deepavali baru bermula.

"Bagaimanapun, kementerian melalui pegawai penguat kuasa seluruh negara memantau dan menyebarkan risalah-risalah supaya perkataan 'tidak tahu' tidak dijadikan alasan untuk tidak mematuhi peraturan," katanya.

Ismail Sabri memberitahu, melalui pemantauan yang dilakukan semalam tiada peniaga menaikkan harga barang sebaliknya ada yang menjual dengan harga yang lebih rendah.
Bagaimanapun jelasnya, sebilangan kecil peniaga tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu yang ditetapkan semasa tempoh kawalan harga musim perayaan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI SATU PERUBAHAN YANG BAIK… kah kah kah..

kah kah kah…. DULU BILA MUSIM PERAYAAN MENTERI LAWAT PASAR AYAM…. kah kah kah..

kah kah kah… BILA NAK HARI RAYA … LAWAT PASAR CHOW KIT… AMBIL GAMBAR DENGAN BANGKAI AYAM…. kah kah kah..

kah kah kah… SEKARANG….ADA FLYER…ADA RISALAH. kah kah kah..

woit… BAK KATA ORANG PUTIH… THE IDIOT MISS THE POINT…. kah kah kah..

woit.... WARGA BUKAN NAK BACA RISALAH…. kah kah kah..

kah kah kah… WARGA NAK HARGA YANG SETIMPAL….. kah kah kah..

nota:
cuba pergi siang dan malam ke pasar chow kit
kenapa tanda harga tak ada diletak
apa salah letak tanda harga?
susah sangat nak letak harga
ini tugas kementerian untuk pastikan

cuba pergi ke pasar di chow kit
kenapa dacing timbang tu tidak menghadap kepada si pembeli
kenapa dia menghadap kepada si penjual.
kenapa tidak gunakan timbang yang tak boleh tipu
apakah ini kerana semua dacing timbang ini milik gerombolan kah kah kah


Rabu, 21 Januari 2009

HARGA GULA DIJANGKAN NAIK SELEPAS TAHUN BARU CINA - melayu


BUTTERWORTH 20 Jan. — Harga gula mungkin dinaikkan selepas perayaan Tahun Baru Cina ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan harga gula berikutan harga barangan itu telah naik di pasaran antarabangsa.



kah kah kah…. pelik ? … pelik ?.... hairan…. macam mana harga gula naik?... kah kah kah…

kah kah kah…. pasal apa harga naik…. cakap MALAYSIA HAS NO ECONOMIC CRISIS…. kah kah kah…. OUR FUNDAMENTAL IS STRONG…. kah kah kah…

woit… ini hairan ini…. sapa dah kemut duit gula…. kah kah kah…. negara malaysia mana ada masaalah ekonomi….. mana ada krisis…..kah kah kah…. negara lain adalah… malaysia negara unik…. kah kah kah….

woit …. munkeee….tak payak laaa tipu rakyat…. nak tipu buat apa….. kalau tak beli kapal selam dua biji tu…. berapa kilo agaknya dapat beli gula…. kah kah kah…

woit… munkeee… kalau tak beli kapal terbang sukhoi tu….. berapa tan gula boleh bagi percuma pada rakyat…. kah kah kah…


kah kah kah…. esok mesti ada melayau tulis …. gula tak baik untuk kesehatan…. orang eropah tak makan gula…. gula di malaysia lebih murah dari di zurich… lebih murah dari di tokyo…. lebih murah dari di stockholm….tak percaya sila tunggu…. mesti ada kang kong yang tulis cerita macam ini dalam melayau….. kah kah kah




Khamis, 4 Disember 2008

DUA KEPALA LUTUT BERCAKAP


PENDAPATAN NEGARA MUNGKIN TERJEJAS DENGAN PENURUNAN HARGA MINYAK - mSTAR


KUALA LUMPUR: Pendapatan negara mungkin akan terjejas sekiranya harga minyak dunia turun dengan mendadak berikutan krisis ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sekiranya harga minyak turun mendadak, pendapatan akan terjejas kerana peratusan pendapatan dari minyak adalah tinggi," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini.

Jika pendapatan negara terjejas ia akan membawa kesan-kesan lain, kata beliau tanpa memberi perincian.


KRISIS EKONOMI DENUA BERI KESAN MINIMA KEPADA MALAYSIA -mStar

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia masih kukuh dan kesan yang diterima dari krisis kewangan dunia adalah minima, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha.

"Malaysia tidak terdedah kepada krisis kewangan secara langsung dan menerima kesan secara tidak langsung dan minimum dari krisis gadaian subprima tersebut disebabkan kekuatan domestik ekonomi," katanya semasa sesi soaljawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah tabungan negara masih berada pada paras yang kukuh iaitu 37 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang mencerminkan negara mempunyai lebihan mudah tunai yang boleh digunakan untuk menjana aktiviti ekonomi.

kah kah kah…. DUA LAGI KEPALA LUTUT BERCAKAP…. mat ngantok kata MUNGKIN TERJEJAS…. kah kah kah….

satu lagi munkee kata …. KESAN MANIMA…. kah kah kah…

woit…. apa ngoooook sangat… MUNGKIN TERJEJAS?..... kepala hangguk apa?.... bukan munkin terjejas…..PASTI TERJEJAS…. bila kita jual barang dengan harga murah…. dapat duit sikitlaaaa…. masa buat bujet harga minyak mahal……bila nak buat projek harga minyak turun….. ertinya duit kurang dapat….. kah kah kah…. cam mana munkee dua ekor ni boleh memimpin….kah kah kah…

woit tak payah laa cakap KDNK…. entah apa hantu lagi… ni semua nak tipu melayu…. nak bodoh bodoh kan melayu…. cukuplaaa….. hentikanlaaa…. kah kah kah

woit…. baca bawah ni apa tan sri hassan ni cakap… baca betul betul…kah kah kah

PETRONAS RAMAL PENGURANGAN PENDAPATAN BESAR TAHUN INI -melayau


KUALA LUMPUR 3 Dis. Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) yang merupakan penyumbang tertinggi kepada hasil kerajaan meramalkan penguncupan pendapatan yang besar pada tahun ini berikutan kejatuhan harga minyak di pasaran dunia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, pengurangan pendapatan itu adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan berikutan penurunan harga minyak sejak kebelakangan ini.

Anda (pemberita) bertanya soalan yang agak jelas (jawapannya), jika harga minyak menurun 60 peratus, maka pendapatan juga akan menurun 60 peratus, katanya pada sidang akhbar sempena Persidangan Teknologi Petroleum Antarabangsa ke-3 di sini hari ini.





Khamis, 18 September 2008

BERITA EKONOMI

Harga bahan bakar petrolium telah turun di bawah 100 dolar satu tong.

Ekonomi dunia semakin tidak menentu. Bursa saham jika diambil sebagai penunjuk semakin merundum.