Selasa, 3 Mei 2011

SURAT DARI PEMBACA




KEHANCURAN MATA PENCARIAN



PENDERITAAN RAKYAT

Tuan,
Memohon Liputan Media Terhadap Penderitaan Orang Kampung Akibat Pembangunan di Muara Sungai Pulai, Pontian, Johor.

Untuk makluman tuan, kampung kami terletak bersebelahan dengan tapak perindustrian yang sedang rancak dibangunkan di muara Sungai Pulai. Antara aktiviti perindustrian yang telah sedia ada ialah Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Loji Janakuasa Elektrik Arang Batu Tanjung Bin dan terkini ialah pembangunan industri petrokimia. Tiga buah kampung yang terletak sangat dekat dengan kawasan industri ini ialah Kampung Sungai Dinar, Kampung Sungai Cengkih dan Kampung Sungai Boh. Majoriti penduduk kampung bekerja sebagai nelayan, pekebun dan bekerja sendiri. Sebahagian kecil bekerja makan gaji dengan sektor swasta dan sektor awam.

Sejak pembinaan tapak industri, banyak masalah yang kami alami. Pertama, pendapatan kaum nelayan terus merosot. Dahulu, purata pendapatan kami ialah RM2000-4000 sebulan. Hasil tangkapan terbesar ialah udang laut, ikan dan ketam yang terdapat di lubuk tertentu dalam hutan bakau. Kini, lubuk itu telah ditimbus dengan pasir untuk dijadikan tapak industri petrokimia. Selain itu, syarikat telah mengubah lokasi jeti nelayan kepada lokasi baru. Lokasi baru ini adalah sungai buatan di mana hutan bakau ditebang dan lumpur dikorek untuk dijadikan sungai.

Kelemahan lokasi ini ialah nelayan hanya boleh pergi balik ke jeti semasa air pasang sahaja. Tidak seperti dahulu, nelayan boleh ulang alik ke laut pada bila-bila masa. Ini kerana semasa air surut, sungai menjadi sangat cetek dan menyebabkan perahu tidak boleh sampai ke jeti. Malah, terusan yang sempit juga menghasilkan alunan ombak yang kencang. Ini membahayakan perahu nelayan yang kebanyakannya ringan. Perahu sedemikian tidak mampu melawan pukulan alun ombak besar. Secara tidak langsung, membahayakan nyawa nelayan.

Kedua, kejadian banjir di kawasan kampung akibat air pasang besar. Dahulu, fenomena air pasang besar tidak menyebabkan keadaan sebegini. Kini, banjir berlaku setiap sebulan sekali. Kesannya, ia merosakkan rumah penghuni kampung dan merosakkan tanaman kebun. Pendapatan pekebun kecil terjejas. Penambakan pasir dan penutupan sungai semulajadi yang digantikan pula dengan sungai buatan kemungkinan besar menjadi punca perkara ini berlaku.

Ketiga, pencerobohan kera ke kawasan kampung. Sejak hutan simpan Sungai Pulai dijadikan tapak industri petrokimia, banyak hutan bakau yang telah ditebang. Sebahagian besar hidupan hutan seperti kera telah berpindah ke kawasan kampung. Mereka merosakkan kebun dan menceroboh rumah penghuni kampung. Selain itu, kampung terdedah kepada serangan nyamuk hutan. Habitat semulajadi nyamuk ini ialah di hutan bakau. Nyamuk mula menyerang pada waktu maghrib sehingga ke larut malam. Ketenteraman dan keselamatan kami terganggu akibat suasana ini.

Keempat, corong Loji Janakuasa Elektrik Arang Batu Tanjung Bin melepaskan asap busuk pada waktu tengah malam sehingga subuh. Sebelum ini, suatu perjanjian persefahaman antara penduduk kampung dan syarikat berkenaan telah dimeterai. Antara kandungannya ialah syarikat perlu memastikan udara yang terbebas adalah selamat bagi penduduk setempat. Hasilnya, pada waktu siang, tiada asap kotor yang keluar dari corong tersebut, tetapi tanpa diduga oleh orang kampung, syarikat melepaskannya pada waktu tengah malam. Bau asap busuk amat mengganggu kehidupan warga kampung.

Kelima, kejadian angin kencang yang semakin kerap di kawasan kampung. Sejak banyak bakau ditebang, kawasan kampung semakin lapang. Oleh itu, kawasan kami semakin terdedah terhadap tiupan angin kencang. Kampung kami terletak sangat dekat dengan laut. Kejadian ribut petir pada waktu tengah malam dan subuh (ribut Sumatera) mudah berlaku. Tempoh keadaan cuaca ini biasanya antara dua hingga tiga jam. Tiupan angin kuat membuatkan kami sering dalam ketakutan. Selain itu, kebanyakan rumah di sini adalah rumah lama, bila-bila masa sahaja boleh roboh.

Keenam, lambakan pekerja asing di kampung kami. Sejak pembangunan dijalankan dengan pesat, banyak warga asing dari Indonesia, Myanmar, Vietnam dan Bangladesh dibawa masuk ke kawasan kampung. Mereka berada di merata-rata tempat. Kami berasa takut dan curiga dengan kehadiran mereka. Dahulu, anak-anak perempuan boleh bebas berjalan di sekitar kampung. Kini, kami seperti terpenjara dalam negara sendiri. Peluang pekerjaan turut diboloti oleh orang luar sedangkan ada kalangan warga kampung yang mempunyai sijil kelulusan yang setaraf dengan mereka. Tetapi, kami sebagai orang kampung berasa tersisih.

Tuan, ini adalah sebahagian masalah yang dihadapi oleh orang kampung. Kami amat berterima kasih dan berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat turun ke kawasan kami untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku.

Untuk makluman pihak tuan, syarikat ada membuat perjanjian. Tetapi ia hanya melibatkan segolongan kecil warga kampung iaitu Jawatankuasa Penyelaras Tiga Buah Pengkalan (JPTBK) yang terdiri daripada golongan nelayan Kampung Sungai Cengkih, Sungai Dinar dan Sungai Boh yang seramai lapan belas orang. Sepatutnya syarikat memanggil semua penduduk kampung dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang keseluruhan projek sebelum ia dijalankan. Ini kerana kesan projek akan melibatkan seluruh warga kampung. Kami sebagai Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) langsung tidak dibenarkan terlibat dalam hal ini. Kami pernah mengutarakan hal ini kepada ADUN dan ahli Parlimen Tanjung Piai. Sayangnya, sehingga sekarang masih sepi. Pihak syarikat juga banyak kali bertangguh untuk mengadakan dialog dengan penduduk kampung.

Tuan, kami sangat berharap pihak tuan dapat mengadakan liputan media tentang penderitaan warga kampung seterusnya dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah. Penyelesaian pertama yang kami harapkan ialah penglibatan yang lebih aktif daripada ADUN dan Ahli Parlimen dalam membela nasib orang kampung. Ini kerana kebanyakan masalah yang diajukan kepada mereka menjadi senyap begitu sahaja. Sekurang-kurangnya mereka sudi menerima pelawaan kami untuk berdialog dengan orang kampung.

Kedua, pihak syarikat perlu lebih jujur dan bersifat bertanggungjawab terhadap pembangunan yang dilakukan dan kesannya terhadap orang kampung. Oleh yang demikian, kami telah merancang beberapa langkah yang perlu dilaksanakan oleh pihak syarikat. Langkah pertama, segala perancangan pembangunan yang dilakukan oleh syarikat mesti melalui musyawarah dengan orang kampung. Kami tidak menghalang pembangunan, tetapi janganlah sampai menyekat periuk nasi dan membuatkan kami seperti menumpang di negara sendiri .

Langkah kedua, kami mahu perjanjian baru dimeterai antara syarikat dengan orang kampung yang disaksikan oleh ADUN, Ahli parlimen dan Pegawai Daerah. Selama ini, perjanjian adalah bersifat berat sebelah dan hanya menumpu kepada golongan nelayan yang seramai 80 orang sahaja. Perjanjian dahulu dibuat secara senyap-senyap. Malah dokumen perjanjian tidak dimaklumkan kepada kami. Keseluruhan perancangan projek petrokimia ini pun hanya kami ketahui daripada NGO.

Langkah ketiga, kami mahu pihak syarikat meletakkan warga tiga buah kampung ini sebagai pilihan pertama bagi segala jawatan kosong yang ada di syarikat tersebut. Setelah tiada yang bersesuaian, barulah dibuka kepada warga kampung berdekatan dan seterusnya.

Langkah keempat, kami mahu syarikat menyumbang kepada prasarana kampung seperti jalanraya, surau dan masjid serta sekolah. Syarikat juga perlu menyumbang kepada kebajikan golongan OKU dan orang miskin serta aktiviti sekolah dan kampung.
Tuan, kami amat berharap liputan tuan tentang penderitaan kampung kami akan membuka mata pelbagai pihak terutamanya pimpinan tempatan, kerajaan dan pihak swasta.

Kerjasama daripada pihak tuan membawa erti yang sangat besar kepada kehidupan sekarang dan masa depan anak cucu kami serta warga kampung berdekatan. Semoga usaha ini dapat menaikkan lagi nama organisasi tuan dan nasib kami sebagai warga kampung terbela.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
AB. HAMID BIN AHMAD
Setiausaha Biro Kebajikan
Jawatankuasa kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK)
Kampung Sungai Cengkih Kawasan 1
Mukim Serkat, Pontian, Johor

(013-7087241)



17 ulasan:

Beruk Ketawa berkata...

Nang jer nak selesai masalah ni..

Bang jumpa semua saudara mara, anak2 saudara, mak2pak2 saudara, ipar2 biras2 dan semua sahabat handai

PRU-13 nanti...'1Saudaramara' jangan undi BN !

Tanpa Nama berkata...

johor darul umnongok....lu pikirlah sendiri...

shahmetal berkata...

ala brader, kan brader jugak yang suka pembangunan.. buat dulu, masalah kemudian la cerita..

jangan jadi bodoh, kan kita mahukan pembangunan!

Tanpa Nama berkata...

yg kau poi pangkah gerombolan dulu kau tak pikir... ambiklah pembangunan yg kau nak tue..

Tanpa Nama berkata...

kahhh..kahh..kahh wak kang umngok buat citer lawak..tak lain tak bukan nak projeklah tu..dah lama dah tak rasa duit pojek..apa kata kau doa ahli parliman kau mamposss musti dapat pojek segera

Tanpa Nama berkata...

Undilah UMNO, dari dulu sampai sekarang dan mungkin selama-lamanya, wahai orang Johor.

kgpadangbalang berkata...

mukim serkat? saya ada kenal ahli pemuda gerombolan di situ.

Kroni besar MB Johor skang, senang cerita dia adalah chu kong komputer bagi semua pejabat kerajaan negeri.

Penulis surat, cuba try test md sees md ali ada sanggup ke nak bawak kes ni kepada MB?

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Shahmental,
kan kita semua dah tau...orang umno ni semuanya bodoh dan bangang...hinggakan tahap kebodohan dan kebangangan dia orang melebihi tahap kebodohan dan kebangang kerbau dan lembu...dia orang boleh buat apa...nanti bila pilihan raya...kita bagi aja sorang RM20/=....gerenti dia orang sokong umno...
Dulu ada peribahasa menyatakan.."BODOH MACAM LEMBU"...sekarang ni dah tukar..."BODOH MACAM AHLI UMNO"....kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

kita orang islam beriman diajar oleh agama kita islam dalam memilih pemimpin yang akan memimpin kita kearah ketakwaan, dalam islam tak pernah disuroh memilih peminpin semata2 berdasarkan pembangunan yang akan membawa kita hanyut jauh dari mentaati ALLAHSWT.

Tanpa Nama berkata...

Nak liputan media? Ni negeri Johor la brother, diperintah oleh UMNO-APCO. Sampai mampus media tak akan buat liputan. Kalau nak publisiti, nanti PRU-13 tukar kerajaan negeri kpd PR, confirm media akan terus bising.

Wahab Tampoi berkata...

Alip mana alip?

Tanpa Nama berkata...

............

Tanpa Nama berkata...

kesian org2 negeri ku.tulah sape suruh pangkah BN..tgk org muar..2 kerusi dun bagi dkt PAS.kerusi parlimen bakri bekas tmpt chua jui meng bertanding pon lepas bg kt DAP...skrg ni kt dpn rumah aku dah terpacak signboard nak upgrade masjid jd 2 tingkat.cuba klu dun aku ni masih lg BN pegang,kompom smpi ke sudah xbuat lg projek..

Tanpa Nama berkata...

Alaaaa..

Sedara..Ko tahan lukah ke..kalau nak memancing Haruan besor, jangan pakai cacing...pakai katak la..Ade Faham..

Aku garenti, kalau berita ni masuk Harakah, jam tu jugak pegawai MB datang bagi pengeras suruh tutup mulut..ha ha ha...tak percaya..hangpa tenggok la nanti ..orang Johor ni mudah kena kencing dengan Mamak KIMMA..ha ha ha.

Tanpa Nama berkata...

cuba sedara pacak 100 helai bendera pas dan 100 helai bendera pkr.
dua hari lepas tu, masalah sedara akan selesai

tak caya, cubalah......
adun gerenti turun

kalau lepas 2 hari tak settel jugak, ajak anak pinak sedara pangkah pr

dukun berkata...

adesh...baru tau ka johorian?teman tak kuase nak nolong. bukan daya teman. udah abeh riang memekik melolong jangan beri pader puak puak demer ni. memiker idak juger nak dengor.

"kite bakor jer usin..."

Tanpa Nama berkata...

...bila baca surat yg begitu panjang lebar ni, aku rasa simpati yang amat sangat, tapi bila baca komen2 dibawah...aku pun tumpang sekakilah...kah..kah..kah.....undi bn lagi ya!