Selasa, 3 Mei 2011

JEMPUTAN UNTUK MALAM INI




JEMPUTAN MALAM INI




KAMUNTING : KISAH HIDUP DALAM PENJARA ISA

Salam sejahtera,

Dengan anjuran bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Civil Rights Committee, KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC), Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) akan melancarkan buku Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Hulu Kelang YB Saari Sungib, yang bertajuk Sengsara Kem Kamunting: Kisah Hidup dalam Penjara ISA. Dijemput semua teman dan pelanggan untuk hadir ke majlis pelancaran bagi memeriahkan lagi majlis tersebut di samping melibatkan diri dalam diskusi ‘Siapa di belakang ISA?’

Tarikh : Selasa, 3hb Mei 2011
Masa : 7.30mlm – 10.30mlm

Tempat: Dewan Seminar Tingkat 2, KL & Selangor Chinese Assembly Hall,
No.1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. (Sebelah Stesen Monorail Maharajelela)

Program
- Kata-kata aluan GMI
- Ucapan oleh Pengulas Buku YB Chang Lih Kang (ADUN Perak kawasan Teja)
- Pelancaran Rasmi dan Penyampaian Cenderamata

Diskusi Panelis: Siapa di belakang ISA?
Ahli Panel: 1) S. Arutchelvan (Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, PSM)
2) Hishamuddin Rais (Aktivis Sosial, Seni dan Penulis)
3) YB Nurul Izaah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai, KL)

SEMUA DI JEMPUT HADIR


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isham nak cakap pasal ISA, lari berpuluh tahun sampai dok luar negara nak cakap pasal ISA? telur kecut jgn ngaku belalai panjang mcm DSAI kah kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

TT kan pernah kena ISA...

apa lah punya mamat sekor ni...hahahah

buta sejarah ke!

TT bukan telor kecut....

TT tulur bengkak kena bodek....

ops! bukan bodek....kena hernia tu...kahkahkah

kgpadangbalang berkata...

Tanpa Nama 2.32 PM buta sejarah.

Isham kena tangkap ISA dua kali, kali pertama sejurus selepas dia pulang ke Malaysia (seperti yang diceriterakan semasa diskusi yang baru selesai tadi), dan kali kedua pada tahun 2001 kerana dituduh mempunyai senjata seperti molotov cocktail.

Pada saya, Isham mempunyai locus standi kukuh untuk berdebat tentang hal ini