Rabu, 8 Jun 2011

TIPU TIPU DAN TIPU





DEDAH DULU HASIL SIASATAN SEBELUM PANGGIL INKUES, KATA KELUARGA SARBAINI
- minsider

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menyifatkan cadangan polis agar diadakan inkues bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam itu April lalu sebagai mahu melengah-lengahkan hasil siasatan selain mahu “menyembunyikan sesuatu.”

Justeru menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, pihaknya mahu polis mendedahkan terlebih dahulu siasatan yang telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum membuat tindakan susulan termasuk diadakan inkues.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber itu berkata, keluarga Ahmad Sarbaini tetap bertegas mahu hasil siasatan polis didedahkan kepada umum.

Tambah sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini juga kurang bersetuju dengan cadangan polis itu selagi tidak tahu status sebenarnya hasil siasatan bapa lima anak itu.

“Keluarga kini keliru dan tidak tahu apa yang sepatutnya hendak dilakukan... untuk inkues keluarga kurang bersetuju sebab macam cubaan mahu melengah-lengahkan kes ini sahaja.

“Jadi keluarga Allahyarham tetap mahu polis dedahkan dulu hasil siasatan yang mereka peroleh sebelum nak buat apa-apa tindakan termasuk inkues,” katanya.

Jelas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini tidak mahu hasil siasatan yang diperoleh daripada inkues itu akan sama seperti kes kematian Teoh Beng Hock yang mengambil masa bertahun-tahun dan kini masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

“Keluarga tidak mahu kes ini jadi macam kes Teoh Beng Hock, nanti bila diadakan inkues ia akan mengambil masa bertahun-tahun... yang akhirnya keputusan tidak wajar dibuat.

“Jadi untuk apa inkues dibuat kalau mengambil masa bertahun-tahun? Kami mahu keputusan segera, polis kena dedahkan hasil siasatan mereka sebelum tindakan susulan diambil.

“Apa akan jadi kalau inkues ini diadakan? Adakah mungkin akan ada saksi atau bukti lain yang akan muncul? Kami tidak mahu, dedahkan segera... jangan berdiam diri macam nak sembunyikan sesuatu,” tegasnya.

nota:
francis mati di rumah pasong brickfeild
kugan mati di rumah pasong damansara
beng hock mati di pejabat sprm
aminulrashid mati di tembak
sarbani mati di pejabat sprm
semua kelentong
semua tipu
semua putar

sampai bila orang melayu ini nak sedar
sampai bila orang melayu ini berani bercakap benar
sampai bila orang melayu ini nak jadi jujur



MATI MENGEJUT



MAYAT DITEMUI POLIS

KUALA LUMPUR : 8 Jun: Polis Damansara hari ini telah menemui mayat saorang lipas. Mengikut Ketua Polis Damansara Datuk Lies Boh Hong mayat lipas ini telah ditemui dalam ibu pejabat SPRM.

Bagaimana pun seorang pegawai polis yang tidak mahu namanya ditulis telah berkata bahawa mayat lipas ini telah ditemui mati tergantung dalam bilik siasatan SPRM di tingkat 4.

Sumber sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa lipas ini sedang disiasat oleh SPRM. Sumber ini juga berkata siasatan ini bersangkutan kehilangan beberapa helai kertas yang dikatakan telah di makan oleh lipas ini.

Pengawal pintu masuk dari Nepal Cik Tipu Tensing yang telah di soal oleh pihak polis mengatakan bahawa lipas ini telah masuk ke bangunan SPRM ini pada jam 10.00 pagi. Dari rekod pintu masuk lipas ini telah tidak keluar selama dua hari dari bangunan SPRM ini.

Ketua Pengarah SPRM Datuk Seri Abu Kassim Muhamad telah berkata bahawa siasatan akan dilakukan dengan rapi. Beliau meminta agar orang ramai jangan membuat apa-apa spekulasi tentang kes ini. Orang ramai juga di nasehatkan agar jangan mendengar khabar-khabar angin terutama dari Tukar Tiub.

Walau bagaimana pun Abu Kassim telah berkata ‘ ini kes sudden death’.

Pihak polis sedang cuba menghubungi keluarga lipas ini. Orang ramai yang ada maklumat tentang lipas ini sila hubungi rumah pasong Damansara. Pilis juga berkata sesiapa yang kehilangan lipas sila hubungi HUKM untuk mengenal pasti mayat lipas ini

Mayat lipas ini telah di bawa ke Hospital HUKM untuk di bedah siasat.(TT)

10 ulasan:

mek berkata...

hahaha...
tt lawak tahap gaban
ada jiran aku kehilangan lipas
nanti aku mintak dia pergi HUKM buat pengecaman

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

ada iklan kat radio..
HADAPKAN SI PENIPU KEMUKA PENGADILAN!!!

UMNO & Kroni MUST BE DESTROYED!!!!

lipaskudung berkata...

kalau lipas tu jantan dan bernama 'NAJIB', lipas aku laa tu.. hilang 2 tahun lepas... iskkkk!!

anti kezaliman berkata...

kah kah kah .... orang ramai dinasihat jangan dengan kabar-kabar angin terutama dari tukar tiub ... kah kah kah ... terlupa lak nak di tegaskan cuma kabar-kabar angin kentut dari utusex, meloya, berita hairan, TV 3/4 saja yang membawa berita paling tepat mengatasi berita dari AP, Reuters dan Al Jazeera ... celaka dan celaka lah gerombolan seluruhnya ....

adorablizme berkata...

kah kah kah..betul2 stim lg menyetimkan...terpancut2 gua apabila membaca ini berita....terbaik bro..lebih stim dr tgk aksi miyabi dgn sasha grey kena gangbang..

Tanpa Nama berkata...

kah.. kah.. kah.. terbaik cite lipas ni..

Tanpa Nama berkata...

laaa...bukti paling jelas kes beng hock dan aminurashid..ini bukan MACAM nak melengah-lengahkan, memang diaorang nak MELENGAH-MELENGAHKAN PUN....akhirnya esok tak dak kes, si polan itu, terjun sendiri, si polan ini tembak diri sendiri dan mereka pun terus nyanyi....

lipas is dead berkata...

hahahahahah bro TT you ceriakan petang gua yang monyokk ..
keep on posting ...
what a tragic sungguh kes lipas tuh
hahahhahahah
hahahhahahah
hahahhahahah
hahahhahahah
hahahhahahah
hahahhahahah
hahahhahahah
hahahhahahah

peasant moderno berkata...

Hakhakhak...TT wat lawak free siot....ini boleh memanjangkan umur wa sebab wa happy......hakhakhak...

peasant moderno berkata...

Hakhakhak...TT wat lawak free siot....ini boleh memanjangkan umur wa sebab wa happy......hakhakhak...