Rabu, 8 Jun 2011

SAMA SAMA KITA RAYAKAN










NEGARA KEBAJIKAN – KEMENAGAN MAT SABU


Bila saya melihat dan membaca keputusan pemilihan Pas yang baru maka saya yakin satu ledakan politik telah berlaku. Kemenangan Mat Sabu dan pucuk pimpian baru mengambarkan satu perubahan dasar telah juga berlaku. Mat Sabu dan pasokan yang baru ini hanyalah tanda dan makna manifestasi ledakan ini.

Kemudian, saya membaca laporan Hadi Awang yang mengajukan Negara Kebajikan sebagai garis perjuangan Pas. Bila saya terbaca ini maka jelas telah berlaku satu anjakan dasar yang maha besar. Anjakan ini akan membawa makna politik yang dalam bukan sahaja di Malaysia malah di Asia Tenggara.

Sebelum ‘ledakan’ ini berlalu kita selalu terbaca dan terdengar tentang Pas ke hulu ke hilir menjajakan apa yang mereka panggil Negara Islam sebagai agenda politik. Pelik tetapi benar – ajenda politik Negara Islam ini amat-amat dicintai dan disayangi juga oleh United Malays National Organisation.

Tetapi cinta dan kaseh sayang United Malays National Organsiation terhadap Negara Islam bukan bermakna parti ini akan mengimplementasikan apa-apa dasar yang bersangkutan dengan Islam. Parti ini hanya mendorongkan Pas agar mengambil ajenda Negara Islam ini sebagai garis perjuangan. United Malays National Organsiation akan berjoget dan bertandak – berkenduri dan berkendara - jika Pas terus menerus berlabon dan bergebang tentang Negara Islam. Ini kerana ajenda Negara Islam ini adalah ajenda jalan mati.

Justeru apabila keputusan pemilihan yang terbaru ini diumumkan – saya terbahak-bahak ketawa. Saya ketawa apabila melihat tangisan United Malays National Organisation yang terus merayu-rayu agar Pas tidak meninggalkan ajenda Negara Islam. United Malays National Organisation bermati-matian berusha mendorongkan Pas untuk terus mengambil jalan mati ini.

United Malays National Organisation ini telah lupa bahawa telah berlaku satu kesedaran di kalangan ahli-ahli Pas. Mereka telah sedar bahawa ajenda Negara Islam yang diwar warkan selama ini tidak akan membawa mereka ke gedung kuasa. Mereka juga sedar selama ini mereka sengaja di perangkap dalam kejumudan fikrah yang mengajukan ajenda Negara Islam.

Didalam sejarah politik moden bukan sesuatu yang mutahil untuk menubuhkan satu parti politk yang berasaskan agama. Di Pakistan dan India terdapat parti politik yang berasakan agama – ada yang berasaskan Islam dan ada yang berasaskan Hindu. Di Eropah juga kita akan bertemu dengan parti yang berasaskan agama Kristian.

Memang bukan satu jenayah di Malaysia ini untuk mengajukan Negara Islam sebagai agenda politik. Juga bukan satu jenayah untuk mencadangkan agar Bahasa Melayu akan di gunakan oleh Nasa ketika Nasa menghantar roket ke Bintang Marikh pada tahun hadapan. Dalam konteks ini mengajukan sesuatu bukan salah. Yang dipersoalkan apakah pekara yang diajukan itu masuk akal atau tidak. Diterima umum atau ditolak oleh orang ramai.

Hakiktnya : Islam ialah agama. Kristian ialah agama. Hindu ialah agama. Agama ialah kepercayaan. Agama bukan sistem ekonomi. Agama mengajukan dasar-dasar induk dan prinsip-prinsip besar agar umat dan penganutnya membuat kebajikan dan menegak keadilan. Maka , terpulangkan kepada si penganut untuk berfikir dan merencana satu sistem ekonomi yang terbaik untuk melahirkan masyarakat seperti yang dituntut oleh ajaran agama.

Menghantuk-hantukkan kepala sambil menjeritkan ‘ aku nak tubuh Negara Islam’ atau tunggang terbalik menjerit-jerit untuk menubuhkan Negara Kristian terbukti bukan satu langkah politik yang bijak.

Politik ialah tentang kuasa. Perebutan politik ialah perebuatan kuasa. Kuasa di rebut kerana ekonomi. Yang kaya ingin membolot semua punca-punca ekonomi. Yang miskin mahu berjuang agar agihan ekonomi dilakukan dengan lebih adil. Inilah hakikat politik. Justeru politik dan ekonomi mustahil dapat dipisah-pisahkan. Justeru mana-mana parti politik yang tidak mengajukan dasar ekonomi yang jelas pasti akan terkubur.

Agenda lama – Negara Islam – yang diajukan oleh Pas itu bukan agenda ekonomi. Saya selalu berhadapan dengan sosok-sosok agamawan bukan hanya di Malaysia malah di luar negara pun sama. Mereka ini akan meloncat mengambur untuk mengatakan bahawa Islam itu lengkap. Negara Islam itu negara lengkap. Sosok-sosok ini akan melaungkan kepada umum bahawa Islam itu ada ajenda ekonominya. Jika ditekan lagi dan ditanya apakah agenda ekonominya maka akan terpancut perkataan : zakat. Kalau hanya zakat ekonomi Islam maka umatnya pasti dalam terus hidup dalam kegelapan.

Justeru apabila Pas mengalihkan dasar Negara Islam kepada Negara Kebajikan maka jelas kepada saya bahawa parti Pas ini sudah mendewasa. Parti ini telah lama dibakar dan ditempa. Telah rebah terbarai dan telah bangun berkumpul. Parti ini telah mengumpulkan pengalaman. Pada hemat saya, sesudah pemilihan akhir ini saya rasakan Pas telah bersedia untuk mengambil alih pentabiran negara ini dari United Malays National Organisation.

Untuk gerombolan United Malay National Organisation yang merasa sedih lagi kecewa kerana Pas telah meninggalkan jalan mati - Negara Islam – biar saya hiburkan disini. Memang tepat dan benar Pas hari ini tidak akan heboh heboh lagi dengan Negara Islam. Negara Islam adalah agenda passé – agenda semalam yang telah basi.

Sedarlah wahai United National Organisation bahawa agenda Negara Kebajikan ini sebenarnya adalah intipati dari ajaran kitab suci Al- Quran. Banyak ayat-ayat didalam kitab suci yang jelas mengajukan agar umat Islam diatas dunia membuat kebajikan dan menentang kezaliman. Kesah-kesah Nabi yang terdapat didalam kitab Al-Quran semuanya menjurus kepada perjuangan menentang kebatilan dan kezaliman untuk menegakkan keadilan. Justeru Negara Kebajikan ini adalah agenda yang lebih Islamik dari Negara Islam yang lompong dan retorikal.

Negara Kebajikan ini adalah agenda politik yang merangkumi ekonomi. Kebajikan yang dimaksudkan ini wajiblah kebajikan untuk anak semua bangsa. Kebajikan ini adalah kebajikan yang akan melintasi garis agama dan bangsa. Kebajikan ini pastilah kabajikkan untuk majoriti warga. Bukan kebajikan untuk kaum kerabat dan kroni.

Untuk memahami konsep Negara Kebajikan ini maka kita wajib kembali kepada asas pemahaman kita tentang politik dan parti politik. Parti politik ialah satu perhimpuan /perkumpulan orang ramai yang bercita-cita untuk mengambil alih kuasa. Pas secara terbuka telah menyatakan bahawa mereka mahu mengambil alih kuasa. Ini bukan satu yang salah.

Pasukan Pas yang baru dipilih ini juga merasa bahawa mereka lebih layak untuk mentabir punca-punaca ekonomi negara ini dari United Malays National Organisation. Mereka merasa mereka akan berlaku adil untuk menegakkan agenda Negara Kebajikan mereka.

Jika agenda Negara Kebajikan Pas ini dilihat meyakinkan anak semua bangsa maka tidak dapat tidak politik lanskap Malaysia akan berunah. Malah pasokan Pas yang baru ini, jika mereka dapat merealisasikan Negara Kebajikan maka lanskap politik Asia Tenggara juga akan berubah. Mata Asia dan mata dunia akan melihat kedewasaan dan keyakinan penganut Islam untuk membawa satu rencana ekonomi yang bukan hanya dijawab dengan satu perkataan : zakat.

Agenda Negara Kebajikan Hadi dan Mat Sabu ini pasti akan diduga. Dugaan yang akan datang ini akan melintasi niat , prinsip dan falsafah. Real politik akan sampai bilamana Hadi , Mat Sabu dan pasukan ini akan diduga apabila sebuah kawasan setinggan dirobohkan. Apakah Pas akan berdiri di pihak setinggan atau di pihak pemaju. Apakah Pas akan berdiri di pihak rakyat yang tanah telah dirampas atau di pihak pemaju.

Jika keadaan ini dihadapkan kepada pucuk pimpinan baru Pas ini , maka saya cadangan para pembaca mudek kembali ke asas politik. Seperti yang telah saya tulis minggu lalu – politik ialah perjuangan. Perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Di kelas mana nanti Hadi dan Sabu akan berdiri. Apakah dikelas yang tertindas atau di kelas yang menindas. Saya masih lagi sanggup menunggu untuk melihat.(TT)

nota:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akbar minngu SUARA KEADILAN yang terbaru
sesiapa yang ingin melanggan akbar ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40 -45

30 ulasan:

sisi kanan berkata...

mula2 baca artikel ni nak marah jg pada td.makin lama baca makin tertarik dgn hujah2 yg tt bg.wajib dilantik abg isham jd menteri penerangan

Tanpa Nama berkata...

tuan tt
ini satu pandangam yang bijak ,mendalam dan berhemah.terimakasih...sayang sekali kenapa si madey tu bengap dan otak celaru.. ya allah swt jauhilah penyakit senget otak tu dari ahmad maslan.amin

yytt

obesia turun pangkat berkata...

... madey kutty kata kemenangan Barisan Pemimpin PAS baru ni adalah kemenangan besar Karpal ... Kepalo abah kau ... kalau macam tu kenmenangan Perikatan/BN selama 53 tahun memerintah malaysia adalah kemenangan siapa ?... adakah kemenangan Chin Peng ?, Tan Cheng Lock atau membawa kepada kemenangan Ananda Krishnan, Yeoh Tiong Lai, Vincent Tan lalu memberi kemenangan terbesar kepada APCO/Israel ...? kenapa dia tak sebut pun Najib menggadai Negara kepada buruh/buruh dari bangladesah. Indonesia, Myanmar, Nepal, Pakistan, Vietnam dan bakal di sedekahkan kepada celah kelangkang china doll ... dah lah tua, nyanyuk, bodoh, bangang, cam cibai kencing tak basuh je ... siapa ada super power cepat lah matikan pandy kutty haram jadah ni cepat-cepat ... meluat sangat tengok tunggul reput ni ...

Tanpa Nama berkata...

Syabas TT. Saya pun mau melihat perkembangan seterusnya. Apakah sebenarnya negara kebajikan.

Tanpa Nama berkata...

Islam bkn salah satu kaedah utk memilih tuhan..maka jgn samakan islam dgn kristian, hindu, buddha...ialanya lansung tak sama...islam berekonomi tak sama dgn agama lain...pengurusan harta org islam tak sama dgn agama lain..pengurusan negara islam tak sama dgn agama lain..pengurusan akhlak islam juga tak sama dgn agama lain..maka saya harap tt dpt memperbetulkan pemahaman seolah2 islam itu sama dgn agama lain...jgn terapkan pemahaman begini kepada mat sabu..

Beruk Ketawa berkata...

PAS akan dipimpin oleh samada Ulamak atau Profesional.

Sedangkan UMNO sentiasa dipimpin oleh Penipu dan Penjenayah.

Ulamak atau Profesioanal tidak penting. Agenda penting sekarang ialah UMNO mesti hancurkan.

Ulamak & Islam tidak ada nilai selagi UMNO masih hidup.

Tanpa Nama berkata...

Orang Melayu PAS mengambil masa begitu lama untuk sedar akan falsafah negara kebajikan,pada hal kalu dari dulu lagi sejak Buhanuddin el-Hilmi menjadi ketuanya telah mencuba memperkenalkan tapi orang Melayu PAS belum bersedia. Kalu dulu dah terima lama dah UMNO bungkus. Hal dunia termasuk urus tadbir, kebebasan berpolitik dan memberi rakyat kesejahteraan adalah hal duniawi, maka manusia kena rencanakan sendiri mengikut senarionya, tak boleh pakai ayat Quran untuk merealisasikannya, Al-Quran mengajar buat baik maka tadbirlah negara dengan baik. Mana boleh guna ayat Quaran dan Hadis boleh jadi magis untuk mentadbir negara? Lihat negara "Islam" di Dunia Arab sana mereka bangkit dengan kesedaran sosial dan politik, mereka tak guna ayat Quran atau guna konsep Negara Islam untuk melawan kezaliman Gadaffi, Mubarak, Ali Salih, Asad dan ramai lagi pemimpin diktator di sana. Kalu orang Melayu berdengung lagi dengan konsep Negara Islam UMNO akan tepuk tangan dan kenduri besar kerana seperti kata TT, konsep Negara Islam itu adalah jalan mati, jumud dan tidak membuka minda-sesuatu yang UMNO mahu kekalkan rakyat kita menjadi bangan dan buta pada kezaliman dan buruk dan urus tadbirnya.
Lihat Madey yang bangan itu mengkaitkan pakai kopiah hitam atau songkok itu sama dengan menerima pegangan ideologi DAP semata-mata orang Melayu PAS dah tinggalkan konsep Islam. Dia Islam apa tu habis wang rakyat dibalun, ditiriskan, disapu sehingan golongan miskin,-petani, penoreh, peneroka, buruh, pekerja estat, nelayan, peniaga kecil yang sepatut dibela dalam projek DEB seperti yang dikehendakki oleh perlembagaan masih dalam golongan miskin meskipun dah 52 tahun merdeka dan lihat siapa yang kaya raya?

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=KqGKdqoRttw&feature=related

bro, tolong paste vid tube nie dlm blog bro..cool..mesti dengar...kemunculan baru band anak2 muda malaysia..100% takde ayat2 bodek.
9 julai mangkin terase...jom bersih
habsahry@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Pandy Kutty baunya sungguh hapak,
Anak Kutty pula memanglah haprak,
Jom turun sama-sama kita menapak,
Dalam demo Bersih 9 Julai kelak.

Tanpa Nama berkata...

tak sabar nak tungu PR perintah.nak buat repot ttg madey...klu buat sekarang tentu tak jln punya...

bersih berkata...

bro isham,

ada pertandingan blog kreatif selangor idamanku..

maybe bro boleh masuk,maklumat lanjut kat www.selangoridamanku.com

Aa berkata...

Ini kerana ajenda Negara Islam ini adalah ajenda jalan mati.

Klausa di atas merisaukan saya. Perlu hujah yg lebih baik dari ini bagi saya.

Bigfish berkata...

Aku memang salute dekat bro isham di atas ketajaman pandangan dan idea tentang politik.

TT adalah bacaan wajib aku setiap hari. Segala yg dlm fikiran aku diterjemahkan oleh TT

Hj Mohamad 013 3377 242 berkata...

Saya sedikit tersinggung bila zakat dilabel agak negatif. Bagi saya negara berkebajikan adalah berkait rapat dengan konsep zakat. Silapnya, zakat yang ada sekarang ini terlalu terkongkong, akibat dari penerangan-penerangan dari sudut fiqh yang seperti macam sengaja mengongkong, melimitkan peranannya. Zakat difahami dari perspektif yang terlalu terhad, dan peranannya juga tidak pernah dilihat sebagai sumber ekonomi negara. Saya tak nak tulis panjang lagi. Kalau ada yang sudi, saya ada bahan untuk dibaca tentang peranan zakat. Hubungilah saya.

Tanpa Nama berkata...

bro...aku ingat time ko karang ni ko terlupa akan mukjizat...mukjizat...mukjizat...isi kandungan Al-Quran... ko kalau aku tekankan mukjizat Al-Quran jgn lah plak ko nak bayangkan mcm Al-Quran dibaca mcm Pertandingan Tilawah tuh...ianya mukjizat...mukjizat...mukjizat.. yg hanya ada pada agama Islam...
Pendekatan Pas kali ini tetap sama ikut panduan sirah...w/pun tak 100% sebijik...tapi matlamat tetap di jalan yg benar...sebab itu ada peristiwa hijrah...knape Rasulullah tak kembangkan islam shj kat kota Mekah (tempat asal kelahiran Baginda) dgn pengikut yg ada ??? adakah Rasulullah rasa tuntutan agama Islam tidak boleh dilaksanakan di Mekah?? Sudah tentu TIDAK jawapannya….. Rasulullah perlukan kuasa politik dan menunjukkan bukti yg pemerintahan politik berlandaskan ketakwaan kpd ALLAH…sebab itu Baginda berhijrah ke Madinah…di Madinah Rasulullah melaksanakan keadilan dgn total ketaatan dan kepatuhan menurut agama Islam…dan nikmat keadilan Islam di Madinah semakin popular…wujud pengaruh dan keyakinan dlm masyarakat ttg Islam…roh Islam meresap dlm fitrah jiwa manusia…dgn mudah Rasulullah kembali ke Mekah utk mengembangkan Islam dan diterima baik tanpa paksaan…
Sama kes dgn pendekatan Pas kali ini….dgn kepemimpin PAS yg menampilkan imej ketaatan&ketakwaan menurut tuntutan agama Islam… InsyaALLAH barisan kepimpinan PAS akan memimpin Negara dgn penuh keadilan ,ketaatan dan kepatuhan menurut agama Islam… akan terlaksana di bumi Malaysia ini..modal insan rakyat Malaysia dalam dan luar Negara yg tersedia kalangan professional serta ilmuwan menjalankan pembangunan2 negara menurut keadilan Islam yg dipimpin oleh kepimpinan imej ketakwaan…
InsyaALLAH nikmat kekayaan Negara dirasai seluruh bangsa2/kelas2 rakyat..tiada rakyat yg rasa terpinggir/tertindas…semua happy…
dan kepemimpin dgn imej ketaatan&ketakwaan menurut tuntutan agama Islam…secara fitrah manusia akan yakin dgn agama Islam…dan ketika itu apabila konsep Negara Islam hendak diketengahkan dgn perlaksanaan hudud…tiada sebab mengapa manusia yg merasai nikmat keadilan negara (yg telah menurut tuntutan agama Islam)…menolak hukum hudud…dan apabila hudud terlaksana destinasi Negara Islam tercapai…ALLAHUAKBAR !!!!

Tanpa Nama berkata...

Mukriz merasa sedih..UMNO sedih kerana PAS tak nak campur dengan UMNO. Itu la sebah UMNO bukan je sedih tapi menangis..UMNo jangan lagi mimpi menubuh gomen perpaduan dgn PAS.

Tanpa Nama berkata...

……Ini kerana ajenda Negara Islam ini adalah ajenda jalan mati….
Kenapa? Kerana Agenda “tempurung” yang begitu obsess dengan isu anjing babi zina arak tudung kalwat zaman kegemilangan Islam – isu yang remeh-remeh. Pasai tu ULAK MAK, cerdik pandai Islam cuma berani komen pasai poco-poco, bini hebat sex,
Bab “kebajikan” (righteous) seperti Menteri rogol, bunuh, rasuah sejelas macam gajah depan mata pun macam invisible aje.

….. Mereka merasa mereka akan berlaku adil untuk menegakkan agenda Negara Kebajikan mereka…..
Bagaimana Negara Kebajikan?

PERTAMAnya kita kena lupakan rukun (retrotik) Islam 5 dan rukun Iman 6, terutamanya Qador dan Qadar.
Balik ke asas, kenapa tak focus pegang dan amalkan rukun yang dinyatakan dalam Quran yang begitu jelas sekali BERKEBAJIKAN!!!
Kenapa kita angkuh sangat langsung tak nak rujuk RUKUN-RUKUN yang begitu straight forward dalam KITAB JUNJUNGAN kita???????
Cuba renung balik Kitab mana yang kita junjung selama ini??????????????

Righteousness Defined
[2:177] Righteousness is not turning your faces towards the east or the west. Righteous are those who (1) believe in GOD,
(2) the Last Day,
(3) the angels,
(4) the scripture, and
(5) the prophets;
(6) and they give the money, cheerfully, to the relatives, the orphans, the needy, the traveling alien, the beggars, and to free the slaves; and
(7) they observe the Contact Prayers (Salat) and
(8) give the obligatory charity (Zakat); and
(9) they keep their word whenever they make a promise; and
(10) they steadfastly persevere in the face of persecution, hardship, and war.
These are the truthful; these are the righteous.

Tanpa Nama berkata...

Ada lagi Rukun-rukun yang sayangnya tak pernah kita belajar dalam Pendidikan Islam

[6:151]
Say, "Come let me tell you what your Lord has really prohibited (HARAM) for you:
…(1) You shall not set up idols besides Him.
…(2) You shall honor your parents.
…(3) You shall not kill your children from fear of poverty - we provide for you and for them.
…(4) YOU SHALL NOT COMMIT GROSS SINS, OBVIOUS OR HIDDEN.
…(5) YOU SHALL NOT KILL - GOD has made life sacred - except in the course of justice.
These are His commandments to you, that you may understand."
[6:152]
…(7) YOU SHALL NOT TOUCH THE ORPHANS' MONEY except in the most righteous manner, until they reach maturity.
(8) YOU SHALL GIVE FULL WEIGHT AND FULL MEASURE WHEN YOU TRADE, EQUITABLY. WE DO NOT BURDEN ANY SOUL BEYOND ITS MEANS.
…(9) YOU SHALL BE ABSOLUTELY JUST WHEN YOU BEAR WITNESS, EVEN AGAINST YOUR RELATIVES.
…(10) YOU SHALL FULFILL YOUR COVENANT WITH GOD.
These are His commandments to you, that you may take heed.
[6:153]
This is My path - a straight one. YOU SHALL FOLLOW IT, and do not follow any other paths, lest they divert you from His path. These are His commandments to you, that you may be saved.

Tanpa Nama berkata...

Major Commandments
[17:22] You shall not set up any other god beside GOD, lest you end up despised and disgraced.
[17:23] Your Lord has decreed that you shall not worship except Him, and YOUR PARENTS SHALL BE HONORED. As long as one or both of them live, you shall never say to them, "Uff" (the slightest gesture of annoyance), nor shall you shout at them; YOU SHALL TREAT THEM AMICABLY.
[17:24] And lower for them the wings of humility, and kindness, and say, "My Lord, have mercy on them, for they have raised me from infancy."
[17:25] Your Lord is fully aware of your innermost thoughts. If you maintain righteousness, He is Forgiver of those who repent.
[17:26] YOU SHALL GIVE THE DUE ALMS TO THE RELATIVES, THE NEEDY, THE POOR, AND THE TRAVELING ALIEN, BUT DO NOT BE EXCESSIVE, EXTRAVAGANT.
[17:27] The extravagant are brethren of the devils, and the devil is unappreciative of his Lord.
[17:28] Even if you have to turn away from them, as you pursue the mercy of your Lord, YOU SHALL TREAT THEM IN THE NICEST MANNER.
Stinginess Condemned
[17:29] You shall not KEEP YOUR HAND STINGILY TIED TO YOUR NECK, nor shall you foolishly open it up, lest you end up blamed and sorry.
[17:30] For your Lord increases the provision for anyone He chooses, and reduces it. He is fully Cognizant of His creatures, Seer.
Abortion is Murder
[17:31] You shall not kill your children due to fear of poverty. We provide for them, as well as for you. Killing them is a gross offense.
[17:32] YOU SHALL NOT COMMIT ADULTERY; it is a gross sin, and an evil behavior.
[17:33] YOU SHALL NOT KILL ANY PERSON - for GOD has made life sacred - except in the course of justice. If one is killed unjustly, then we give his heir authority to enforce justice. Thus, he shall not exceed the limits in avenging the murder; he will be helped.
[17:34] YOU SHALL NOT TOUCH THE ORPHANS' MONEY except for their own good, until they reach maturity. You shall fulfill your covenants, for a covenant is a great responsibility.
[17:35] YOU SHALL GIVE FULL MEASURE WHEN YOU TRADE, AND WEIGH EQUITABLY. This is better and more righteous.
Crucial Advice
[17:36] YOU SHALL NOT ACCEPT ANY INFORMATION, UNLESS YOU VERIFY IT FOR YOURSELF. I HAVE GIVEN YOU THE HEARING, THE EYESIGHT, AND THE BRAIN, AND YOU ARE RESPONSIBLE FOR USING THEM.
[17:37] YOU SHALL NOT WALK PROUDLY ON EARTH - you cannot bore through the earth, nor can you be as tall as the mountains.
[17:38] ALL BAD BEHAVIOR IS CONDEMNED BY YOUR LORD.
Quran Is Wisdom
[17:39] This is some of the wisdom inspired to you by your Lord. You shall not set up another god beside GOD, lest you end up in Gehenna, blamed and defeated.

Tanpa Nama berkata...

tt melihat dr konteks politik semasa...yg ada hanyalah perebutan kuasa dari asakan penguasaan ekonomi, benar...islam bukan spt yg lain...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 8 Jun 2011 2:47 PM :

Jgn asyik ditekankan perbezaan kerana ianya tidak produktif dan terlalu negatif. Implikasinya lebih banyak membawa kpd kemudharatan dari kebaikan. Paling afdhalnya kita tekankan persamaan antara manusia berlainan klompok.
Ada juga orang yg bukan Islam tetapi akhlaknya sungguh mulia, jatidirinya tinggi dan berprinsip tdk mudah menggadaikan maruah, bersifat dermawan dan aktif aktiviti kebajikan tidak mengira bangsa dan agama org2 yg dibantu. Tidak kurang juga kita saling mendengar dan melihat orang2 yg bernama Islam tetapi akhlak, jatidiri, falsafah pegangan hidup, masyallah, terlalu buruk, zalim, penuh tipudaya, dsbnya.

Di negara kita sendiri, badan institusi kebajikan golongan manakah yg lebih establish, diberi sokongan yag kukuh oleh ahli masyarakat mereka sendiri dan serius dalam melaksanakan aktiviti2 kebajikan sosial walaupun tanpa dokongan pihak kerajaan? Bukankah mereka ini terdiri dari komuniti penganut Kristian atau Buddha? Namakan saya institusi yg spt tersebut di atas tetapi diterajui oleh golongan Melayu, tanpa bantuan dari pihak kerajaan atau GLC, ada ke?

Tanpa Nama berkata...

Negara kebajikan sangat baik ketika ini. Sebab Malaysia negara kaya tapi yang dok sapu semua penyamun Apno.rakyat mata putih. Dengan kos kehidupan yang terus naik, apa saja yang percuma untuk rakyat sangat2 di alukan. yang penting pemimpin pandai menjimat dan berhemah demi rakyat.Bukannya nak sumbat tembolok pemimpin Apno dan gerombolannya. Bila rakyat ekonomi selesa maka dengan sendirinya negara islam akan terbentuk kerana rakyat sudah happy. Bukan macam puak penipu Apno kata mereka dah buat kebajikan tapi haram jadah semua tipu saja. Mana ada Apno bagi free. Air free ada ka? Nak kencing pun kena bayar, celaka punya kerajaan.

peasant new berkata...

Ha ah dlm Quran ada cerita Qarun yg tamak macam cokong kapitalis. ada hamman penasihat firaun macam menteri kabinet malaysia.ada mahafiraun bersilih ganti.ada negara kebajikan mcm nabi yusuf di mesir.betul la tu.sebab tu kutty naik meracau racau hakhakhak..................

peasant moderno berkata...

Ya aku setuju dgn hudud tapi biar negara kebajikan jalan dulu biar rakyat cukup makan dan pendatang asing sudah tiada.ekonomi pulih agihan adil kpd rakyat jelata.boleh buat referendum ikut wilayah.setuju.sokong abg mat.yg mustahak sekarang tangkap tikus yg makan padi kita dulu iaitu umno bn.sokong abg mat.aku kenai dia lama dah.memang baguih.boleh sokong lagi beri majoriti 300 lagi 2 tahun.ngaji tak tinggi tapi suara garau mcm tekukur AAA.madey cukup takut.tpaksa tuduh dia khalwat kunun.rakyat suka abg mat.abg mat pun org lama dlm parti.eloklah tu.hati hati abg mat.tak sabar nak tengok jadi menteri.sekali dgn isham menteri tugas tugas khas hehehe......

Tanpa Nama berkata...

YAHUU!! rezeki Allah sudah sampai.. ada bijih besi di kedah!! hehehe tak payah laa nak harapkan federal.

Tanpa Nama berkata...

kawan2 dan TT,

lari tajuk sikit. aku nak complain sikit kat RPK, editor Malaysia Today tu.

aku dah naik meluat tengok gambar RPK dengan matthias, anak buat mahathir.

RPK memang sayangkan Mahathir....tak pernah tulis apa2 negatif tentang keluarga mahathir walaupun seluruh rakyat tau anak mahathir tu ada saham di san miguel, syarikat arak kan.

RPK memang dah di sumbat duit oleh mahathir. Dia pernah tulis bahawa mahathir minta kat orang talipon RPK. dia begitu gembira.

Bila RPK dah begitu rapat dengan keluarga mamak kutty dan keluarganya, apa harapan lah yang kita ada terhadap RPK untuk bongkar kesalahan mamak kutty tu.

Tak pernah pun RPK tulus apa2 kesalahan yang dibuat oleh mamak kutty tu selama aku melawat blog Malaysia Today.

celaka punya RPK dan mamak kutty dari kerala tu.

orang kampung

Tanpa Nama berkata...

aparatus gom mcm pga patut mula d pujuk.delete pls

Tanpa Nama berkata...

Bila PR memerintah, tolong hapuskan diskriminasi kepada pesakit HIV. Tq.

sheikhalfarisi berkata...

as salam, negara kebajikan tu adalah salah satu cabang dlm islam, oleh sbb ramai lg yg x paham maka pas ambil pendekatan yg mudah d pahami oleh masyarakat awam tubuhkan negara kebajikan.

jgn kita bercerita pasai islam kalau kita x da ilmu islam lebih2 lg kalau kita punya fahaman lain dr islam.cth ada org islam tp berfahaman kominis, sekular, sosialis, yahudi,ateis dll ini x betul. seseorg islam mesti berfahaman islam 110% walau ada sedikit ilmu x pa tp islam yg utama.

dlm bab zakat pun banyak cabangnya,kalau nak tahu tanya pd yg ahli,jgn mandai2 ulas sendiri.

zaman nabi2 sebelum rasulullah saw dah guna duit zakat utk perkembangan ekonomi masyarakat pd masa tu. sbb tu ALLAH SWT wajibkan zakat ke atas org islam.


agama islam ialah agama yg tertinggi x boleh samakan dgn agama lain.islam dah ceritakan sebelum dunia ni ada sampai dunia ni hancur lebur ( kiamat ) semuanya ada d ceritakan dlm AL QURAN 30 juz & HADIS RASULULLAH SAW.

dr bab nikah kahwin, masuk tandas, muamalah dan sehingga ke pentadbiran negara semua ada ada dlm AL QURAN & AL HADIS & SUNNAH RASULULLAH SAW.**cuma kena rajin baca

buku karlmax,mou dze tung,stlin,upin & ipin gila2 x da tulis semua tu

Tanpa Nama berkata...

pegi mampus sama ilmu islam sheikhalfarisi. kah kah. nak sangat islam islam, tapi pemimpin makan rasuah jugak. ulamak ulamak ni takde pun nak sentuh. ni negara kapir makan babi takde pun sebok sebok nak wat jahat.