Khamis, 25 Ogos 2011
HARI KE 25 - TAK LAMA LAGI HARI RAYA
MUSAFIR BERBUKA DI RIVERVIEW
MENCARI CIK MEK MOLEK
aku telah mendengar kesah ini – lama dulu
dari mulut ke mulut - dari perawai saheh
dari perawi kurang saheh
dari tukang labon
yang memungut cerita dari mulut ke mulut
kesah erotik cik mek molek
cik mek yang bergetah dan cun
lalu aku pulak ingin menjdi perawi yang saheh
ingin menurunkan kesah ini
lalu aku turun ke sini
merayau dan merayau rayau
tidak adalah nikmat yang paling nikmat
dalam bulan puasa ini
melainkan berjalan di bazar ramadan
bukan bazar di bangsar
bukan bazar di cheras
atau d kuala selangor
ini bazar ramadan di kota baru
bazar yang aku rasa terbesar di timur terusan suez
seluas setengah padang bola
kalau bukan bulan ramadan ini mungkin tempat letak kereta
wilyah yang tidak susah untuk di cari
GULAI KAWAH - BUKAN DAGING IMPOT
lima lorong yang kiri kanannya penuh dengan kueh dan mueh
pelbagai jenis masakan
pelbagai lauk dan pauk
mimpikan apa saja
ianya aklan muncul depan mata
dalam hidup ini
kalau mengaku rakyat malaysia
wajib datang sekali ke bazar ini
sekali pun cukup
di bazar ini aku berjumpa
dengan nasi kerabu nasi berlauk nasi kuning nasi pulut
yang aku tak jumpa hanya nasi kang kang
ada ikan bakar ikan percik
ayam percik ayam sira
pulut lepo akok apong ambun
seri ayu seri muka
buah gomoh puteri mandi
rosmah berendam
cucur rosmah
jalan mas
roti jalan net bat jemput malas biji nangka kueh kuci
cik mek molek jumpa batang buruk
untuk aku
tarikan yang paling jadi tarikan
pastilah air tuak
beli segar
atau kalau rajin simpan sekejap lagi nikmat
hanya di bazar kota baru kita akan bertemu dengan ait tuak kelapa
tuak segar
membugarkan selera
dalam berpusu-pusu
dalam berasak asak
kita akan temui yang yang diidamkan
cari dan carilah pasti bertemu
aku rambang mata
tapi inilah nikmatnya
awas !
mata kita dibulan puasa ini
mungkin lebih lapar dari perut kita
jadi berhati hati bila membeli
cik mek molek memang ramai dalam bazaar ini
yang molek molek ramai
slim dan cun
colel lote
balak pulak ok je
tapi kulit ke laut dak tak cerah lagi
kah kah kah
akau ternampak ramai yang telah jadi ratu kentuki
ramai yang telah jadi ratu mek dogal
ramai yang kelihatan menjadi keluarga kentuki friend chicken yang bahagia
tapi belum kelihatan yang dapat menandingi bik mama
tapi potensi untuk berkilo kilo macam bik mama kelihatan jelas
ini bahaya besar
akan berakhirkah cik mek molek kerana makan kentuki?
BUAT LAH PILIHAN
nota:
berhati hati dengan sontam atau kerabu siam
agak banyak campuran aji no moto
APA YANG AKU BELI
ikan pecik
ondeh ondeh
gulai siput sedut ( sayng sekali siput agaj kecik)
gulai batang keladi
acar kota bahru
sambal petai
serunding daging
DIMANA BERBUKA - JIKA MUSAFAIR
di tepi sungai – riverview – wilayah cool
kerana kami nasib baik tak jauh dari meja kami
ada 3 orang cik mek molek juga berbuka puasa
APA YANG KAMI MINUM
air tuak sepanjang masa
PESANAN
untuk warga yang bukan dari kelantan
datanglah sekarang ke kota bahru
sebelum kota bahru rosak
kerana kerajaan pas telah dan sedang terpengaruh
untuk mendirikan lebung bertiang betul betul di tengah bandar
siapa punya idea bangang ini walalh hulaam
DISEBELAH MAMAT JUAL BAJU BESIH
FORUM DAN BENGKEL
cukup seronok
tapi yang paling seronok ialah aku
berjumpa dengan mamat yang kena tangkap jual baju t bersih
ini sms darinya:
ceritanya bagini aku jual baju tu sepuluh helai
modal 18 aku jual 25 untuk aku akan gunakan
untuk bubuh minyak untuk ke bersih dengan van
pergi seramai 10 orang
aku suruh abang syam letak nama aku kat tukat tiub pasal
aku menjadi bannga nama aku ada disitu
kalau abg syam letak nama mamat penjual baju sapa pun tak tahu
kah kah kah
best tak cerita
MALAM MALAM DAN MALAM
jangan lupa malam ada colek
ini tradisi kota bahru
sesudah tarawih semua
akan mencari colek
kami ke kampong kota
berjumpa dengan bekas yb
dan pemimpin pkr
bekas yb ini belanja kami
makan colek - sekali dalam hidup
mesti pandai colek mencolek
LEWAT MALAM HINGGA PAGI
sesudaj mencolek kami ke wakaf che yeh
ini tempat paling cool
tempat minah cun
dan awang kiut
berjalan dan mencari cari
apa yang dicari aku pun tak tahu
sesiapa datang ke kb
wajib ke sini
tapi paling meriah adalah
ketika ini - sebelum raya
tarikan yang paling cool
ialah lagu lagu dangdut nyanyian
cik mek moleh dari petani
lagu lagu dikir erotik dari
minha cun selatan siam
ketika disini tidak ada yang sedar
bahawa kita sesdang berada di serambi mekah
kerana semuanya cantik dan menarik
NOTA:
terima kaseh kota bahru
pasti datang lagi
walau pun akhirnya
tidor dengan batng buruk sendiri
kah kah kah
p/s
gambar dirembat
dari album topeng perak
Selamat Berbuka Puasa
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 ulasan:
nasi kangkang???
lu jgn main2 TT....kalo lu kena ini nasi...lu akan jadi mcm si bisul dan si kotak.
Dear TT,
It's nice to see U in the photo.
I've been waiting so long to see U and it's worht it.
U r really cute.
Aku shopping sahkan. Aku jalan dari Masjid Jamek sampai ke Bangunan Mara. Baju, kueh, bunga semua aku nak, tapi yang aku beli hanya sebatang sudek.
Aku masuk satu gedung. Semua bahagian aku intai, tapi satu benda pun aku tak beli. Setelah penat aku duduk berehat.
Kemudian, datang wanita-wanita yang aku tak kenal. Wah, siap dengan pengiring. Ada ramai pegawai gedung. Ada pekerja gedung bawakan bakul. Ada bodyguard dan hamba-hamba lain yang mengekor.
Aku tanya sebatang ekor, siapa dia itu? Ekor bisik, itu VVIP dari sebuah negeri. Oooo!
Banyak yang dia ambil. Belek sana dan belek sini, main tunjuk-tunjuk dan angkut. Si pekerja gedung tukang kutip masuk bakul.
Di satu sudut, ada lelaki yang kutip tag-tag harga barangan.
Agaknya, siapa yang bayar?
TT....Ader satu jenih kuih yg miker tak sebot atau tak jumper.....Kuih taik itik....tak sedap disebot,tak sedap didengor tp sedap dimakan.
Limer tahun teman di KB,tp sampai haghi ini masih teringat2 dan terbayang2 walau pon dah 35 tahun berlalu.
tuan tt
terimakasih dan amat menarik,saya rasa banyak lagi yang patut disebut mengenai kelantan dan kota bharu.apa rakyat kali lima buat,apa penarek beca berlebong,apa awet2 dan minah cun mengilai hik hik dan lain lagi.namun garapan tuan tt itu molek dan dalam.
zmy
cucur rosmah
rosmah berendam
hehehehhe
tt, cool...
apasal mek tak jumpa tt di wakaf che yeh?
cucur rosmah?? kahkahkah.. hang mmg sempoi la TT..
Macam ni baru cool bro... ada cerita ada gambarnya sekali... lu mmg cool bro...
-Budak Bukit Mertajam-
masih tak dapat maafkan kelantan kerana benarkan tesco menjajah pekan warisan. sakit mata tengok! harap anak muda kelantan graffitikan dinding tesco sekerap mungkin.
dah seminggu kawe tunggu sajak dari kota bharu... hahaha
terbaik dari TT...i suke u nyah!kahkahkah..
untuk aku
tarikan yang paling jadi tarikan
pastilah air tuak
beli segar
atau kalau rajin simpan sekejap lagi nikmat
--------------------------------------
kah kah kah kah..
sempoi la lu tt..
aku org johor tapi aku respect keharonian negeri kelantan..
salute tok guru..
-anak muda kota tinggi-
Catat Ulasan