Khamis, 8 September 2011

MENGANGKAT SENJATA MELAWAN BRITISH




MATI DI GANTUNG INGGERIS





















DATO MAHARAJA LELA PANDAK LAM

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

PEJUANG BANGSA
Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.

Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 diMatang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.

TOK JANGGUT

Perang Tok Janggut adalah detik awal penentangan terhadap sistem pentadbiran British di Kelantan. Perang ini tercetus pada 29 Mei 1915 apabila berlaku perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che Wan Sulaiman seorang anggota polis British yang membawa kepada kematian Sarjan Che Wan Sulaiman.

Walaubagaimanapun,punca sebenar penentangan ini tidak jelas. Para pengkaji telah menyimpulkan punca penentangan ini seperti berikut:-

1. Penentangan langsung terhadap pentadbiran British

2. Penentangan tidak langsung terhadap Sultan Muhammad IV kerana menerima perlindungan British dan satu cubaan untuk mengulingkan Baginda

3. Hasil sentimen sokongan terhadap tokoh tempatan iaitu Engku Besar dan sikap anti orang luar iaitu pegawai daerah Pasir Putih, Abdul Latif, yang dilihat merampas kuasa Engku Besar

4. Penentangan golongan ksum tsni terhadap sistem cukai tanah baru dan cara kutipan dijalankan

5. Perang jihad terhadap British berikutan bermulanya Perang Dunia Pertama dimana British adalah sebahagian negara Eropah yang menentang Turki yang bersekutu denganJerman dan Austria[1]


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ayuh..1 juta rakyat malaysia sedia membersihkan nama Mat Indera

https://www.facebook.com/pages/1000000-RAKYAT-MALAYSIA-MENGANGGAP-MAT-INDERA-PEJUANG-KEMERDEKAAN/249387311766312

Tanpa Nama berkata...

saya pernah terbaca tulisan Prof. Hamka bahawa ramai rakyat Indonesia yang berada di sumatera Barat merasa tidak puas hati dengan Raja-Raja yang mentadbir daerah mereka. Raja-Raja tersebut hidup senang dengan lindungan dari pemerintahan Belanda. Apabila Belanda berundur dari Tanah Indonesia maka ramai rakyat negara tersebut menceroboh masuk Istana dan membunuh semua golongan Raja atau bangsawan.

mat indera junior berkata...

Saudara semua...sudah-sudahlah berkisah pasal Mat Indra tu...kita sudah hanyut jauh ni daripada agenda 8 perkara yang dituntut oleh bersih 2.0. Kita sibuk bercakap...bertekak...pihak SPR dan UmNooo mengeletek riang supaya kita lupa tuntutan Bersih 2.0 tu. Dia orang semua tu tengah berusaha untuk kaburkan penyelewengan pendaftaran pengundi tu....cukuplah tu....SAUDARA AKU SERAMAI 7 ORANG JUGA TELAH DIBUNUH DAN RUMAH DIBAKAR KOMUNIS DI KG. PARIT JAWA LAUT, PARIT SULONG DIKETUAI OLEH " MANAP JEPUN"

Tanpa Nama berkata...

kepada mat indera junior....aku sokong ekau....betul tu, dalam kita dok menghentam dan mengelokkan kembali sejarah negara, jgn kita lupakan 8 tuntuan BERSIH....tp ramai PATI yg dah daftar je terus cabut...tu sebab gerombolan sambung masa daftar...

Tanpa Nama berkata...

Kalu Malaysia di perintah oleh Komunis, rasa nya dah lama dan Malaysia Maju macam German, Rusia...

Apa nak buat, Malaysia dah di perintah oleh UMNO.. maka Malaysia jadi banggang dek kebanggangangangangan UMNO..busuk sebusuk busuknya macam pantat UMNO..aaarrrkkk pptuijjhhhh

Tanpa Nama berkata...

Beliau berkata, semua mereka meninggal dunia selepas diserang serta dibakar oleh pengganas komunis tanpa belas kasihan.
"Sarjan Jamil masih berdiri sendirian di kubu polis sedangkan di sekelilingnya, rakan-rakan dan anggota keluarga maut bergelimpangan. Malah, beliau masih mahu berlawan walaupun ditawarkan untuk menyerah diri.

macha raj nie dia nampak masa pertempuran tu, sbb dia nampak sarjan tu bertahan sorang diri. tp macha nie xpi tolong. mungkin masa tu macha nie berguru dgn omardin tu sbb mat indera xnampak. dey macha, kalo mau tipu kasi real sikit la...bodo betul...umo da 91, nyanyuk dah

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BekasKetuaPolisDaerahPagohimbaukisahBukitKepong/Article

No longer valid berkata...

Subhanallah, tak di Indonesia tak di Malaysia rupanya sejarah kebangsaan sama saja dalam berkorban apa saja dalam mengenyahkan kaum kolonialis. Semoga kita sama istiqamah, shabar dan ikhlas fillah dalam mengisi kemerdekaan seperti hasrat para pahlawan dulu. Wassalam persaudaraan!

alonso berkata...

sekarang baru aku sedar kenapa Perikatan boleh menang besar 51 daripada 52 kerusi pilihanraya malaya 1955.. dah banyak pemimpin heavyweight haluan kiri yg ditangkap/dibunuh.. habis tu, tinggal sape lagi yg nak bertanding pilihanraya..? lagipon time tu, rasanya perikatan je yg ada kewangan kukuh untuk bertanding di semua 52 kerusi. kat sini pon dah nampak di mana sumber diorang dapat duit?? orang melayu derma?? berapa la sangat.. 10 sen?? haha.. rasanya kalau TT boleh siarkan data statistik pilihanraya 1955 mesti best kan.. kalau bley siar nama semua calon2 bertandin waktu tu..

Tanpa Nama berkata...

nak tanya, jins shamsudin.
mana filem pasir salak?
nak juga tau, pandangannya terhadap maharajalela.
pejuang atau pegkhianat ke?
dengan khabar duit dah ambil, tapi filem tak siap2.
betul ke, duit tu duit yayasan perak.
jika betul, kesian anak2 perak yang nak dapatkan biasiswa.

- anak mat lela gila.

Tanpa Nama berkata...

Ada juga katakan pembunuh sebenar W.W Birch adalah Sir Andrew Clarke (1873 -1878). Kenapa?. Sebab W.W Birch ini cuba merosakan nama baik dan perhubungan baik di antara Raja-Raja Melayu dan Kerajaan British yang telah lama dibina oleh Sir Andrew Clarke yang akan bersara tidak lama lagi.Takut nama Sir Andrew clarke dicalarkan oleh W.W Birch yang selalu dikatakan tidak menghormati Raja-Raja melayu dengan bersifat kurang ajar seperti enggan menanggalkan kasut semasa masuk Balai Rong Istana menghadap Tuanku walau pun diberi amaran...hahaha sama kes mcm Mamak Kedah pulun Pak Lah . Yang jadi kambing Hitam sampai sekarang ialah Melayu Bodoh seperti KJ..hahaha!. Ini bukan angkat senjata lawan British menuntut kemerdekaan..senjata apa yang depa ada?. Mcm kita nak lawan Amerika pakai Jet skyhawk. Tayar jet pun kena tempah dari Amerika. Dengan pembunuhan Birch, cengkawan British bertambah kukuh ke atas Perak sehinggakan 21 July 1877 Sultan Perak dibung ke Pulau Seychelles bersama Menteri besar Ibrahin Bin Jafaar, Laksamana Mohamed Amin Bin Wakaf dan Shah bandar Kadek bin Mohamed, ini desepsi politik British mengunakan musuh untuk tujuan asal mereka. Ia juga seperti kisah 9/11...yang masih ragu dengan kecerdikan orang Asia mengebom bangunan itu adalah bekas PM Malaysia Mamak Kutty...hahaha!.Betulkah Birch dibunuh untuk memedekakan Tanah melayu dari British?..Dengan Portugis tak ada Hero?..dengan Belanda?..sebenar sejarah Tanah melayu mula pada tahun berapa?..Bukankah Raja-Raja dari keturunan Mamak telah memadamkan sejarah sebenar orang Melayu?...sedih baca sejarah kebangkitan Nasionalis Indonesia melawan Belanda...

Tanpa Nama berkata...

Penipuan SPR ..... Bersih 3 lain2 isu kecil..to be continue lepas duduk Putrajaya bagaimana amaran 3 bulan... 7 hari.... Pembersihan pendatang sudah selesai UMNO sedang merancang strategi licik - antiObesiti