Khamis, 8 September 2011
I - ISLAM HANYA PADA NAMA - BUAT KERJA JAHAT
INI AHMAD JAIS
KHALID SAMAD : JAIS KUBU UMNO DI SELANGOR – harakah daily
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu memberi bukti jelas bahwa badan itu merupakan kubu ataupun benteng terakhir Umno dalam usaha menyekat pergerakan PAS.
Ini kerana, Jais mahu menyekat PAS dari mendekati rakyat terutamanya program keagamaan yang diadakan di masjid mahupun surau.
Khalid yang didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor semalam berkata demikian ketika mengulas tindakan Jais ke atas beliau itu.
“Saya melihat apa yang jua yang dilakukan oleh Jais ini hanyalah bermotifkan politik dan pendirian saya jelas bahawa Jais merupakan kubu Umno serta merupakan benteng terakhir mereka untuk menyekat segala pergerakkan yang dilakukan oleh PAS
INI LOGO JAIS
TANPA TAULIAH DR.RANI AKAN TERUS SEBARKAN ISLAM – harakah daily
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman berkata, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menarik balik tauliah mengajar agama tidak akan menyekat dari beliau memberikan kuliah agama.
"Saya akan teruskan, takkan kerana tidak ada tauliah ini akan menyekat saya bercakap tentang agama," kata Dr Rani kepada Harakahdaily.
Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan, Adun Meru itu berkata, sementara menuntut penjelasan daripada Jais atas tindakan mereka itu, beliau akan terus memberi kuliah agama di masjid dan surau, tidak kira tindakan yang hendak diambil oleh Jais kelak.
“Saya cuma menyampaikan kuliah menyentuh kebenaran tentang Islam. Tak akan saya tidak boleh berbuat demikian, tidak boleh cakap mengenai Islam? Saya akan teruskan kuliah saya di masjid, jika mereka kata salah, bawa saya ke mahkamah, kita jumpa di mahkamah,” katanya lagi.
NOTA:
lembaga lembaga ini sebenarnya
adalah lembaga didirikan untuk menupang
menyokong membantu gerombolan
lembaga ini semunya menjalankan dasar
untuk memastikan gerombolan dilihat suci dan bersih
lembaga lembaga ini walau pun ada i
diakhir nama organisasi pada hakiktanya
tidak ada sangkut paut dengan agama
gerombolan dengan bijak telah menggunakan i
untuk menipu orang melayu
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
yang jd barua umno , cilaka la korang dunia akirat
yb khalid baru tahu ke..JAIS ni alat gerombolan?? kita dah lama dah tahu..
mereka ni asalnya dilantik zaman toyo lagi sudah tentu dan sudah pasti ada dikalangan mereka ini orang kuat toyo dan kroni toyo jadi tidak hairanlan mereka ini akan menjadi duri dalam daging..
Bro TT pagi2 anda buat sy terbarai apa kena mengena Ahmad Jais dengan JAIS???... kah-kah-kah-kah...
Cuba bayangkan: Seorang pelajar yg belajar masak tomyam, amik exam dan lulus exam tersebut. Hasilnya pelajar itu mahir masak tomyam. Tomyamnya digemari ramai, dan terbukti sedap. Dia diberi Sijil Tauliah masak tomyam.
Tiba2 sijil tersebut ditarik semula.
Mari kita pakat gelak kat JAIS!!!! sebab pelajar itu sudah tentu masih mahir buat tomyam!!!
kah kah kah kah kah!!!
kkkhhhhrrrrkkkkkk!!!! ptuih!!! amik ko kena kat hidung KP & pengarah JAIS kah kah kah kah!
Suruh Ahmad Jais jer jadi Pengarah JAIS baru betul sebab JAIS dah rembat nama Ahmad Jais
Nak ajar agama pun kena minta kebenaran dari Jais?
Ini adalah scam macam Nigerian Scam.
Nak jual makanan pun kena beli siji halal dari jabatan agama islam. Ini satu lagi scam nak cari duit. Zaman dahulu mana ada perlu cop Halal? Cop halal adalah satu rekaan untuk cari duit & tipu orang Melayu. Ia adalah satu bidaah yang patut diharamkan kerana ia menggalakkan rasuah dan penipuan. Sesiapa nak buka restoran jual makanan kena beli sijil halal daripada jabatan agama & perlu bagi rasuah untuk dapat kelulusan dengan cepat.
Jais patut tukar nama. Mereka memburukkan nama baik Raja Pop Yeh Yeh Ahmad Jais. Jais tukar kepada Jahil.
Saudara AzEEz REEzal Lanun Somalia Bin Mamak be,
Saya tidak bersetuju dengan kenyataan saudara berkenaan sijil halal. Pada saya ia diperlukan untuk melindungi umat Islam. Mungkin kelemahannya adalah pada pengurusan. Jadi, itu yang perlu diperbetulkan. Undang2 manusia memang tidak sempurna. Cuma perlu berusaha menjadikannya sempurna dengan panduan yang betul.
Terima kasih.
siapakah yg paling layak mentauliahkan seorang guru agama?????
pada saya,sekiranya seseorang mempunyai ilmu agama dan beliau berminat nak berkongsi ilmu yg dia yakin berguna kepada ummah tampa suatu niat disebaliknya,sudah cukup untuk mentauliahkan seseorang itu untuk berkongsi ilmu....namun perlu diingat samada anda bertauliah ataupun tidak nilai dulu ilmu didada sebelum berniat mengajar agama.....sekiranya "awalawaluddin makrifatullah" belum ditelusuri....
"manarafa rabbahu fakadarrafarabbahu fasadaljasada" pun belum lepas jangan lancang sangat bercakap pasal islam....nantimenyesatkan orang ramai......tanggung dosa kering....rukun bersyahadat pun tak pernah dengar mengaku guru agama.......hampeh....tauliah le kau jais....kalau orang mengajar tentang islam yg juak2...umprono
tak pernah dengar....sesat...padahal mereka yg bodoh sombong......dalam islam...dianugerahkan se-luas2 ilmu....
ada syariat...guide line..
ada toriqat...side line...
ada haqiqat...know yourself
ada maqrifat..super highway
macam mana orang islam sekarang nak kuat imamnya....mereka hanya disogokkan dng syariat..guide line..boleh-tak boleh....dosa pahala....siapa,kenapa,untuk apa kita kedunia ini.....belajar sifat 20 siap nyanyi2 lagi....faham tak apa yg di nyanyi.....hampeh...
kitab2 agama banyak yg di haramkan walau ditulis oleh ulamak besar....
APA LAGI YG TINGGAL UNTUK ANAK CUCU.....INGAT BELAJAR AGAMA DI CAIRO...SEMUA BETUL KE...???DITANAH ARAB SANA ILMUAGAMA YG SEBENAR DAH LAMA YAHUDI BERSIHKAN...YG MASIH ADAPUN DITANAH JAWI KATA ORG TUA2 NAMUN SKG SEMUANYA SEMAKIN MALAP....DIBERSIHKAN umprono..ULAMAK CARMA....DAJJAL BERMATA DUA YG PERNAH DISEBUT OLEH NABI MUHAMMAD suatu masa dulu...
renung2kan lah.....
Bagi aku la...sijil halal ni membuatkan orang islam membeli produk yang dikeluarkan oleh orang bukan islam...sedangkan produk tersebut belum tentu ke"halal"annya...sebelum ada sijil halal, kita nak makan cari kedai melayu/islam...tapi bila sijil halal dijual...tibai je ke kimma, hotel dan makanan barat yang belum tentu kehalalannya
Dalam syarat permohonan sijil halal, JAKIM mewajibkan syarikat melantik seorang eksekutif halal yang beragama Islam. Nama eksekutif tersebut tercatat dalam direktori halal JAKIM contohnya untuk starbuck:
http://www.halal.gov.my/ehalal/directory/slm_viewdetail.php?comp_code=COMP-20051010-172051&id=&type=C
Sekiranya syarikat masih mengeluarkan produk tidak halal, pada saya pengkhianat pertama adalah eksekutif tersebut. Mungkin yang boleh ditambahbaikan di pihak JAKIM adalah kelayakan minimum untuk melantik seseorang eksekutif.
Terima kasih.
Catat Ulasan