Rabu, 21 Disember 2011















BABAK TERAKHIR : SANDIWARA MAT PANCUT

Semua yang wajib dilakukan telah dilakukan. Seperti yang dirancang - skrip adalah yang paling awal disiapkan. Para pelakon telah dilatih. Pentas telah disediakan. Cahaya dan tirai semuanya tersusun rapi. Alat pembesar suara telah diuji beberapa kali untuk memastikan yang sandiwara ini akan didengari umum dengan terang dan jelas.

Pengarah, penolong pengarah, Mak Andam, penjaga set – semuanya telah dilanggan. Terlalu ramai ‘ orang-orang penangah’ yang sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam pementasan sandiwara ini. Sang Penerbit menggigit bibir – gemetar – manalah tahu kalau-kalau lampu putus ditengah pementasan, atau pentas runtuh ketika babak babak gelap di bilik gelap atau pelakon utama kena ceret beret. Untuk memastikan semua berjalan lancar Sang Pawang dan Sang Bomoh sentiasa berada dibelakang panggung dengan kemenyan, beras hitam dan ayam dara.

Sandiwara bertajuk Mat Pancut ini dipentas khusus untuk Mak Cik dan Pak Cik Felda. Warga Felda yang kita sayangi ini diharapkan akan menjadi penonton setia sandiwara ini. Jika Mak Cik Felda dan Pak Cik Felda tidak yakin dengan sandiwara ini maka Tuan Penerbit bukan sahaja akan mengigit bibir malah berkemungkinan ditendang keluar. Silap hari bulan Tuan Penerbit akan kena ludah oleh Panglima-panglima Melayu Pegerakan Pemuda Petaling Jaya Utara – yang dalam mulut mereka telah lama terkumpul air lior.

Babak akhir sandiwara Mat Pancut ini akan dipentaskan pada minggu pertama tahun hadapan. Dari maklumat Haji Desas bin Lebai Desus tarikh ini dipilih satelah Guru Ji Tok Bomoh dari Mumbai memberi isyarat bahawa pada 9 Januari ini kedudukan bintang dan bulan telah berubah dan tidak selari untuk menggangu bumi. Bencana yang dibawa oleh gerhana bulan telah berlalu. Pada 9 Januari ini mengikut kajian ilmu falak, bintang Al-Ra’ambau akan bersinar ke arah bumi.

Bintang Al-Ra’ambau ini telah ditemui oleh Abu Abdel Alla Muhammad ibn Jabir ibn Sinan al-Raqqi al-Harrani al-Sabi al Battani pada tahun 928 dahulu di Baghdad. Mengikut Kitab al-Zij karangan al-Battani sendiri, beliau telah ternampak bintang Al-Ra’ambau secara tidak sengaja ketika dia mencungkil gigi setelah makan ikan bakar ditepi Sungai Dajlah.

Pengaruh bintang al-Ra’ambau inilah yang dijadikan pedoman oleh Guru Ji. Mengikut ramalan dan telekan bomoh dari Mumbai ini 9 Januari 2012 adalah hari dan saat yang terbaik untuk memenjarakan Anwar Ibarahim.

Ada sesiapa yang tidak faham apa yang telah saya tulis? Jika tidak faham biar saya terangkan dalam bahasa pasar. Apa yang hendak saya katakan ialah : Sandiwara Mat Pancut yang saya tulis itu sebenarnya ialah kes Lubang Jubur Saifol. Kesah lubang jubur yang tersumbat dengan plastik - kes yang telah menghiburkan kita selama lebih dari dua tahun. Kes Lubang Jubur Saifol ini telah dirancang oleh Rosmah Mansor dan Najib Razak. Kerja jahat laki bini ini telah dibantu oleh Ghani Patail, Musa Hassan, Mumtaaz Jafaar dan ramai lagi kaki-kaki bodek yang tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Mereka benci dan tidak suka kepada Anwar Ibrahim. Mereka benci dan takut dengan Anwar Ibrahim. Mereka amat takut kerana jika Anwar Ibrahim menjadi PM maka Rosmah Mansor, Najib Razak, Mahathir Muhamad dan Daim Zainudin akan ditangkap untuk didakwa di mahkamah. Selain dari ahli-ahli politik ini akan juga ditangkap dan didakwa ialah ahli-ahli peniagaan yang selama ini telah menipu dan merompak wang rakyat. Mereka ini ialah: Ananda Krishna, Vincent Tan, Syed Mokhtar dan Mukzani Mahathir. Kalau tulis macam ini pasti lebih senang untuk faham kan? Jelas terang tanpa berselindung.

Disini saya cuba sejelas mungkin menerangkan kepada para pembaca bahawa Kes Lubang Jubur Saifol ini bukan kes seksual, bukan kes rogol dan bukan kes jenayah. Kalau semuanya bukan maka apakah sebenarnya kes Lubang Jubur Saifol ini? Kalau bukan kes jenayah kenapa dibawa ke mahkamah?

Disini saya akan cuba terangkan sehingga kita semua terang seperti bersuluh ditengah hari. Saya tidak mahu jika masih ada pembaca yang belum sedar atau belum jelas tentang apa sebenarnya kes Lubang Jubur Saifol ini. Jika masih ada yang tidak faham ertinya saya telah gagal untuk menerangkan sejelas mungkin.

Lubang Jubur Saifol dipilih untuk dijadikan kes kerana apabila perkataan lubang jubur disebut maka mata dan telinga Orang Melayu terutama Mak Cik dan Pak Cik Felda akan terbuka luas. Orang mengantok jika terdengar perkataan lubang jubur pasti akan terjaga. Yang pening kepala akan hilang sakit kepala. Yang semput-semput akan segar jika terdengar perkataan lubang jubur. Inilah ‘power’ perkataan lubang jubur.

Dari kajian ilmu saikoloji Melayu – amat jelas jubur adalah sesuatu yang digunakan pagi dan petang tetapi entah kenapa Orang Melayu amat segan untuk bercerita tentangnya. Sila jangan pandang rendah tentang seksualiti Orang Melayu - mereka sedar akan nikmatnya. Sayugia diingati lubang jubur tidak pernah jauh dari mimpi dan angan-angan berahi Orang Melayu. Mereka tidak menyebutnya tetapi bukan bermakna mereka tidak berminat. Hanya mereka tidak berani berhadapan dengan lubang jubur atau merayakan nikmatnya.

Justeru apabila kes Lubang Jubur Saifol menjadi berita dunia maka semua mata dan telinga Orang Melayu terbuka luas. Secara senyap-senyap Orang Melayu sesama sendiri mula berani bersembang hal jubur menjubur. Oppps... hampir saya lupa, secara resmi perkataan jubur menjubur tidak digunakan. Secara resmi perkataan liwat telah dipakai. Ini samalah seperti menggunakan perkataan onani untuk melancap. Atau perkataan faraj untuk puki. Kenapa bagini? Saya pun tidak tahu - pasti memerlukan satu kajian rapi.

Lubang jubur telah diambil sebagai tema utama ini bukanlah satu yang baru. Malah Rosmah dan Najib juga bukan sosok ori yang menaikkan lubang jubur ke arena media antarabangsa. Terdahulu dari ini pada tahun 1998 Mahathir Muhamad juga telah menggunakan Lubang Jubur Azizan sebagai pendekatan untuk memenjarakan Anwar.

Perlu saya beritahu para pembaca disini bahawa Mahathir Muhamad juga bukan ori dalam hal jubur menjubur ini. Idea untuk menangkap Anwar Ibrahim pada tahun 1998 ditiru dari Mugabe – kawan baik Mahathir dari Zimbabwe. Pada tahun 1997 Perdana Menteri Mugabe telah menahan Presiden Zimbabwe pertama Canaan Sodinno Banana. Presiden Zimbabwe ini telah ditubuh meliwat pengawal pribadi beliau. Mahathir hanya mengalihkan sadikit tema sandiwara ini – dari Jefta Dube pengawal pribadi ke Azizan Abu Bakar pemandu pribadi. Apabila Cannan Sodinno Banana dipenjara Mugabe mengambil alih kuasa dan terus menjadi Presiden. Bila Anwar dipenjara Mahathir Muhamad terus berkuasa.

Cuba bayangkan jika Anwar Ibrahim terlibat dalam Kueh Apam Korea , atau meminati Kueh Apam Minah Kaki Bebulu atau terlibat dengan kes Ikan Sepat Mak Janda pasti sandiwara ini tidak segempak kes Lubang Jubur Saifol. Malah untuk para pengkaji sejarah yang rapi dan para pelajar sejarah Politik Moden Malaysia wajib melihat kembali laporan media dihari pertama sesudah Anwar Ibrahim dibuang dari kerajaan. Laporan akhbar dipagi itu semuanya menceritakan bagaimana Anwar Ibrahim amat gian dengan Apam Korea, Apam Mexico dan Apam Perempuan India yang kakinya berbulu. Jangan ketawa. Ini bukan fitnah – semua yang saya tulis ini adalah fakta yang tersimpan dalam arkib negara.

Jubur Azizan Abu Bakar dan beberapa jubur termasuk jubur Munawar Anis jantan India yang berbulu lebat mula muncul satelah didapati bahawa Orang Melayu tidak ambil pot jika pemimpim mereka meminati Apam atau Ikan Sepat. Lebih banyak Apam dimakan lebih berjaya pemimpin itu. Dari risikan Kemas dan BTN didapati Orang Melayu akan merasa marah jika pemimpim mereka meminati jubur. Maka dari sinilah asas jubur sebagai alat politik bermula. Berjubur dilihat amat hina berbanding sdengan memakan kueh Apam.

Tuan pembaca yang budiman – pada 9 Januari tahun hadapan tolonglah jangan percaya kepada Mahkamah Malaysia ini. Kalau kes curi ayam, curi kambing mungkin boleh kita percaya. INi kerana kes kes ini tidak banyak duit bertukar tangan. Tetapi dalam kes jubur menjubur dan yang terlibat orang politik maka jangan sesekali percaya kepada mahkamah Malaysia ini.

Kenapa jangan percaya: Ini kerana yang melantik Hakim dan yang menaikkan gaji hakim ialah Menteri dari United Malay National Organisation. Mustahil gerombolan lanun ini akan melantik hakim yang tidak setia kepada kepentingan mereka. Memang betul sesekali ada hakim yang akan membuat keputusan bercanggah dengan kepentingan gerombolan lanun ini. Bila ini berlaku – sedarlah – ini hanya sebahagian dari sandiwara agar kita semua kembali percaya dengan lembaga kehakiman dan mahkamah.

Lihatlah peranan VK Lingam. Orang India ini bukan saja bebas dari hukuman malah dia sendiri dapat menyusun hakim mana dinaikkan pangkat dan hakim mana wajib dipinggirkan. Seorang Nandek seperti ini cukup berkuasa – bayangkan betapa berkuasnya Nandek saperti Ananda Krishan. Mungkin berjuta kali kuasanya.

Bagaimana dengan Polis? Kalau ada para pembaca yang memiliki kepercayaan dengan Polis Malaysia ini maka ertinya ada pembaca yang percaya bahawa ketika membuat Haji di Mekah kita juga boleh membeli Anak Toyol yang ada dijual tidak berapa jauh dari Kaabah.

Apa yang ingin saya nyatakankan disini ialah hakim hakim yang berkedudukan tinggi dan para pegawai polis yang berpangkat-pangkat semuanya ada kepentingan ekonomi untuk memastikan kuasa kerajaan United Malaya National Organisation ini diteruskan. Mereka dengan penuh kesedaran tahu jika Anwar Ibrahim tidak dipenjara mereka dalam bahaya. Jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan baru – mereka pasti akan ditangkap untuk di dakwa.

Dalam masa tiga minggu kita akan melihat bersinarnya cahaya bintang al-Ra’ambau. Sandiwara Mat Pancut a.k.a Jubur Saifol akan dipentaskan. Untuk saya Anwar akan didapati bersalah. Sama ada dipenjara atau tidak pada hari itu masih belum jelas. Untuk saya ianya bukan persoalan penting.

Apa yang penting ialah : Sama ada sandiawara ini akan diyakini atau tidak oleh Mak Cik dan Pak Cik Felda. Untuk saya warga Felda ini menjadi tangga patukan Orang Melayu. Mereka , untuk saya adalah sensibiliti atau kesedaran Orang Melayu. Manusia Melayu di bandar – Pak Cik Gombak dan Mak Cik Pantai Dalam , Pak Cik dan Mak Cik Warong di pekan dan kota kecil kebanyakan telah sedar akan kezaliman United Malay National Organisation. Pada ketika ini hanya warga Felda sahaja yang merasa mereka terhutang budi dengan gerombolan lanun ini.

Jika sekiaranya sandiwara Jubur Saifol ini tidak berjaya. Warga Felda merasa mereka ditipu dan dibodohkan. Mereka marah lalu menyusun seluruh warga Felda untuk mogok. Bayangkan apa yang akan terjadi.

W.S Rendra telah menulis:

Pelacur pelacur kota Jakarta
Mogoklah sebulan
Lalu mereka akan berzina
Dengan isteri saudaranya

Dan saya menulis:
Mak Cik dan Pak Cik Felda mogoklah sebulan
jangan dipungut buah sawit
jangan dipotong pelepah tua
lihatlah apa yang terjadi
mahathir lari ke argentina
daim lari ke dubai
rosmah bercukur rambut lari ke kazakhtan
najib bertaubat
terbang ke mekah untuk menjaga makam nabi
-TT



NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45

9 ulasan:

budakbalun berkata...

tak tau nak kata apa dah..

ko memang Phuiii!! la TT!!

wakakakaka!!

budakbalun

mek berkata...

like

Tanpa Nama berkata...

Terbaiiiiiiiikkkkkk bro...!!! itulah yang selama ni bermain dlm fikiran aku...Kalau tak, masakan Anwar dibebaskan daripada 9 tuduhan lain sebaik sahaja dia dipenjara satu masa dulu? Dan jika benar-benar dia meliwat, kenapa masa Pak Lah PM, dia keluarkan Anwar dari penjara??

UMproNO berkata...

hebat...mantop...kahkahkah

umNO? NO3 berkata...

Elllleh, hitler pon pernah tuduh jeneral perangnya peliwat sebelum dipecat.
Hekkkelehh... tahun 1987 dulu pon aku ada tengok video omputih main bontot.
cheh3... zaman nabi lut dulu pon dah ada kaki liwat.
ini semua common sense la.. hanya yg ada agama saja tau beza benda betul atau salah..
Tapi umngok HANYA tau pasal taik dan lobang taik... tu yg dia highlight sesangat tuh..
Sebab tu almarhun ustaz Fadhil Nor kata tahun 2020 nanti madey & hasmah akan main taik sesama sendiri. Udah itu ajerrr yg dia tau.

Jom Tangkap Perompak berkata...

Sungai Dajlah??? hmmm...bila Pakatan menang nnti siap lah Saiful Azlan dgn Pak Bukhari sekali kita kemaskan dan siang macam ikan wakaka.....oh jgn lupa Hakim Zabdin Md Diah siapkan bilik dia kat Sg Buloh juga....beri dia bilik air cond biar dia selesa duduk dalam.Biar dia rasa. Kutty pulak biar dia minum Brandy banyak2 biar kembung perut dia dalam penjara nnti. Jgn ingat Argentina atau Dubai tu jauh dan tak boleh ditangkap.

Tanpa Nama berkata...

tt bro, citer lu tak laku di msia ni. gi pun melayu dah nak dipunahkan pun dek bodohsombong mereka.
ada qisas, hudud, kazaf sengaja pakai udg-udg thogut.mangsanya org islam sendiri!
from bidaah to syirik, all belong to them and there's no cure anymore cos even their ulama had glaringly defended them for their own material interest.
hancussss!!
just you be the witness of their damnation sooner where not even pr mlys can help.
wahai bani melayu berjubo la kamu sebelum kamu dijubokan oleh eeee kah kah kah

KSU berkata...

Pasal isu SBPA, gaji Jusa dari basic RM7 ribu boleh pergi sampai RM14 ribu..tak termasuk elaun2 lagi. Pekeliling untuk Jusa buat secara rahsia tanpa diedarkan kepada umum termasuk wartawan2.yang buat polisi itu golongan2 peringkat atasan. dah tentu nak untungkan mereka sahaja. entah2 ni satu cara nak pikat golongan swasta untuk join kerajaan.

AYUH KONGSI MAKLUMAT berkata...

wahai pembaca.....selamatkan la jiran2...kenalan2...org2 Felda Felcra org2 Asli yg korang kenal... dari terus diperbodohkan UMNO dan BN....banyakkan perdebatan dan kongsi maklumat sesama kita...yg penting maklumat sampai....KESIAN DIORG KALO KITA XBAGI TAHU, DIORG SEMUA BODOH MCM LEMBU...