Sabtu, 11 Februari 2012
DUA EKOR ANAK LEMBU SHAHRIZAT
SKANDAL NFC: KEMENTERIAN DAN NFC WAJAR DEDAHKAN PERJANJIAN PINJAMAN
Saya merujuk kepada kenyataan Wan Shahinur Izmir Salleh, Ketua Pegawai
Eksekutif NFC yang mendakwa bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta yang
dimeterai NFC dan Kerajaan Malaysia tidak menetapkan syarat bagaimana
wang tersebut boleh digunakan. NFC menggunakan alasan itu untuk
menggunakan wang tersebut bagi tujuan peribadi termasuklah
mengumpulkan harta yang mahal seperti kondominium, tanah dan kereta
mewah.
Pengakuan ini menimbulkan seribu satu persoalan baru:
1. Apakah hak menteri-menteri terbabit meluluskan pemberian wang
sejumlah RM250 juta kepada keluarga menteri untuk dibelanjakan sesuka
hati mereka?
2. Bagaimanakah dasar memberikan pinjaman yang longgar begini
boleh menjamin projek negara seperti Pusat Fidlot Kebangsaan dapat
dilaksanakan dengan berkesan?
3. Berapa banyak lagi perjanjian-perjanjian pinjaman seperti ini
yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada peminjam membelanjakan wang
rakyat telah diberikan kepada syarikat-syarikat dan orang peribadi
yang ada kaitan dengan pimpinan kerajaan?
4. Apakah pemilik dan pengurusan NFC yang terdiri dari kaum
keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil memberikan jaminan peribadi
(personal guarantee) dan mencagarkan harta peribadi mereka sebagai
sebahagian dari syarat perjanjian pinjaman?
Untuk merungkai segala persoalan ini, saya mengesyorkan supaya Dato’
Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan
Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan
NFC mendedahkan sepenuhnya perjanjian pinjaman RM250 juta itu kepada
umum supaya rakyat dapat menghakimi kewajaran kerajaan meluluskan
pinjaman dengan syarat yang sebegitu longgar.
Pendedahan ini juga mengukuhkan lagi gesaan Pakatan Rakyat bahawa
sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat
skandal NFC kerana penyelewengan dan kecuaian yang berlaku melibatkan
pimpinan tertinggi negara.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
10 FEBRUARI 2012
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
dengar kabar takkan ada apa2 tindakan perundangan akan dikenakan ke atas kak ijat and the family... bagus betul permainan dorang, dari awal dah plan supaya klau kantoi bleh lepas hehehe,strategic plan dah siap awal sebelum kerajaan umum nak buat feedlot...pengalaman katakan hehehe... last2 yg akan kena pegawai kerajaan yg bahlol ikut telunjuk yg tak dapat sesen pun...
-bang aji-
Dulu pembangkang dedahkan kpd rakyat isu permit AP berlaku penyelewengan, malangnya rakyat tak paham.
Dulu pembangkang beritahu rakyat kes pemberian subsidi adalah helah kerajaan utk rembat duit rakyat, malangnya rakyat tak paham2.
SEKARANG, PECAH ISU LEMBU & SAHJILAT, BARULAH RAKYAT PAHAM.
Malangnya lembu umngok & langau taik lembu tak mau paham.
Kalo aku dpt 250 juta aku lari obersi. Ape brg aku ternak lembu..
Kah kah kah
ini kerje bangang! mengesyorkan PM dan TPM mendedahkan semua ini adalah kerje bodoh yang sama dengan pak lebai berdoa meminta Allah Taala mendedahkan formula mencipta seluruh cakrawala dan planet2 bergerak mengikut orbit dengan hanya menggunakan buzzword "kunfayakun!"... boleh mintak berbuih2 mulut saja.. habuk pun tarakkkk..
buatlah sesuatu yang lebih berfaedah seperti mengajak rakyat melancap beramai2 di Dataran Merdeka ka? tak boleh buat apa2 punyer sbb masih ramai sudah jadi lembu kenyang, siap complacent bangang macam Hassan Ali dan Mat Bisul lagi..
Lu TT, berjuanglah untuk anak bangsa, sampai lu mampos pun, lu tak akan dapat tengok BN kalah macam aruah Ust Fadhil Noor. Lu berjuang bukan kerana rakyat, lu berjuang kerana darah lu pejuang.. mcm che guavara. Apa lu ingat akan terus selesa dengan lu? No way mannn!!! REALPOLITIK BANG!
Malah jikalau kiamat dapat diulang2 sekalipun, BN akan tetap memerintah berdasarkan rekod2 realpolitik yang ada, berapa kerat sangat rakyat yang mahukan perubahan? pong pang pong pang habaq nak perubahan, tapi tak ramai yang mahu menghasut.. untuk menyatakan pendirian atas kepentingan diri sendiri... untuk melihat BN tumbang dan masa depan diri sendiri menjadi lebih terjamin.. terlalu banyak bentuk2 kuasa yang menghalang!
"...........RM250 juta yang
dimeterai NFC dan Kerajaan Malaysia tidak menetapkan syarat bagaimana
wang tersebut boleh digunakan............"
Salahguna maksud salahguna, ini dah tetap jawapan nya di sisi undang, jangan buat alasan lain.
If a man "ball-less", i rather be a "Pondan", at least a "Pondan" is having more dignity than a corrupt minister.
'Now that the cat is out of the bag, it is time to recall the loan in full, together with interest outstanding and all the capital gained.'
“The person that loses their conscience has nothing left worth keeping.”
Catat Ulasan