Jumaat, 10 Februari 2012

PILIHAN RAYA ATAU PILILIHAN JALAN RAYA





JANGAN LUPA TUNTUTAN INI














HISHAMUDDIAN RAIS: KITA KE JALAN RAYA KERANA KITA HENDAK PILIHANRAYA!

Lim Hong Siang | Feb 10, 2012 12:08:35 pm


"Kita di jalan raya itu bukan (kerana) kita menolak pilihan raya. Kita ke jalan raya kerana kita hendak pilihan raya. Ini jelas!"

Demikianlah penegasan Hishamuddin Rais (gambar kanan), aktivis sosial yang mendukung demonstrasi jalanan untuk menuntut pendemokrasian. Koleksi tulisan beliau pernah diterbitkan dengan judul "Pilihan raya atau Pilihan jalan raya" ketika zaman "Reformasi", malah beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri 1960 (ISA) selama dua tahun. Beliau yang masih giat terlibat dalam demonstrasi jalanan, diajukan soalan sebagaimana tajuk bukunya, dalam satu forum semalam.

Hishamuddin Rais menjelaskan, padahal kita tidak mempunyai pilihan, melainkan pilihan raya sebagai cara untuk memilih pemimpin. Apapun aliran politik, sama ada sayap kiri, kanan, tengah, Islam atau sebaliknya, akan menyokong pilihan raya, katanya. Bagaimanapun, perbincangan terhadap pemilihan demokratik ini berterusan, berkisar pada sistem pengundiannya, misalnya first-past-the-post dan sebagainya.

"Apa yang dipertikaikan di negara kita ini, pilihan raya di negara kita ini tidak adil!" tegasnya, sebelum menjelaskan bahawa komponen parti Pakatan Rakyat dan parti-parti pembangkang seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebenarnya bukan berlawan dengan UMNO-Barisan Nasional, tetapi polis, askar, special branch, pegawai kerajaan yang mempertahankan UMNO-BN.

( baca seterusnya)

http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=12714

12 ulasan:

Juasseh Cafe berkata...

Sebenarnya Pilihan Hantu Raya, pasal banyak pengundi hantu yang akan diimpot

Little Bird berkata...

۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩

Apa yang terjadi di TANAH MELAYU terkesan di seluruh Nusantara

Kami bawakan anda konspirasi ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU
UMNO = United Malays National Organisation
PAS = Parti Islam SeMalaysia
PKR = Parti Keadilan Rakyat

(Artikel Suntingan Oleh MISTISFILES dari terbitan Lodgekeeper )

Saya telah memberitahu anda semua tentang mereka yang cuba mencaturkan dan siapa yang menjadi buah-buah catur. Saya tidak memberitahu anda jangan sokong PAS atau UMNO, tidak
Saya tidak pernah memberitahu begitu. Saya hanya memberitahu cara yang betul untuk berjuang supaya tidak dicaturkan secara senyap. Caranya mesti betul, jika tidak, anda akan membuat kesilapan demi kesilapan sehingga anda dan tanahair anda akan dijual kepada musuh-musuh anda.

Tidak perlu saya mengatakan sokong PAS atau UMNO, kerana itu adalah perkara yang tidak bermanfaat langsung. Demokrasi sebenarnya adalah racun sebagaimana Sosialisme. Apa kata Sosialisme? Memilik negarakan kekayaan. Kekayaan negara menjadi milik rakyat,
dan segala kapitalisme akan dibunuh. Menarik bukan? Tiada lagi orang kaya sombong yang kumpul harta berbukit-bukit demi perut sendiri, dan membiarkan rakyat marhaen miskin terlonta-lonta. Secara teori, kerajaan Sosialisme/Komunisme berhak menguruskan kekayaan negara
untuk diagih-agihkan kepada rakyat secara adil dan saksama. Kerajaan dan syarikat swasta mempunyai plan bersama untuk program 'memiliknegarakan kekayaan' tadi. Sungguh bagus bunyinya. Namun secara praktikal, negara yang mengamalkan Sosialisme dan Komunisme lah yang paling huru hara, penuh keganasan dan perlanggaran hak asasi manusia. Adakah Komunisme menjadi ideologi yang anda rasa 'mesra-rakyat' kini ? Jika seseorang mengatakan kepada anda "kami akan mengagihkan kekayaan negara sama rata" namun mengacukan AK-47 ke arah anda,
adakah anda merasa selamat dan mengikut kata-kata lelaki itu?

Little Bird berkata...

Sebagaimana Sosialisme, demokrasi juga adalah utopia. Tiada sistem yang paling ideal dalam dunia ini selain sistem yang diciptakan oleh Pencipta manusia.Tuhan telah menawarkan sistem yang dicipta-Nya sendiri kepada manusia.Namun manusia tidak mahu.Manusia fikir dia lebih bijak dari Tuhannya sendiri. Saya tidak mengatakan bahawa PAS salah atau UMNO adalah parti yang perlu anda undi. Atau UMNO adalah parti syaitan, manakala PAS adalah parti maksum yang jika anda undi, anda akan dijamin masuk syurga.
Tidak, saya tidak mengatakan begitu. Saya cuma memberitahu bahawa PAS dan UMNO perlu bertindak begini dan begitu supaya anda semua boleh berjuang dalam landasan yang betul. Jika anda tidak mahu bersatu, tidak mengapa. Berpecahlah, apa saya peduli jika Malaysia huru hara sekalipun saya boleh 'fly' ke mana-mana bahagian dunia hatta ke dalam 'secret vault' di dalam Vatican Chapel sekalipun, ataupun berdiam di dalam 'red zone' di Bohemian Groove. Cuma yang saya fikirkan, ibu-ibu tua di kampung-kampung yang tidak tahu apa-apa, anak-anak kecil yang bermain lumpur di sawah bendang. Jika tanahair mereka itu yang satu-satunya tumpah darah mereka ini menjadi huru hara dan penuh keganasan, apakah yang boleh mereka lakukan? Kerajaan yang dipegang oleh Melayu jatuh ke tangan kerajaan campuran yang mana PAS hanya mendapat sebahagian kecil sahaja, adakah nasib mereka akan terbela? Dalam 5 atau 10 tahun mungkin nasib mereka akan terbela, kemudian anda akan lihat mereka akan menyertai saudara-saudara mereka di Singapura.

Saya boleh katakan PAS itu betul, jika mereka MEMIMPIN dalam Pakatan Rakyat. Mereka mencaturkan halatuju pembangkang dan menjadi jurucakap Islam kepada non-muslim. Mereka memberitahu apa yang boleh atau tidak dalam Islam, menjadi contoh dan asbab hidayat kepada non-muslim. Jika Bersih 2.0 dianjurkan oleh PAS dan isunya ialah tentang memperkasakan Islam dan Hukum Allah, maka saya menggalakkan semua muslim di Malaysia supaya sertai Bersih 2.0 ini. Pedulikan polis-polis yang menjadi hamba demokrasi itu. Lawan tetap lawan.Lawan untuk siapa?Lawan demi Allah Azza Wa Jalla. Yang menciptakan saya dan kamu.

Tetapi jika berhimpun hanya untuk 'membersihkan demokrasi', anda telah membuat satu pekerjaan yang gila. Demokrasi tidak akan pernah bersih selama-lamanya. Demokrasi adalah sistem yang cacat. Demokrasi adalah TONG TAHI. Anda berhimpun untuk membersihkan tong tahi dengan menggunakan air tahi yang baru. INI SALAH. Menuntut untuk satu pilihanraya yang bersih. INI SALAH. Pilihanraya tidak akan selamanya bersih. Pilihanraya adalah satu perkara yang subjektif. Jika Ambiga menjadi pengerusi SPR, beliau akan membuatkan pilihanraya itu mengikut objektif beliau, dan ini dianggap BERSIH hanya oleh beliau!

Little Bird berkata...

Pilihanraya mengikut siapa yang mengawalnya. Demokrasi dan pilihanraya tidak akan bersih. Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu, sebenarnya anda sedang dicaturkan. Islam adalah agama yang sempurna. Islam mengajarkan sistem politik, ekonomi dan sistem sosial manusia.
Islam membahaskan dari perkara sekecil-kecilnya seperti adab masuk tandas sehinggalah bagaimana mengurus sesebuah negara. Gautama Buddha tidak pernah mengajarkan anak muridnya tentang sistem ekonomi seperti simpanan,insuran,pajak gadai dan sebagainya, namun Nabi Muhammad s.a.w memberikan panduan tentang urusan perbankan dan transaksi. Pernah dengar Mudharabah? Ar-Rahnu? Bank Islam? Ini semua ada garis panduannya yang diambil dari hadis-hadis nabi yang kebanyakan dari kita tidak pernah mendengarnya. Anda boleh merujuk kepada panel syariah dalam urusan perbankan Islam. Jesus tidak pernah mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya tentang sistem politik, bagaimana menguruskan negara, namun Nabi Muhammad s.a.w telah memberi contoh panduan bagaimana menguruskan sistem politik dan kenegaraan. Undang-undang, kuasa mahkamah, kuasa eksekutif, sekuriti dan sebagaimana semuanya tercantum dalam satu ilmu fekah yang dipanggil Jinayah. Hukum Hudud, Qisas, Takzir dan lain-lain termasuk dalam fekah ini. Adakah kita pernah ambil peduli dengan semua ini?
Di sebabkan Jesus tidak pernah mengajar sistem kenegaraan kepada pengikutnya maka penganut Kristian 'terpaksa' menurut sistem ciptaan manusia. Itulah demokrasi. Namun Islam mengajarkan sistemnya sendiri, yang datang terus dari Allah Azza Wa Jalla, namun yang orang Islam amalkan pada hari ini adalah demokrasi, ciptaan manusia yang ketiadaan sistem yang diwahyukan dari Tuhan.

Saya boleh katakan UMNO adalah betul, jika mereka memimpin negara mengikut sistem Islam. Namun mereka mengikut sistem sekular. Oleh kerana ibu dan bapa mereka Islam, maka mereka masih mahu menyuburkan Islam. UMNO masih terpenjara dalam sistem penjajah.
Mereka cuba menyuburkan Islam di dalam tong tahi. Namun orang-orang seperti Ambiga ada rancangan lain. Tuan kepada Ambiga menghendaki supaya demokrasi Malaysia perlu di'bersih'kan SEPENUHNYA. Dibersihkan dari apa? Dibersihkan DARI AGAMA ISLAM.

Patsies seperti Ambiga tidak tahu kenyataan sebenar. Rotary Club tidak pernah memberitahunya kenyataan sebenar. Mengapa? Kerana Rotary Club juga adalah anjing pencacai yang tidak tahu menahu kenyataan sebenar. Apa kenyataan sebenar itu? Bahawa sistem Islam diajarkan sebagai taklimat khas dalam silibus next 33rd level Luciferian Illuminatus. Orang yang mendapat 'initiation' ke peringkat 'over 33rd degree' dalam organisasi Luciferian yang mengawal jenama seperti Freemason, Lion Club atau Rotary adalah mereka yang diwajibkan belajar selok belok agama Islam. Siapa tidak boleh menafikan bahawa Islam adalah musuh nombor satu organisasi Kabbalis dan Luciferiancraft, yang menjadi anutan elit-elit dunia. Jika anda lahir sebagai seorang Islam, anda telahpun memiliki beberapa musuh seperti: syaitan, nafsu, orang kafir, munafik,
Nasrani, Yahudi, Majusi, penyembah berhala, orang Islam yang dengki kepada anda dan juga ini, para penyembah syaitan yang kini menguasai hal ehwal dunia planet Bumi.

Little Bird berkata...

UMNO PERLU BERTAUBAT DAN BELAJAR AGAMA.
Kita semua tinggal di dalam Bumi yang akan musnah suatu hari nanti. Selepas kita menjadi mayat, adalah satu kehidupan yang kita sendiripun tidak dapat membayangkan bagaimana. Hari ini ramai manusia tidak pentingkan agama dalam kehidupan. Bagi mereka cukup wang maka cukup makan. Bila kita menjadi mayat, apa jua pekerjaan kita yang hebat-hebat di dunia ini tidak berguna sedikit pun. Yang berguna adalah iman kita. Solat kita. Ini adalah 'generator' kepada kebahagiaan kita di akhirat nanti. Agama tidak perlukan anda. ANDA YANG MEMERLUKAN AGAMA.
Biarpun tiada seorang pun yang beriman di atas muka bumi ini, ini tidak menurunkan Allah Azza Wa Jalla walaupun satu darjat. Biar semua manusia masuk Islam sekalipun, ini tidak sesekali menaikkan Allah Azza Wa Jalla walaupun satu darjat. Tidak sedikit pun memberi manfaat,
dan mudarat kepada Allah, bahkan Allah lah yang memberi manfaat dan mudarat.

PAS dan UMNO perlu belajar seni perancangan musuh-musuh Islam. Jika anda-anda semua mahu berpecahbelah, silakan. Namun datanglah masjid untuk solat berjemaah bersama-sama. Rapatkan saf anda. Lambat laun Allah Yang Maha Pengasih akan menyatukan hati-hati anda.
Anda semua adalah bersaudara. Ingat, untuk menang di atas papan catur, anda perlu memiliki strategi sendiri. Kami telah tunjukkan beberapa langkah. Namun sampai satu tahap, anda tidak perlu mengikut langkah-langkah ini lagi. Tiada lagi strategi. Sampai satu tahap, anda akan menyedari hakikat sebenar. Hakikat bahawa anda tidak perlu lagi bermain. Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu, sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Little Bird berkata...

PKR tidak perlu, PAS perlu banyakkan dakwah kepada orang Islam, dan ajak orang-orang seperti Ambiga atau Lim Guan Eng kepada agama Allah. Di akhirat nanti, jika Lim Guan Eng, Karpal Singh atau Ambiga menuding jari kepada anda kerana tidak pernah mengajak kepada Islam, apakah alasan anda di hadapan Allah nanti, padahal anda duduk semeja dengan mereka semasa di dunia?

Tanpa Nama berkata...

Bro,ulas sikit apsal PERKASAM tiba2 nak ambik pot kes pekerja kentaki gaduh ngan customer aritu..kentaki tu syarikat melayu ke?ke sebab pelanggan tu cine,konon2 nak jd panglima bela melayu la...

Serunai berkata...

Hantu pasti akan ditunggu menjelan PRU...hahah.

Tanpa Nama berkata...

saudara,
ini adalah satu artikel komentar terbaik yang pernah saya baca blog tt ini.
walau saya kurang senang perihal luciferian,freemason dan segala macam namun intinya adalah bagus.
teruskan menulis.
i_refused

Tanpa Nama berkata...

saudara,
ini adalah satu artikel komentar terbaik yang pernah saya baca blog tt ini.
walau saya kurang senang perihal luciferian,freemason dan segala macam namun intinya adalah bagus.
teruskan menulis.
i_refused

pakcik lan berkata...

Cantik ulasan little bird. Cuma apakah little birds seorang ahli freemason yg Insaf? Atau pun Rajin membaca semata. Teringin nk tau lebih dalam bgmn nk laksanakan sistem Islam yg diajukan. Setakat mudharabah dsb Nya? Jamaah pas telah berdakwah setengah abad, jamaah apa little bird ikut? Jamaah little bird sudah berdakwah pd non Muslims? Menyuruh lebih senang drpd membuat. Retorika x ke mana.

Little Bird berkata...

salam sejahtera buat semua dan terutama buat "pakcik lan" semoga di beri rahmat dan hidayat.

Mari kita sama2 tinggalkan seketika fahaman politik masing2, dan mari melihat dan menganalisakan peranan kita, adakah kita cukup yakin dan berpuashati dgn usaha dakwah jamaah kita yg dikatakan diusahkan setengah abad? adakah ianya berhasil? Tidak perlu kita melihat kpd org lain, lihatlah diri sendiri. Adakan anda pasti dan kenal Tuhan anda? jika awak org awan! adakah anda yakin akan amalan anda diterima Allah swt? Utk melaksanakan sistem Islam yg sempurna sabda Rasulullah ini adalah satu panduan.: Awal-awal agama mengenal Allah. - kenalkan Tuhan dahulu, baru kenalkan syariat-Nya.

Seseorang muslim tidak boleh mengumpat atau menghina atau mengejek atau mempersendakan saudaranya dalam Islam atau menggelarnya dengan gelaran yang tidak disukai (gelaran buruk) atau membuat cerita yang merosakkan hubungan baik dengannya.

Firman Allah SWT :
يا أيها الذين أمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن، إن بعض الظن إثم وﻻ تجسسوا وﻻ يغتب بعضكم بعضا، أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه. (الحجرات اية ١٢)

Ertinya : " Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari memiliki sangkaan, kerana setengah-setengah sangkaan itu berdosa dan janganlah mencari kesalahan atau keaaiban orang, dan janganlah setengah-setengah kamu mengumpat kepada yang lain. Adakah seorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? Tentulah kamu membencinya (tidak suka kerana jijik).

Firmannya dalam surah yang sama ayat 11 :
يا أيها الذين أمنوا ﻻ يسخر قوم عسى أن يكون خيرا منهم وﻻ نساء من نساء عسى أن يكون خيرا منهن، وﻻ تلمزوا أنفسكم، وﻻ تنابزوا بالألقاب، بئس الإسم الفسوق بعد الإيمان ومن لم يتب فأولئك هم الظالمون.

Ertinya : " Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesatu kaum lelaki mencemuh dan mempersendakan satu kaum lelaki yang lain kerana boleh jadi kaum yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, begitu janganlah satu-satu puak orang perempuan mencemuh dan mempersendakan puak perempuan yang lain, kerana boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Janganlah setengah-setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan jangan pula bergelar-gelar di antara sesama kamu dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya nama fasiq digelarkan kepada seseorang setelah dia beriman dan (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat daripada kefasiqan itu maka merekalah orang-orang yang bersifat zalim".