Kuala Lumpur: Tindakan pembangkang yang sering cuba menggagalkan usaha kerajaan menunjukkan mereka lebih mementingkan politik berbanding masa depan negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ini termasuk cubaan menggagalkan pelaksanaan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor dan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia.