Rabu, 21 November 2012

RASUAH MALAYSIAN SUDAH SAMPAI KE HONG KONG







KENYATAAN MEDIA

20 November 2012


“FACT FINDING MISSION” KE HONG KONG:
LAPORAN KEPADA JAWATANKUASA SEMAKAN ICAC UNTUK MENYEMAK/ MEMBUKA SEMULA KES RASUAH RM40j MELIBATKAN DATO’ SERI MUSA AMAN, DATO’ SERI NAZRI AZIZ DAN MICHAEL CHIA


National Oversight & Whistleblowers (NOW) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu rombongan ke Hong Kong bertujuan mengumpul maklumat lanjut dan menyampaikan perkembangan terkini kepada pihak-pihak berkuasa dan berkepentingan di Hong Kong mengenai siasatan kes rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman, Dato’ Seri Nazri Aziz dan Michael Chia.

Ini bertepatan dengan kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat baru-baru ini yang menggunakan nama dan reputasi Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) untuk menggugurkan dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia.

Sedangkan sehingga kini, tidak ada satu pengesahan pun dari ICAC yang mengiyakan kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz itu, ditengah-tengah tuduhan bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama dari pihak berkuasa Malaysia yang sengaja melengah-lengahkan kes tersebut.

Perkara ini diperkuatkan lagi dengan perkembangan terkini dari siasatan terhadap tuduhan rasuah melibatkan hartawan Ananda Krishnan di India, apabila pihak berkuasa India turut menyuarakan bantahan terhadap pihak berkuasa Malaysia yang dilaporkan sengaja tidak memberi kerjasama untuk melengah-lengahkan kes tersebut.

Jelas bahawa ada perkaitan yang membimbangkan di antara kedua-dua kes; apabila pihak berkuasa Malaysia dituduh tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa lain yang menyiasat kes rasuah individu tertentu yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional.

Oleh itu, adalah menjadi keutamaan untuk mengesahkan kebenaran kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz dengan merujuk kembali perkara ini kepada ICAC dan pihak berkuasa Hong Kong. Sekiranya ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana pihak berkuasa Malaysia tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya, ini adalah satu skandal besar yang perlu disiasat dengan lebih lanjut oleh SPRM dan pihak berkuasa di negara ini.

Pendedahan terbaru bahawa keluarga Dato’ Seri Nazri Aziz ada mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah dianggarkan berharga RM1 juta dari Michael Chia menguatkan lagi persepsi bahawa tindakan Dato’ Seri Nazri Aziz membersihkan nama Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia adalah berunsurkan rasuah yang perlu disiasat segera.

Saya telah menghubungi ICAC dan sementara ia menjelaskan ia perlu menjaga kerahsiaan siasatan, ICAC juga memaklumkan bahawa wujud mekanisme semakan semula siasatan melalui sebuah badan yang dipanggil Operations Review Committee (Jawatankuasa Semakan ICAC).

Oleh yang demikian, satu rombongan yang turut disertai wakil-wakil rakyat akan berkunjung ke Hong Kong untuk memulakan proses permohonan kepada Jawatankuasa Semakan ICAC untuk:

1.                  Memaklumkan fakta-fakta kes yang menyebabkan ICAC terpaksa menutup kes ini untuk mengesahkan sama ada dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak memberikan kerjasama benar atau tidak;

2.                 Membuka semula siasatan terhadap dakwaan rasuah RM40 juta dan pengubahan wang haram (money laundering) terhadap Dato’ Seri Musa Aman, Dato’ Seri Nazri Aziz dan Michael Chia mengambil kira perkembangan terkini termasuklah kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz di Parlimen dan keterlibatan keluarga beliau menerima habuan dari Michael Chia

Rombongan ini yang disertai oleh saya, YB William Leong (AP Selayang), YB Hee Loy Sian (AP Petaling Jaya Selatan) dan YB Chang Li Kang (ADUN Teja) akan berlepas ke Hong Kong esok (21 November 2012).

Dalam rangka lawatan ini, rombongan akan menemui ahli Majlis Perundangan Hong Kong (Legislative Council) seperti berikut:

Leung Kwok-Hung, pengerusi League of Social Democrats
James To Kun-Sun, wakil Parti Demokratik
Raymond Wong Yuk-Man dan pimpinan parti People’s Power
Pimpinan Civic Party

Rombongan juga akan mengadakan pertemuan dengan NGO dan media untuk menerangkan kesan kes ini kepada reputasi ICAC. Satu sidang penerangan akan diadakan pada hari Khamis, 22 November 2012 yang akan turut disertai oleh wakil-wakil parti politik, NGO dan media.

Sesi penerangan dan pertemuan dengan ahli-ahli Majlis Perundangan Hong Kong adalah bertujuan untuk mendapatkan kerjasama mereka untuk berunding dengan Jawatankuasa Semakan ICAC untuk menyemak kembali kes tersebut.

Akhir sekali, rombongan akan bertemu dengan wakil ICAC untuk menyampaikan permohonan rasmi agar kes ini disemak kembali mengambil kira kesannya kepada reputasi antarabangsa ICAC, apabila namanya digunakan di Malaysia untuk membersihkan nama Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia dalam suasana yang menimbulkan penuh tanda tanya.

Misi ini adalah misi yang pertama dan akan diteruskan dari semasa ke semasa bergantung kepada perkembangan di Hong Kong.

Satu sidang media akan diadakan di ibu pejabat KEADILAN pada hari Jumaat, 23 November 2012 jam 4 petang sejurus rombongan tiba dari Hong Kong.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masa untuk jatuhkan Nazri..
Sapa punya kerja la ni..

Tanpa Nama berkata...

teringat kembali Allahyarham Jalil Ibrahim bank Bumiputra sekor pemimpin negara pun tak kena.cina hong kong kena mcam tu aje.KAwan tu sampai ragut nyawa

Tanpa Nama berkata...

pemimpin bukan sahja kena bersih, tetapi kena nampak bersih.

pemimpin yang tak bersih atau nampak tak bersih kena le kita pujuk2 masuk dalam lubang tandas dan kita tolong tarik flush supaya masuk kolam takungan taik.

Kita tak brapa nak suka kalau anak pemimpin kesayangan kita dapat guna pakai hummer free. Kenapa free? Kenapa free? Ada ke kat dunia yang fana ni benda free? Kat situ pun kita tengok macam dah tak berapa nak bersih.

Sebab tu bila kita masuk Bersih ada pemimpin yang tak suka!!

Tanpa Nama berkata...

Mulut sesetengah pemimpin PAS ni kadang-kadang macam mulut betina sundal. Berapa kali nak tegur nak peringat, dah dekat PRU13 ni tak payahlah bukak isu2 sensetif. Ni dok gebang pasal PM pulak. Tak boleh ke simpan sampai menang dulu.

Yang bertanya kat muktamar tu kalau tengok kerja tak ler seberapa. Belum apa2 dah pikir pasal nak PM bagai. Zaman nabi dulu, yang gi perang tak pernah pun terpikir nak jawatan ketua tentera ker, panglima ker!! Mereka ikhlas hanya kepada perjuangan dan bukan ikhlas kepada jawatan.

Si yang bertanya tu macam dah bagi peluru hidup kat TV tiga suku dan utusan meloya untuk tembak PR hidup2. Kita yang kat bawah ni dok tercungap-cungap berjuang, mat yeh ni pulak bagi peluru kat musuh untuk tembak kita.

Aku rasalah, kalau mat yeh si yang bertanya kat muktamar tu diberi peluang jadi PM, mau hanyut negara!

Tanpa Nama berkata...

kt malaysia nak kaya cepat..join politik..tu sebab org politik kaya raya..duit berjuta2..nie kenyataan dlm m'sia sekarang..