Rabu, 21 November 2012

TANGKAP DAN ROTAN ORANG JAHAT INI





KOMENTAR TUKAR TIUB
tanah tanah ini adalah milik rakyat
bukan meminta dipulangkan
tetapi dirampas kembali

di indonesia di zaman suharto banyak tanah
orang  kampong dirmpas
sesudah suharti diguliangkan
tanah tanah ini dirampas kembali
dan dipulangkan kepada rakyat

di malaysia kita juga wajib melakukan sama
cuma ada sadikit penambahan
mereka juga wajib di rotan  sebagai contoh
kerana berkelakuan jahat ketika berkuasa
ini untuk memastikan pemimpin-pemimpin
 kerajaan pakatan juga tidak akan berbuat pekara yang sama


UMNO , MCA & MIC SAPU TANAH RAKYAT SELANGOR

SHAH ALAM 20 NOVEMBER: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Sue Lim mendedahkan 23 keping tanah berukuran 1 hingga 7 ekar setiap satu sekitar tahun 2000 hingga 2008 ‘disapu’ pemimpin Barisan Nasional Selangor.

“Sebelum ini, saya dedahkan Umno Bahagian Tanjung Karang dah ambil 2 keping tanah.

“Sekarang semua Ketua Umno bahagian, MCA dan MIC juga memohon dan dapat tanah-tanah di sekitar Selangor,” jelas Ng pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.

Menurutnya lagi, tanah-tanah tersebut merupakan tanah bernilai tinggi untuk kegunaan komersial dan pemimpin Umno hanya perlu membayar RM1 untuk setiap kaki persegi.

“Dalam dokumen tanah, Umno dapat 14 keping, MCA 5, MIC 3 dan Gerakan 1, dalam 14 yang Umno dapat, 6 keping dimiliki Umno Bahagian Sungai Besar kerana bekas Menteri Besar adalah dari Sungai Besar,” tambahnya.

“Jadi kita minta Umno, MCA dan MIC negeri pulangkan tanah tersebut kepada kerajaan Selangor, kerana ia milik rakyat,” katanya lagi.

Ng sebelum ini mendedahkan kes pembelian tanah oleh Umno Tanjong Karang yang diterajui mantan Menteri Besar, Mohamed Khir Toyo pada 2001.

Jualan tanah dibawah harga pasaran menyebabkan negeri hilang RM3.3 juta pendapatan, akibat diskaun premium yang diberikan kepada parti itu.

Penjualan tanah komersial berkeluasan 1.2 hektar di Jalan Sungai Kajang, Tanjong Karang diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada April 2002.




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Oo ngito..t hagu wotan montot2 mucuk owang imno...p/s noh zoma,hir zoyo agu dambakan kemolosan mungung mu...

Tanpa Nama berkata...

belek2 selak2 jumpa ..belek2 selak2 dalam2..mgkin bnyk lagi akan jumpa.

Tanpa Nama berkata...

Oo ngito..t hagu wotan montot2 mucuk owang imno...p/s noh zoma,hir zoyo agu dambakan kemolosan mungung mu...

Google translate pening bro!